Monday

ZOO MELAKA









Zoo Melaka, yang terletak di Ayer Keroh, adalah salah satu tempat tarikan utama pengunjung berikutan kedudukannya yang strateg
ik, iaitu di Lebuh Ayer Keroh, jalan utama yang menghubungkan Melaka dengan Lebuhraya Utara-Selatan.

Zoo ini dianggap sebagai salah sebuah zoo yang tertua di Malaysia dan ianya menjadi kediaman pelbagai spesies binatang yang kini diancam kepupusan.

Antara binatang yang boleh didapati di zoo ini termasuklah Panda Merah, binatang dari keluarga panda tetapi berlainan dari panda yang sering dikaitan dengan simbol negara China.

Selain dari menyaksikan binatang yang dikurung di dalam kandang, pengunjung juga boleh menikmati keseronokan menaiki gajah atau kuda, yang mana sering menjadi kegemaran pengunjung muda zoo.

Tarikan lain di Zoo Melaka adalah taman mini safarin
ya di mana pengunjung boleh berjalan di sepanjang titian kayu untuk menyaksikan binatang dari jarak dekat. Buat masa ini, terdapat kira-kira 80 binatang dari 16 spesies yang dibiarkan bebas dalam kawasan safari seluas 1.5 hektar ini.

Persembahan Pelbagai Haiwan:

  • Isnin - Khamis (11 pagi - 2 petang)
  • Sabtu , Ahad dan Cuti umum ( 10 pagi - 11 pagi) (2 petang - 3 petang)
Interaksi Bersama Gajah:
  • Bergambar bersama gajah menggunakan kamera individu : RM 2.00
  • Memberi gajah makan : RM 2.00 (11.00 pagi - 12.00 tengahari dan 4 petang - 5 petang sahaja)
Menaiki Kuda/Gajah:
  • Dewasa RM2.00
  • Kanak-kanak RM1.00
10.00 pagi hingga 12.00 tengahari dan 2.00 petang hingga 4.00 petang
(Sabtu, Ahad dan Cuti Umum Sahaja)

"Free-Ranging" Orang Utan
  • Isnin hingga Ahad (kecuali Jumaat)
  • 9.00 pagi - 5.00 petang
Waktu Operasi:
Setiap Hari 9.00 pagi – 6.00 petang

Zoo Malam
Bagi pengunjung yang tidak mempunyai aktiviti pada waktu malam, bolehlah berkunjung ke Zoo Malam pada waktu berikut:-
  • dibuka pada : setiap Jumaat dan Sabtu, sehari sebelum cuti umum dan cuti sekolah
  • masa operasi : 8.00 malam hingga 11.00 malam
Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi:
Zoo Melaka
Ayer Keroh, 75450 Melaka
Tel : 06-232 4053/ 4054
Faks: 06-232 5859

: Sayangi Diri : Sayangi Keluarga