Muzium ini adalah satu tempat yang paling sesuai untuk mempelajari tentang sistem pemerintahan Malaysia dari zaman Kesultanan Melayu Melaka sehinggalah kini.
Ia juga turut memberi fokus kepada beberapa orang pejuang kemerdekaan ternama negara seperti Syarif Masahor, Yamtuan Antah Seri Menanti, Rentap, Dato’ Bahaman, Tok Janggut dan sebagainya.
Untuk mereka yang berminat tentang sejarah negara, muzium ini turut memaparkan sejarah penentangan penjajah dan Malayan Union pada tahun 1946, perjuangan menentang insurgensi komunis semasa zaman Darurat (1948 - 1960) dan kemerdekaan negara dari penjajahan British.
Salah satu bahan pameran yang boleh dianggap menarik adalah keputusan lengkap semua pilihanraya umum yang pernah diadakan semenjak dari pilihanraya pertama pada tahun 1955.
Pengunjung ke Melaka tidak harus melepaskan peluang melawat muzium ini kerana ia bakal memberikan maklumat dan pengetahuan berguna tentang Malaysia, tentang bagaimana ia mencapai kemerdekaan dan tentang bagaimana ia ditadbir hari ini. Muzium ini dibahagikan kepada dua tingkat yang mempamerkan pelbagai artifak dan maklumat berguna.
Antara tema pameran termasuklah:
- ciri demokrasi dalam pemerintahan Kesultanan Melayu
- sistem politik dunia
- gerakan anti-penjajah
- sistem pentadbiran British
- pendudukan Jepun di Tanah Melayu
- Malayan Union
- menguatkan bidangkuasa kerajaan tempatan
- parlimen sebagai simbol demokrasi
- pembentukan Malaysia pada tahun 1963
- pilihanraya - asas demokrasi
- pencapaian demokrasi di Malaysia
Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi:
Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM),
Kompleks Warisan Melaka,
Jalan Kota, 75000 Melaka.
Tel: 06-282 6070 / 282 6526 / 281 1289 / 281 4872
Fax: 06-282 6745