
Dipercayai kolam air panas ini telah ditemui oleh orang kampung di kawasan berkenaan apabila mereka mendapati ramai tentera British mendiami kawasan berhampiran kolam tersebut. Adalah dipercayai bahawa air dari kolam ini mempunyai kuasa menyembuh.
Mereka yang mengidap penyakit kulit adalah disarankan berendam di dalam kolam air panas ini. Dengan adanya kemudahan lain seperti sebuah restoran dan padang permainan kanak-kanak dan sebagainya, Kolam Air Panas Gadek adalah tempat yang sesuai untuk keluarga, samada untuk berekreasi atau untuk mengubati penyakit kulit dan sebagainya.