Wednesday

MASAKAN MELAYU

Kekayaan sejarah dan warisan Melaka tidak hanya menunjukkan keunikan budaya dan kumpulan etniknya tetapi juga turut menunjukkan kepelbagaian makanannya. Kepelbagaian budaya dan latarbelakang sejarah turut menghasilkan antara makanan yang paling diminati di rantau ini. Disebabkan keunikan dan kepelbagaian makanan yang terdapat di Melaka, sudah pasti Melaka merupakan Syurga Makan Sedap dan Enak.

Salah satu makanan yang telah menjadi identiti Melaka adalah ikan bakar yang mudah diperolehi di hampir kesemua tempat di Melaka, terutamanya di kawasan pantai sekitar Pernu, Umbai, Serkam, Anjung Batu, Merlimau dan Linggi. Satu lagi masakan Melayu yang sudah sinonim dengan Melaka ialah Asam Pedas Melaka.

Selain masakan Melayu, makanan Melaka lain yang terkenal adalah Kari Devil dan Ikan Bakar Berempah yang diperkenalkan oleh kaum Portugis. Masyarakat Cina, India, Baba-Nyonya juga terkenal dengan masakan mereka yang penuh keunikan. Walaupun dikenali sebagai sebuah negeri bersejarah, Melaka masih boleh berbangga dengan keunikan dan kepelbagaian masakannya. Kesemua makanan ini boleh dinikmati di pelbagai jenis restoren, gerai-gerai makan dan kedai kopi di seluruh negeri Melaka.


Makanan Melayu memang terkenal dengan pedas, yang menggunakan pelbagai kandungan dari bahan-bahan semula jadi seperti cili, serai, halia, santan kelapa dan sebagainya. Masakan tradisional Melayu di Melaka adalah sambal yang diperbuat daripada cili, perisa udang dan perasa lain. Masakan yang paling popular bagi orang Melayu adalah nasi lemak iaitu sajian untuk sarapan pagi.

Nasi Lemak dimasak dengan menggunakan ayam atau daging, kacang tanah, telur rebus dan sambal. Masakan lain yang popular adalah seperti asam pedas (ikan dan sayuran dimasak di dalam kuah asam pedas), rendang, nasi padang dan nasi goreng.


Restoran Yang Menyajikan Masakan Melayu
Restoran Mahligai,
Tingkat Bawah, Bangunan Pusat Penerangan Pelancong
, Jalan Kota, 75000 Melaka

Restoran Alihar

19, Jalan Melaka Raya 13
, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka

Restoran Amin

23, Jalan Melaka Raya 11, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka

Restoran Ole Rasa
264, Jalan Melaka Raya 3, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka

Restoran Budi Jaya
308, Jalan Tun Ali, 75300 Melaka

Restoran Cahaya Mawar

334, Jalan Melaka Raya, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka

Perkampungan Ikan Bakar Terapung
Umbai Baru, Umbai, 77000 Jasin, Melaka

Medan Ikan Bakar Umbai
Pengkalan Pernu, Umbai, 75600 Melaka


Restoran Subaidah


Restoran Lot 35

Restoran Lot 85

Restoran Selera Pandan

Restoran Pelantar Gemilang

Restoran Anjung Muara

Medan Ikan Bakar Pengkalan Balak

Medan Ikan Bakar Anjung Batu

Medan Ikan Bakar Serkam

Medan Ikan Bakar Persatuan Nelayan


: Sayangi Diri : Sayangi Keluarga