Sup Yong Tau Fu
3 liter air
1 kiub pati ikan bilis
2 sudu stok pekat ayam
2 cm halia, diketuk
5 ulas bawang putih, diketuk
garam secukupnya
1 sudu gula pasir
Cara-cara:
Masuk semua bahan di dalam periuk. Bila mendidih, perlahankan api dan renihkan selama 1 jam. Tapis air rebusan dan gunakan sebagai sup.
Sos Yong Tau Fu
560ml air
1 kiub stok bilis
1 sudu kicap pekat/hitam
2 sudu sos kacang hitam
1 sudu sos hoisin
2 sudu gula pasir
1/8 camt serbuk rempah lima
garam secukupnya
3 sudu air, dicampur 1½ camt tepung jagung
Cara-cara:
Jerang air, stok bilis, kicap pekat, sos kacang hitam, sos hoisin, gula pasir dan serbuk rempah lima di atas api perlahan. Kacau hingga mendidih, masukkan campuran tepung masak. Kacau tanpa henti selama 2-3 minit lagi atau hingga pekat.
Sos Cili Yong Tau Fu
8 biji cili merah, dibuang biji
2 camt bijan goreng/bakar
100ml cuka
2 camb sos plam
3 camb gula
garam secukupnya
Cara-cara:
Kisar cili dan bijan hingga halus. Jerang cuka di atas api perlahan. Masukkan bahan kisar dan semua bahan lain, ketepikan dari api, biar sejuk.
Bahan² lain macam fishcake, fishball, kangkung, leh sedia ikut citarasa.