Thursday

Muzium Islam

Penubuhan Muzium Islam Melaka adalah bertujuan menjadikannya sebagai pusat pengumpulan, penyelidikan, pemuliharaan dan pameran koleksi bahan yang berorientasikan Islam sejajar dengan peranan Melaka sebagai Pusat Penyebaran Islam di Nusantara suatu ketika dulu dan perkembangan Islam di Malaysia dewasa ini.

Muzium Islam Melaka ditempatkan di bangunan lama Pejabat Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Jalan Kota, Melaka. Rekabentuk dalaman muzium ini berkonsepkan imbasan suasana kegemilangan Islam di Melaka dan Nusantara dengan memaparkan gabungan identiti kesenian Islam secara global dan kesenian Islam di Nusantara khususnya Melaka.

Kaedah pameran dan penyampaian maklumat pula diolah melalui lapan ruang pameran utama yang jelas turutannya dengan tema-tema tertentu. Ini untuk memudahkan para pelawat memahami mesej, perjalanan sejarah dan pengalaman yang ingin disampaikan.

Antara objektifnya adalah:
  • Menggambarkan keagungan Islam sebagal Ad-Din dan kecemerlangan ketamadunannya.
  • Menggalakkan perkembangan ilmu pengetahuan berteraskan Islam bagi pelawat dan pengkaji serta mereka yang berminat untuk mendalami sejarah dan warisan peninggalan Melaka.
  • Memberi gambaran sebenar peranan Melaka sebagai pusat penyebaran dan perkembangan Islam sejak Zaman Kesultanan Melaka serta hubungannya dengan pusat tamadun Islam di Asia Tenggara juga dengan negara India, Parsi, China dan Arab.

: Sayangi Diri : Sayangi Keluarga