Monday

MINI MALAYSIA & MINI ASEAN

Taman Mini MALAYSIA
Taman Mini Malaysia, yang boleh dianggap sebagai sebuah taman tema, adalah sebuah tempat yang paling sesuai untuk menyaksikan dan mempelajari tentang keunikan budaya masyarakat dari kesemua negeri di Malaysia.

Tarikan utama taman ini adalah replika rumah-rumah tradisional, yang setiap satunya telah dibina berasaskan senireka dan keunikan setiap rumah tradisional di kesemua 13 negeri di Malaysia.

Di dalam setiap rumah, pelawat akan berpeluang menyaksikan sendiri keindahan kraftangan negeri berkenaan yang digunakan sebagai bahan hiasan di dalam setiap rumah yang dipamerkan. Selain menjadi bahan pameran, kraftangan ini turut menjadi bahan untuk membolehkan pelawat mengenali setiap negeri di Malaysia dengan lebih dekat lagi. Pakaian tradisional turut dipamerkan di dalam beberapa buah rumah untuk tontonan umum.

Walaupun dari pandangan umum semua rumah ini nampak seakan-akan sama, mereka sebenarnya tidaklah serupa kerana setiap satu mempunyai identiti dan keunikan yang tersendiri.

Selain rumah-rumah tradisional ini, pelawat juga boleh menyaksikan pelbagai pertunjukan kebudayaan selain permainan tradisional.

Bayaran Masuk:
Dewasa RM10.00
Kanak-kanak RM5.00

Waktu Operasi:
Setiap Hari 9.00 pagi – 5.00 petang

Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi:
Taman Mini Malaysia/ASEAN,
Lebuh Ayer Keroh, 75450 Melaka
Tel: 06-232 1334

Faks: 06-232 1335



Taman Mini ASEAN
Pengunjung akan dapat mempelajari dan mengetahui dengan lebih terperinci lagi mengenai sejarah dan kebudayaan negara-negara ini dengan melawat setiap replika rumah yang dibina di taman ini.

Pengunjung juga dapat menyaksikan pertunjukan kebudayaan negara-negara Asean yang dipertontonkan kepada pengunjung pada setiap hujung minggu.

Bayaran Masuk:
Dewasa RM4.00
Kanak-kanak RM2.00

Waktu Operasi:
Setiap Hari 9.00 pagi – 5.00 petang

Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi:
Taman Mini Malaysia/ASEAN,
Lebuh Ayer Keroh, 75450 Melaka
Tel: 06-232 1334
Faks: 06-232 1335

: Sayangi Diri : Sayangi Keluarga