Friday

APAM BALIK

Bahan-bahan :
2 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan gula
1 butir telur
1 1/2 cawan air
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil pewarna kuning

Bahan taburan :
1 cawan kacang goreng ~ ditumbuk
1 cawan gula halus
1 tin jagung krim

Kaedah penyediaan :
1. Mesinkan telur dan gula (guna blender je)
2. Masukkan air, baking powder dan pewarna kuning. Mesin.
3. Masukkan tepung sedikit-sedikit dan mesin hingga tidak berketul.
4. Panaskan kuali yang disapu dengan sedikit minyak. Masukkan satu senduk adunan.
5. Masukkan bahan tabur. Tutup semula kuali.
6. Bila kulit berwarna keperangan, bolehlah diangkat dan dilipat dua.

Nota :
1. Jika tiada tepung naik sendiri, gantikan dengan tepung gandum dicampur dengan 1/2 sudu kecil soda bikarbonat.
2. Sekiranya menggunakan kuali tak lekat, tidak perlu disapu dengan minyak terlebih dahulu.

: Sayangi Diri : Sayangi Keluarga