Monday

PENANG CHAR KOEY TEOW

Bahan-bahan ( 2 org )
• * UTK PASTE *
• 200 gm udang
• 250ml air
• 4 ulas bawang putih di ketuk
• 6 sb sos tiram
• 3 sk kicap pekat
• 3 sb kicap manis
• 1 sk petis
• 2 sb pati ikan bilis / pati udang
• 2 sk garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sk)
• 1 sk gula

• * UTK MEE *
• 300 gm kuey teow
• 1 sb cili boh
• kerang
• sedikit kucai & taugeh
• 2 biji telur

Cara-cara
1. UTK PASTE- Rebus udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat
udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jgn buang....
2. Campurkan semua bahan utk paste dgn air rebusan udang tadi, reneh
hingga menjadi paste yg agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk
dan bolehlah simpan dlm fridge.
3. UTK MEE- Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dlm 4sb paste td.
Masukkan udang yg telah direbus tadi dan kerang. Biasanya penang char
kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn.
4. Air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh n kacau rata. Pecahkan
telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dlm
3-4 min sj, pastikan api kuat semasa memasak.
5. **Paste ni selalu depa guna untuk berniaga so udang yg direbus mmg
depa pakai. Tapi utk kegunaan sendiri kalau tak nak rebus ngan udang
pun boleh tp petis kena tambah lg, jd 1sb. Paste ni juga sepatutnya
sudah cukup masin dan manisnya so tak perlu letak lg garam n gula masa
masak buat kuey teow tapi kalau rasa tawar boleh adjust eh......

: Sayangi Diri : Sayangi Keluarga