Monday

BECA & KERETA LEMBU

Negeri Melaka sememangnya dikenali sebagai salah sebuah destinasi pelancongan yang terunggul di Malaysia. Negeri Melaka begitu kaya dengan warisan budayanya yang tersendiri, tempat-tempat bersejarah untuk dilawati dan pastinya untuk makanannya yang begitu enak dan unik yang disumbangkan oleh kepelbagaian budaya yang menetap di sini.

Slogan Melaka “Melawat Melaka Bersejarah Bererti Melawat Malaysia” secara ringkas sudah dapat memberi gambaran apa yang dapat disajikan kepada pelancong oleh penduduk berbilang kaum di sini. Kelainan ini meletakkan Negeri Melaka sebagai salah sebuah destinasi pelancong yang terbilang di rantau Asia.


Cara yang terbaik untuk bersukaria dan menghayati bandar Melaka ialah dengan berjalan perlahan-lahan sambil duduk berehat. Walaubagaimanapun,
sekiranya anda inginkan sedikit kelainan, anda boleh menyewa beca yang akan membawa anda melalui jalan-jalan dan lorong-lorong di pusat bandar bersejarah ini yang selalunya akan tertinggal sekiranya anda mengambil keputusan untuk berjalan sendiri. Beca ini boleh disewa mengikut jam ataupun mengikut jarak perjalanan dan ia berpengkalan di The Stadthuys.

Kadar tambang yang biasanya dikenakan oleh pengusaha beca untuk perjalan pergi-balik dari The Stadthuys ke Kota A’Famosa adalah RM10 untuk sebuah beca.

Menaiki Kereta Lembu Menaiki kereta lembu tradisional Melaka adalah satu aktiviti yang tidak sepatutnya ditinggalkan oleh pengunjung ke Melaka kerana ia dapat memberikan satu kepuasan yang amat berbeza.

Kereta lembu yang merupakan kenderaan pengangkutan utama di Melaka suatu ketika dahulu, adalah lain dari kereta lembu yang ada di negeri lain. Kereta lembu tradisional Melaka dihiasi dengan perhiasan yang beraneka warna dan mempunyai bumbung yang sama bentuknya seperti tanduk lembu.

Perkhidmatan kereta lembu ini seringkali menjadi tumpuan orang ramai dan ini terbukti dengan kehadiran pengunjung yang ramai, yang sabar menanti giliran untuk menaikinya.

Walaupun jarak perjalanan adalah pendek, pengalaman yang diperolehi adalah sesuatu yang amat berharga.

: Sayangi Diri : Sayangi Keluarga