Monday

FALSAFAH KEJAYAAN 3

'Rancanglah masa depan anda kerana di situlah anda akan menghabiskan hidup anda'

Kita perlu merancang masa depan kita. Dari situ kita boleh mengenal pasti aktiviti-aktiviti penting dengan lebih jelas dan bermakna.

Sebagai contoh, katakan seorang pekerja baru saja memulakan kerjanya di sebuah syarikat. Dia akan berusaha untuk belajar sebanyak mana ilmu daripada ketua dan rakan-rakan dan menimba pelbagai pengalaman. Pada hujung tahun, dia berazam untuk dinaikkan pangkat dan diberi ganjaran yang lebih lumayan.

Seterusnya, pekerja itu tadi meningkatkan dirinya ke tahap lebih baik. Gambaran seperti ini mendorong orang berkenaan berusaha bersungguh-sungguh. Sekiranya dia menghadapi apa jua masalah dalam perjalanan menuju cita-cita dan impian berkenaan, dia masih boleh nampak gambaran besar pada masa hadapan. Ia dapat menjadi pendorong untuk bangun semula bagi meneruskan cita-cita dan impian berkenaan.

Jadi rancangkan masa depan anda kerana di situ anda akan menghabiskan masa depan anda.

Petikan dari Buku Prinsip dan Falsafah Kejayaan
Pengarang: Dr Sukri Abdullah.

: Sayangi Diri : Sayangi Keluarga