Thursday

Sentiasa Menepati Janji

Ketika Nabi berhijrah ke Madinah dia pernah berjanji akan mengembalikan siapapun yang pergi bersamanya ke rumah mereka di Mekah. Setelah beberapa hari Nabi duduk di Madinah, seorang peserta hijrah daripada kaum kafir rupanya tertinggal di belakang Nabi. Dengan meninggalkan isteri, anak dan hartanya di Mekah, lelaki ini mengharungi padang pasir yang panas menuju Madinah. Setelah beberapa lama akhirnya dia sampai di Madinah dan tinggal tidak lama disitu. Di Madinah dia segera menemui Nabi dan menyampaikan bahawa dia telah datang dan sekarang dia meminta Nabi menepati janjinya.

"Wahai Rasulullah, saya meminta engkau menepati janji mengembalikan kami ke Mekah".

Dengan tegas dan tanpa syak sedikitpun Nabi menyatakan:
"Kembalilah engkau ke Mekah. Sungguh aku telah terikat perjanjian. Semoga Allah melindungimu".

Sahabat ini menangis kerana terharu mendengar perkataan Nabi itu. Bagi Nabi janji adalah suatu yang sangat agung. Nabi merasakan besarnya pengorbanan sahabat ini untuk berhijrah, namun bagi Nabi janji adalah janji; bahkan meskipun janji itu diucapkan kepada orang kafir sekalipun. Perilaku ini perlu kita contohi dalam semua perkara, sebab mengingkari janji adalah punca hilangnya kepercayaan orang kepada kita.

Petikan dari Buku Menyingkap peristiwa dan keistimewaan Sirah kehidupan Nabi SAW, Sahabat dan Ahli Hikmah.
Disusun oleh: Ustaz Abdul Salam Basok Al-Haj.

: Sayangi Diri : Sayangi Keluarga