Monday

FALSAFAH KEJAYAAN

Sesetengah orang berminat untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti harian. Mereka berhasrat untuk memajukan perniagaan, mahu meningkatkan kesihatan dan taraf hidup, berusaha menjadi orang yang disegani dan dihormati, berhasrat untuk menjadi ketua, ingin menjadi anggota persidangan antarabangsa dan juga inginkan kecemerlangan dalam hidup.

Tetapi dalam setiap bidang yang diceburinya, dia tidak bersungguh-sungguh dan berusaha ibarat 'melepaskan batuk di tangga' sahaja. Jadi besar kemungkinan dalam setiap bidang yang diceburi itu, dia akan menemui kegagalan. Kenapa ini berlaku?

Jawapannya kerana orang berkenaan mengeluarkan tenaganya pada banyak perkara. Dia tidak memberi tumpuan yang khusus pada satu atau dua bidang tertentu. Tanpa tumpuan yang mendalam ke atas sesuatu perkara, kejayaan tidak mungkin dapat diperoleh.

Petikan dari Buku Prinsip dan Falsafah Kejayaan
Pengarang: Dr Sukri Abdullah.

: Sayangi Diri : Sayangi Keluarga