Monday

KAMPUNG BUKU MALAYSIA

Kampung Buku Malaysia Melaka telah ditubuhkan bermula pada 9 April 2007. Objektif penubuhannya adalah untuk menggalakan masyarakat membaca di samping sebagai salah satu daya tarikan pelancongan ke Negeri Melaka ini.

Lokasi Kampung Buku Malaysia Melaka ini terletak di Taman Botanikal Melaka (dahulunya dikenali sebagai Hutan Rekreasi, Ayer Keroh, Melaka). Dengan kedudukan Melaka yang strategik iaitu di tengah laluan Kuala Lumpur ke Johor Bahru dan mempunyai pintu masuk melalui darat, udara dan laut. Kampung Buku ini mampu menjadi "One Stop Book Centre" yang bertaraf antabangsa.

Kampung Buku Malaysia Melaka ini adalah merupakan yang ke 2 di Malaysia dan ke 5 di Asia serta ke 33 di dunia. Konsep Kampung Buku Malaysia Melaka ini adalah mengambil contoh daripada Kampung Buku Dunia yang terdapat di Berlin, Norway dan Langkawi. Selain itu, penubuhan Kampung Buku ini dapat mengumpul segala buku-buku yang terdapat di serata tempat untuk tujuan pembacaan, rujukan, pengumpulan maklumat serta panduan kepada masyarakat.

Waktu operasi Kampung Buku Malaysia, Melaka
Isnin hingga Jumaat
9.00 pagi - 5.00 petangSabtu dan Ahad 9.00 pagi - 2.00 petang

Sila hubungi:
Kampung Buku Malaysia Melaka
Taman Botanikal Melaka Hang Tuah Jaya Lebuh Ayer Keroh, 75450 Melaka Tel : +06- 251 9181 Faks : +06 - 251 9182 Laman Web: www.bookvillage.com.my

Masuk adalah Percuma

Kampung Buku Malaysia, Melaka, ini di uruskan oleh Perbadanan Hang Tuah Jaya. Bagi sebarang kemusykilan, sila gunakan alamat dan no yang tertera seperti berikut :
Perbadanan Hang Tuah Jaya
Aras 5,Wisma Negeri, Bandar MITC, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh, Melaka Tel. : 06-232 3653 Faks : 06- 232 4764

: Sayangi Diri : Sayangi Keluarga