'Kesusahan yang dialami kerana berusaha untuk berjaya hanya sekejap sahaja kemudian akan jadi senang seumur hidup'.
Dalam hidup, lazimnya kita terpaksa bersusah payah terlebih dahulu sebelum menjadisenang. Mustahil bagi seseorang itu menikmati kekayaan dengan hanya memetik jari sahaja. Begitulah juga halnya jika ingin mencapai kecemerlangan dalam kehidupan. Kita lazimnya diberikan masa dua atau tiga tahun untuk membuat persiapan bagi setiap cabaran yang besar.
Dalam tempoh itulah kita perlu bertungkus-lumus, melengkapkan diri dengan ilmu dan kepakaran yang berkaitan. Kita juga terpaksa mengorbankan banyak aktiviti harian yang digemari. Namun pengorbanan tersebut kecil dibandingkan dengan ganjaran yang bakal kita peroleh setelah berjaya kelak.
Ketekunan semasa di peringkat awal persekolahan membolehkan kita meneruskan pelajaran ke IPT dan seterusnya memberi peluang kepada kita menjawat jawatan atau memulakan usaha sendiri yang lebih baik yang menjamin masa depan kita.
Ingat, susah belajar hanya setahun, dua atau tiga sahaja.
Petikan dari Buku Prinsip dan Falsafah Kejayaan
Pengarang: Dr Sukri Abdullah.