Monday

FALSAFAH KEJAYAAN 4

'Sekiranya kita betul-betul hendak sesuatu lazimnya kita akan dapat'

Untuk berjaya dengan cemerlang dalam sesuatu perkara kita perlu memiliki kemahuan yang membara ke atas perkara tersebut. Kerana apabila kita betul-betul inginkan perkara berkenaan, kita akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya. Pada ketika itu kita sanggup berhadapan dengan pelbagai cabaran dan halangan.

Apabila kita berhajat kepada sesuatu perkara seperti pencapaian yang cemerlang, memiliki kerjaya yang baik atau mempunyai kehidupan yang cemerlang, tanya diri kita apakah kita betul-betul hendakkan perkara tersebut?

Sekiranya kita hanya sekadar berminat maka sukarlah untuk mencapainya kerana kita terpaksa bersaing dengan ribuan orang lain yang mempunyai minat yang sama seperti kita. Tetapi sekiranya kita benar-benar hendakkannya maka besar kemungkinan kita akan memperolehnya sebab dengan minat yang mendalam kita sanggup lakukan apa saja untuk mendapat apa yang diingini.

Ingat, tiada sesiapa yang boleh menghalang kemahuan membara seseorang.

J.P Ghetty pernah berkata "Berikan saya seorang pemuda biasa yang mempunyai kemahuan yang membara ke atas sesuatu perkara, nescaya saya akan tukarkannya menjadi juara".

Dengan minat yang mendalam terhadap sesuatu kita akan lakukan apa sahaja untuk mendapatkannya.

Petikan dari Buku Prinsip dan Falsafah Kejayaan
Pengarang: Dr Sukri Abdullah.

: Sayangi Diri : Sayangi Keluarga