Pulau Besar ialah sebuah pulau di luar pantai Melaka. Banyak lagenda dikaitkan dengan pulau ini. Pulau Besar dari jauh kelihatan seperti seorang wanita hamil yang sedang berbaring.
Pulau Besar dikatakan penuh dengan keramat dan mitos yang menjadi daya tarikan pelancong tempatan dan luar negara khususnya bagi mereka daripada keturunan India Muslim Malaysia dan Singapura. Ramai di antaranya datang untuk melawat keramat yang dikatakan kepunyaan Sultan Ariffin Syeikh Ismail. Di sini juga terdapat beberapa kubur lain seperti Makam Tujuh Beradik dan Makam Nenek Kebayan.
Di puncak tertinggi di pulau ini terdapat sebuah Batu Belah yang selalu dikunjungi oleh pelancong. Pulau ini dianggap agak suci oleh orang-orang tempatan dan pelancong dinasihatkan untuk berkelakuan baik apabila berada di pulau ini.
Terdapat hotel dan gerai-gerai yang disediakan bagi pelancong agar mereka dapat menikmati pantai yang cantik dan pemandangan yang indah.
http://www.malacca.ws/puteraisland/
LOKASI :
Terletak di Pulau Besar dengan keluasan 168 hektar dengan keunikan dan keaslian pulau yang masih terpelihara keindahannya. Tempat yang amat sesuai untuk bersantai dan berehat bagi melepaskan kepenatan.
Terdapat juga aktiviti menyelam ke dasar laut dengan kedalaman 10 hingga 20 meter untuk melihat keindahan dasar laut seperti batu karang dan ikan yang berwarna-warni. Pada yang minat aktiviti 'snorkeling', boleh juga menjalankan aktiviti ini untuk melihat karang dan hidupan laut, tetapi penglaman menyelam lebih menyeronokkan dan menakjubkan.
Untuk yang minat bersukan dan aktiviti lasak, anda boleh melakukan aktiviti tersebut di sini seperti 'jungle trekking, island tour, canoeing, beach volleyball' dan sebagainya.
Hanya 20 minit ke Bandar Melaka dengan menggunakan khidmat feri bagi yang ingin membeli belah dan melawati tempat-tempat bersejarah lain di Melaka.
Tempat Meletak Kenderaan Yang Selamat : Anjung Batu, terletak di tanah besar berhampiran pekan Umbai menyediakan kawasan meletak kenderaan yang selamat dan dijaga. Di sini juga letaknya jeti feri untuk ke Pulau Besar (Putera Island).
SATU-SATUNYA :
Bermalam di Putera Island Resort dan alami pengalaman kehidupan tersendiri dengan kesan sejarah. Di Putera Island Resort anda akan merasai kehidupan yang berlainan kerana 'chalet' yang dibina mengikut bentuk tradisional.
Sewaktu santai sambil minum teh di waktu pagi atau petang, dapat dilihat penjaja yang berbasikal atau berjalan kaki melewati kawasan 'chalet' dengan bakul yang penuh dengan nasi lemak dan kuih muih tempatan sambil melaungkan "nasi lemak, nasi lemak" atau "karipap, karipap" untuk memberitahu barangan jajaan mereka kepada anda. Anda boleh memanggil mereka untuk meminta pesanan.
Di Putera Island Resort, bukan sukan atau permainan tradisional sahaja yang disediakan untuk tetamu. Pihak resort juga menyediakan dan akan memberi panduan terhadap setiap sukan atau permainan yang anda gemari.
Datanglah ke Putera Island Resort dan Nikmati Kelebihannya... Dengan layanan Nasi Lemak istimewa dihantar terus ke depan pintu 'chalet' anda di waktu kelesuan tengahari.