Monday

BALASAN SIFAT AMANAH

Di Mekah terdapat seorang lelaki fakir yang mempunyai seorang isteri yang soleh.
Pada suatu hari sang isteri berkata kepada suaminya: "Kita sudah tidak mempunyaipersediaan makanan lagi"

Kemudian lelaki tersebut pergi ke Masjidil Haram. Di sana dia menemukan sebuah dompet yang berisi beberapa wang dinar emas.

Dia merasa sangat gembira dan membawa barang temuannya kepada isterinya seraya berkata: "Ini adalah dompet yang aku dapatdi Masjidil Haram"

Isterinya berkata: "Barang yang didapati di Tanah Haram harus diumumkan"
Lelaki itu segera pergi ke Masjidil Haram, lalu dia mendengar ada seseorang berseru: "Siapakah yang menemukan sebuah dompet berisi wang dinar emas?"
Lelaki itu berkata: "Saya telah mendapatnya"
Orang yang menyeru itu segera memeriksanya dan berkata: "Ambillah, ini menjadi milikmu dan kamu, aku beri tambahan 900 dinar lagi"
Lelaki itu berkata: "Apakah kamu bergurau?"
Dia menjawab: "Demi Allah, aku bersungguh-sungguh, kerana aku telah diberi wang seribu dinar oleh seorang lelaki dari Iraq kemudian dia berkata: "Lemparkanlah sebahagiannya diMasjidil Haram. Kemudian umumkanlah hal tersebut. Jika ada yang mengembalikannya kepadamu, berikanlah dia semuanya kepadanya kerana dia adalah orang yang amanah. Orang yang jujur dan bersedekah, kemudian sedekah kita akan diterima Allah kerana sifat amanahnya"

~Mutiara Hadith~
Dari Abi Dzar, ujarnya: "Saya berkata kepada Rasulullah: "Wahai Rasulullah, mahukah tuan mengangkat aku jadi pegawai?" Lalu kata Abu Dzar : "Kemudian baginda menepuk kantangannya ke atas kedua bahuku, lalu bersabda: "Wahai Abu Dzar, engkau orang yang lemah, sedangkan tugas itu adalah amanah dan kelak pada hari kiamat akan merupakan penyesalan dan kesedihan, kecuali hanya orang-orang yang berhak menerimanya dan menunaikan amanat itu dengan semestinya" (HR: Muslim)

Petikan dari Buku Apa ertinya dunia bagiku & 97 kisah teladan.Pengarang: Mohd. Najib Iskandar.

: Sayangi Diri : Sayangi Keluarga