Bahan-Bahan:
1kg tepung beras
1kg gula pasir
½kg gula merah (masak dan ditapis)
½kg kacang kuda (direbus)
1kg kacang hijau (direbus)
½kg kacangtanah(digoreng tanpa minyak)
2kg ubi keledek (dipotong kecil dan direbus separuh masak)
2kg pisang
3 tongkol jagung segar
1kg pati santan
Garam secukup rasa
2 helai daun pandan
Cara-Cara
1.Bancuh tepung beras bersama 7 liter air, kacau di atas api.
2.Masukkan pati santan dan daun pandan. Kacau lagi sehingga pekat.
3.Masukkan gula pasir,gula merah dan garam.
4.Masukkan kacang hijau,kacang kuda, jagung dan keledek.
5.Masukkan kesemua bahan yang lain dan kacau sehingga masak.
6.Bila sudah masak tuang ke dalam acuan dan sejukkan sebelum dipotong.
p/s boleh juga ditambah dengan isi durian.. lagi bertambah sedapp