Thursday

Muzium Islam

Penubuhan Muzium Islam Melaka adalah bertujuan menjadikannya sebagai pusat pengumpulan, penyelidikan, pemuliharaan dan pameran koleksi bahan yang berorientasikan Islam sejajar dengan peranan Melaka sebagai Pusat Penyebaran Islam di Nusantara suatu ketika dulu dan perkembangan Islam di Malaysia dewasa ini.

Muzium Islam Melaka ditempatkan di bangunan lama Pejabat Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Jalan Kota, Melaka. Rekabentuk dalaman muzium ini berkonsepkan imbasan suasana kegemilangan Islam di Melaka dan Nusantara dengan memaparkan gabungan identiti kesenian Islam secara global dan kesenian Islam di Nusantara khususnya Melaka.

Kaedah pameran dan penyampaian maklumat pula diolah melalui lapan ruang pameran utama yang jelas turutannya dengan tema-tema tertentu. Ini untuk memudahkan para pelawat memahami mesej, perjalanan sejarah dan pengalaman yang ingin disampaikan.

Antara objektifnya adalah:
  • Menggambarkan keagungan Islam sebagal Ad-Din dan kecemerlangan ketamadunannya.
  • Menggalakkan perkembangan ilmu pengetahuan berteraskan Islam bagi pelawat dan pengkaji serta mereka yang berminat untuk mendalami sejarah dan warisan peninggalan Melaka.
  • Memberi gambaran sebenar peranan Melaka sebagai pusat penyebaran dan perkembangan Islam sejak Zaman Kesultanan Melaka serta hubungannya dengan pusat tamadun Islam di Asia Tenggara juga dengan negara India, Parsi, China dan Arab.

Berhati-hati dan tawakkallah kepada Allah

Bersikap hati-hati dan berusaha yang disertai dengan tawakkal kepada Allah adalah salah satu jalan menuju kebahagiaan. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam sendiri selalu memperlihatkan kewaspadaan dalam perang dengan memakai baju besi, padahal kita tahu Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam adalah manusia yang paling bertawakkal kepada Allah.

Salah seorang sahabat bertanya kepadanya: "Apakah saya harus mengikat unta saya, wahai Rasulullah atau bertawakkal sahaja?"

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam menjawab: "Ikatkanlah ia terlebih dahulu, barulah bertawakkal"

Berusaha dan bertawakkal kepada Allah adalah prinsip tauhid; meninggalkan usaha dan hanya bertawakkal kepada Allah adalah sebuah kekeliruan dalam memahami syariat; sedangkan berusaha saja tanpa tawakkal kepada Allah adalah kekeliruan dalam memahami tauhid.

Ibnul Jauzi menceritakan bahawa ada seorang lelaki yang memotong kukunya, kemudian ia lalai hingga mengakibatkan kematiannya. Ini adalah disebabkan kerana ia tidak berhati-hati dan berwaspada. Ada pula seorang lelaki pernah masuk kandang keldai sardan. Kerana tidak berhati-hati maka dia disondol oleh keldai itu dan terus meninggal dunia.

Diceritakan bahawa Thaha Husain, seorang penulis terkenal Mesir, selalu berkata kepada pemandunya: "Jangan memandu kereta ini terlalu laju, agar lebih cepat sampai ke tempat tujuan"

Ini merupakan terjemahan secara praktikal dari sebuah peribahasa yang berbunyi: 'Terburu-buru itu justeru sering menciptakan kelambatan'.

Seorang penyair mengatakan:
Seorang yang bertindak perlahan terkadang dapat mencapai tujuannya.
Orang yang tergesa-gesa terkadang mengalami ketergelincir.

Berwaspada dan berhati-hati supaya tidak bertentang dengan ketentuan Allah, bahkan termasuk dari ketentuanNya.

... dan hendaklah ia berlaku lemah-lembut... (Al-Kahdi:19)

... dan Dia telah menjadikan untuk kalian pakaian yang dapat melindungi tubuh kalian dari panas (dan dingin) dan pakaian (baju besi) yang dapat melindungi tubuh kalian (dari senjata musuh) di Medan perang... (An-Nahl:81)

Petikan dari Buku Jangan bersedih - Don't Be Sad (setelah kesulitan pasti ada kemudahan)
Karangan: Dr 'Aidh bin Abullah Al-Qarni, Perterjemah: Noraine Abu.

9 SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah:

1. Pemarah: Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2 . Pendendam: Tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki: Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil: Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia

5. Tamak: Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut... walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak... lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar: Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan.. cthnyer time keja banyak.. tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego: Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak: Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. - Allah marah kalau kita riak.. takabbur dgn aper yg kita ada..

9. Cinta dunia: Tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya.. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan:
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH. Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain... andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.
Wallahualam"

Sentiasa Menepati Janji

Ketika Nabi berhijrah ke Madinah dia pernah berjanji akan mengembalikan siapapun yang pergi bersamanya ke rumah mereka di Mekah. Setelah beberapa hari Nabi duduk di Madinah, seorang peserta hijrah daripada kaum kafir rupanya tertinggal di belakang Nabi. Dengan meninggalkan isteri, anak dan hartanya di Mekah, lelaki ini mengharungi padang pasir yang panas menuju Madinah. Setelah beberapa lama akhirnya dia sampai di Madinah dan tinggal tidak lama disitu. Di Madinah dia segera menemui Nabi dan menyampaikan bahawa dia telah datang dan sekarang dia meminta Nabi menepati janjinya.

"Wahai Rasulullah, saya meminta engkau menepati janji mengembalikan kami ke Mekah".

Dengan tegas dan tanpa syak sedikitpun Nabi menyatakan:
"Kembalilah engkau ke Mekah. Sungguh aku telah terikat perjanjian. Semoga Allah melindungimu".

Sahabat ini menangis kerana terharu mendengar perkataan Nabi itu. Bagi Nabi janji adalah suatu yang sangat agung. Nabi merasakan besarnya pengorbanan sahabat ini untuk berhijrah, namun bagi Nabi janji adalah janji; bahkan meskipun janji itu diucapkan kepada orang kafir sekalipun. Perilaku ini perlu kita contohi dalam semua perkara, sebab mengingkari janji adalah punca hilangnya kepercayaan orang kepada kita.

Petikan dari Buku Menyingkap peristiwa dan keistimewaan Sirah kehidupan Nabi SAW, Sahabat dan Ahli Hikmah.
Disusun oleh: Ustaz Abdul Salam Basok Al-Haj.

Muzium Sastera

Muzium Sastera terletak di bangunan lama Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) iaitu berhampiran dengan Bangunan Stadthuys.

Muzium terulung di Malaysia yang memberikan penekanan kepada sejarah penulisan dan pengkaryaan bermula dari era awal penulisan, Cerita-cerita Rakyat, Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, Hukum Kanun Melaka, Munsyi Abdullah sehingga ke tahap perkembangan Kesusasteraan Melayu Moden.

Bahan-bahan pameran utama terdiri dari lukisan yang menggambarkan peristiwa-peristiwa penting berdasarkan petikan Sejarah Melayu dan bentuk-bentuk hukuman yang dilaksanakan menurut Hukum Kanun Melaka serta koleksi naskah manuskrip asal tulisan tangan dan seluruh pelusuk dunia.

Penghormatan turut diberikan kepada penulisan berbentuk tradisional merangkumi pantun, gurindam, nazam dan puisi. Galeri Sasterawan Negara dan Penulis-penulis Melaka turut merupakan sebahagian tarikan utama untuk pelawat.

Antara objektifnya adalah untuk mempamer dan menggalakkan penghayatan masyarakat terhadap perkembangan dunia sastera dari dahulu sehingga sekarang serta kelahiran tokoh-tokoh kesusasteraan Melayu dengan karya yang bermutu.

Basic Hand Writing (Abjads)


Muat Turun imej di sini


Rasanya amat berguna untuk dijadikan latihan buat anak-anak belajar menulis dan memperbaiki tulisan mereka. Boleh juga dijadikan bahan untuk pembelajaran di rumah ataupun tadika.

Untuk melihat dan muat turun lebih banyak modul pembelajaran ini, cubalah lawati web ini http://www.handwritingforkids.com/ . Ada lebih banyak modul untuk pembelajaran anak-anak, terutamanya Pra Sekolah (Tadika). Bukan sahaja untuk tulisan yang mudah, malah ada juga untuk tulisan sambung. Ada juga untuk subjek mathematik dan sains.

Yang baik dan elok kita ambil dan manfaatkannya.
Yang buruk dan kurang elok kita tinggalkan.
Semoga ianya memberi faedah bersama.

Basic Hand Writing (Numbers)





































































Tuesday

PETUA NAK BERTAHAN LAMA DI ALAM RUMAHTANGGA

1. Bagi seorang isteri, anda perlulah menjamu mata suami anda. Lelaki mudah terangsang oleh penglihatan matanya. Pakailah pakaian yang menarik perhatiannya. Lemparkan senyuman yang bermakna. Berdandanlah dengan sempurna.. selitkan jelingan-jelingan manja.

2. Sambutlah kepulangan suami anda dengan gembira dan hantarlah pemergiannya dengan hati yang sedih dan mengharapkan kesetiaan. Jangan lupa untuk bersalaman dan berciuman apabila dia pulang dan apabila dia mahu meninggalkan rumah. Uruskan perihal suami anda dari segi makanan dan pakaiannya. Isteri yang bijak menjaga suami akan mengambil berat mengenai dua perkara penting, pertama zakar suaminya dan kedua perut suaminya.

3. Banyak membantu suami anda. Terutamanya apabila suami anda bermasaalah. Jangan banyak meminta-minta kerana ini akan menyebabkan suami anda berdukacita. Walaupun anda bekerja, usah boros dalam berbelanja, sama-samalah merancang masa depan bersama suami anda. Rujuklah kepada suami anda dalam hal-hal yang mana anda sendiri kurang yakin atau perkara yang melibatkan kesan terhadap ekonomi rumahtangga.

4. Nyatakan sayang anda kepada suami anda. Ia patut dilakukan setiap hari,walaupun setelah anda beranak cucu. Jangan anggap diri anda terlalu tua untuk itu semua.

5. Apabila berkesempatan, sentuh dan belailah suami anda selalu. Anda boleh mencuri-curi menciumnya ketika tidak dilihat oleh orang lain. Anda boleh memegang tangannya atau bahunya bila berjalan-jalan.

6. Jadikan amalan untuk menidurkan anak-anak anda lebih awal dari masa anda hendak masuk tidur. Amalkan juga masuk tidur bersama suami anda. Inilah antara masa yang paling manis dalam kehidupan berumahtangga.

7. Jika anda meminta pertolongan dari suami anda dan suami anda membantu tetapi tidak sempuna perbuatannya, jauhilah dari berleter atau marah kepadanya. Ini akan hanya menyebabkannya berjauh hati dan merajuk.

8. Jagalah anak-anak anda dengan baik dari segala segi. Elakkan dari sentiasa memarahi anak-anak anda, gunakan strategi memujuk dan mendorong. Jika anda selalu marahkan anak-anak anda di depan suami anda, suami anda mungkin merasa kurang senang, lagipun anak anda adalah anaknya yang disayanginnya.

9. Selalulah memicit-micit dan mengurut suami anda. Amalkan mandi bersamanya dan menggosok-gosok badannya. Jangan sekali mengatakan,busuk,pengotor,selekeh atau kata2 yg tidak sepatutnya dilemparkan, kerana hati suami akan tersentuh apabila isteri berkata2 demikian.

10. Apabila anda masuk tidur bersama suami anda, bukalah segala pakaian anda dan berselimut bersama suami anda. Ciumlah dengan ciuman yang hangat, iaitu ciuman yang memberikan pengertian bahawa "hanya kaulah satu-satunya kekasihku".

11. Bila anda tidur, sentiasalah mengadap suami anda. Jika pun anda hendak membelakanginya minta izin darinya atau anda berpusing sambil menyentuhnya. Cubalah tidur berbantalkan bahu suami anda, anda akan merasakan kenikmatannya.

12. Elakkan bercerita mengenai suami anda kepada orang lain, terutama sekali perkara yg boleh menjatuhkan air muka suami anda. Jika perlu pun, ceritalah perkara-perkara yang baik sahaja. Itulah tanda anda benar-benar mengasihi suami anda.

13. Sekiranya suami anda berhajat untuk "bersama" anda, layanilah ia dengan baik walau bagaimanapun kesibukan dan keletihan anda. Banyak perceraian atau kes poligami berpunca dari isteri yang kurang faham dengan keperluan suaminya di sudut seks. Kurangnya layanan dan banyaknya alasan menyebabkan suami berasa bosan terhadap anda.

14. Sesekali, ajaklah pula suami anda berjima'. Jika anda merasa malu untuk menyatakannya, lakukan godaan dengan halus. Biasanya seorang lelaki akan memahami tanda-tanda anda memerlukan jima'. Ini akan membuatkan suami anda merasa bahawa dia diperlukan.

15. Apabila anda bersetubuh dengan suami anda, janganlah biarkan dia bersendirian melayarkan bahtera, sedangkan anda cuma menyuakan tubuh anda untuk disetubuhi dalam keadaan mahu tidak mahu. Hal ini akan sungguh mengecewakan suami anda. Dia akan merasa bahawa dirinya tidak dihargai, sedangkan pada fikirannya persetubuhan itu ialah jalinan kasih dua jiwa yang memanisfitasikan cintanya.

16. Ketika suami anda sakit, tunjukkanlah kesungguhan anda untuk merawatnya dan membangkitkan semula semangatnya, melahirkan kesedihan anda dan harapan anda agar dia lekas sembuh. Dia akan ingat kepada anda dan begitu mengasihi anda kerana dia tahu bahawa anda bukan saja mengasihinya sewaktu dia sihat. Ingat wahai isteri jgn biarkan suami anda kesakitan sendiri, sesungguhnya dalam keadaannya sakit dan anda pula tidak sikit pun menghiraukannya, hati lelaki mudah berkata'inginkan seseorang yg dapat membantu', jgn la hanya ingin senang bersama, bila susah tidak hiraukan. Pemikiran lelaki tak dapat di baca apabila umurnya 40 an.

17. Selalu la memasak utk suami terutama bagi wanita yg berkerjaya. Elakkan suami anda dari selalu makan di luar, kerana air tangan seorang isteri juga dapat mengeratkan kasih sayang terhadap sesebuah keluarga.

18. Apabila suami anda meninggal dunia, jagalah anak-anak anda dengan baik serta berterusanlah menjaga silaturrahim bersama keluarga suami anda.Mudah-mudahan nanti, anda akan menemui suami anda disyurga.Kepada isteri, jika anda berlakukan demikian, teruskan la, kepada yg tidak melakukan salah satu darinya, cuba la baiki diri anda. Sesungguhnya yg paling penting, hormat la suami anda, jangan sekali di caci.

Yg baik datangnya dari Allah s.w.t, yg buruk datangnya dari diri kita sendiri...ubahlah sebelum terlambat. Sekian

oleh: pak kadri

Mengetahui masa subur isteri

Kaum wanita pada setiap 4 minggu (28 hari) sekali datang haid. Masanya berbeza. Perbezaan masa bergantung kepada keadaan badan seseorang. Daripada haid yang pertama hingga haid yang berikutnya dapat kita bahagikan kepada 4 tahap:

1. Masa haid

2. Masa bersih pertama; kandungan rahim sudah bersih dari kotoran tapi sel wanita belum dapat dibuahi untuk menjadi benih.

3. Masa subur; kandungan rahim sedia untuk menerima sel benih, yang akan memberhentikan kedatangan haid.

4. Masa bersih kedua; masa penghancuran. Alat-alat dalam rahim mulai membersihkan kerana tiada pembuahan dan menanti datang haid yang baru.

Ringkasnya, minggu I, II dan IV adalah minggu kosong, tetapi minggu ke III adalah minggu subur. Untuk mengetahui dengan tepat waktu subur bagi seorang wanita, haruslah mengetahui masa kedatangan haid pada setiap bulan, untuk menyesuaikan waktu 14-16 hari sebelum datang haid sebelum datang haid yang baru. Apakah anda mempunyai jangka waktu bersih 28 hari 30 hari ataupun 32 hari.

Menurut pendapat pakar kelamin, sel telur lelaki dapat hidup 2 X 24 jam sebelum 'masa subur' dan 2 X 24 jam sesudah 'masa subur’. Maksudnya 2 hari sebelum dan selepas 'masa subur', masih boleh menjadi benih bila bersetubuh pada masa itu.

Jadi yang paling baik untuk memiliki anak ataupun menjarakkan kehamilan, haruslah melakukan persetubuhan berpandukan pada masa tersebut, iaitu 2 X 24 + 2 X 24 + 2 X 24 ataupun 2 hari + 2 hari + 2 hari - jumlah hari subur. Kesimpulannya, masa subur adalah dari hari ke 12 hingga hari ke 18 sebelum datang haid yang baru.

Selamat mencuba

oleh: pak kadri

Maafkan Abah, Ain..!!

Perkenalan selama dua tahun dan setelah mengenal hati budi masing-masing akhirnya Zaleha dan Rahman bersetuju memeterai janji untuk hidup bersama dan membina mahligai impian, dengan harapan ikatan perkahwinan itu akan memberikan sinar dalam kehidupan mereka. Walaupun Rahman hanya bekerja sebagai pemandu bas kilang sahaja namun bagi Zaleha itu bukan halangan untuk menerima Rahman sebagai teman hidupnya, dia rela dan sanggup berkorban demi cinta sejati. Setahun usia perkahwinan mereka semuanya dianggap bahagia dan dengan penuh harapan menanti akan dikurniakan cahaya mata pertama supaya dapat mengukuhkan lagi kasih sayang mereka berdua.

Namun harapan tinggal harapan cahaya mata yang ditunggu-tunggu masih tidak menampakkan kemunculannya, perkahwinan yang dibina atas dasar kasih sayang mula bergoncang setelah 3 tahun hidup bersama semuanya berpunca dari ketiadaan anak.Rahman mula menuduh isterinya mandul tidak boleh memberikannya seorang anak dan mula bermain 'kayu tiga', saban hari kehidupan rumahtangga mereka dipenuhi dengan pergaduhan semuanya ingin menunjukkan ego masing-masing hingga pada satu tahap rumahtangga mereka seperti tidak boleh diselamatkan lagi. Namun Allah Maha Kaya ketika mereka hampir bercerai-berai cahaya mata yang menjadi punca segalanya akhirnya mula menampakkan tanda, kehidupan rumahtangga mereka yang semakin kelam mula menunjukkan sinarnya.

Rahman seperti tidak percaya bila dia mengetahui Zaleha telah mengandung 2 bulan, seperti 'bulan jatuh ke riba' bila dia mendengar khabar dari isterinya, hilang semua perasaan benci terhadap isterinya selama mereka 'berkonfrentasi'. Setelah menanti penuh debar selama 9 bulan 10 hari akhirnya cahaya mata yang dinanti selamat dilahirkan, alangkah gembiranya dia bila diberitahu oleh nurse yang dia mendapat anak perempuan, kini dia puas cita-citanya untuk menjadi seorang ayah termakbul jua akhirnya, anak yang comel itu dinamakan Nurul Ain.

Dia berjanji dalam dirinya untuk menjadi seorang ayah yang penyayang dan bertanggungjawab dan ingin membuang segala tabiat buruknya selama ini dan membina semula keluarganya yang hampir runtuh dahulu. Anak yang lahir ini ditatang bagaikan minyak yang penuh, segala keperluannya disediakan dan sejak kelahiran Nurul Ain dia sudah banyak berubah, sudah tidak pulang lewat lagi, tidak suka berfoya-foya di luar dan paling mengembirakan Zaleha suaminya sudah mula mengingati SuruhanNya yang selama ini sudah lama ditinggalkan.

Namun 'harapkan panas hingga ke petang tapi hujan di tengahari' itulah nasib yang menimpa keluarga kecil ini, Tuhan seperti hendak menduga keutuhan iman seseorang itu dengan menurunkan dugaanNya, 15 hari sebelum genap umur Ain setahun anak kecil ini telah di serang demam panas yang teruk, kesan dari ini otak Ain telah mengalami kerosakkan dan Doktor mengesahkan kemungkinan besar Ain akan mengalami terencat akal seumur hidup...... Berita ini bagai panahan petir bagi Rahman, seperti baru semalam dia menyambut kelahiran cahaya matanya yang comel kini semuanya seperti sudah berakhir baginya.Rahman bagaikan tidak dapat menerima hakikat keadaan anaknya itu dan sering menyalahkan dirinya sendiri ekoran apa yang terjadi pada anaknya.

Sering juga dia mengatakan pada kawannya mengapa mesti anaknya menerima nasib begitu kenapa tidak anak orang lain, dia seperti tidak dapat menerima ketentuan dari Yang Maha Esa. Dalam situasi begini anak-anak istimewa seperti Ain sepatutnya memerlukan perhatian yang lebih dari Ibu bapanya namun tidak bagi Rahman, jika dulu anak itulah yang sering ditimang, dicium, dibawa kemana-mana dia pergi dan dengan bangga memperkenalkannya kepada kawan-kawannya, namun kini dia seperti malu mahu menerima Ain sebagai anak kandungnya sendiri.

Tiada lagi kucupan mesra, senda gurau dan belaian mesra dari seorang bapa pada anaknya, Rahman seperti menjauhkan diri dari anaknya baginya tiada faedahnya melayan anak yang sudah terencat akal hanya membuang masa saja.Kekusutan fikirannya menyebabkan Rahman kembali pada hobi lamanya berfoya-foya di kelab dangdut hingga ke subuh, tinggallah Zaleha seorang diri melayan karenah anak 'istimewa'nya itu dan demi memberi tumpuan sepenuh hati pada anaknya Zaleha sanggup melepaskan jawatannya sebagai guru sekolah semuanya dilakukan untuk anaknya itu.

Sepuluh tahun sudah berlalu, Ain membesar seperti anak-anak normal yang lain, Zaleha bersyukur kepada Allah walaupun anaknya berkeadaan begitu anggota tubuhnya seperti anak-anak yang lain tiada cacat celanya, Ain boleh berjalan, berlari dan bermain cuma fikirannya saja seperti bayi dan hanya boleh bercakap sepatah dua perkataan.Pengalaman Zaleha sebagai guru digunakan sepenuhnya untuk mengajar anak perkataa-perkataan ringkas, walaupun kadang kala dia begitu kecewa dengan sikap suaminya Rahman yang seperti lepas tangan dan tidak pernah mengambil tahu mengenai hal anaknya itu, jauh sekali mahu memandikan dan memberikan makan untuk Ain semuanya dilakukan sendiri oleh Zaleha .

Sikap kurang ajar dan panas baran Rahman terhadap Ain anak kandungnya semakin ketara, saban hari ada saja benda yang menimbulkan kemarahannya terhadap Ain jika dia sudah marah maka hingaplah tangan dan kakinya di badan anak kecil ini, jika tidak kerana Zaleha mungkin lebih teruk Ain di'kerja'kan bapanya sendiri. Memanglah sikap anak istimewa seperti Ain kadang kala menimbulkan masalah seperti kencing dan berak di merata tempat dan adakalanya merosakkan barang perhiasan, namun budak seperti itu apa yang dia tahu...... Puas sudah Zaleha menasihati suaminya supaya mengubah sikapnya dan jangan sampai menyesal di kemudian hari namun maki hamun yang dilemparkan kepadanya, bukan isterinya saja yang cuba mengubah sikapnya, kawan baiknya Sahak juga pernah menasihatinya namun 'penampar jepun' yang hinggap di muka dengan amaran jangan mencampuri urusan rumahtangganya.

Zaleha hanya mampu menangis melihat keadaan tubuh Ain yang lembab-lembab setiap kali Rahman membelasah anaknya pernah sekali kerana tidak tahan melihat perangai suaminya mendera Ain dia meluru ke dapur mengambil pisau dan menyerahkanya pada Rahman supaya bunuh saja Ain kalau betul dia bencikan sangat anaknya sendiri jangan lagi di sakitinya lagi, zaleha seperti tidak mampu lagi menanggung derita setiap kali anaknya didera.Jiran sebelah menyebelah hanya mampu melihat saja untuk masuk campur takut parang panjang menunggu di depan pintu dan pernah sekali jiran sebelahnya melihat Ain di lempar keluar oleh Rahman melalui tingkap rumahnya namun dia hanya mampu melihat saja untuk menolong jauh sekali takut dengan sikap panas baran Rahman.Ada juga jiran yang mahu melaporkan kepada polis hal ini namnu bila mengenangkan kebaikkan Zaleha pada mereka tidak sampai hati untuk mereka melaporkannya.

Namun Tuhan Maha Kaya dosa yang kita lakukan di dunia adalakanya dibayar 'cash' didunia juga......... Malam itu hujan turun dengan lebat dan setelah balik dari menghantar pekerja pukul 12 malam Rahman pulang dengan kepenatan namun bila sampai saja di muka pintu kakinya terpijak najis di depan pintu, dia tahu kalau tak 'si terencat akal' ini tiada orang lain yang buat, dengan hati yang panas Rahman meluru ke bilik anaknya dan menariknya keluar dengan paksa dan terus dicampaknya keluar rumah " Tidur kau di luar situ" teriak Rahman sambil mengunci pintu.

Zaleha cuba meminta simpati dari suaminya supaya anaknya dibenarkan masuk namun tak diendahkan oleh Rahman....menangislah anak kecil itu di luar rumah sambil mengetuk pintu dengan keadaan hujan yang lebat, apa yang mampu dilakukan oleh anak kecl ini hanya menangis saja..............Zaleha tidak mampu berkata apa-apa lagi hanya pilu mendengar tangisan anaknya di luar dan tinggallah anak kecil itu keseorangan di luar...... Seperti biasa Rahman akan keluar seawal pukul 6 pagi untuk mengambil pekerja ke kilang dan ketika keluar dari rumah matanya melilau sekeliling untuk melihat dimana anaknya berada namun dia tak menjumpainya, biarkanlah saja tahulah dia masuk ke rumah pagi nanti fikirnya.

Ketika bas yang dipandunya mula bergerak dia merasakan seperti tayar belakang bas melanggar sesuatu, dia memberhentikan bas dan turun untuk memeriksanya sambil menyumpah baru pagi semalam dia mencuci basnya. Bila dia menyuluh di bawah bas alangkah terperanjatnya dia bila melihat sekujur tubuh kecil berlumuran darah terbaring di celah tayar belakang basnya. Dia seperti sudah dapat mengagak tubuh kecil itu milik anak yang sangat dibencinya lain dan tak bukan...Ain. Tubuhnya mula mengigil perasaan bersalah, takut dan cemas mula menular dalam fikirannya, dia cuba memerhatikan kembali...Ya Allah anakku!!!..dengan pantas dia menarik tubuh kecil itu keluar dari bawah bas...Rahman meraung bila melihat tubuh anaknya berlumuran darah, dia cuba mengerakkan tubuh anaknya dengan harapan anaknya masih bernyawa...namun semuanya sudah terlambat anaknya sudah kembali rahmatullah..

Di subuh yang hening itu dapat dilihat oleh alam terlerainya ego seorang ayah, sambil memeluk sekujur tubuh yang selama ini menjadi bahan 'santapanya' terpancar kembali dosa-dosa yang pernah dilakukan terhadap anaknya, timbul perasaan kesal yang amat mendalam dalam sanubarinya..namun semuanya sudah terlambat, tubuh kecil yang tidak bernyawa itu di peluk erat sambil teresak-esak....Suara raungan dan tangisan Rahman memecah kesunyian subuh itu membangkitkan Zaleha dari lena, bila dia melihat saja keadaan suaminya memeluk anaknya di tengah jalan dia sudah tahu apa yang telah terjadi pada anak kesayangannya itu, bagaikan halilintar menyambar tubuhnya bila dia melihat tubuh anaknya berlumuran darah, lemah terus tubuhnya hanya air mata mengalir deras dari kelopak mata....

Pagi itu gempar seluruh penduduk kawasan itu bila mendengar berita Rahman melanggar anaknya sendiri, jiran-jiran mula mengerumuni di tempat kejadian melihat bagaimana keadaan kekesalan seorang lelaki bernama ayah enggan menyerahkan tubuh anaknya untuk diuruskan pengkebumiannya.Sudah lebih 3 jam jiran-jiran memujuk dan menasihati Rahman supaya dia tabah menghadapi dugaan Allah dan melepaskan dakapannya namun semuanya sia-sia belaka, Rahman seperti tidak mahu berpisah dengan anak yang selama ini menjadikannya lupa tanggungjawabnya sebagai seorang ayah, dibelai dan dicium tubuh kecil yang semakin kebiruan itu, namun setelah dipujuk oleh ibu dan ayahnya akhirnya Rahman melepaskan dakapan erat terhadap tubuh anaknya.

Akhirnya jenazah Nurul Ain sempat dikebumikan petang itu juga dan berakhirlah penderitaan seorang anak istimewa yang tidak mengerti apa yang telah dilakukan oleh ayahnyanya sendiri. Dari perbualan jiran-jiran setelah 'dicampakkan' oleh ayahnya di luar dan mungkin kerana keadaan hujan lebat pada masa itu dan kerana kesejukkan Ain telah berlindung di bawah bas dan mungkin kerana kesejukkan dan kepenatan Ain tidak sedar dari tidur bila Rahman mula mengerakkan basnya pada pagi itu dan terjadilah peritiswa yang menyedihkan.itu,mayat anak kecil itu remuk di bahagian dada dan kakinya kerana digilis tayar bas yang dipandu ayahnya. Setelah kejadian ini sikap dan perangai Rahman mula berubah dia hanya mengasing diri dan sering termenung sendirian hingga pada satu tahap dia seperti tidak dapat mengawal perasaannya menangis dan bercakap seorang diri sambil memeluk bantal milik arwah anaknya.

Sudah puas Zaleha dan bapa dan ibu mertuanya mencari bomoh untuk cuba mengubatinya penyakit suaminya namun masih gagal, walaupun suaminya berkeadaan begitu Zaleha masih tetap setia pada suaminya tidak terlintas dalam fikirannya untuk meminta cerai. Sudah dua sejak kematian Nurul Ain namun Rahman masih tidak berubah malah semakin bertambah teruk seperti sudah hilang ingatan malahan makan, mandi dan membuang najis juga perlu diuruskan oleh ibunya sikap dan perangainya tidak ubah seperti arwah anaknya dulu....

Kerana mengalami tekanan dan desakkan dari kedua ibu bapa serta mertuanya akhirnya Zaleha merelakan perpisahan dengan suami tercinta dan kini berbahagia bersama suami barunya, sedangkan Rahman akan melalui hari-hari suramnya bersama kenangan yang tidak akan dilupakanya..... Maaf jika cerita ini terlalu panjang dan biarlah cerita ini menjadi iktibar dan pedoman kepada semua insan yang bergelar Ayah/Bapa/Abah supaya menjadi seorang ketua keluarga yang bertanggungjawab. kepada mereka yang menpunyai anak-anak istimewa tahniah diucapkan jika anda menpunyai bersikap sabar, punya rasa tanggungjawab dan sanggup berkorban ketika menjaga anak-anak ini. Mereka juga manusia biasa yang memerlukan belai mesra dan kasih sayang dari kedua Ibu bapa........Fikir-fikirkanlah.....

Penulis Asal: Mohd Yusry Ruhaini
sumber dari respeksgroup

Cerita di Malam Jumaat

Suatu Cerita di Malam Jumaat sebagai iktibar dan peringatan bersama...

Mata liarku memandang setiap manusia yang berjalan di hadapanku tanpa putus-putus ibarat tali air. Tiba-tiba mataku tertumpu pada sekujur badan, badannya agak luar biasa sehingga aku lupakan manusia-manusia lain disekelilingku dan terus menumpukan perhatian pada orang tersebut. Alangkah terkejutnya memandang orang tersebut kerana rupa-rupanya Allah sedang mengujinya dengan suatu penyakit luar biasa. Aku dapati tangan, kaki dan sebahagian mukanya sembam (bengkak).

Ya Allah betapa besarnya nikmat(kecantikan/kesihatan) yang telah Engkau kurniakan kepadaku serta kepada keluargaku, Engkau kekalkanlah nikmat yang telah Engkau kurniakan kepadaku dan kepada keluargaku sehingga bila-bila itulah doa kesyukuran yang terlintas di dalam hatiku.

Pada masa yang sama aku rasa terharu dan hairan melihat kekuatan (iman) orang itu menghadirkan diri ke masjid untuk sembahyang berjemaah dalam keadaan sakit. Betapa kuatnya iman manusia tersebut dan betapa kasihnya Allah sehingga Dia memilih orang itu untuk datang ke rumahNya walaupun di luar masih ramai yang gagah sihat tidak datang sembahyang berjemaah dan masing-masing menjadikan rumah sebagai surau dan masjid .

Aku diberitahu oleh orang tua-tua bahawa bukan semua orang dapat datang ke masjid melainkan mereka-mereka yang Allah pilih sahaja. Ini dapat ditamsilkan dengan contoh begini bukan semua orang dapat pergi ke istana menghadiri sesuatu majlis melainkan mereka -mereka yang dipilih khas oleh pemilik istana tersebut begitulah keadaan pergi ke masjid bertemu dengan Al-Malikul Mulk. Mengapa Allah membawa orang tersebut di hadapanku? Pada mulanya aku anggap ia sebagai suatu peristiwa yang biasa sahaja tetapi kini aku mendapati bahawa Allah mahu menegurku (Tarbiah) supaya aku beroleh
hidayat.

Bila perutku terasa lapar aku berjalan hulu ke hilir mencari rezeki di luar masjid, tetapi tidak ditemui dan aku balik ke masjid kerana masjid ini ada kantin lalu aku masuk dan menjamu selera. Bila sudah habis ! makan aku bangun hendak meninggalkan ruang tersebut tetapi tiba-tiba tanganku ditarik oleh seseorang dan bila aku menoleh, aku mendapati kawan lamaku, masya Allah tidak sangka aku akan berjumpa dengannya kerana sejak mula aku masuk masjid itu aku teringin sangat hendak jumpanya, puas mataku mencari, bila mataku penat tiba-tiba Allah munculkan dia di hadapanku.

Kami dua duduk berbincang pasal berbagai perkara. Pada masa yang sama tiga orang yang aku tidak kenali juga datang duduk bersama kami dan mula mengambil bahagian dalam apa yang kami bincangkan. Walaupun baru satu minit berkenalan tetapi langsung tidak terasa janggal atau jauh hati seolah-olah kami sudah lama berkenalan. Itulah Allah yang memegang hati-hati manusia dalam sekelip mata Dia boleh membalikkan hati sesiapa yang Dia suka dan dalam sekelip mata juga Dia berkuasa mendekatkan hati sesiapa yang Dia kedendaki. Maha berkuasa Dia ke atas segala sesuatu. Bila rancak berbincang, kawanku dan salah seorang dari tiga orang itu meminta diri meninggalkan kami bertiga kerana pada waktu itu jarum jam telah melebihi pukul 11 malam.

Oleh kerana kami bertiga tiada apa-apa urusan maka kami duduk berbincang juga. Tiba-tiba salah seorang dari saudara yang baru aku jumpa mula ceritakan mengenai pengalaman seorang manusia yang luar biasa. Menurutnya orang ini telah lebih dua bulan terlantar di hospital dalam keadaan koma. Pada masa ini rohnya telah dibawa jalan ke alam akhirat. Dia telah di bawa ke Padang Masyar dan ditunjukkan kaedah penghisaban.

Menurutnya lagi di Padang Masyar ada televisyen serba canggih lebih canggih dari apa yang ada
sekarang (kerana hari kiamat adalah future) dan segala lakonan hidup yang kita lakonkan sepanjang hayat akan ditontonkan kepada semua manusia sejak awal sehingga akhir; tidak kira baik atau buruk, sama ada yang dilakukan di khalayak ramai atau secara sembunyi, tidak kira sama ada di dalam kegelapan atau dalam cahaya; pendek kata tiada suatupun yang akan terlepas dari skrin televisyen tersebut.

Bila aku dengar sahaja tentang skrin televisyen ini dalam hatiku kembali mengingati maksiat, kedurjanaan, kianat dan macam-macam amalan jahat yang telah aku lakukan. Pada masa itu terasa teramat malu pada diri sendiri seolah-olah aku berada di khalayak ramai tanpa seutas benang pun pada badanku, begitulah rasa malu aku ketika aku dengar tentang skrin televisyen itu.

Masya Allah apakah akan jadi kalau hal ehwal aku ketika aku hidup di dunia ini ditontonkan kepada penduduk Masyar, apakah yang mereka akan fikirkan, kalaulah ibubapaku yang menyangka anaknya ini seorang yang baik melihat lakonanku apa yang mereka akan fikirkan tentang diriku ini, kalaulah saudara-saudariku melihatnya bagaimanakah penerimaan mereka terhadapku, kalaulah kawan-kawanku melihat maksiat yang aku lakukan dibelakang mereka dan berlakon sebagai seorang baik di hadapan mereka apakah yang mereka akan fikirkan tentang diriku, apakah yang akan difikirkan oleh orang-orang yang aku pernah tegur dan menyuruh berbuat baik tetapi aku sendiri tidak melakukan kebaikan ................. ya Allah, tolonglah tutup keaiban ku......... janganlah engkau membuka keaibanku di hadapan manusia lain. Inilah doa dan penyesalanku ketika itu.

Kawanku yang seorang lagi seolah-olah mengetahui perasaan kesalku dia memberi kata-kata semangat, dia kata kalau kita tidak membuka keaiban manusia lain dengan memalukan di khalayak ramai di dunia ini, dipadang Masyar nanti insya Allah, Allah akan menutupkan keaiban kita dan Dia akan menghisab kita di belakang tabir tanpa diketahui oleh sesiapapun dan bertaubatlah kata kawanku itu. Menurutnya lagi bukan sahaja orang itu di bawa ke Padang Masyar sahaja malah telah dibawa ke neraka juga untuk menunjukkan betapa azabnya siksa neraka yang telah dilupai oleh kebanyakan manusia dan tenggelam dalam mencari nikmat dunia yang tidak seberapa dengan melupakan Allah.

Dalam hatiku tertanya siapakah orang yang dikatakannya yang berada dalam koma dan diberi peluang oleh Allah untuk melihat kebesaranNya ............ maka sampailah masanya dia memberitahu siapa orang tersebut, dia berkata itulah orang yang bengkak kaki dan tangan yang kami jumpa di dalam masjid.

Soalan aku kini siapakah dua orang yang aku jumpa yang menceritakan akan hal ini kepadaku adakah mereka sama sepertiku atau.....?

Subahanallah. Dalam setiap penciptaan makhluk, Allah telah meletakkan suatu pengajaran kepada manusia seperti saya, tetapi saya yang tidak faham dan tidak mengerti. Kini setiap kali saya teringin melakukan maksiat SKRIN TELEVISYEN PADANG MASYAR yang saya teringat. Ini bukan cerita ciptaan atau khayalan ini adalah cerita benar, sama ada tuan-puan percaya atau tidak terserah pada diri masing-masing............. dan saya masih hairan melihat manusia yang ketawa terbahak-bahak........ sudah lupakah mereka mengenai hisab Yaumal Zalzalah?

Sumbangan : Itaarissa

CINTA ADAM DAN HAWA

Segala kesenangan ada di dalamnya. Semua tersedia apa saja yang diinginkan, tanpa bersusah payah memperolehinya. Sungguh suatu tempat yang amat indah dan permai, menjadi idaman setiap insan.

Demikianlah menurut riwayat, tatkala Allah SWT. selesai mencipta alam semesta dan makhluk-makhluk lainnya, maka dicipta-Nya pula Adam ‘alaihissalam sebagai manusia pertama. Hamba yang dimuliakan itu ditempatkan Allah SWT di dalam Syurga (Jannah).

Adam a.s hidup sendirian dan sebatang kara, tanpa mempunyai seorang kawan pun. Dia berjalan ke kiri dan ke kanan, menghadap ke langit-langit yang tinggi, ke bumi terhampar jauh di seberang, maka tiadalah sesuatu yang dilihatnya dari mahkluk sejenisnya kecuali burung-burung yang berterbangan ke sana ke mari, sambil berkejar-kejaran di angkasa bebas, bernyanyi-nyanyi, bersiul-siul, seolah-olah mempamerkan kemesraan.

Adam a.s terpikat melihatnya, rindu berkeadaan demikian. Tetapi sungguh malang, siapalah gerangan kawan yang hendak diajak. Dia merasa kesepian, lama sudah. Dia tinggal di syurga bagai orang kebingungan, tiada pasangan yang akan dibujuk bermesra sebagaimana burung-burung yang dilihatnya. Tiada pekerjaan sehari-hari kecuali bermalas-malas begitu saja, bersantai berangin-angin di dalam taman syurga yang indah permai, yang ditumbuhi oleh bermacam bunga-bunga kuntum semerbak yang wangi, yang di bawahnya mengalir anak-anak sungai bercabang-cabang, yang desiran airnya bagai mengandung pembangkit rindu.

Adam kesepian, Apa saja di dalam syurga semuanya nikmat! Tetapi apalah erti segalanya kalau hati selalu gelisah resah di dalam kesepian seorang diri? Itulah satu-satunya kekurangan yang dirasakan Adam a.s di dalam syurga. Dia perlu kepada sesuatu, iaitu kepada kawan sejenis yang akan mendampinginya di dalam kesenangan yang tak terhingga itu.

Kadangkala kalau rindu dendamnya datang, turunlah ia ke bawah pohon-pohon rendang mencari hiburan, mendengarkan burung-burung bernyanyi bersahut-sahutan, tetapi aduh hai kasihan...bukannya hati menjadi tenteram, malah menjadi lebih tertikam. Kalau angin bertiup sepoi-sepoi basah di mana daun-daunan bergerak lemah gemalai dan mendesirkan suara sayup-sayup, maka terkesanlah di hatinya keharuan yang begitu mendalam; dirasakannya sebagai derita batin yang tegak di sebalik nikmat yang dianugerahkan Tuhan kepadanya.

Tetapi walaupun demikian, agaknya Adam a.s malu mengadukan halnya kepada Allah SWT. Namun, walaupun Adam a.s malu untuk mengadu, Allah Ta'ala sendiri Maha Tahu serta Maha Melihat apa yang tersembunyi di kalbu hamba-Nya. Oleh itu Allah Ta'ala ingin mengusir rasa kesepian Adam.

Hawa diciptakan Tatkala Adam a.s sudah berada di puncak kerinduan dan keinginan untuk mendapatkan kawan, sedang ia lagi duduk terpekur di atas tempat duduk yang berlapiskan tilam permaidani serba mewah, maka tiba-tiba ngantukpun datanglah menawannya serta langsung membawanya hanyut ke alam tidur. Adam a.s tertidur nyenyak, tak sedar kepada sesuatu yang ada di sekitarnya.

Dalam saat-saat yang demikian itulah Allah SWT menyampaikan wahyu kepada malaikat Jibril a.s untuk mencabut tulang rusuk Adam a.s dari lambung sebelah kiri. Bagai orang yang sedang terbius, Adam a.s tidak merasakan apa-apa ketika tulang rusuknya dicabut oleh malaikat Jibril a.s.

Dan oleh kudrat kuasa Ilahi yang manakala menghendaki terjadinya sesuatu cukup berkata “Kun!” maka terciptalah Hawa dari tulang rusuk Adam a.s, sebagai insan kedua penghuni syurga dan sebagai pelengkap kurnia yang dianugerahkan kepada Adam a.s yang mendambakan seorang kawan tempat ia boleh bermesra dan bersenda gurau.

Pertemuan Adam dan Hawa, Hawa duduk bersandar pada bantal lembut di atas tempat duduk megah yang bertatahkan emas dan permata-permata bermutu manikam, sambil terpesona memperhatikan kecerahan wajah dari seorang lelaki kacak yang sedang terbaring, tak jauh di depannya.

Butir-butir fikiran yang menggelombang di dalam sanubari Hawa seolah-olah merupakan arus-arus tenaga elektrik yang datang mengetuk kalbu Adam a.s, yang langsung menerimanya sebagai mimpi yang berkesan di dalam gambaran jiwanya seketika itu. Adam terjaga....!

Alangkah terkejutnya Adam a.s ketika dilihatnya ada makhluk manusia seperti dirinya hanya beberapa langkah di hadapannya. Dia seolah tak percaya pada penglihatannya. Adam a.s masih terbaring mengusap matanya beberapa kali untuk memastikan apa yang sedang dilihatnya.

Hawa yang diciptakan lengkap dengan perasaan malu, segera memutar badannya sekadar untuk menyembunyikan bukit-bukit di dadanya, seraya mengirimkan senyum manis bercampur manja, diiringi pandangan melirik dari sudut mata yang memberikan sinar harapan bagi hati yang melihatnya. Memang dijadikan Hawa dengan bentuk dan paras rupa yang sempurna.

Ia dihiasi dengan kecantikan, kemanisan, keindahan, kejelitaan, kehalusan, kelemah-lembutan, kasih-sayang, kesucian, keibuan dan segala sifat-sifat keperibadian yang terpuji di samping bentuk tubuhnya yang mempesona serta memikat hati setiap yang memandangnya.

Hawa adalah wanita tercantik yang menghiasai syurga, yang kecantikannya itu akan diwariskan turun temurun di hari kemudian, dan daripadanyalah maka ada kecantikan yang diwariskan kepada wanita-wanita yang datang dibelakangnya.

Adam a.s pun tak kurang gagah dan kacaknya. Tidak dijumpai cacat pada dirinya kerana dia adalah satu-satunya makhluk insan yang dicipta oleh Allah SWT secara langsung tanpa perantaraan. Semua kecantikan yang diperuntukkan bagi lelaki terhimpun padanya. Kecantikan itu pulalah yang diwariskan turun temurun kepada orang-orang di belakangnya sebagai anugerah Allah SWT kepada makhluk-Nya yang bergelar manusia.

Bahkan diriwayatkan bahawa kelak semua penduduk syurga akan dibangkitkan dengan pantulan dari cahaya rupa Adam. Adam a.s bangkit dari pembaringannya, memperbaiki duduknya. Dia membuka matanya, memperhatikan dengan pandangan tajam. Dia sedar bahawa orang asing di depannya itu bukanlah bayangan selintas pandang, namun benar-benar suatu kenyataan dari wujud insani yang mempunyai bentuk fizikal seperti dirinya.

Dia yakin tidak salah pandang. Dia tahu itu manusia seperti dirinya, yang hanya berbeza kelaminnya saja. Dia serta merta dapat membuat kesimpulan bahawa makhluk di depannya adalah perempuan. Ia sedar bahawa itulah dia jenis yang dirindukannya. Hatinya gembira, bersyukur, bertahmid memuji Zat Maha Pencipta.

Dia tertawa kepada gadis jelita itu, yang menyambutnya tersipu-sipu seraya menundukkan kepalanya dengan pandangan tak langsung, pandangan yang menyingkap apa yang terselit di kalbunya. Adam terpikat Adam terpikat pada rupa Hawa yang jelita, yang bagaikan kejelitaan segala puteri-puteri yang bermastautin di atas langit atau bidadari-bidadari di dalam syurga.

Tuhan menanam asmara murni dan hasrat berahi di hati Adam a.s serta menjadikannya orang yang paling asyik dilamun cinta, yang tiada taranya dalam sejarah, iaitu kisah cinta dua insan di dalam syurga. Adam a.s ditakdirkan jatuh cinta kepada puteri yang paling cantik dari segala yang cantik, yang paling jelita dari segala yang jelita, dan yang paling harum dari segala yang harum.

Adam a.s dibisikkan oleh hatinya agar merayu Hawa. Ia berseru: “Aduh, hai si jelita, siapakah gerangan kekasih ini? Dari manakah datangmu, dan untuk siapakah engkau disini?” Suaranya sopan, lembut, dan penuh kasih sayang.

“Aku Hawa,” sambutnya ramah. “Aku dari Pencipta!” suaranya tertegun seketika. “Aku....aku....aku, dijadikan untukmu!” tekanan suaranya menyakinkan. Tiada suara yang seindah dan semerdu itu walaupun berbagai suara merdu dan indah terdengar setiap saat di dalam syurga.

Tetapi suara Hawa....tidak pernah di dengarnya suara sebegitu indah yang keluar dari bibir mungil si wanita jelita itu. Suaranya membangkit rindu, gerakan tubuhnya menimbulkan semangat. Kata-kata yang paling segar didengar Adam a.s ialah tatkala Hawa mengucapkan terputus-putus: “Aku....aku....aku, dijadikan untukmu!” Kata-kata itu nikmat, menambah kemesraan Adam kepada Hawa.

Adam a.s sedar bahawa nikmat itu datang dari Tuhan dan cintapun datang dari Tuhan. Ia tahu bahawa Allah SWT itu cantik, suka kepada kecantikan. Jadi, kalau cinta kepada kecantikan berertilah pula cinta kepada Tuhan. Jadi cinta itu bukan dosa tetapi malah suatu pengabdian. Dengan mengenali cinta, makrifah kepada Tuhan semakin mendalam.

Cinta kepada Hawa bererti cinta kepada Pencipta. Dengan keyakinan demikian Adam a.s menjemput Hawa dengan berkata: “Kekasihku, ke marilah engkau!” Suaranya halus, penuh kemesraan.

“Aku malu!” balas Hawa seolah-olah menolak. Tangannya, kepalanya, memberi isyarat menolak seraya memandang Adam dengan penuh ketakjuban. “Kalau engkau yang inginkan aku, engkaulah yang ke sini!” Suaranya yang bagaikan irama seolah-olah memberi harapan.

Adam tidak ragu-ragu. Ia mengayuh langkah gagah mendatangi Hawa. Maka sejak itulah teradat sudah bahawa wanita itu didatangi, bukan mendatangi. Hawa bangkit dari tempat duduknya, menggeser surut beberapa langkah. Ia sedar bahawa walaupun dirinya diperuntukkan bagi Adam a.s, namunlah haruslah mempunyai syarat-syarat tertentu. Di dalam sanubarinya, ia tak dapat menyangkal bahawa iapun terpesona dan tertarik kepada rupa Adam a.s yang sungguh indah.

Adam a.s tidak putus asa. Ia tahu itu bukan dosa. Ia tahu membaca isi hati. Ia tahu bukannya Hawa menolak, tetapi menghindarnya itu memanglah suatu perbuatan wajar dari sikap malu seorang gadis yang berbudi. Ia tahu bahawa di balik “malu” terselit “rasa mahu”. Kerananya ia yakin pada dirinya bahawa Hawa diperuntukkan baginya. Naluri insaninya bergelora.

Tatkala sudah dekat ia pada Hawa serta hendak menghulurkan tangan sucinya kepadanya, maka tiba-tiba terdengarlah panggilan ghaib berseru: “Hai Adam....tahanlah dirimu. Pergaulanmu dengan Hawa tidak halal kecuali dengan mahar dan menikah!”. Adam a.s tertegun, balik ke tempatnya dengan taat. Hawa pun mendengar teguran itu dan hatinya tenteram.

Kedua-dua manusia syurga itu sama terdiam seolah-olah menunggu perintah. Perkahwinan Adam dan Hawa Allah SWT. Yang Maha Pengasih untuk menyempurnakan nikmatnya lahir dan batin kepada kedua hamba-Nya yang saling memerlukan itu, segera memerintahkan gadis-gadis bidadari penghuni syurga untuk menghiasi dan menghibur mempelai perempuan itu serta membawakan kepadanya hantaran-hantaran berupa perhiasan-perhiasan syurga.

Sementara itu diperintahkan pula kepada malaikat langit untuk berkumpul bersama-sama di bawah pohon “Syajarah Thuba”, menjadi saksi atas pernikahan Adam dan Hawa. Diriwayatkan bahawa pada akad pernikahan itu Allah SWT. berfirman: “Segala puji adalah kepunyaan-Ku, segala kebesaran adalah pakaian-Ku, segala kemegahan adalah hiasan-Ku dan segala makhluk adalah hamba-Ku dan di bawah kekuasaan-Ku. Menjadi saksilah kamu hai para malaikat dan para penghuni langit dan syurga bahawa Aku menikahkan Hawa dengan Adam, kedua ciptaan-Ku dengan mahar, dan hendaklah keduanya bertahlil dan bertahmid kepada-Ku!”.

Malaikat dan para bidadari berdatangan Setelah akad nikah selesai berdatanganlah para malaikat dan para bidadari menyebarkan mutiara-mutiara yaqut dan intan-intan permata kemilau kepada kedua pengantin agung tersebut. Selesai upacara akad, dihantarlah Adam a.s mendapatkan isterinya di istana megah yang akan mereka diami.

Hawa menuntut haknya. Hak yang disyariatkan Tuhan sejak semula. “Mana mahar?” tanyanya. Ia menolak persentuhan sebelum mahar pemberian ditunaikan dahulu. Adam a.s bingung seketika. Lalu sedar bahawa untuk menerima haruslah sedia memberi. Ia insaf bahawa yang demikian itu haruslah menjadi kaedah pertama dalam pergaulan hidup.

Sekarang ia sudah mempunyai kawan. Antara sesama kawan harus ada saling memberi dan saling menerima. Pemberian pertama pada pernikahan untuk menerima kehalalan ialah mahar. Oleh kerananya Adam a.s menyedari bahawa tuntutan Hawa untuk menerima mahar adalah benar. Mahar perkahwinan Adam Pergaulan hidup adalah persahabatan! Dan pergaulan antara lelaki dengan wanita akan berubah menjadi perkahwinan apabila disertai dengan mahar.

Dan kini apakah bentuk mahar yang harus diberikan? Itulah yang sedang difikirkan Adam. Untuk keluar dari keraguan, Adam a.s berseru: “Ilahi, Rabbi! Apakah gerangan yang akan kuberikan kepadanya? Emaskah, intankah, perak atau permata?”.

“Bukan!” kata Tuhan. “Apakah hamba akan berpuasa atau solat atau bertasbih untuk-Mu sebagai maharnya?” tanya Adam a.s dengan penuh pengharapan.

“Bukan!” tegas suara Ghaib. Adam diam, mententeramkan jiwanya. Kemudian bermohon dengan tekun: “Kalau begitu tunjukilah hamba-Mu jalan keluar!”.

Allah SWT. berfirman: “Mahar Hawa ialah selawat sepuluh kali atas Nabi-Ku, Nabi yang bakal Kubangkit yang membawa pernyataan dari sifat-sifat-Ku: Muhammad, cincin permata dari para anbiya’ dan penutup serta penghulu segala Rasul. Ucapkanlah sepuluh kali!”. Adam a.s merasa lega. Ia mengucapkan sepuluh kali salawat ke atas Nabi Muhammad SAW. sebagai mahar kepada isterinya.

Suatu mahar yang bernilai spiritual, kerana Nabi Muhammad SAW adalah rahmatan lil ‘alamin (rahmat bagi seluruh alam). Hawa mendengarkannya dan menerimanya sebagai mahar. “Hai Adam, kini Aku halalkan Hawa bagimu”, perintah Allah, “dan dapatlah ia sebagai isterimu!”. Adam a.s bersyukur lalu memasuki isterinya dengan ucapan salam. Hawa menyambutnya dengan segala keterbukaan dan cinta kasih yang seimbang.

Allah SWT. berfirman kepada mereka: “Hai Adam, diamlah engkau bersama isterimu di dalam syurga dan makanlah (serta nikmatilah) apa saja yang kamu berdua ingini, dan janganlah kamu berdua mendekati pohon ini kerana (apabila mendekatinya) kamu berdua akan menjadi zalim”. (Al-A’raaf: 19).

Dengan pernikahan ini Adam a.s tidak lagi merasa kesepian di dalam syurga. Inilah percintaan dan pernikahan yang pertama dalam sejarah ummat manusia, dan berlangsung di dalam syurga yang penuh kenikmatan. Iaitu sebuah pernikahan agung yang dihadiri oleh para bidadari, jin dan disaksikan oleh para malaikat. Peristiwa pernikahan Adam dan Hawa terjadi pada hari Jumaat.

Entah berapa lama keduanya berdiam di syurga, hanya Allah SWT yang tahu. Lalu keduanya diperintahkan turun ke bumi. Turun ke bumi untuk menyebar luaskan keturunan yang akan mengabdi kepada Allah SWT dengan janji bahawa syurga itu tetap tersedia di hari kemudian bagi hamba-hamba yang beriman dan beramal soleh.

Firman Allah SWT.: “Kami berfirman: Turunlah kamu dari syurga itu. Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barangsiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, nescaya tidak ada kekhuatiran atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati.” (Al-Baqarah: 38)

petikan dari website Darul Nu'man

UMMU SULAIM

Ummu Sulaim menanti keislaman Abu Talhah

UMMU Sulaim ialah ibu kepada Anas bin Malik, salah seorang sahabat dan pembantu peribadi Nabi Muhammad SAW. Ummu Sulaim menyerahkan Anas bin Malik kepada Nabi Muhammad ketika berusia 20 tahun untuk melayan beliau. Dia memeluk agama Islam ketika Nabi Muhammad masih berada di Mekah.

Apabila Nabi Muhammad berhijrah ke Madinah, Ummu Sulaim bersama golongan Muslimin dan Muslimat Madinah menyatakan keimanan mereka di hadapan nabi Muhammad. Suaminya, Malik bin Nadir rasa tercabar dan marah apabila isterinya sudah memeluk agama Islam. Dia tidak percaya dengan agama Islam dan Nabi Muhammad.

"Adakah kamu sudah menjadi gila dengan mengakui agama Islam sebagai agama kamu,!"
tengking suaminya dengan nada marah.

"Saya tidak gila tapi beriman pada Allah dan rasulnya," jawab Ummu Sulaim dengan tegas.

Kemudian Ummu Sulaim mengajar anaknya Anas mengucap dua kalimah syahadah. Anas bin Malik menurut perintah ibunya lalu mengucap dua kalimah syahadah dengan lancar. Malik menjadi berang dengan tindakan Ummu Sulaim itu dan memarahinya.

"Jangan kamu rosakkan anak saya!," jerit Malik dengan nada geram.

"Saya tidak merosakkan anak kamu," balas Ummu Sulaim dengan tenang.

Malik bin Nadir keluar dari rumahnya dengan perasaan tidak puas hati. Dia tidak faham mengapa isterinya sanggup meninggalkan agama nenek moyangnya yang menyembah berhala lalu menerima agama Islam. Hatinya panas dan geram dengan apa yang sudah berlaku di rumahnya tadi. Akhirnya dia membuat satu keputusan drastik setelah berfikir panjang.

Tak tahan.

"Saya tak tahan dengan sikap isteri saya. Saya akan tinggalkan mereka berdua di Madinah dan berhijrah ke Syam".

Malik bin Nadir memulakan perjalanannya ke Syam.Apabila tiba di Syam, Malik terserempak dengan musuhnya. Musuhnya yang ingin membalas dendam telah menikamnya sehingga mati. Berita kematian Malik akhirnya tiba di telinga Ummu Sulaim dan dia berjanji tidak akan bernikah selagi Anas tidak meningkat dewasa.

Apabila Anas memasuki alam dewasa, Abu Talhah al-Anshar datang melamarnya. Namun lamaran Abu Talhah ditolak oleh Ummu Sulaim kerana dia masih belum memeluk agama Islam. Walaupun lamaran Abu Talhah ditolak, dia tidak berputus asa. Dia melamar Ummu Sulaim buat kali kedua. Ummu Sulaim menolak lamaran Abu Talhah sekali lagi kerana hatinya masih belum terbuka memeluk agama Islam.

"Dengar sini Abu Talhah, adakah kamu tidak sedar bahawa apa yang kamu sembah itu adalah ukiran kayu yang tidak dapat memberikan manfaat dan kebaikan kepada kamu?. Apabila kamu menyalakan api di sekelilingnya, sudah pasti mereka hangus terbakar. Tidakkah kamu malu untuk menyembah semua itu? Jika kamu sedia memeluk agama Islam, maka saya bersedia untuk bernikah dengan kamu. Saya tak mengharap mas kahwin selain kamu menganut Islam," jelas Ummu Sulaim.

Setiap kali Abu Talhah melamar Ummu Sulaim, jawapannya sentiasa sama iaitu Abu Talhah harus memeluk agama Islam sebelum bernikah dengannya. Lama kelamaan jawapan Ummu Sulaim mempengaruhi fikiran Abu Talhah sehingga dia memeluk agama Islam. Ummu Sulaim gembira mendengar berita itu lalu bersetuju untuk menikahinya.

Ummu Sulaim tidak meminta mas kahwin melainkan Abu Talhah memeluk agama Islam. Ummu Sulaim memperoleh mas kahwin yang lebih mulia dari mana-mana wanita pada ketika itu. Mas kahwinnya adalah Islam.

Ummu Sulaim turut serta dalam Perang Uhud bersama Aishah binti Abu Bakar. Mereka berdua mengangkut air di atas bahu lalu membahagikan kepada pasukan tentera Islam yang bertempur di medan peperangan. Setiap kali kehabisan air, Ummu Sulaim dan Aishah mengangkut air kembali untuk diberikan kepada tentera Islam yang kehausan.

Ketika Perang Hunain meletus, kaum wanita juga bergabung dengan pasukan tentera Islam untuk memerangi pihak musuh. Nusaibah membawa pedang pada tangannya dan Ummu Sulaim membawa pisau belati yang diikatkan pada pinggangnya. Hatinya bergelora berperang walaupun pada ketika itu dia mengandungkan Abdullah bin Abu Talhah.

"Saya tak berani nak menunggang unta dalam keadaan sebegini. Seandainya saya terjatuh, ia bahaya pada kandungan saya," bisik hati kecil Ummu Sulaim yang merapatkan mukanya ke badan unta. Tangan dimasukkan ke jalinan bulu yang diikatkan di hidung unta bersama tali kendali.

"Ya Rasulullah, Ummu Sulaim datang membawa pisau belati di pinggangnya," ujar Abu Talhah kepada Nabi Muhammad ketika Ummu Sulaim menghampiri mereka.

"Untuk apa pisau belati itu," tanya Nabi Muhammad dengan nada hairan.

"Jika ada pihak musuh yang mendekati diri saya, maka saya akan robekkan perut mereka dengan pisau belati ini. Saya akan bunuh orang-orang Islam yang cuba melarikan diri daripada melindungi diri mu Rasulullah sebagaimana kamu membunuh orang-orang yang menentang kamu kerana mereka hanya layak untuk dibunuh," jawab Ummu Sulaim lalu memegang pisau belatinya.

"Sesungguhnya Allah memberikan kecukupan dan kebaikan, wahai Ummu Sulaim," balas Rasulullah sambil tersenyum mendengar jawapan Ummu Sulaim itu.

Begitulah kisah seorang wanita yang menyerahkan anaknya untuk dijadikan pelayan kepada Nabi Muhammad. Dia tidak gentar atau takut dengan suaminya yang memarahinya memeluk agama Islam. Dia hanya berkahwin dengan Abu Talhah setelah memeluk agama Islam. Mas kahwinnya adalah agama Islam. Walaupun dirinya sedang mengandung, Ummu Sulaim tetap menyertai Perang Hunain bagi menegakkan agama Islam.

KISAH RASULULLAH SAW

Kisah Rasulullah bersemuka dengan Siti Khadijah
susunan Siti Ainiza Kamsari

SyRIA pernah dikunjungi oleh Nabi Muhammad semasa mengetuai kafilah perdagangan kepunyaan Siti Khadijah. - Gambar hiasan


Rasullullah SAW dikatakan hanya menerima beberapa qirat (satu qirat bersamaan dengan 1/24 dinar) sebagai upah untuk mengembala kambing milik penduduk Mekah.

Upah tersebut mungkin jauh dari memadai memandangkan kemampuan bapa saudara baginda Abu Talib yang terhad untuk menyara keluarganya sendiri dan Nabi Muhammad yang dalam jagaan beliau itu.

Sehinggalah pada suatu hari, Abu Talib berkata kepada anak saudaranya itu:
"Khadijah Putri Khuwailid termasuk orang kaya di kalangan Quraisy. Kegiatan perdagangannya sampai ke Mesir dan Ethiopia. Beliau kini sedang mencari seorang yang jujur dan amanah untuk melaksanakan usaha dagangnya itu, iaitu membawa barang dagangannya dalam satu kafilah Quraisy untuk diniagakan di Syam (Syria). Wahai Muhammad, alangkah bagusnya jika kau melamar pekerjaan ini dari wanita itu?"

Kemungkinan atas rasa segan Nabi Muhammad tidak segera melamar pekerjaan itu walaupun baginda sangat bersetuju memenuhi permintaan bapa saudaranya. Ini kerana baginda tidak pernah berkenalan dengan Siti Khadijah sebelum ini dan baginya adalah tidak salah supaya wakil pihak wanita itu untuk menemuinya.

Apabila permintaan ini sampai kepada pengetahuan Siti Khadijah, dengan segera wanita ini telah menghantar seorang wakil menemui Rasulullah dan menyampaikan pesanan yang berbunyi:
"Saya begitu menghormati tuan atas kelurusan, kejujuran dan keunggulan akhlak peribadi yang tuan miliki. Oleh itu, jika barang dagangan saya dalam urusan tuan maka saya akan memberikan upah dua kali ganda banyak berbeza dari yang biasa saya beri kepada orang lain. Di samping saya akan memberi kepada tuan dua budak suruhan yang akan membantu dan menuruti apa juga arahan yang tuan berikan kepada mereka," pesan Khadijah.

Sebagaimana biasa, Nabi Muhammad akan merujuk kepada bapa saudara bagi mendapatkan pendapat dan nasihat lalu Abu Talib berkata:
"Tawaran ini merupakan sumber nafkah yang Allah SWT limpahkan kepadamu wahai Muhammad, terimalah dan laksanakanlah amanah ini dengan jujur dan amanah. Semoga Allah berkati perjalanan dan urusanmu."

Lalu kepada wakil itu, Nabi Muhammad menyatakan persetujuan menerima tawaran dari Siti Khadijah dan tanpa membuang masa baginda bergegas untuk membantu wanita itu. Baginda mengetuai sebuah kafilah barang-barang dagangan milik Siti Khadijah untuk dibawa berdagang ke negeri Syam. Bersama baginda dua orang budak suruhan seperti yang dijanjikan oleh wanita itu.

Pemergian kali ini merupakan satu lagi usaha baru yang dilakukan oleh Rasulullah. Sebelum ini baginda terlibat dalam pelbagai kegiatan termasuk mengembala kambing yang baginda lakukan sejak dalam jagaan ibu susuannya, Halimah Saadiah sehinggalah terlibat dalam peperangan dan sebagainya. Baginda tidak sekadar membawa dagangan milik Siti Khadijah supaya selamat sepanjang perjalanan ke Syria untuk diniagakan, tetapi baginda juga perlu niagakan barang dagangan itu seperti yang diamanahkan oleh wanita bangsawan itu. Ini bererti baginda sanggup menyahut apa juga cabaran lebih-lebih lagi melibatkan perkara yang baru atau yang tidak pernah ditempuh oleh baginda sebelum ini.

Hasilnya, sejurus baginda selamat tiba di Syria, diringkaskan seluruh anggota kafilah yang mengikuti rombongan yang diketuai oleh baginda itu akhirnya pulang semula ke Mekah dengan hasil perniagaan yang sangat menguntungkan! Namun keuntungan yang diperoleh oleh baginda sendiri adalah lebih menguntungkan berbanding saudagar-saudagar yang mengikuti rombongan baginda itu.

Peribadi yang menarik disebabkan ia merupakan pengalaman pertama baginda berniaga dan juga membawa barang dagangan orang lain, tentulah ia suatu keadaan yang menyukarkan kepada baginda. Namun ternyata cabaran itu berjaya disahut dan ini menambahkan lagi kematangan dan kemahiran kepada baginda.

Baginda kemudiannya bersama ahli rombongan yang lain kembali semula pulang ke Kota Mekah dalam satu perjalanan yang dipelihara Allah, selamat dari sebarang mara bahaya. Semasa kafilah itu berada tidak jauh dari Mekah, budak suruhan yang bernama Maisarah menyarankan kepada Nabi Muhammad supaya baginda memasuki Kota Mekah lebih dahulu dari mereka.
"Alangkah baiknya jika tuan memasuki Mekah mendahului kami dan segera khabarkan kepada Khadijah mengenai perdagangan dan keuntungan besar yang kita perolehi dari Syam ini. Tentu beliau gembira dan tuan sendiri akan sentiasa menjadi orang kepercayaan Khadijah setiap kali untuk berniaga jauh dari Kota Mekah, tuan juga yang mendapat untung," kata Maisarah.

Baginda tidak bermasalah untuk menerima saranan Maisarah itu. Dengan segera baginda berkejar ke Mekah semata-mata untuk menemui Siti Khadijah. Di Kota Mekah, Siti Khadijah berlari turun dari kamarnya apabila mendapati seorang pemuda tampan yang beliau kenali datang hendak menemui beliau dengan hati penuh berdebar. Beliau segera bertanyakan kepada pemuda tersebut akan berita yang hendak disampaikan kepadanya.

Walaupun ini merupakan kali pertama baginda bertemu Khadijah secara bersemuka, namun baginda tidak mempunyai masalah berkongsi berita-berita gembira mengenai barang dagangan milik Khadijah yang laris dalam perniagaan di Syam. Tidak lama kemudian Maisarah pun tiba dan terus menyertai pertemuan antara Khadijah dan Nabi Muhammad itu dan tanpa sabar-sabar beliau pun bercerita kepada Khadijah.

Maisarah menceritakan kepada wanita itu pengalaman sepanjang beliau menjadi budak suruhan Nabi Muhammad, termasuk apa yang berlaku dan dilihat sepanjang perjalanan dagangan itu. Khadijah diberitahu mengenai Rasulullah mempunyai peribadi yang menarik, akhlak yang mulia, fikiran yang tajam, tutur kata yang benar, sangat amanah dan bijak dalam berurusan dengan para peniaga dan pelanggan-pelanggan.

Oleh kerana baginda hanya menonjolkan yang terbaik, termasuk tidak pernah meninggikan suara dan berhemah tinggi menyebabkan ramai yang menyukai dan gemar berurusan dengannya. Di masa lain, Maisarah juga menceritakan kepada wanita ternama ini bagaimana Rasulullah juga pernah berselisih faham dengan seorang pedagang yang lain yang hendak bersumpah demi berhala Lat dan Uzza.

Tetapi Nabi Muhammad menjawab:
"Saya menganggap Lat dan Uzza yang tuan sembah itu sebagai benda-benda yang paling buruk dan nista di muka bumi ini!"

"Ini menyebabkan pedagang itu terdiam dan tidak lagi hendak bertelagah dengan Muhammad," kata Maisarah.

Maisarah juga bercerita mengenai pengalaman mereka ketika berhenti rehat di Busra. Ia adalah kisah yang mempunyai persamaan seperti yang berlaku ketika baginda mengikuti rombongan dagangan bapa saudaranya, Abu Talib dahulu. Tetapi diceritakan kali ini, di Busra iaitu ketika al Amin (gelaran kepada Nabi) duduk berehat di bawah sepohon pokok dan tanpa disedari perlakuan baginda diperhatikan oleh seorang pendita atau rahib Nasrani yang keluar dari biaranya. Rahib itu kemudiannya bertanyakan kepada Maisarah sendiri mengenai Nabi Muhammad yang sedang berehat itu.

Lalu Rahib itu berkata:
"Pemuda yang sedang duduk di bawah naungan pohon itu adalah Nabi, yang mengenainya telah saya banyak baca khabar gembira di dalam kitab Talmud (Taurat) dan Injil".

Segala kisah yang diceritakan oleh Maisarah ini benar-benar menjadikan Khadijah seperti dikuasai oleh kuasa magis atau terpukau. Khadijah benar-benar amat tertarik kepada Nabi Muhammad. Sehinggakan Khadijah meminta supaya Maisarah berhenti dari menceritakan mengenai Muhammad.

"Maisarah, Maisarah cukuplah, cukuplah!. Engkau telah melipatgandakan perhatian saya terhadap Muhammad. Sekarang saya bebaskan engkau dan isterimu dari menjadi hamba saya lagi. Untuk itu juga saya hadiahkan sebanyak 200 dirham, dua ekor kuda dan sepasang baju yang mahal," kata Khadijah. Maisarah dan isterinya bebas gara-gara kisah Nabi Muhammad. Siti Khadijah tidak lama kemudian didatangi oleh satu mimpi yang aneh.

PENGEMIS BUTA DAN RASULULLAH SAW

Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, "Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya.."

Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat.

Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW yakni Abu Bakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak bukan merupakan isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu, "Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?"

Aisyah RA menjawab, "Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja."

"Apakah Itu?", tanya Abubakar RA.

"Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan
membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada disana", kata Aisyah RA.

Keesokan harinya Abu Bakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abu Bakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abu Bakar RA mulai menyuapinya, sipengemis marah sambil menghardik, "Siapakah kamu?"

Abubakar RA menjawab, "Aku orang yang biasa (mendatangi engkau)."

"Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku," bantah si pengemis buta itu. "Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut, setelah itu ia berikan padaku," pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abu Bakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu,
"Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu.. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya,
orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW."

Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abu Bakar RA, dan kemudian berkata, "Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia...."

Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abu Bakar RA saat itu juga dan sejak hari itu menjadi muslim.

Nah, wahai saudaraku, bisakah kita meneladani kemuliaan akhlaq Rasulullah SAW?
Atau adakah setidaknya niatan untuk meneladani beliau?
Beliau adalah ahsanul akhlaq, semulia-mulia akhlaq.

Kalaupun tidak bisa kita meneladani beliau seratus persen, alangkah baiknya kita berusaha meneladani sedikit demi sedikit, kita mulai dari apa yang kita sanggup melakukannya.

Sebarkanlah riwayat ini ke sebanyak orang apabila kamu mencintai Rasulullahmu....

Sadaqah Jariah salah satu dari nya mudah dilakukan, pahalanya?
MasyaAllah.... macam meter taxi... jalan terus.

Sadaqah Jariah - Kebajikan yang tak berakhir.

1. Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca, Anda mendapatkan hasanah..

2. Sumbangkan kursi roda ke RS dan setiap orang sakit menggunakannya, Anda dapat hasanah.

4. Bantu pendidikan seorang anak.

5. Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, Anda dapat hasanah.

6. Bagi CD Quran atau Do'a.

7. Terlibat dalam pembangunan sebuah mesjid.

8. Tempatkan pendingin air di tempat umum.

9. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung dibawahnya, Anda dapat hasanah.

10. Bagikan email ini dengan orang lain. Jika seseorang menjalankan salah satu dari hal diatas,
Anda dapat hasanah sampai hari Qiamat.

HASAD DENGKI

Ada seorang lelaki yang setiap hari mengunjungi rajanya setelah bertemu raja, ia selalu berkata:
"Orang yang berbuat baik akan mendapat balasan dan orang yang berbuat jahat cukup kejahatan itu sebagaibalasannya"

Dalam pada itu ada seseorang yang dengki melihat keakraban lelaki itu dengan raja. 'Lelaki itu memiliki kedudukan yang dekat dengan raja, setiap hari ia akan bertemu raja' fikir si pendengki dengan perasaan kurang senang.

Si pendengki kemudian menemui raja dan berkata:
"Lelaki yang setiap hari menemuimu, jika keluar dari sini selalu akan akan bercerita buruk tentang kamu. Ia juga berkata bahawa mulutmu berbau busuk" raja terdiam.

Keluarnya dari istana, pendengki itu duduk ditepi jalan yang biasa dilalui oleh lelaki yang akrab dengan raja. Tidak lama kemudian lelaki itu pun lalu dihadapan si pendengki dan ia menghadangnya.

"Kemarilah, singgah ke rumahku"

Setelah lelaki ini singgah di rumahnya, si pendengki menawarkan bawang merah dan bawang putih, lalu memaksanya makan. Kerana dipaksa, ia akhirnya makan juga untuk menjaga hati tuan rumah. Bau bawang merah dan bawang putih itu tentu tidak senang hilang. Selesai berkunjung ke tempat si pendengki lelaki itu sebagaimana biasa mengunjungi raja. Sewaktu bersalam dengan raja, ia menutup mulutnya agar raja tidakmencium bau mulutnya.

'Rupanya benar apa yang dikata oleh orang itu, ia benar-benar menganggap mulutku berbau' fikir raja.

Sang raja kemudian memikirkan suatu jalan jahat, lelaki itu kemudian duduk dan bercakap sebagaimana biasa:
"Orang yang berbuat baik akan mendapat balasan dan orang yang berbuat jahat, cukup kejahatan itu sebagai balasannya"

Setelah merasa waktu berkunjungnya sudah cukup ia kemudian meminta diri. Raja berkata:
"Bawalah surat ini dan serahkanlah kepada si fulan" surat itu bertulis 'Jika sampai kepadamu pembawa surat ini, maka sembelih dan kemudian isilah tubuhnya dengan jerami'.

Lelaki tadi keluar membawa surat di raja, ditengah jalan ia dihalang oleh si pendengki.
"Apa yang kamu bawa?" tanyanya.

"Surat raja untuk si fulan, surat ini beliau tulis dengan tangannya sendiri. Biasanya beliau tidak pernah menulis surat sendiri kecuali dalam urusan pembahagian hadiah"

"Berikanlah surat itu kepadaku, aku ini sedang memerlukan duit" pintanya, ia kemudian menceritakan kesusahan hidupnya kerana kasihan, surat itu kemudian diserahkan kepada si pendengki.

Si pendengki menerimanya dengan senang hati. Setelah sampai di tempat tujuan, ia menyerahkan surat itu kepada teman raja.

"Masuklah ke sini, raja menyuruhku membunuhmu" kata teman raja.

"Yang dimaksudkan bukan aku, cuba tunggu sebentar biar aku jelaskan semuanya" katanya ketakutan

"Perintah raja tak boleh ditunda" kata teman raja, ia lalu membunuh dan mengisi tubuh si pendengki dengan jerami.

Keesokan harinya, lelaki itu datang sebagaimana biasa dan berkata:
"Orang yang berbuat baik akan mendapat balasan dan orang yang berbuat jahat, cukup kejahatan itu sebagai balasannya"

Raja hairan melihatnya masih hidup. Setelah diselidiki, terbongkarlah keburukan si pendengki.
"Tidak ada sesuatu yang terjadi antara aku dengannya, hanya kelmarin ia mengundangku ke rumahnya dan memaksa ku makan bawang merah dan bawang putih. Sewaktu aku menemuimu, aku tutup mulutku agar kamu tidak mencium bau tidak sedap dari mulutku. Keluarnya dari sini, ia menemuiku dan menanyakan utusanmu"

Lelaki itu kemudianmenceritakan semua yang terjadi. Mendengar jalan ceritanya, tahulah raja bahawa orang itu ternyata dengki kepada sahabatnya. Kedengkian dihati orang itu telah membunuh dirinya sendiri, dengki itu merosakkan amal, dengki juga memakan kebaikan seperti memusnahkan kayu api dan kedengkian seseorang hanya akan berakibat buruk bagi orang itu sendiri.

MUZIUM RAKYAT


Bangunan ini merupakan bangunan Majlis Perbandaran Melaka Bandaraya Bersejarah (MPMBB) sebelum diambil alih oleh PERZIM. Muzium Rakyat yang terletak di aras 1 bangunan ini telah dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 15 April 1992.

Pameran utama muzium meliputi aspek pentadbiran, perumahan, sosial, perindustrian, pelancongan, infrastruktur dan pertanian. Ianya digarap sebegitu rupa untuk menunjukkan penglibatan rakyat dan kerajaan dalam memajukan Negeri Melaka. Kecemerlangan Melaka turut diabadikan dalam 'Pameran Melaka Sedekad' yang dikenali sebagai Muzium Rakyat.

Antara objektifnya adalah untuk mempamerkan pencapaian dan kemajuan Negeri Melaka dalam berbagai bidang ekonomi, politik, sosial, pendidikan, pelancongan, perindustrian dan sebagainya serta hubungan antara kerajaan dan rakyat.

Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi:
Muzium Rakyat
Kompleks Pelancongan, Bukit St. Paul
Banda Hilir, 75000 Melaka
Tel: 06-282 6526
Faks: 06-282 6745

atau
Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM)
Kompleks Warisan
Jalan Kota, 75000 Melaka
Tel: 06-286 6526 / 06-281 1289
Faks: 06-2826745

MASAKAN / MAKANAN CHINA


Masyarakat Cina di negara ini terdiri daripada pelbagai etnik antaranya ialah Kantonis, Hakka, Hainan dan Hokkien. Setiap etnik ini mempunyai cara masakan yang berbeza. Masakan Cina di negara ini mempunyai rasa yang sedikit pedas kesan daripada pengaruh rakyat berbilang kaum. Antara makanan yang popular di gerai-gerai makanan adalah Char Kway Teow, Mi Wantan , Mi Udang dan Dim Sum.

Restoran Masakan Cina:
1. Bee Bee Hiong Famous Yong Tau Foo
Jalan Bunga Raya, 75000 Melaka

2. Restoran Bei Zhan
No. 16 & 18 Jalan Melaka Raya 23, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka
Tel: 06-281 2684

3.Lim Tian Puan
No. 251, Jalan Tun Sri Lanang, 75100 Melaka
Tel: 06-282 2737

4. Restoran Hi Keng
No. 110, 111 & 112, Taman Melaka Raya 75000 Melaka

5. Restoran Kengdom
No. 147, 148 & 149 Taman Melaka Raya, 75000 Melaka
Tel: 06-282 6409

6. Restoran Lee
No.28&30 Jalan Rama-3, Air Keroh, 765450 Melaka
Tel: 06-231 6602

7. Restoran Pei Zing
No. 655 - 658 G & A, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka
Tel: 06-282 8218

8. Dragon Inn Food Court
PT 817, Jalan Taman Melaka Raya 10, 75000 Melaka

9. Newton Food Court

10. Restoran A' Famosa Chicken Rice Ball

11. Restoran Noodle World

12. Restoran Shi Wei Tian

: Sayangi Diri : Sayangi Keluarga