Pada zaman dahulu, ada sepasang suami-isteri iaitu Pak Pandir dan Mak Andeh. Mereka dikurniakan seorang bayi lelaki berumur 6 bulan. Pada suatu hari Mak Andeh nak ke pekan untuk membeli barang jadi anak mereka ditinggalkan di rumah bersama suaminya, Pak Pandir.
Sebelum pergi, Mak Andeh pun berpesan, "Abang Pandir! Nanti bila tengahari nanti mandikan anak kita dengan air suam ya!".
Pak Pandir pun bertanya, "Air suam tu apa Andeh?"
Jawab mak Andeh, "Air suam tu, air panas menggelegak dicampur dengan air sejuk".
"Ohhh!! gitu" jawab Pak Pandir tanda faham. "Baiklah!" jawab Pak Pandir lagi.
Mak Andeh pun teruslah ke pekan. Sepermergian Mak Andeh, tinggallah Pak Pandir mengasuh dan bermain dengan anaknya. Bila tiba waktu tengahari, tibalah masa anak mereka dimandikan. Jadi, Pak Pandir pergilah ke dapur menjerang air.
"Ouuuu! panasnya air nie, macam mana nak mandikan anak aku, tentu dia menangis" fikir Pak Pandir dalam hati. Pak Pandir pun menceduk secawan sahaja air panas itu lalu dicampurkan dengan sebaldi air sejuk. Lalu dimandikannya anak itu.. Setelah dimandikan, Pak Pandir pun mengelapnya, taruh bedak dan memakaikannya lampin.
Sejam kemudian Mak Andeh pun pulang. Apa lagi, anak mereka terus didukungnya. Kata Mak Andeh dengan menguntumkan senyuman, "Kalau macam ni, bolehlah saya tinggalkan lagi anak kita kat Abang Pandir, pandainya sibapak menjaga". Pak Pandir pun ketawa.
Moral daripada cerita tadi: Lelaki melayu dewasa yang digambarkan sebagai bendul dan tidak berpelajaran tidaklah terlalu bodoh sebenarnya. Kalau bodoh masakan mereka dapat berkahwin dan memiliki anak. Dalam keadaan-keadaan tertentu, mereka boleh mengambil tugas isteri mereka, dan dengan ini rumahtangga akan bahagia.