skip to main |
skip to sidebar
Maksud
- Berlaku apabila paras glukosa dalam darah meningkat secara luar biasa.
- Insulin (hormon) berfungsi mengekalkan paras tersebut pada tahap normal dengan membantu pergerakkannya daripada saluran darah memasuki sel badan.
Jenis-jenis diabetes
- IDDM: Diabetes yang bergantung pada insulin.
- NIDDM: Diabetes tanpa bergantung pada insulin.
- IDDM selalunya berlaku dikalangan umur dibawah 30 tahun. Tapi ia boleh juga berlaku pada semua peringkat umur.
- NIDDM biasanya terjadi dikalangan umur 40 tahun ke atas tapi kerap juga berlaku pada mereka yang muda.
- Pada pesakit IDDM, sel-sel di dalam badan yang mengeluarkan insulin telah musnah dan badan tidak dapat mengeluarkan insulin dengan cukup.
Punca penyakit/ Faktor risiko
- Mungkin berpunca oleh jangkitan virus yang merosakkan pancreas.
- Kegemukan.
- Kurang aktiviti fizikal.
- Pemakanan.
- Keturunan.
- Umur.
- Bangsa atau kumpulan ethnic.
Tanda-tanda/simptom
- Kerap berasa dahaga.
- Kerap kencing.
- Terasa letih dan lesu.
- Susut berat badan walaupun berselera makan.
- Luka atau cedera yang lambat sembuh.
- Gatal-gatal dibahagian kemaluan.
Langkah pencegahan
- Makan makanan berkhasiat, elakkan makanan berlemak / gula.
- Pilihlah kombinasi makanan yang mengandungi tenaga.
- Makan mengikut keperluan aktiviti fizikal anda.
- Bersenam selalu untuk membakar lemak dalam badan dan memperbaiki edaran darah.
- Jaga kebersihan kulit dan kaki serta gigi anda.
Komplikasi
- Hilang deria rasa pada kaki dan tangan.
- Jangkitan yang tidak dirawat segera akan menukar menjadi ‘gangrene’ (tisu-tisu di kaki mati).
- Kabur penglihatan sehingga membawa kepada kebutaan.
- Penyakit buah pinggang.
- Serangan jantung.
- Tekanan darah tinggi (hypertension).
- Strok atau angin ahmar.
- Koma akibat dari ‘hipoglesenia’ atau ‘hypergresemia’.
- Penyakit saraf.
Rawatan/Pengesanan
- Analisis potensi penyakit.
- Analisis keracunan dalam badan.
- Terapi aura