Wednesday

Lima Ganjaran Mereka Yang Taat Solat

Allah swt berfirman yang bermaksud :
"Sesiapa yang sentiasa menunaikan solat akan diberikan ganjaran dengan lima cara iaitu" :
Pertama - dimurahkan rezekinya.
Kedua - terlepas dari seksaan kubur.
Ketiga - di hari pembalasan kiraan amalan dosa dan pahalanya diberatkan ke sebelah kanan.
Keempat - mereka akan melintasi jambatan ke syurga dengan sekelip mata.
Kelima - terkecuali daripada kiraan amalan.

"Manakala sesiapa yang meninggalkan solat akan dikenakan seksaan dengan 14 cara iaitu" :
Seksaan di dunia;
- Tiga seksaan ketika hendak mati
- Tga seksaan di dalam kubur dan
- Tiga seksaan ketika di bangkitkan semula dari kubur.

Lima seksaan di dunia ialah :
Pertama - hidupnya tidak diberkati dan tidak dimurahkan rezeki.
Kedua - tidak ada cahaya keimanan di mukanya.
Ketiga - semua ganjaran bagi amalan baik dimansuhkan.
Keempat - permintaannya tidak dimakbulkan.
Kelima - tidak berhak untuk diingati oleh orang alim dalam doanya.

Tiga seksaan ketika hendak mati ialah :
Pertama - matinya dalam keadaan yang memalukan.
Kedua - mati dalam serba kekurangan.
Ketiga - menderita kerana tersangat dahaga sehinggakan air seluruh lautan tidak dapat menghilangkannya.

Tiga seksaan dalam kubur ialah :
Pertama - kubur menjadi sempit dan menghimpit tulang dadanya sehingga pecah dan berkecai.
Kedua - disediakan api dalam kuburnya.
Ketiga - ular dihantar bagi menyeksa simati. Bentuk ular itu sangat dahsyat. Matanya seperti bola api, kukunya diperbuat dari besi yang panjangnya memakan masa sehari untuk sampai kehujungnya. Suaranya bagaikan halilintar. Ular itu berkata : "Aku diperintahkan oleh Tuhan untuk menggigit kau sehingga matahari terbit kerana kau tertinggal solat Subuh, menggigit hingga tengahari kerana kau tidak solat Asar, menggigit kau hingga senja kerana kau tidak solat Maghrib, menggigit kau hingga malam kerana kau tidak solat Isyak dan berterusan hingga ke pagi esoknya". Seksaan itu berterusan hingga ke hari pembalasan.

Selepas di hidupkan kembali daripada kubur, simati akan menderita akibat tiga seksaan iaitu :
Pertama - segala amalannya akan dikira dengan teliti.
Kedua - kemurkaan ALLAH swt yang maha adil ke atasnya.
Ketiga - dicampakkan ke dalam neraka.

Seksaan lain ialah tiga potong ayat akan ditampal di mukanya iaitu :
Pertama - Wahai orang yang mencuaikan suruhan Tuhan Maha Kuasa.
Kedua - Wahai orang menjadi tumpuan kemurkaan ALLAH.
Ketiga - kerana kau melalaikan suruhan Tuhan ketika di dunia, jadi kau dilucutkan daripada menerima rahmat Tuhan.

Rasulullah saw bersabda : "Bagaimana pendapat kamu jika sekiranya ada sebatang sungai di pintu rumah salah seorang kamu, ia mandi daripada tiap-tiap hari sebanyak lima kali. Adakah tinggal daripada dakinya sesuatu?" Mereka berkata : "Tidak tinggal daripada dakinya sesuatu". Baginda bersabda : "Maka yang demikian itulah dibandingkan sembahyang lima waktu Allah menghapuskan dengan dia segala kesalahan."

: Sayangi Diri : Sayangi Keluarga