Wednesday

4 Babak Selepas Kematian

Ada orang menyangka mati itu senang
Apabila mati kita ditanam kemudian jadi tanah habis cerita
Yang susah hanya di dunia, apabila mati selesailah masalah
Orang ini tak pernah belajar,dia anggap mati itu mudah

Padahal kalau tidak ada iman, syariat diabaikan mati sangat menyakitkan
Dia akan menempuh 4 babak yang sangat menakutkan
Kesakitan mati macam pukulan tiga ratus pedang yang tajam
Di dalam kubur pula dipukul dan dibelasah oleh Mungkar Nakir sangat sakitnya

Makin lama Kiamat lamalah masa menerima azab kubur
Dia diazab tidak ada ringan-ringan
Dipukul dipalu oleh malaikat amat ganasnya
Terpekik terlolong tidak ada siapa yang menolongnya

Di padang Mahsyar diabaikan beratus-ratus tahun
Di dalam keadaan tidak berpakaian
Matahari di atas ubun amat panas
Terlontar terbiar macam cacing kepanasan
Tiada siapa yang menolongnya

Masing-masing tidak memperduli, masing-masing jaga diri.
Akhir sekali meniti Sirotul Mustaqim,
Kemudian berguguranlah ke dalam api
Di dalam Neraka yang panas dirantai dipukul dibelenggu
Makan buah zaqum yang panas

Dengan bau busuknya kalau terbau oleh makhluk dunia semuanya mati
Di dalam Neraka kekal abadi tidak diukur oleh masa lagi
Marilah kita insaf dengan cerita ini
Marilah kita menyiapkan diri
Agar kita selamat dengan penderitaan yang diceritakan tadi

Hasil Nukilan : Ustaz Ashaari Muhamad (Pengerusi Rufaqa)

4 Babak selepas kematian - sewaktu meninggal, azab kubur, padang mahsyar dan akhir sekali siratul mustqaim. Lepas tu baru penentuan pergi ke syurga atau ke neraka. Atau ke wildan (neraka tidak syurga pun tidak) tetapi akhirnya masuk syurga juga dengan Rahmat Illahi.

: Sayangi Diri : Sayangi Keluarga