Thursday

Dibelit Ular ketika Berzina

Pengalaman saya berhadapan dengan sepasang tunang yang mengadu menghadapi masalah besar beberapa tahun lalu," beritahu Ustaz Abdullah Mahmud, penceramah bebas yang dikenali ramai. Tambahnya, beliau memang tidak hairan dengan pendedahan tersebut kerana sepanjang menjadi penceramah, kaunselor dan merawat orang, dia didatangi oleh golongan remaja yang mengadu menghadapi masalah akibat terlanjur terutamanya si wanita yang mengandung setelah berzina di merata tempat tak kira hutan, hotel, rumah kosong, dalam semak, kereta dan sebagainya.

"Adakalanya saya menitiskan air mata apabila mengingatkan pergaulan bebas anak muda kita yang makin menjadi-jadi. Mereka ini langsung sudah tidak takut bala Tuhan. Mereka sudah tidak dapat membezakan antara halal dan haram," tegas beliau dengan nada kesal.

Berbalik kepada pasangan tunang yang datang menemui beliau di pejabatnya di Batu Caves, Selangor ketika itu, Ustaz Abdullah menjelaskan pasangan itu yang berumur lingkungan pertengahan 20-an itu datang untuk meminta pertolongannya. "Apa yang boleh saya bantu encik?" Tanya Ustaz Abdullah kepada mereka. Si lelaki kelihatan malu-malu untuk menceritakan masalahnya manakala si perempuan mencubit paha lelaki itu mungkin meminta agar segera menceritakan masalah mereka. Ustaz Abdullah yakin masalah yang dihadapi oleh pasangan itu agak berat kerana berdasarkan pengalaman, lazimnya hanya mereka yang menghadapi
masalah besar saja akan pergi menemui kaunselor atau ustaz bagi mencari jalan agar kekusutan yang dialami mereka terlerai.

"Ustaz... macam ini, saya dan tunang saya ada masalah sikit. Ketika tidur, saya selalu nampak ular dalam rumah. Begitu juga dengan tunang saya. Seringkali ketika tidur, tunang saya menjerit-jerit. Dia kata ular besar datang membelitnya. "Saya sendiri sudah takut hendak masuk di dalam semak kerana sering terbayang ada ular," beritahu lelaki itu ringkas. Mendengar masalah itu, Ustaz Abdullah termenung sejenak. Dia merenung memikirkan "penyakit" aneh yang dihadapi oleh pasangan itu. "Awak pernah pukul ular ke?" Ustaz Abdullah mengajukan soalan rambang . Bagaimanapun lelaki itu menggeleng kepala sambil memberitahu dia tidak pernah memukul ular. Lelaki itu turut memberitahu dia dan tunangnya jadi fobia kepada ular dan akibat itu badan mereka menjadi lemah tidak bermaya akibat sering terkejut.

Mereka juga menyatakan telah pergi menemui beberapa orang bomoh meminta air penawar agar kelibat ular tidak tergambar lagi dalam bayangan matanya tetapi semuanya tidak menjadi. "Selalunya kalau jadi macam ni, pasti ada sebabnya. Kalau tidak ada sebab tertentu, setahu saya perkara seperti ini tidak akan berlaku tambahan lagi berdasarkan pengamatan saya, awak berdua bukan terkena sihir," kata Ustaz Abdullah yang menyedari pasangan tunang itu cuba menyembunyikan cerita yang sebenar kepadanya.

Namun lelaki itu tetap berkeras menyatakan mereka tidak pernah melakukan sesuatu kesalahan seperti memukul ular dan sebagainya. "Tak perlu hendak malu. Saya hendak tahu ini pun, bukannya saya bermaksud hendak campur hal encik tapi dengan mengetahui puncanya, mudahlah sikit saya berikhtiar kalau-kalau ada serasi, Allah akan makbulkan permohonan kita," pujuk Ustaz Abdullah lagi. Sebaik saja mendengar kata-kata itu, wajah mereka tiba-tiba berubah. Si perempuan pula tiba-tiba menitiskan air mata manakala yang lelaki tunduk ke bawah memandang lantai. Dia kelihatan malu untuk bertentangan mata dengan Ustaz Abdullah.

"Macam ini Ustaz, sebenarnya saya kena belit ular sawa setahun yang lalu, sejak itu saya mengalami masalah ini, sering diganggu dengan bayangan ular. Tunang saya juga kena belit ular," akui lelaki itu agak mengejutkan Ustaz Abdullah. Ustaz Abdullah yang tidak begitu faham dengan penjelasan itu terus bertanya kepada mereka bagaimana cerita yang sebenarnya. Barangkali setelah yakin dengan keikhlasan Ustaz Abdullah untuk membantu, akhirnya pasangan itu menceritakan segala-galanya. Cerita lelaki itu, kejadian itu berlaku sebelum mereka bertunang.

Pada suatu hari, mereka yang mengaku bekerja di sebuah syarikat yang sama di Shah Alam, Selangor mengatur janji untuk pergi ke sebuah tempat perkelahan di Selangor. Mereka yang kebetulan bekerja syif malam telah mengambil keputusan untuk pergi pada hari biasa kerana pada hari tersebut orang tidak ramai maka mudahlah mereka bermadu asmara dan bercengkerama. Menurut lelaki itu lagi, sebelum itupun, mereka pernah pergi ke situ pada hujung minggu. Bagi mereka, pada hujung minggu tidak sesuai kerana, pengunjung terlalu ramai, maka menyukarkan mereka untuk bercumbu rayu. Itupun mereka memilih tempat terlindung tetapi tidak terlepas daripada gangguan pemuda-pemuda yang suka mengendap. "Hanya dua bulan perkenalan, kami sudah terlanjur. Ketika saya dibelit ular tempoh hari, saya berkenalan dengan tunang saya ini sudah enam bulan. Banyak kali sudah kami melakukan perbuatan terkutuk itu," nyata lelaki itu sambil menangis.

Sebaik saja sampai di kawasan perkelahan yang mempunyai sebatang anak sungai itu, dia menyorokkan motosikal di dalam semak. Manakala tempat mereka bersama terlindung di sebalik pokok balak berhampiran gigi air sungai. Pada tengahari itu memang sunyi. Seorang manusia pun tidak kelihatan. Bukan main seronoklah mereka berdua kerana dapat bermadu kasih tanpa gangguan, meskipun terbit rasa bimbang kalau ada yang mengintip di sebalik semak atau diserbu pihak berkuasa tapi perasan rindu dendam yang membara mengatasi segala-galanya. Di situ, pada mulanya mereka berbual-bual sambil berpegangan tangan. Kemudian melarat ke bahagian lain pula. Seterusnya nafsu mula menguasai diri masing-masing.

Berbekalkan kertas suratkhabar, ia dijadikan alas untuk mereka berbaring. Pakaian si perempuan dilucutkan satu demi satu, selepas itu yang lelaki pula menanggalkan pakaian. Mereka bercumbu rayu dan terus berzina tanpa menyedari di dalam rumpun semak di hujung kaki mereka berlengkar seekor ular sawa sebesar paha orang dewasa sedang mengeram. "Kami tak sedar ada ular. Tengah-tengah buat benda tu, kaki saya tertendang ular itu menyebabkan dengan pantas ia terus menyerang dan membelit kami berdua. Ia berlaku dengan pantas sekali, tidak sempat kami hendak melarikan diri," cerita lelaki itu dengan perasaan kesal.

Akibat belitan ular sawa itu, mereka berdua merasakan ajal mereka akan tiba pada bila-bila masa kerana setiap kali mereka meronta, semakin kuat ular itu menjerut tubuh mereka. "Saya menjerit sekuat hati meminta tolong. Perasaan malu sudah tidak ada lagi dalam diri saya pada masa itu. Yang penting, nyawa kami harus diselamatkan dan pada masa yang sama, saya semakin sesak nafas kerana belitan ular itu yang sungguh kuat dan mulutnya terngaga luas seperti tidak sabar-sabar hendak menelan saya," beritahunya tanpa segan silu lagi. Keadaan kekasihnya semakin lemah. Mukanya pucat lesi seperti sudah kehilangan darah. Lelaki itu tidak mampu berbuat apa-apa. Kudratnya tidak terdaya menandingi ular besar itu.

Dalam keadaan cemas, tiba-tiba muncul seorang pemuda dari sebalik semak sambil memegang sebatang kayu untuk memukul kepala ular itu yang hendak membaham kepala lelaki tersebut. Pemuda itu teragak-agak untuk memukul kepala ular sawa itu mungkin bimbang kalau terkena kepala lelaki itu. "Saya menjerit dan merayu agar ditolong dengan nada yang tersekat-sekat kerana sesak nafas. Kemudian pemuda itu dengan laju menghayun kayu sebesar betis itu beberapa kali mengenai kepala ular tersebut. "Akhirnya, ular itu terkulai dan belitannya terurai. Saya tidak mampu bergerak lagi manakala kekasih saya pengsan. Pemuda itu memakaikan semula baju kami. Kemudian dia pergi meminta bantuan orang untuk menghantar kami ke hospital. Dia hanya seorang diri. Saya tidak pasti siapa pemuda itu dan dari mana dia datang. Saya syak mungkin pada mulanya dia sedang mengintai saya buat "projek," cerita lelaki itu lagi. Akibat belitan ular tersebut, pasangan itu mengalami kecederaan agak teruk iaitu si lelaki patah satu tulang rusuknya manakala kekasihnya patah dua batang tulang rusuk.

Empat bulan selepas kejadian itu, mereka melangsungkan pertunangan dan merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat setelah didesak oleh keluarga yang mengetahui kejadian itu. Bagi mereka, masalah sering dihantui oleh bayangan ular lebih perit daripada menanggung kesakitan akibat patah tulang rusuk. Akibat "badi" itu, tidur malam mereka terganggu setiap malam dan walau kemana sekalipun berada, mereka terbayang berhampiran mereka ada banyak ular. Mendengar penjelasan lelaki itu, fahamlah Ustaz Abdullah apa sebenarnya yang terjadi. Namun sebelum merawat pasangan itu, beliau telah menasihatkan mereka agar bertaubat kerana telah melakukan perbuatan zina.

Ustaz Abdullah juga memberitahu mereka, berkemungkinan peristiwa dibelit ular itu adalah balasan Tuhan di dunia di atas perbuatan mereka itu. "Awak berdua patut bersyukur. Saya rasa Allah sayangkan awak berdua. Dia bagi azab kecil kepada awak berdua mungkin supaya awak insaf dan segera bertaubat. Kalau nak ikutkan, ramai orang berzina tetapi Allah tidak mahu menunjukkan balanya di dunia ini, maka kerana tidak pernah dijatuhkan bala itu, mereka ini berterusan melakukan zina," nasihat beliau membuatkan pasangan itu menangis tersedu-sedu sambil berjanji akan bertaubat serta berkahwin secepat mungkin. Ustaz Abdullah memberi sebotol air penawar. Air itu digunakan untuk mandi dan minum. Di samping itu, Ustaz Abdullah menasihatkan pasangan itu agar sering mengingati Tuhan semoga penyakit fobia mereka hilang. Mereka pulang dengan wajah riang dan tidak lama kemudian lelaki itu menghubungi Ustaz Abdullah memberitahu mereka berdua telah sembuh sepenuhnya dan menjemput beliau hadir ke majlis perkahwinan mereka.


Diriwayatkan Oleh Ibnul Jauzi Bahawa :
"SESUNGGUHNYA NERAKA JAHANAM MEMILIKI TUJUH BUAH PINTU. YANG PALING MENAKUTKAN, PALING PANAS DAN PALING BUSUK BAUNYA ADALAH PINTU YANG DIPERUNTUKKAN KEPADA PARA PENZINA YANG MELAKUKAN PERBUATAN TERSEBUT SETELAH MENGETAHUI HUKUMNYA."

Mailakat, Haiwan, Manusia

Renungan 1
Malaikat : diberi kepadanya akal, tidak diberi nafsu.
Haiwan : diberi nafsu, tidak diberi kepadanya akal.
Manusia : diberi kepadanya akal dan diberi kepadanya nafsu.

Kalau akal manusia dapat mengalahkan nafsunya, maka naiklah manusia ke darjat malaikat, bahkan melebihi malaikat jika dia kuat beramal ibadat kepada Allah. Tetapi jika dia tunduk kepada nafsunya, maka turunlah dia kepada darjat haiwan.

Untuk mengatasi nafsu:
  1. Hendaklah melawan nafsu dari bertindak semua-muanya.
  2. Hendaklah memberati dengan beban ibadat yang banyak.
  3. Hendaklah memohon bantuan Allah, minta diselamatkan dari bahaya nafsu angkara jahanam yang mencabar.
  4. Minta diteguhkan iman dan taqwa, supaya dapat melawan nafsu.
Renungan 2
Bersedekah
  • Bersedekah menutup 10 pintu kejahatan..
  • Menolak bala dan memanjangkan umur...
  • Harta yang halal akan diampunkan dosanya, dilepaskan dari neraka dan masuk ke syurga.
  • Bersedekahlah dengan sebaik-baik barang yang ada pada kita.
  • Jangan kamu menolak orang yang mula-mula meminta padamu itu kerana kadang-kadang datang kepadamu itu bukan manusia.
Sedekah ada 10 kepujian : 5 di dunia dan 5 di akhirat.
5 Di Dunia :
  1. Mencuci Harta.
  2. Mencucikan Badannya.
  3. Menolak Bala dan Penyakit.
  4. Menggembirakan Orang Miskin dan Menggembirakan Orang Mukmin (Amalan Yang Sangat Mulia).
  5. Berkat Hartanya dan Diluaskan ALLAH Rezekinya.
5 Di Akhirat :
  1. Dinaungkan dia dari panas akhirat.
  2. Ringan hisabnya.
  3. Berat timbangan amalannya.
  4. Mudah melalui titian siratulmustakim.
  5. Bertambah darjatnya di dalam syurga.
Renungan 3
Mengapa Amal Ibadat Kita Ditolak?
Walaupun amalan yang dibuat begitu banyak dan tekun namun malaikat yang menjaga pintu-pintu langit akan menolak amalan kita atas arahan yang diberikan kepadanya.
  1. Di langit pertama : Amalan orang yang suka mengumpat akan dihempaskan ke mukanya.
  2. Di langit kedua : Amalan orang yang bermegah dengan kebendaan akan dipukulkan semula ke mukanya.
  3. Di langit ketiga : Amalan orang yang takabbur akan dipukulkan ke mukanya.
  4. Di langit keempat : Amalan orang yang 'ujub (merasa bangga kerana banyak amalan hingga menghairankan dirinya) akan dipukulkan amalannya ke belakang dan perutnya.
  5. Di langit kelima : Amalan orang yang hasad dengki akan dipukulkan ke mukanya semula.
  6. Di langit keenam : Amalan orang yang tidak bersifat rahim (cth mentertawakan orang yang dalam kesusahan) akan dipalukan ke muka tuannya.
  7. Di langit ketujuh : Amalan orang yang ria' akan dipalukan amalannya ke muka dan segala anggota badannya dan…….
  8. Di langit kelapan : Amalan orang yang tidak benar-benar ikhlas akan dilaknati oleh Allah.
Petikan Fazilat Rejab, Syaaban dan Ramadan oleh Bubiman Radzi.

5 perkara racun dan 5 perkara penawar :
  1. Dunia itu racunnya dan zahid itu ubatnya.
  2. Harta itu racunnya dan zakat itu ubatnya.
  3. Perkataan yang sia-sia itu racunnya dan zikir Allah itu ubatnya.
  4. Seluruh umur itu racunnya dan taat itu ubatnya.
  5. Seluruh tahun itu racunnya dan Ramadan itu ubatnya.
Sabda Nabi S.A.W: akan datang kasih mereka 5 perkara dan lupa mereka 5 perkara :
  1. Kasih mereka kepada hidup – lupa mereka kepada mati.
  2. Kasih mereka kepada harta – lupa mereka kepada hisab.
  3. Kasih mereka kepada mahligai – lupa mereka kepada kubur.
  4. Kasih mereka kepada dunia – lupa mereka kepada akhirat.
  5. Kasih mereka kepada makhluk - lupa mereka kepada Allah.
Apabila hampir mati seseorang hamba Allah maka terbahagilah dia kepada lima bahagi :
  1. Hartanya untuk warisnya.
  2. Nyawanya untuk Malaikal Maut
  3. Dagingnya untuk ulat-ulat.
  4. Tulangnya untuk tanah.
  5. Amalan dan kebajikannya untuk orang yang dianiayainya.
Wallahualam.....

Laa Taghdhab (Jangan Marah)

Kisah ini saya terima dari seorang kawan yang mungkin juga telah diterima dr seorang yg lain.. utk dikongsi bersama, moga boleh mengambil iktibar..

Allah Maha Pengasih
Sepasang suami isteri yang sudah menikah selama 7 tahun dan memiliki 3 orang anak, terlibat dalam sebuah pertengkaran hebat. Begitu hebatnya pertengkaran mereka, sampai akhirnya mereka memutuskan untuk bercerai, mengakhiri kehidupan rumah tangga mereka secepat mungkin. Mereka
menemui seorang peguam, untuk melangsungkan perundingan pembahagian harta diantara mereka, perundingan berlangsung lancar, namun akhirnya sebagian besar masalah terselesaikan, baik tanah, rumah, dan semua aset harta mereka dapat dibahagi dan mencapai kepuasan kedua belah pihak.

Hanya satu hal tidak ditemukan jalan keluarnya, yaitu mengenai pembagian anak [jangan lupa anak mereka tiga orang], baik si suami maupun si isteri sama-sama ingin mengasuh 2 anak, tidak ada yang mau mengalah dan anak tidak mungkin dibelah dua seperti pada Zaman Sulaiman dulu.

Akhirnya mereka menemui seorang tokoh agama, meminta nasihat bagaimana jalan keluar yang harus ditempuh. Sang Imam akhirnya memberikan jalan keluar yang bijak, iaitu mereka diminta menunda perceraiannya selama satu tahun, mereka harus menambah satu orang anak selama satu tahun, bila Tuhan mengizinkan perceraian mereka, Tuhan akan memberikan tambahan satu anak, total menjadi 4 anak, sehingga mudah untuk dibagi diantara mereka berdua.

Kerana si suami dan si istri sangat serius untuk bercerai, mereka berusaha keras untuk menambah anak dan akhirnya mereka berhasil. Setahun kemudian, ketika Sang Imam berjalan jalan, beliau bertemu
dengan pasangan suami istri ini, sedang bergandengan tangan dengan mesra, sehingga Sang Imam bertanya, : "Apakah Kalian tidak berhasil menambah anak sehingga kalian batal bercerai?".

Sang Suami lalu menjawab : "Tuhan maha pengasih, Dia memberikan kami tambahan anak, tapi sekaligus juga memberikan isyarat agar kami saling memaafkan dan saling mengasihi, kami memutuskan untuk tidak bercerai". "Bagaimana Tuhan memberikan isyaratNya?", tanya Sang Imam. "Tuhan memberikan kami tambahan anak, bukan satu anak, tapi dua anak, anak kembar!!".

Beberapa hikmah:
1. Menunda tindakan negatif sering bermanfaat, apalagi ketika seseorang sedang dikuasai emosi. Ada baiknya jika kita sedang marah kita menunda sesuatu yang ingin kita lakukan. Betapa banyak penghuni penjara yang menyesal : 'mengapa ketika marah memukuli istri/anak/dsb sampai tewas....'

2. Mampu mengendalikan marah [emosi] adalah kunci kebaikan, sehingga Nabi SAW menekankan laa taghdhab [jangan marah] kepada sahabatnya.

3. Kisah diatas menunjukkan kasih sayang Allah, tetapi ada yang lebih baik daripada kisah diatas yaitu pasangan suami isteri yang selalu berhasil meredam pertengkaran mereka. Mungkin keluar rumah meninggalkan isteri/suami yang marah untuk sebentar kemudian kembali membawa buah tangan/peralatan baru kesukaannya akan membuatnya tersenyum, meminta maaf dan berfikir betapa baiknya suaminya/isterinya.

4. Pertengkaran itu lumrah rumah tangga. Dengan pertengkaranlah keharmonisan semakin terasa nikmat. Orang bijaksana akan menikmati pertengkaran dan masa-masa setelahnya dengan tetap mengendalikan suasana agar tidak sampai keluar dari sunnah Nabi SAW. Karena pertengkaran itu seperti api: sedikitnya bermanfaat tetapi besar dan luasnya membinasakan.

oleh : zabedah@pnb.com.my

Aku tidak akan mengampunkan dosa Isteriku

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Sahabat2 ku muslimin dan muslimat, mari kita sama2 renungkan satu kisah pengakuan seorang suami ini agar ianya menjadi teladan dalam hidup kita. Jangan kerana terlalu sayang sehingga membiarkan orang yang kita sayang terjerumus tanpa kita sedari, kepercayaan dan kebebasan ada batasan.....

Saya sering membaca kisah-kisah yang dipaparkan dalam
ruangan ini yang banyak mengisahkan kecurangan suami sahaja. Biasanya kaum wanitalah yang sering mengadu tentang keburukan kelakuan, tabiat dan perbuatan sumbang suami masing-masing. Namun saya tak salahkan mereka kerana mereka yang merasakan penderitaannya tentulah sakit hati dan ingin meluahkan perasaan masing-masing. Mereka tahu cerita mereka menjadi rahsia, dan apa yang tersemat di hati mereka cuma penulis sahaja yang tahu.

Tetapi kali ini saya ingin mencurahkan perasaan saya. Kalau selalunya wanita berasa tertipu dengan suami masing-masing, perasaan saya lebih sakit lagi apabila dikhianati isteri sendiri. Demikian cerita Zain ketika penulis menghubungi beliau setelah membalas e-melnya kerana ingin bertanya lebih lanjut lagi. Memang terkejut tetapi bukan mustahil boleh berlaku kerana dunia ini pentas dan kita semua adalah
pelakonnya.

Apa perasaan puan bila baca cerita saya, terkejut tak? Tentu terkejutkan! Saya rasa bukan saya seorang sahaja suami yang berperasaan demikian. Ada lagi mungkin tidak ramai kaum lelaki yang mempunyai pengalaman pahit seperti yang saya lalui, tetapi mereka suka mendiamkan diri. Dulu saya pun menyimpan perasaan yang sama, tetapi semakin lama kita simpan semakin perit, pedih dan menjadi racun berbisa. Jadi hari ini saya luahkan kepada puan, pertimbangkanlah. Memang benar zaman ini macam-macam perkara yang kita tak sangka boleh berlaku. Demikian pengalaman pahit yang saya lalui.

Saya bekerja tetap tahun 70-an, oleh kerana saya daripada keluarga susah, ramai adik-beradik, maka saya amat sayangkan kerja. Saya bekerja tak tentu masa kerana terlalu gembira dengan tugas, sesuatu yang saya idam-idamkan selama ini. Walaupun saya mendapat tawaran ke U tetapi saya tolak,
sebab keluarga miskin, jadi saya berkorban supaya saya boleh bekerja dapat duit, bantu ayah sekolahkan
adik-adik. Saya bersyukur semua adik-beradik saya berjaya dalam pelajaran, lulusan U dan semuanya
memegang jawatan yang baik juga.

Biarpun saya tidak lulus U tetapi kerana dedikasi dan ketekunan bekerja, saya naik pangkat dan menjawat
jawatan yang baik. Ini balasan Allah daripada pengorbanan besar yang saya lakukan demi pelajaran
adik-adik saya. Kerana terlalu sayangkan kerja, saya terlupa usia semakin meningkat dan tak kahwin. Hidup saya cuma rumah dan tempat kerja saja. Sebelum pukul 8 saya dah mula bekerja dan balik pukul 6 petang ada kalanya lewat malam. Dan bila kerja banyak ada kalanya sampai pagi. Hari Ahad dan Sabtu sama saja. Ada satu ketika rutin ini berterusan hingga 114 hari, termasuk hujung minggu dan cuti umum, hingga risau ibu di kampung.

Saya hanya lulus MCE, tetapi nasib menyebelahi saya. Jawatan kerajaan yang dipegang adalah idaman ramai. Pendapatannya lumayan bagi seorang bujang umur 20-an, dapat kereta baru, dan dihormati ramai, tentu glamor juga di mata gadis-gadis. Tetapi kerana taksub dengan kerja, saya lupa dunia, hiburan dan hidup berkeluarga. Akhirnya ketua jabatan, seorang pengarah merancang konspirasi menjodohkan saya
kerana tidak mahu melihat hidup saya habis di pejabat.

Awal tahun 70-an usia dah dekat 30 tahun masih bujang. Di pejabat, saya digelar the most eligible bachelor. Konspirasi mereka menjadi, mereka memaksa saya berkahwin dengan seorang gadis yang boleh dikatakan cantik juga. Anak ulama daripada keluarga agak tersohor dan dikenali secara peribadi oleh ketua jabatan saya. Hampir setahun berkenalan, akhirnya saya mendirikan rumah tangga dengan Hamizan.

Belum dua tahun berkahwin, Hamizan melahirkan anak, disusuli seorang lagi tiga tahun kemudian dan ketiga, lima tahun kemudian. Dalam pada itu saya dinaikkan pangkat, melayakkan saya menduduki banglo kuarters kerajaan di KL. Saya juga dianugerahkan bintang kebesaran Persekutuan, semua dalam tempoh kurang 13 tahun saya bertugas.

Hamizan bekerja di sebuah badan berkanun. Dia gemar bersukan apa jenis pun dan aktif berpersatuan. Rajin menyertai kegiatan kesenian dan kebudayaan, seperti menari dan berdrama. Kebolehannya ini membawanya ke seluruh negara dan ASEAN dalam misi mengeratkan silaturahim antara badan-badan yang sama antara negara tersebut.

Kerana aktif berpersatuan, dia sering pulang lewat selepas pukul 8 malam dan kadangkala sehingga pukul 10 malam. Saya tidak merasa syak-wasangka kerana kami diketahui ramai sebagai pasangan ideal. Tetap bergurau senda, berpegang tangan semasa berjalan dan tidak kurang menunjukkan affection pada bila-bila masa. Kami saling sayang-menyayangi.

Suatu hari lebih kurang sedekad lalu, seorang hamba Allah menelefon saya dan bertanya mengapa saya biarkan isteri diusung orang merata tempat. Saya jadi bingung kerana selama ini Hamizan tidak menunjukkan sebarang tanda dia curang selain pulang lewat. Sungguhpun saya sangsi cerita pemanggil itu, namun hati saya mula curiga. Saya bawa bertenang, dan tidak terburu-buru menyergah Hamizan. Saya cuba siasat sendiri.

Suatu hari saya pulang pukul 3 pagi, dengan kehendak Allah jua saya ternampak bukti pertama sebuah diari di sebelah Hamizan, ketika itu dia tertidur. Hampir pitam saya bila membelek diari itu. Rupa-rupanya dia keluar masuk hotel dengan teman-teman lelakinya, termasuk orang berpangkat tertinggi di jabatannya, juga berpangkat rendah.

Bila diajukan dengan bukti Hamizan tidak dapat mengelak daripada mengakuinya. Dia menceritakan
segala-galanya, termasuk kecurangannya. Mahu saya cekik dia ketika itu. Tapi ingatkan anak-anak dan
maruah keluarga, saya mengucap berkali-kali. Ketika itu anak-anak sedang membesar dan pencapaian pelajaran mereka amat menggalakkan. Mengenangkan masa depan mereka, saya tidak bertindak. Kalau dulu saya berkorban untuk adik-beradik, kali ini saya berkorban untuk anak-anak, maruah mereka dan keluarga saya.

Walaupun marah, namun saya beri amaran keras bahawa sekiranya perbuatan ini berulang lagi padahnya amat berat. Dia menangis meminta ampun. Malangnya pisang berbuah banyak kali. Hamizan
mengulangi kegiatannya meskipun tidak lagi pulang lewat. Kali ini saya menemui bukti setelah menerobos
masuk ke e-melnya. Kali ini temannya seorang jurutera sebuah syarikat telekomunikasi dan seorang jeneral yang pernah dikenali semasa remaja. Saya tak mahu marah lagi, kerana inilah sifat buruknya yang sebenar. Mulai hari itu antara kami sudah tidak ada apa-apa.

Namun untuk meyakinkannya saya hubungi teman-temannya itu, dan berjaya mendapatkan pengakuan bertulis mereka, ada juga secara lisan. Saya beritahu mereka perbuatan mereka akan ada balasannya, tiada statute of limitation, bermakna balasannya mungkin serta-merta, lepas lima tahun atau 20 tahun, bila-bila saja. Allah maha besar.

Apa yang menghairankan saya, Hamizan bukan anak orang sembarangan, dia anak ulama, pandai mengaji al-Quran kalau berlagu ala qari terkenal Ismail Hashim, baca Yasin setiap malam Jumaat dari dulu sampai sekarang, sembahyang, puasa, termasuk yang sunat, tak pernah tinggal, bertudung, pakaian sopan. Malah kalau berzanji merdu suaranya. Setelah difikirkan baru saya sedar, apa yang dilakukan adalah untuk mengaburi mata saya daripada melihat maksiat dan kecurangan yang dilakukan di luar.

Walaupun saya begitu marah tetapi memukul tidak sekali-kali. Saya bawa bertenang kerana memikirkan
anak-anak kami ketika itu sedang membesar. Tetapi sedihnya peristiwa pahit dalam kehidupan saya, belum berakhir. Satu hari anak kedua saya Nuraine yang melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan di IPTA pulang bercuti. Sampai di rumah dia terus memeluk saya dengan tangisan. Katanya, dia bukan anak saya. Darah kami berlainan.

Saya terkejut besar. Bila saya tanya mana dia tahu, katanya ketika menderma darah dia dapati jenis
darahnya tidak ada persamaan dengan darah saya. Saya langsung tidak terfikir kecurangan Hamizan sampai ke tahap ini. Hamizan ketika ditanya menafikan, namun ujian darah membuktikan bahawa Nuraine adik-beradik dengan anak-anak saya yang lain, satu emak tetapi lain ayah. Hamizan tetap berdegil tidak mengakui kesahihan ujian tersebut, meskipun saya dapat agak siapa sebenarnya ayah Nuraine.

Malah pernah rakan-rakan sepejabat Hamizan ada mengatakan wajah Nuraine sama seperti salah seorang pegawai tinggi di pejabatnya. Tetapi Hamizan menafikan. Bukan sekali dua wajah Nuraine menjadi pertanyaan ramai, banyak kali. Hamizan kini masih sebumbung dengan saya, tetapi saya tidak pernah menyentuhnya sejak hampir 10 tahun lalu. Anak-anak tidak menghormatinya lagi. Mereka enggan
bertegur sapa, tidak bercakap sopan, kalau bercakap pun dengan kasar, membuatkan Hamizan menangis.

Anak-anak tahu perbuatan keji emak mereka dan tahu pengorbanan saya demi menjaga hati, maruah dan
pembelajaran mereka. Anak sulung saya kini star-performer di jabatannya. Nuraine mewakili syarikatnya bertugas di Eropah sementara anak ketiga akan tamat pengajian tidak lama lagi. Inilah pengorbanan saya. Biar hati lebur asal anak-anak bahagia. Yang penting saya tidak mahu korbankan masa depan mereka dengan sikap saya yang tidak sabar dan mengikutkan rasa saya.

Nuraine hampir setiap hari menelefon saya bertanya khabar. Anak-anak lebih sayangkan saya dan lebih suka berbincang dan berbual dengan saya daripada emak mereka. Inilah sebabnya saya masih tidak menceraikan Hamizan. Saya tetap tidak mengampunkan Hamizan. Biar dia nazak dan meminta maaf atau saya sedang nazak dan dia sujud menangis meminta ampun, saya tetap tidak akan memaafkannya. Saya tahu Allah Maha Pengampun, Nabi Muhammad juga mengampunkan umatnya. Namun, saya bukan
Allah dan saya juga bukan Nabi Muhammad. Saya seorang biasa dan tidak akan melakukan sesuatu untuk menyamai Allah atau Nabi.

Ada saya terbaca bahawa ibadah seseorang isteri tidak diterima Allah sekiranya dia melakukan dosa besar terhadap suaminya dan tidak mendapat pengampunan daripadanya. Jika benar, saya tidak akan mengampunkan apa juga dosa Hamizan. Sungguh saya tidak menyangka kebahagiaan, kesenangan, kesetiaan dan kepercayaan yang saya curahkan kepada dia disia-siakan.

Kalaulah membunuh bukan satu kesalahan dan tidak membawa aib kepada keluarga, sudah lama saya
cincang-cincang Hamizan untuk menjadi jamuan anjing-anjing liar di tepi jalan dengan daging busuknya, demikian cerita Zain.

Nampaknya Zain telah melakukan pengorbanan besar bukan sahaja untuk adik-beradiknya, anak-anaknya malah menjaga nama baik dan maruah mentuanya. Namun saya tertanya-tanya apakah Zain sudah bertanya kehendak Hamizan untuk masa depannya? Mungkin dia ingin menjadi burung yang terbang bebas? Kepada pembaca, dapatkah anda pertimbangkan jika mempunyai isteri yang curang seperti ini?

Pengorbanan Seorang Isteri

Nura memerhatikan jam di dinding, sudah dekat pukul 12.00 malam, argh.. dia lambat lagi malam ini. Akhirnya sofa itu jugak menjadi katilnya malam ini.

2.00 pagi.
"Nura, Nura bangun sayang". Hilmi mengejutkan isterinya.
"Eh! abang dah balik, maaf Nura tertidur, abang nak makan?" tanya Nura.
"Tak per lah abang dah makan tadi, Jomlah kita tidur di atas". Jawapan yang cukup mengecewakan Nura.

"Arrggh rindunya Nura pada abang, rindu nak makan semeja dengan abang, abang tak nak tengok ker apa Nura masak hari ni, ikan cencaru sumbat kesukaan abang," luah Nura dalam hati.

"Abang
naiklah dulu Nura nak simpan lauk dalam peti ais dulu", Pinta Nura sambil menuju ke dapur.

Gugur air mata isterinya menyimpan kembali lauk-lauk yang langsung tidak dijamah suami tercinta, kecil hatinya sedih perasaannya. Nura ambil dua keping roti sapu jem dan makan untuk mengalas perut kerana dia sememangnya lapar, tapi selera makannya terbunuh dengan situasi itu. Nura menghirup milo panas sedalam-dalamnya dan akhirnya masuk bilik air gosok gigi dan terus menuju ke bilik tidur. Sekali lagi terguris hati seorang isteri apabila melihatkan suaminya telah terlelap. "Sampai hati abang tidur dulu tanpa ucapkan selamat malam tanpa kucupan mesra, tanpa belaian dan tanpa kata-kata kasih abang pada Nura", bisik
hati kecilnya.

"Aargghh rindunya Nura pada abang. Nura rindu nak peluk abang, Nura nak kucup abang, Nura rindu abang". Selesai solat subuh, Nura panjatkan doa semoga dia sentiasa beroleh bahagia, dipanjangkan jodohnya dengan Hilmi tercinta, diberi kesihatan yang baik dan paling panjang dan kusyuk dia berdoa semoga Allah Berikan kekuatan untuk menempuh segala badai.

Selesai menjalankan amanat itu, Nura kejutkan Hilmi, manakala dia bingkas menuju ke dapur menyediakan sarapan buat suami tersayang. Nura keluarkan ayam dan sayur dan mula menumis bawang untuk menggoreng mee.

"Assalamualaikum", sapa Hilmi yang sudah siap berpakaian untuk ke pejabat. "Waalaikumsalam, sayang". Nura cuba bermanja sambil menambah, "Abang nak kopi atau teh?" Nura tetap kecewa apabila Hilmi hanya meminta air sejuk sahaja, dia ada 'presentation' dan hendak cepat, mee goreng pun hanya dijamah sekadar menjaga hati Nura dan tergesa-gesa keluar dari rumah. Nura menghantar pemergian suami hingga ke muka pintu. "Abang, Nura belum cium tangan abang, abang belum kucup dahi Nura", kata Nura selepas kereta itu meluncur pergi. "Arrghh rindunya Nura pada abang......."

"Mi, semalam pukul berapa kau balik?" tanya Zikri.
"Dekat pukul 2.00 pagi". Jawab Hilmi acuh tak acuh.
"Wow dasyat kau, kalah kami yang bujang ni, woi semalam malam Jumaat ler, kesian bini kau". Zikri bergurau nakal.
"Apa nak buat, lepas aku siapkan plan tu, aku ikut Saiful dan Nazim pergi makan dan borak-borak, sedar-sedar dah pukul 2.00, aku balik pun bini aku dah tidur." Balas Hilmi.
"Sorrylah aku tanya, sejak akhir-akhir kau sengaja jer cari alasan balik lewat, hujung minggu pun kau sibuk ajak member lain pergi fishing, kau ada masalah dengan Nura ke?". Zikri cuba bertanya sahabat yang cukup dikenali sejak dari sekolah menengah, sampai ke universiti malah sekarang bekerja sebumbung.
"Entahlah Zek, aku tak tahu kenapa sejak akhir-akhir aku rasa malas nak balik rumah, bukan aku bencikan Nura, kami tak bergaduh tapi entahlah", terang Hilmi.
"Well, aku rasa aku perlu dengar penjelasan lebar kau, aku nak dengar semuanya, tapi bukan sekarang. Lepas kerja jom kita keluar ok?". Usul Zikri.
"Ok." Ringkas jawapan Hilmi sambil menyambung kembali merenung plan bangunan yang sedang direkanya.

Nura membuka kembali album kenangan itu. Tersenyum dia bila melihatkan saat manis dia diijab kabulkan dengan Hilmi. Majlis ringkas, hanya dihadiri sanak saudara dan rakan terdekat. Maklumlah yatim piatu, kenduri ini pun mujur sangat kakak sulungnya sudi mengendalikan. Saat-saat sebegini Nura teringat kembali alangkah indahnya sekiranya ibunya masih ada, akan diluahkan segalanya pada ibu tetapi sekarang, dia tidak punya sesiapa. Nura menangis
sepuas hatinya. 5 tahun menjadi suri Hilmi, bukan satu tempoh yang pendek. Nura bahagia sangat dengan Hilmi, cuma sejak akhir-akhir ini kebahagiaan itu makin menjauh. Nura sedar perubahan itu, dan dia tidak salahkan Hilmi. Makin laju air matanya mengalir.

"Abang sanggup menerima Nura, abang tidak menyesal?". tanya Nura 5 tahun yang lepas.
"Abang cintakan Nura setulus hati abang, abang sanggup dan Insya-Allah abang akan bahagiakan Nura dan akan abang tumpahkan sepenuh kasih sayang buat Nura," janji Hilmi.
"Walaupun kita tidak berpeluang menimang zuriat sendiri?". Tanya Nura lagi.
"Syyy... doktor pun manusia macam kita, yang menentukan Allah, Insya-Allah
abang yakin sangat kita akan ada zuriat sendiri", Hilmi meyakinkan Nura.

Nura masih ingat saat itu, apabila dia menerangkan pada Hilmi dia mungkin tidak boleh mengandung kerana sebahagian rahimnya telah dibuang kerana ada ketumbuhan. Harapan untuk mengandung hanya 10-20 peratus sahaja. Tapi Hilmi yakin Nura mampu memberikannya zuriat. Tapi, itu suatu masa dahulu, selepas 5 tahun, Nura tidak disalahkan Hilmi sekiranya dia sudah mengalah dan terkilan kerana Nura masih belum mampu memberikannya zuriat. Walaupun Nura sudah selesai menjalani pembedahan untuk membetulkan kembali kedudukan rahimnya dan mencuba pelbagai kaedah moden dan tradisional. "Arrghh
rindunya Nura pada abang."

"Aku tak tahu macam mana aku nak luahkan Zek, sebenarnya aku tidak salahkan Nura, dia tidak minta semuanya berlaku, isteri mana yang tidak mahu mengandungkan anak dari benih suaminya yang halal, tapi..." ayat Hilmi terhenti disitu.

"Tetapi kenapa? Kau dah bosan? Kau dah give up?", Celah Zikri.
"Bukan macam tu, aku kesian dengan dia sebenarnya, duduk rumah saja, sunyi, tapi sejak akhir-akhir ini perasaan aku jadi tak tentu arah, aku rasa simpati pada dia, tetapi kadang-kadang perasaan aku bertukar sebaliknya", terang Hilmi.
"Maksudnya kau menyesal dan menyalahkan dia?", tingkas Zikri.
"Entahlah Zek, aku tak kata aku menyesal, sebab aku yang pilih dia, aku tahu perkara ni akan berlaku, cuma mungkin aku terlalu berharap, dan akhirnya aku kecewa sendiri. Dan aku tidak mahu menyalahkan Nura sebab itulah aku cuba mengelakkan kebosanan ini dan elakkan bersama-samanya macam dulu kerana aku bimbang simpati aku pada dia akan bertukar Menjadi perbalahan", Jelas Hilmi.
"Dan kau puas hati dengan melarikan diri dari dia?", kata Zikri tidak berpuas hati dan menambah, "Apa kata korang ambil saja anak angkat?"
"Anak angkat tak sama dengan zuriat sendiri Zek, kau tak faham. Aku harapkan zuriat sendiri dan dalam masa yang sama aku tahu dia tak mampu, ibu dan kakak-kakak aku pun dah bising, mereka suruh aku kawin
lagi, tapi aku tak sanggup melukakan hati dia Zek. Aku tak sanggup", Ujar Hilmi.

Nura masih menanti, selalunya hujung minggu mereka akan terisi dengan pergi berjalan-jalan,

membeli belah atau setidak-tidaknya mengunjungi rumah saudara mara atau menjenguk orang tua Hilmi dikampung. Kini dah hampir 5 bulan mereka tidak menjenguk mertua dia. Dia sayangkan mertua dan iparnya yang lain macam saudara sendiri. Dia tidak punya ibu, maka dengan itu seluruh kasih sayang seorang anak dicurahkan kepada kedua mertuanya. Sebolehnya setiap kali menjenguk mertua atau kakak-kakak iparnya dia akan bawakan buah tangan untuk mereka, biasanya dia akan menjahit baju untuk mereka, itulah yang selalu dibuat untuk menggembirakan hati mertuanya, maklumlah dia punya masa yang cukup banyak untuk menjahit. Selalunya juga dia akan buatkan kek atau biskut untuk dibawa pulang ke kampung suami tersayangnya. Dan mereka akan gembira sekali untuk pulang ke kampung, tapi kini... aarghh rindunya Nura pada abang.

Nura tahu Hilmi pergi memancing sebab dia bawa bersama segala peralatan memancing dan hari ini sekali lagi Nura menjadi penghuni setia rumah ini bersama setianya kasihnya kepada Hilmi. Nura masih tidak menaruh syak pada Hilmi, dia masih cuba memasak sesuatu yang istemewa untuk Hilmi bila dia pulang malam nanti, tapi Nura takut dia kecewa lagi. Arghh tak apalah, demi suami tercinta. Aaarggh rindunya Nura pada abang.

"So you dah tahu i dah kawin, tapi you
masih sudi berkawan dengan I kenapa? Adakah kerana simpati atau ikhlas?" tanya Hilmi pada Zati yang dikenali dua minggu lepas semasa mengikut teman-teman pergi memancing. Sejak itu Zati menjadi teman makan tengaharinya, malah kadang teman makan malamnya.
"I ikhlas Hilmi, dan I
tak kisah kalau jadi yang kedua, I dah Mula sayangkan you". Zati berterus terang. Lega hati Hilmi, tapi Nura?
"Abang, Nura tak berapa sihatlah bang,
rasa macam nak demam saja," Adu Nura pagi tu, sebelum Hilmi ke pejabat.
"Ye ker? Ambil duit ni, nanti Nura call teksi dan pergilah klinik ye, abang tak boleh hantar Nura ni." jawapan Hilmi yang betul-betul membuatkan Nura mengalirkan air mata. Tidak seperti dulu-dulu, kalau Nura sakit demam Hilmi sanggup mengambil cuti, bersama-sama menemani Nura. Arrgg rindunya Nura pada abang.

Disebabkan Nura terlalu sedih dan kecewa, dia mengambil keputusan tidak mahu ke klinik selepas makan dua biji panadol, dia terus berbaring. Sehingga ke petang, badan dia semakin panas dan kadang terasa amat sejuk, kepalanya berdenyut-denyut. Nura menangis lagi. Malam tu, seperti biasa Hilmi pulang lewat setelah menemani Zati ke majlis harijadi kawannya. Nura masih setia menunggu dan dia rasa kali ini dia ingin luahkan segala perasaan rindu dan sayangnya pada Hilmi. Tak sanggup lagi dia menanggung rindu yang amat sarat ini, rindu pada manusia yang ada didepan mata setiap hari. Aargh rindunya Nura pada abang.

Apabila Hilmi selesai mandi dan tukar pakaian, Nura bersedia Untuk membuka mulut, ingin diluahkan segalanya rasa rindu itu, dia rasa sakit demam yang dia
tanggung sekarang ini akibat dari memendam rasa rindu yang amat sangat.

"Abang, Nura nak cakap sikit boleh?" Nura memohon keizinan seperti kelazimannya.
"Nura, dah lewat sangat esok sajalah, abang letih," bantah Hilmi.
"Tapi esok pun abang sibuk jugak, abang tak ada masa, dan abang akan balik lambat, Nura tak berpeluang abang". ujar Nura dengan lembut.
"Eh.. dah pandai menjawab," perli Hilmi. Meleleh air mata Nura dan Hilmi rasa bersalah dan bertanya apa yang Nura nak bincangkan.
"Kenapa abang terlalu dingin dengan Nura sejak akhir-akhir ni?" Tanya Nura.
"Nura, abang sibuk kerja cari duit, dengan duit tu, dapatlah kita bayar duit rumah, duit kereta, belanja rumah dan sebagainya faham?" Hilmi beralasan.

Nura agak terkejut, selama ini Hilmi tak pernah bercakap kasar dengan dia dan dia terus bertanya,
"dulu Abang tak macam ni, masih ada masa untuk Nura, tapi sekarang?" Ujar Nura.
"Sudahlah Nura abang dah bosan, pening, jangan tambahkan perkara yang menyesakkan dada", bantah Hilmi lagi.
"Sampai hati abang, abaikan Nura, Nura sedar siapa Nura, Nura
tak mampu berikan zuriat untuk abang dan abang bosan kerana rumah kita kosong, tiada suara tangis anak-anak bukan?" Dan Nura terus bercakap dengan sedu edan.
"Sudahlah Nura abang dah bosan, jangan cakap pasal tu lagi abang tak suka. Bosan betul..."

Pagi tu, Hilmi keluar rumah tanpa
sarapan, tanpa bertemu Nura dan tanpa suara pun. Nura makin rindu pada suaminya, demamnya pula kian menjadi-jadi. Malam tu Hilmi terus tidak pulang ke rumah, Nura menjadi risau, telefon bimbit dimatikan, Nura risau, dia tahu dia bersalah, akan dia memohon ampun dan maaf dari Hilmi bila dia kembali. Nura masih menanti, namun hanya hari ketiga baru Hilmi muncul dan Nura terus memohon ampun dan maaf dan hulurkan tangan tetapi Hilmi hanya hulurkan acuh tak acuh sahaja. Nura kecil hati dan meminta Hilmi pulang malam nanti kerana dia ingin makan bersama Hilmi. Hilmi sekadar mengangguk.Tetapi malam tu Nura kecewa lagi. Hilmi pulang lewat malam. Demam Nura pulak makin teruk dan esoknya tanpa ditemani Hilmi dia ke klinik, sebab sudah tidak tahan lagi. Abang pulanglah abang, pulanglah Nura ingin beritahu perkhabaran ini, pulang abang, doa Nura. Nura kecewa tapi masih menanti, bila masuk hari ketiga dia sudah tidak sabar lagi, dia menelefon ke pejabat. Dan telefon itu disambut oleh Zikri.

"Syukurlah Nura kau telefon aku, ada perkara aku nak cakap ni, Boleh aku jumpa kau?", tanya Zikri
"Eh tak bolehlah aku ni kan isteri orang, mana boleh jumpa kau tanpa izin suami aku, berdosa tau", tolak Nura. Pilunya hati Zikri mendengar pengakuan Nura itu. Setianya kau perempuan, bisik hatinya.
"Oklah kalau macam tu, aku pergi rumah kau, aku pergi dengan mak aku, boleh?" pinta Zikri
"Ok, kalau macam tu tak apalah,
aku pun dah lama tak jumpa mak kau, last sekali masa konvo kita 6 tahun lepas kan?" setuju Nura.

"Eh kenapa pucat semacam ni?" tegur Mak Siti. Nura hanya tersenyum penuh makna dan membisik, "Allah makbulkan doa saya mak cik". Pilu hati Mak Siti dan betapa dia sedar betapa Allah itu Maha Mengetahui apa yang Dia lakukan. Segera Mak Siti mendapat Zikri di ruang tamu dan khabarkan berita itu. Zikri serba salah.

"Nura, aku anggap kau macam saudara aku, aku tak tahu macam mana nak mulakan, aku harap kau tabah dan tenang, sebenarnya Hilmi dalam proses untuk berkahwin lagi satu dan aku sayangkan korang macam saudara sendiri dan aku tak sanggup rumah tangga korang musnah macam ni, kau tanyalah dengan Hilmi dan bincanglah, cubalah selamatkan rumah tangga korang." terang Zikri.

Nura menangis semahunya dibahu Mak Siti, rasa hampir luruh jantung mendengarkan penjelasan itu. Patutlah selalu tidak balik rumah. Berita gembira yang diterima pagi tadi, sudah tidak bermakna. Nura menantikan Hilmi sehingga ke pagi, namun dia masih gagal. Dua hari kemudian Hilmi pulang dan sibuk mengambil beberapa pakaian penting dan masa ini Nura bertekad untuk bertanya.

"Ya betul apa
yang Nura dengar tu dan kami akan langsungkan jugak dan abang takkan lepaskan Nura, itu janji abang, mak ayah pun dah tahu dan mereka tak kisah asalkan abang tidak lepaskan Nura, kerana mereka juga sayangkan Nura dan Nura kena faham abang inginkan zuriat sendiri, walau apa pun persiapan sedang dibuat, abang janji takkan abaikan Nura." Janji Hilmi. Nura sayu mendengar, dan bagaikan kelu lidahnya untuk berkata-kata. Dan segala perkhabaran gembira itu terbunuh menjadi khabar duka. Nura terlalu kecewa.

Hilmi masih menanti diluar, rasa amat bersalah bersarang dikepala, sejak dihubungi Zikri, dia bergegas ke hospital apabila dimaklumkan Nura pengsan dan mengalami pendarahan. Doktor dan jururawat keluar masuk. Dia masih resah.

"Insya-Allah En. Hilmi, dua-dua selamat". terang doktor pada Hilmi.
"Dua-dua apa maksud doktor?" tanya Hilmi
"Dua-dua ibu dan baby dalam kandungan tu, tapi dia kena banyak berehat kerana rahimnya tidak begitu kukuh, saya takut banyak bergerak akan menyebabkan berlaku keguguran, tapi kami dah mulakan injection untuk kuatkan paru-paru baby dan jahitkan rahim dia dan bersedia untuk 'early delivery' dalam kes macam ni," terang doktor.
'Ya Allah, Nura mengandung, Ya Allah
berdosanya aku pada Nura', kesal Hilmi. Malu rasanya untuk menatap muka Nura.

"Kenapa Nura tak bagi tahu abang yang Nura mengandung?" kesal Hilmi.
"Nura memang nak bagitau abang tapi, bila abang cakap abang sudah bertunang dan akan berkahwin dengan perempuan lain, Nura tak sampai hati bang, Nura tak sanggup abang malu dan keluarga abang malu." Jelas Nura.
"Nura sebenarnya, abang belum bertunang dengan budak tu, abang cuma sekadar berkawan sahaja. Belum pernah abang bincangkan soal kawin lagi dan abang tak sanggup nak teruskan hubungan tu lagi kerana abang akan jadi ayah tidak lama lagi." janji Hilmi. Kesal kerana mengabaikan Nura yang mengandung itu, membuatkan Nura risau dan akhirnya pitam dihalaman rumah, mujurlah ada jiran nampak dan membawa kehospital, dan mujur jugak Nura pengsan dihalaman, dapat dilihat orang.

"Mama kenapa mama buat
tu, biarlah mak yang buat," marah Hilmi bila melihatkan Nura cuba menyapu lantai. Sejak keluar hospital hari tu, mertua dia meminta supaya Nura tinggal saja dirumah sehingga bersalin kerana dia memang tidak dibenarkan doktor melakukan sebarang kerja, bimbang keguguran kerana rahimnya tidak kuat. "Ala Papa ni, biarlah mama buat sikit sajalah." balas Nura. Itulah panggilan manja mereka sekarang ni. Dengan pengawasan rapi doktor, yang setiap dua tiga minggu sekali akan melakukan pemeriksaan, dan bila usia kandungan mencecah 6 bulan, doktor mengarahkan supaya Nura hanya berehat dihospital, supaya senang mengawasi Nura dan andainya apa-apa berlaku Nura akan terus dibedah untuk menyelamatkan nyawanya dan bayi yang dikandung.

Setiap hari Nura akan dilawati oleh Hilmi. Nura amat bahagia, ternyata bayi yang dikandung membawa sinar, amat berharga kehadiran dia nanti, sebab itulah Nura sanggup tinggal di hospital, sanggup menelan berjenis ubat, sanggup disuntik apa saja semuanya demi bayi itu. Kandungan sudah di penghujung 7 bulan, Nura amat bahagia merasakan gerakan-gerakan manja bayi yang
dikandungnya. Setiap tendangan bayi dirasakan amat membahagiakan. Doktor makin teliti menjaga Nura, kerana bimbang berlaku pertumpahan darah, dan akhirnya apa yang dibimbangi para doktor menjadi nyata apabila Nura mengalami pertumpahan darah yang serius, lantas terus dia ditolak ke dalam bilik bedah dalam masa beberapa minit sahaja.

Hilmi tiba bersama ibu dan ayahnya, dia panik sekali, namun cuba ditenangkan oleh kedua orang tuanya. Hampir 1 jam berlalu, apakah khabarnya Nura di dalam sana. Hilmi makin risau, setengah jam kemudian doctor keluar. Hilmi meluru...
"Doktor bagaimana isteri saya?", Hilmi terus bertanya.
"Sabar, kami telah cuba sedaya upaya, tahniah anak encik selamat, encik dapat anak perempuan, seberat 2.1 kilogram dan kini kami cuba sedaya upaya untuk selamatkan Puan Nura Ain." terang doktor.
"Apa maksud doktor?" Tanya Hilmi yang sudah tidak sabar.
"Begini, dia kehilangan banyak darah, kami cuba sedaya upaya menggantikan darahnya yang keluar itu, dan masih berusaha, namun rahimnya terus berdarah dan kami mohon kebenaran untuk membuang terus rahimnya demi menyelamatkan nyawanya." Jelas doktor.
"Buatlah doktor, saya izinkan asalkan isteri saya selamat."

Errrmmm... lekanya dia sampai terlena." tegur Hilmi sambil membelai dan mengusap kepala Nur Syuhadah yang terlena akibat kenyang selepas menyusu dengan Nura. Nura hanya tersenyum. Hari ni genap seminggu usia Syuhadah. Nura Ain masih lemah akibat kehilangan banyak darah. Namun dikuatkan semangat demi Nur Syuhadah buah hatinya. Dia mencium sepenuh kasih saying pipi comel anaknya itu. Dia membelai sayu wajah comel itu. Entah kenapa dia rasa seperti terlalu sayu hari itu, hatinya terlalu sepi, semalam dia mimpikan arwah ibunya, datang menjenguk dia dan Syuhadah, tanpa suara, ibunya hanya tersenyum. Dan akhirnya berlalu begitu sahaja. Hari ini Nura menjadi seorang perindu, ia rindukan ibunya, dan diceritakan perkara itu pada Hilmi.

"Mungkin mak Nura datang tengok cucu dia, dan dia amat gembira", pujuk Hilmi menenangkan Nura.
"Abang... tolong Nura bang!!" laung Nura dari bilik air.
"Ya Allah Nura kenapa ni?" Hilmi ketakutan.
"Mak... tolong mak... makkkkkkkkkkk" Hilmi menjerit memanggil emaknya didapur.
"Cepat, bawak pergi hospital, cepat Hilmi" perintah Mak Zaharah.

"Maaf dia tidak dapat kami selamatkan, terlalu banyak darah yang keluar, dan kami tak sempat berbuat apa-apa, dia terlalu lemah dan akhirnya dia dijemputNya", terang doktor. Terduduk Hilmi mendengarkan hal itu. Jenazah selamat dikebumikan. Syuhadah
seakan mengerti yang dia sudah tidak akan menikmati titisan-titisan susu Nura Ain lagi. Syuhadah menangis seolah-olah ingin memberitahu dunia yang dia perlukan seorang ibu, seorang ibu yang bersusah payah, bersabung nyawa demi untuk melihat kelahirannya. Demi membahagiakan papanya, demi membahagiakan neneknya. Syuhadah terus menangis seolah-olah tidak rela dia dipisahkan dengan ibunya hanya bersamanya untuk sekejap cuma. Semua yang hadir kelihatan mengesat mata, tidak sanggup mendengar tangisan bayi kecil itu. Semua terpaku dan terharu, Hilmi mendukung Syuhadah dan memujuk bayi kecil itu, akhirnya dia terlelap didakapan papanya.

Abang yang Nura rindui,
Abang, maafkan Nura kerana selama ini tidak mampu menjadi isteri yang terbaik buat abang. Saat abang membaca surat ini, mungkin Nura sudah jauh meninggalkan abang, Nura tak harapkan Nura akan selamat melahirkan anak ini, tapi Nura harap bayi akan selamat walau apa yang terjadi pada Nura. Itu harapan Nura bang. Nura masih ingat, rumah tangga kita hampir runtuh kerana Nura tidak mampu memberikan zuriat buat abang, tapi bang,
kali ni doa Nura dimakbulkan dan untuk itu, biarlah Nura menanggung segala kapayahan demi zuriat ini bang.

Saat Nura menulis surat ini, Nura masih lagi menjadi penghuni setia katil hospital ini. Baby kita makin nakal bergerak bang, tapi Nura bahagia merasa tiap tendangan dia abang, Nura bahagia, cukuplah saat manis ini Nura dan dia. Nura rasakan setiap pergerakannya amat bermakna dan andainya ditakdirkan Nura hanya ditakdirkan untuk bahagia bersama dia hanya dalam kandungan sahaja Nura redha bang. Siapalah Nura untuk menolak ketentuanNya. Nura tak mampu abang. Cukup bersyukur kerana

sekurang-kurangnya Allah makbulkan doa Nura untuk mengandungkan zuriat dari benih abang yang Nura cintai dan kasihi selamanya. Nura redha sekiranya selepas ini walau apa terjadi, Nura redha, kerana Allah telah memberikan Nura sesuatu yang cukup istemewa, dan andainya maut memisahkan kita Nura harap abang redha sebagaimana Nura redha.

Syukurlah sekurang-kurang Allah berikan nikmat kepada Nura untuk merasai nikmatnya menjadi seorang ibu walau cuma seketika. Andai apa yang Nura takutkan terjadi, dan bayi ini dapat diselamatkan Nura harap abang akan jaganya dengan penuh kasih sayang. Nura harap abang jangan biarkan hidupnya tanpa seorang ibu. Cuma satu Nura harapkan dia akan mendapat seorang ibu yang mampu menjaga seorang anak yatim dengan baik dan menjaganya dengan penuh kasih sayang. Seumur hayat Nura, Nura tak pernah meminta sesuatu dari abang dan kini inilah permintaan Nura, janjilah anak ini akan mendapat seorang ibu yang penyayang.

Abang yang Nura rindui...
Dulu sewaktu rumah tangga kita dilandai badai, Nura ingin sangat ucapkan kata-kata ini pada abang, tapi Nura tak berkesempatan dan walaupun kini Nura tiada lagi, tapi Nura nak abang tahu yang...
Nura rindukan abang......
Nura rindu sangat dengan abang.....
Rindu bang... rindu sangat....

Sekian,
Ikhlas dari nurani isterimu Nura Ain Bt. Abdullah

Hilmi melipat kembali surat itu, yang telah
dibaca berulang kali dan kini dia amat rindukan Nura Ain... dan kini barulah dia sedar betapa berharga sebuah kerinduan itu..... Nura.... abang juga rindukanmu sayang.. bisik hati Hilmi.

Seksologi : Selera Suami Luarbiasa

Telah menjadi tanggungjawab isteri melayani segala kehendak batin suami, namun bagaimana pula sekiranya tuntutan suami mengkehendaki isteri melakukan aksi luar dari kebiasaan?. Atas alasan mahukan kelainan dalam hubungan intim terdapat suami yg meminta layanan dengan cara yg tidak pernah dibayangkan langsung oleh para isteri. Antara permintaan suami ini adalah :

1. Fantasi seks suami melalui pornografi.
Hampir kesemua lelaki gemar menonton aksi panas samada melalui DVD, VCD ataupun mengunjungi laman2 web panas, dlm kajian mendapati hampir kesemua lelaki mempelajari dan mendapatkan maklumat berkaitan soal seksual melalui media elektronik selain dari pembacaan atau info teman2. Selari kecanggihan teknologi, pornografi kini mudah dibawa kebilik tidur dan ada segelintir suami yg meminta isterinya menonton filem lucah sebagai acara pemanasan. Dari kajian didapati hampir kesemua para isteri tidak keberatan mengikut rentak suami pada awalnya namun bila keadaan ini menjadi rutin setiapkali berhubungan intim, isteri merasakan dirinya dikhianati. Isteri merasa tidak selesa dan tertekan utk memuaskan suaminya mengikut aksi pelakon lucah hinggakan sepanjang berhubungan isteri tidak fokus kerana hati bimbang dan asyik memikirkan tentang segala teknik dan aksi pelakon tersebut sedangkan suami kelihatannya bergembira membayangkan dia sedang menerima layanan sepanas yg ditontonnya dilayar.

Percaya atau tidak, terdapat kes dimana isteri mengalami gangguan jiwa yg amat sangat hasil dari ketagihan suami memaksanya menonton filem lucah sebelum berhubungan. Ada kes dimana isteri mual dan loya dengan aksi luarbiasa yg ditayangkan sehingga menganggu konsentrasi perasaan dan fikiran yg mana berakhir dgn isteri tidak mendapat kepuasan yg diharapkannya dalam hubungan seksual bersama suami.

Perlu diambil perhatian bahawa suami melakukan perkara demikian kerana merasa kurang ghairah dan tidak berkemampuan melakukan ereksi makanya terdapat suami berterusan bergantung pada bahan lucah bagi menaikkan nafsu syahwatnya dan jika inilah alasanya isteri perlu mendapatkan nasihat dari pakar seksologi bagi membantu suami mengurangi dan menghapuskan sikap buruk suami. Jika suami mengalami masalah ereksi maka terdapat alternatif lain bagi mengatasi masalah itu bukan sahaja dengan bantuan bahan porno walaupun kini popular dinegara barat dan sesetengah negara Asia menggunakan pornografi sebagai terapi.

2. Oral seks.
Meskipun harus diakui amat digemari oleh lelaki namun ramai pula wanita yg tidak selesa malah tidak tahu cara betul melakukannya. Terdapat isteri yg tidak dapat mencapai kepuasan dgn cara ini kerana sepanjang beraksi hati diburu kebimbangan takut dijangkiti penyakit spt kanser mulut dan sebagainya disamping terdapat kesukaran dan ketidakselesaan berlaku dimana isteri sukar bernafas dan sakit serta takut terutama bagi isteri yg pertama kali melakukannya dan tidak hairan jika ada isteri diselubungi fobia sepanjang perkahwinan bilamana suami menuntut oral seks pada malam pertama sedangkan bagi isteri perlakuan itu amat menjijikannya. Berbincanglah dgn suami dan berterus-teranglah pdnya akan perasaan anda dan sekiranya masih juga mahu mencuba pastikan kebersihan diri dan suami supaya tidak mengalami sebarang jangkitan terutama bagi pasangan yg tidak berkhatan kerana sel2 karsinogen (sel2 kanser) mungkin terselit diantara kulup atau bahagian yg tidak dikhatan. Isteri bukan shj berisiko mendapat kanser mulut malah kanser rahim juga.

Tidak dapat dinafikan terdapat suami yg terangsang melihat isterinya melakukan oral seks atau di 'oral' oleh atau dengan orang lain selain dirinya dimana dalam setengah keadaan suami sanggup memaksa isteri melakukan oral seks dgn lelaki lain secara bersendirian mahupun berkumpulan tanpa memikirkan risiko isteri dijangkiti dan tekanan perasaan yg dihadapi oleh isteri. Perkara ini perlu dihentikan segera, isteri perlu mendapatkan bantuan dan nasihat pakar bagi membantu suami menghentikan segera tabiat dan selera luarbiasa ini demi maruah diri dan keluarga.

3. Menggunakan alat bantuan seks.
Perlambakan alat bantuan seks dipasaran memudahkan suami mendapatkannya bagi memenuhi seleranya dan lazimnya alat yg biasa digunakan adalah vibrator. Sekiranya suami gemar menggunakan alatan bantuan seks ketika menjalinkan hubungan intim suami atau isteri perlu pastikan bahawa vibrator hanya digunakan utk merangsang titik atau daerah ghairah wanita yg terletak dibahagian luar vagina sahaja. Perlu diketahui bahawa penetrasi vibrator kedalam vagina isteri akan merosakkan dan menyebabkan permukaan sel2 kulit vagina yg halus mengalami kegatalan dan berlaku radang kulit. Andai tidak diberhentikan penggunaan dlm jangka waktu panjang komplikasi getaran vibrator akan menyebabkan kesan psikologi pada isteri. Isteri perlu memahami bahawa alat bantu seks ini hanya berfungsi utk memudahkan rangsangan berlaku namun jika kegunaannya membuatkan ketidkselesaan isteri berhak menolak selera suami yg satu ini. Suami pula perlu menjaga kesihatan isteri, radang kulit vagina boleh menyebabkan berlakunya komplikasi lain yg mana akan menjejaskan kesihatan dan kepuasan isteri serta tahap keinginannya terhadap aktiviti seks.

4. Penyimpangan seksual.
Antara penyimpangan seksual yg dilakukan suami adalah sadis,diertikan sebagai perlakuan yg kasar terhadap isteri seperti memukul, mengikat, menampar serta pelbagai lagi aksi penyeksaan oleh suami sebelum menjalinkan hubungan intim yg mana merupakan satu cara suami merangsang dirinya utk jadi lebih ghairah. Jika isteri berhadapan dgn situai begini maka dinasihatkan segera mendapatkan bantuan bagi membantu suami dan megelakkan diri disakiti. Jika dipendamkan akan merosakkan bukan sahaja hikmah perkahwinan tapi diri isteri sendiri. Dlm kes2 yg didapati isteri begini cenderung mengalami komplikasi jiwa dan mendera anak2nya. Hidup tak terurus, mengasingkan diri serta gagal berkomunikasi dgn baik serta pincang hubungan dlm masyarakat.Dikategorikan sebagai salah satu penyeksaan dan penderaan fizikal dan emosi bagi isteri yg mempunyai suami begini.

Selain itu terdapat juga dalam masyarakat ygmana ada setengah suami yg gemar melihat isteri ditiduri oleh lelaki lain bagi merangsang keghairahan dirinya, sisuami menjadi penonton aksi isteri dengan lelaki lain dan lebih memburukkan ada setengah isteri yg ditiduri bukan oleh seorg malah berkumpulan atas inisiatif suami yg meraih ghairah dan kepuasan dengan cara begini. Begitu juga semakin berleluasa aktiviti seksual yg tidak sihat melibatkan antara ahli keluarga (incest) dimana suami menjemput anak gadis dan anak terunanya bersama diatas katil samada suami sebagai pelaku utama atau sebagai penonton utk merangsang keghairahannya menyebabkan bukan sahaja isteri malah anak2 turut mengalami tekanan emosi dan jiwa.Terdapat juga isteri mengahwini suami yg biseksual dimana suami membawa bersama teman lelaki dan teman wanitanya kekatil dan berkongsi hubungan intim serentak bersama dgn isteri. Kebelakangan ini berlaku peningkatan mendadak perceraian membabitkan isteri dan suaminya 'gay' tak kurang juga pertambahan kes penganiayaan terhadap isteri oleh suami yg melakukan penyimpangan seksual.

5. Seks jalan belakang.
Merupakan variasi seks yg tidak sihat namun semakin mendapat tempat dlm selera suami bilamana suami yg pernah mencuba seks diluar tabii ini akan sering meminta isterinya mengulangi kerana gaya begini membuatkannya mencapai kenikmatan yg tinggi kerana otot anal lebih mencengkam berbanding dgn vagina tanpa memperdulikan implikasi perbuatannya. Perlu diambil perhatian bahawa secara biologinya anus atau anal hanya dilapisi oleh selapis epithel toraks yg sangat sensitif serta mudah terluka dan berdarah apatah lagi bila dimasuki oleh penis, ramai yg tidak tahu bahawa melalui darah luka inilah virus spt HIV akan masuk dan membiak. Isteri berhak meluahkan ketidakselesaan dan menjelaskan pada suami tentang risiko buruk yg akan dihadapi, jgnlah membahayakan diri dgn risiko dijangkiti penyakit semata2 utk meraih sekejap kenikmatan.

Menurut kajian pakar perubatan, pakar seksologi dan pakar terapi seks mendapati segala variasi seks serta permintaan luar dari kebiasaan spt dinyatakan diatas berpunca dari adanya fantasi seksual. Fantasi seksual yg lazimnya bersifat liar sering menarik minat dan selera suami mahukan seks dengan pelbagai fantasi yg diluar jangkaan. Dalam kaji selidik didapati ramai isteri boleh menerima perlakuan seks luarbiasa mengikut selera suami selagi ianya dikategorikan sebagai normal dan tidak melampaui batas dimana batasan seks berpandukan pada agama dan juga budaya.

Ahli kaji jiwa bersependapat bahawa bagi mengelakkan isteri di aniaya dgn fantasi liar suami sebaiknya suami isteri mempunya komunikasi seks yg lebih terbuka bukannya sekadar memberi dan menerima walaupun suami yg mendominasi keadaan namun isteri berhak meluahkan fantasi seksualnya, bagaimana dan caramana hubungan intim yg diingininya kerana isteri juga punya fantasi seks tersendiri dan hanya boleh dicapai dgn kefahaman suami tentang keinginannya kerana yg wujud dlm hubungan seks adalah keinginan kedua2 belah pihak dan dinikmati bersama. Hubungan intim adalah hak bersama maka sekiranya satu pihak merasa tidak selesa dan tidak menikmatinya sebaiknya ia tidak dilakukan.

Rujukan:
Journal Of Sex Research
Journal Of Sex and Marital Therapy
Digital Journal - Sexually Transmitted Diseases
Oxford Journal - Journal of Psychology
Kompilasi artikel, nota kuliah dan kertas kerja seminar.

Wednesday

Lima Ganjaran Mereka Yang Taat Solat

Allah swt berfirman yang bermaksud :
"Sesiapa yang sentiasa menunaikan solat akan diberikan ganjaran dengan lima cara iaitu" :
Pertama - dimurahkan rezekinya.
Kedua - terlepas dari seksaan kubur.
Ketiga - di hari pembalasan kiraan amalan dosa dan pahalanya diberatkan ke sebelah kanan.
Keempat - mereka akan melintasi jambatan ke syurga dengan sekelip mata.
Kelima - terkecuali daripada kiraan amalan.

"Manakala sesiapa yang meninggalkan solat akan dikenakan seksaan dengan 14 cara iaitu" :
Seksaan di dunia;
- Tiga seksaan ketika hendak mati
- Tga seksaan di dalam kubur dan
- Tiga seksaan ketika di bangkitkan semula dari kubur.

Lima seksaan di dunia ialah :
Pertama - hidupnya tidak diberkati dan tidak dimurahkan rezeki.
Kedua - tidak ada cahaya keimanan di mukanya.
Ketiga - semua ganjaran bagi amalan baik dimansuhkan.
Keempat - permintaannya tidak dimakbulkan.
Kelima - tidak berhak untuk diingati oleh orang alim dalam doanya.

Tiga seksaan ketika hendak mati ialah :
Pertama - matinya dalam keadaan yang memalukan.
Kedua - mati dalam serba kekurangan.
Ketiga - menderita kerana tersangat dahaga sehinggakan air seluruh lautan tidak dapat menghilangkannya.

Tiga seksaan dalam kubur ialah :
Pertama - kubur menjadi sempit dan menghimpit tulang dadanya sehingga pecah dan berkecai.
Kedua - disediakan api dalam kuburnya.
Ketiga - ular dihantar bagi menyeksa simati. Bentuk ular itu sangat dahsyat. Matanya seperti bola api, kukunya diperbuat dari besi yang panjangnya memakan masa sehari untuk sampai kehujungnya. Suaranya bagaikan halilintar. Ular itu berkata : "Aku diperintahkan oleh Tuhan untuk menggigit kau sehingga matahari terbit kerana kau tertinggal solat Subuh, menggigit hingga tengahari kerana kau tidak solat Asar, menggigit kau hingga senja kerana kau tidak solat Maghrib, menggigit kau hingga malam kerana kau tidak solat Isyak dan berterusan hingga ke pagi esoknya". Seksaan itu berterusan hingga ke hari pembalasan.

Selepas di hidupkan kembali daripada kubur, simati akan menderita akibat tiga seksaan iaitu :
Pertama - segala amalannya akan dikira dengan teliti.
Kedua - kemurkaan ALLAH swt yang maha adil ke atasnya.
Ketiga - dicampakkan ke dalam neraka.

Seksaan lain ialah tiga potong ayat akan ditampal di mukanya iaitu :
Pertama - Wahai orang yang mencuaikan suruhan Tuhan Maha Kuasa.
Kedua - Wahai orang menjadi tumpuan kemurkaan ALLAH.
Ketiga - kerana kau melalaikan suruhan Tuhan ketika di dunia, jadi kau dilucutkan daripada menerima rahmat Tuhan.

Rasulullah saw bersabda : "Bagaimana pendapat kamu jika sekiranya ada sebatang sungai di pintu rumah salah seorang kamu, ia mandi daripada tiap-tiap hari sebanyak lima kali. Adakah tinggal daripada dakinya sesuatu?" Mereka berkata : "Tidak tinggal daripada dakinya sesuatu". Baginda bersabda : "Maka yang demikian itulah dibandingkan sembahyang lima waktu Allah menghapuskan dengan dia segala kesalahan."

: Sayangi Diri : Sayangi Keluarga