Wednesday

Kisah pengemis & isteri cantik

Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan di ruang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka.

"Tolonglah encik, saya lapar, sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi." Dengan muka bengis, si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu. Dalam hatinya berkata : "Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain, tetapi untuk diri dan keluargaku."

Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya menderita sepertinya.

Setahun kemudian, isteri yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain. Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu, si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan.

Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis, si isteri menangkup muka sambil menangis. Si isteri mengadu si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulu pernah menengking seorang pengemis. Suami baru itu menjawab dengan tenang : "Demi Allah, sebenarnya akulah pengemis yang dihalau dan yang ditengking dulu!"

Cerita ini memberi pengajaran bahawa hidup kita seperti putaran roda dan tidak selalunya di atas. Ada masa dan ketikanya kita akan turun ke bawah dan naik semula atau sebaliknya. Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya : "Sedekah itu dapat menutup tujuh puluh ribu kejahatan."

Anas Malik pula meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. ada bersabda yang bermaksud : "Barangsiapa yang mempunyai harta, maka bersedekahlah dengan kekayaanmu, barang siapa yang mempunyai ilmu, maka bersedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga, bersedekahlah dengan tenaganya."

Firman Allah s.w.t. Surah Al-Taubah, Ayat 79 yang bermaksud : "Orang-orang (munafik) yang mencela sebahagian dari orang-orang beriman mengenai sedekah-sedekah yang mereka berikan dengan sukarela, dan (mencela) orang-orang yang tidak dapat (mengadakan apa-apa untuk disedekahkan) kecuali sekadar kemampuannya serta mereka mengejek-ngejeknya, Allah akan membalas ejekan-ejekan mereka, dan bagi mereka (disediakan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya."

oleh : Zaidatul Laili

JADIKAN ANAK PINTAR DENGAN IZIN ALLAH

Beberapa tips dari Robert D. Ramsey yang boleh dijadikan panduan dalam menjadikan anak-anak antara yang 'outstanding' berbanding rakan sebayanya. Selamat mencuba!

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik.
Bila anak kita dipanggil dengan nama yang tak baik atau nama dah baik tapi bagi pulak gelaran yang tak baik, itu akan menyebabkan anak jadi malu dan rendah diri. Apatah pulak kalau yang memanggil nama tak elok tu mak bapak sendiri. Lagi la malu kan? Dalam Islam pun sangat digalakkan kita bg nama yang baik untuk anak-anak.

2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari.
Ada kajian yang menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk. Bila kita peluk dia setiap hari esp seorg mak, anak kita tau yang kita sayangkan dia. Dia akan tau kita akan jadi penyokong dia paling kuat. Dia akan sedar bahawa kita sentiasa ada jika dia kurang berjaya. Emosi dia akan terbela.

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang.
Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran. Memang la ada masa kita perlu marah tapi jgnla buat muka marah sampai kawan tu takut nak dekat dgn kita langsung. Kesian kat budak. Namanya pun budak…

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan.
Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya. Bila tiap kali kita appreciate dia, dia akan rasa nak buat lagi dan nak buat lebih baik lagi. Ini la namanya motivasi…

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan.
Mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap. Sebenarnya mereka akan belajar lebih banyak lagi dari kesilapan yang mereka lakukan.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga.
Bila ada masalah eloklah kita selesaikan masalah keluarga yang terdahulu. Kerana, seseorang tu akan lebih tenang kalau takde masalah keluarga. Anak2 perlu diberi keutamaan kerana mereka sedang membesar dan proses ini akan terus berlalu dan tak akan kembali jadi jgnlah cemarkan keperibadian mereka dengan sikap mementingkan diri kita.

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh.
Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban. Ini akan menyebabkan mereka menjauhi kita. Kalau kita tak mau sunyi di hari tua, jgnlah sunyikan mereka pada usia muda mereka.

8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang.
Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap. Seronok sebenarnya layan bebudak bercakap. Adik saya pun dalam kategori budak lagi, kalau sesekali layan dia cakap rasa mcm kelakar. Saya penah jumpa dgn kawan anak saya umur baru tiga thn tapi mulut boleh tahan, rasa mcm tak logic je tapi seronok. Ala, mcm aznil Tanya budak tu, Tiger Wood berasal dari mana, pastu budak tu jawab Zoo… untuk kita sendiri, ini adalah satu hiburan yang takleh dibeli di tempat lain.

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.
Ada masa2nya mereka akan gundah gulana. Ada masa mungkin diorg berselisih dgn kawan. Ada masa mungkin dia dah tercederakan jiran. Jadi, kita bantulah sedaya kita supaya mereka tidak rasa sendirian dalam menyelesaikan masalah yang bagi kita kecik tapi tu mungkin masalah mega bg diorg.

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri.
Mereka akan menirunya. Jgn kita sendiri kelam kabut bila ada yang menimpa. Jgn kita tunjuk yang kita gelabah. Be cool!! Setiap masalah yang telah Tuhan takdirkan pada kita ada penyelesaiannya. Jadi, jgn gabra2.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya.
Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain.

12. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
Ada setgh budak kene byk kali ajar, baru dia faham. Mcm anmum punya iklan tu..Wardina tunjuk byk kali baru anak dia faham. Anak saya sendiri dalam satu hari ntah berapa kali dia tunjuk kat mata dia suruh saya sebut eye, tunjuk kat telinga suruh sebut ear. Jgn marah sbb kalau marah nnt terbantut la proses pembelajaran dia.

13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka.
Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri. Bila saya baca ni, rasanya tak salah la saya selalu pimpin tangan anak2 even dalam rumah pun. Bila nak ajak dia bangun je, saya hulur tangan. Even nak kedapur pun untuk bancuh susu diorg. Kalau kat luar mmg lah sah2 pegang sbb saya jenis serabut perut takut anak terlari tgh jalan ke.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda.
Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka – jadilah pendengar setia mereka. Kalau pasangan kita mimpi pun apa salahnya kita dengar. Best hape dengar cerita dari mimpi. Mcm drama tapi takde skrip, takde director, dan takde siaran ulang tayang.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda.
Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.
Biasakan ajar dia salam kita sebelum lena. Cium dahi diorg esp mak nya..mcm cerita omputeh kan selalu dia gi bilik tidur anak n selimutkan diorg.

17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna.
Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa. Ada masa anak kata papa ni garangla.. tu sbnrnya dia menegur so, ubahla. Jgn jadi too perfectionist pada anak2. nnt mereka rendah diri.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah.
Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga. Dan mereka juga akan terasa kurang kasih sayang bila kita mengadap benda lain. Kalau anak2 dah sekolah, biasakan tolong mereka siapkan kerja rumah, atau kita sendiri bg latihan dan perati setiap hari peralihan dia belajar dari satu topik ke topik. Bantu dia belajar lebih dari yg cikgu dia ajar.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja.
Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri. Hoo..seram. tapi ada betulnya. Buatlah sesuatu supaya mereka tak menjauh dari kita. Semoga kita tidak sunyi dihari tua kita.

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.
Hargailah perasaan mereka supaya mereka juga menghargai dan memahami perasaan kita.

Beriman Kepada Qadha' dan Qadar

TINGKATAN QADHA DAN QADAR

Menurut Ahlussunnah Wal Jamaah, Qadha' dan Qadar mempunyai empat tingkatan :

Pertama : Al-'Ilm (pengetahuan)
Artinya mengimani dan meyakini bahwa Allah Ta'ala maha Tahu atas segala sesuatu. Dia mengetahui apa yang ada di langit dan di bumi, secara umum maupun terperinci, baik itu termasuk perbuatanNya sendiri atau perbuatan makhlukNya. Tak ada sesuatupun yang tersembunyi bagiNya.

Kedua : Al-kitabah (penulisan)
Artinya mengimani bahwa Allah Ta'ala telah menuliskan ketetapan segala sesuatu dalam Lauh Mahfuzh.
Kedua tingkatan ini sama-sama dijelaskan oleh Allah Ta'ala dalam firmanNya:

ألم تعلم أن الله يعلم ما في السماء والأرض, إن ذلك في كتاب, إن ذلك على الله يسير

Artinya : Apakah kamu tidak mengetahui bahwa sesungguhnya Allah mengetahui apa saja yang ada di langit dan di bumi; bahwasanya yang demikian itu terdapat dalam sebuah kitab (Lauh Mahfuzh). sesungguhnya yang demikian itu amat mudah bagi Allah. (Al-Hajj:70)


Dalam ayat ini disebutkan lebih dahulu bahwa Allah Ta'ala mengetahui apa saja yang ada di langit dan di bumi, kemudian dikatakan bahwa yang demikian itu tertulis dalam sebuah kitab Lauh Mahfuzh.

Sebagaimana dijelaskan pula oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya : "Pertama kali tatkala Allah Ta'ala menciptakan qalam (pena), Dia firmankan kepadanya : Tulislah!. Qalam itu berkata : ya Tuhanku, apakah yang hendak kutulis? Allah Ta'ala berfirman : Tulislah apa saja yang akan terjadi! maka seketika itu bergeraklah qalam itu menulis segala sesuatu yang akan terjadi hingga hari kiamat".

Ketika Nabi Muhammad SAW ditanya tentang apa yang hendak kita perbuat, apakah sudah ditetapkan atau tidak? beliau menjawab : "sudah ditetapkan". Dan ketika beliau ditanya: "Mengapa kita mesti berusaha dan tidak pasrah saja dengan takdir yang sudah tertulis". Beliaupun menjawab : "Berusahalah kalian, masing-masing akan dimudahkan menurut takdir yang telah ditentukan baginya".

Kemudian beliau mensitir firman Alah :


فأما من أعطى واتقى, وصدق بالحسنى, فسنيسره لليسرى, وأما من بخل واستغنى, وكذب بالحسنى, فسنيسره للعسرى

Artinya : "Adapun orang yang memberikan hartanya (di jalan Allah) dan bertakwa, dan membenarkan adanya pahala yang terbaik, maka Kami akan memudahkan baginya (jalan) yang mudah. Sedangkan orang yang bakhil dan merasa dirinya cukup serta mendustakan adanya pahala yang terbaik, maka Kami akan memudahkan baginya (jalan) yang sukar". (Al Lail: 5 ? 10)


Oleh karena itu hendaklah anda berusaha, sebagaimana yang diperintahkan nabi Muhammad SAW kepada para Sahabat. Anda akan di mudahkan menurut takdir yang telah ditentukan Allah Ta'ala.

Ketiga : Al- Masyiah ( kehendak ).
Artinya: bahwa segala sesuatu, yang terjadi atau tidak terjadi, di langit dan di bumi, adalah dengan kehendak Allah Ta'ala. Hal ini dinyatakan jelas dalam Al-Qur'an Al-Karim. Dan Allah Ta'ala telah menetapkan bahwa apa yang diperbuatNya, serta apa yang diperbuat para hambaNya juga dengan kehendakNya. Firman Allah :

لمن شاء منكم أن يستقيم, وما تشاءون إلا أن يشاء الله رب العلمين

Artinya : "(yaitu) bagi siapa di antara kamu yang mau menempuh jalan yang lurus. Dan kamu tidak dapat menghendaki (menempuh jalan itu) kecuali apa bila dikehendaki Allah, Tuhan semesta alam". (At Takwir : 28 -29)


ولو شاء ربك ما فعلوه

Artinya: "jikalau Tuhanmu menghendaki, niscaya mereka tidak mengerjakannya". (Al-An'am : 112)


ولو شاء الله ما اقتتلوا ولكن الله يفعل ما يريد

Artinya: "Seandainya Allah menghendaki, tidaklah mereka berbunuh-bunuhan. Akan tetapi Allah berbuat apa yang dikehandakinya". (Al-Baqarah : 253)


Dalam ayat-ayat tersebut Allah Ta'ala menjelaskan bahwa apa yang diperbuat oleh manusia itu terjadi dengan kehendakNya. Dan banyak pula ayat-ayat yang menunjukkan bahwa apa yang diperbuat Allah adalah dengan kehendakNya. Seperti firman Allah :

ولو شئنا لأتيناه كل نفس هداها

Artinya : "Dan kalau kami menghendaki niscaya akan kami berikan kepada tiap-tiap jiwa petunjuk (bagi) nya". (As Sajdah: 13)


ولو شاء ربك لجعل الناس أمة واحدة

Artinya : "Jikalau Tuhanmu menghendaki, tentu Dia menjadikan manusia umat yang satu". (Huud : 118)


Dan banyak lagi ayat-ayat yang menetapkan kehendak Allah dalam apa yang diperbuatNya.

Oleh karena itu, tidaklah sempurna keimanan seseorang kepada qadar ( takdir) kecuali dengan mengimani bahwa kehendak Allah Ta'ala meliputi segala sesuatu. Tak ada yang terjadi atau tidak terjadi kecuali dengan kehendakNya. Tak mungkin ada sesuatu yang terjadi di langit ataupun di bumi tanpa dengan kehendak Allah Ta'ala.

Keempat : Al-Khalq ( penciptaan )
Artinya mengimani bahwa Allah pencipta segala sesuatu. Apa yang ada di langit dan di bumi penciptanya tiada lain kecuali Allah Ta'ala. Sampai kematian lawan dari kehidupan itupun diciptakan Allah.

Firman Allah :


الذي خلق الموت والحيوة ليبلوكم أيكم أحسن عملا

Artinya: "Yang menjadikan hidup dan mati, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya". (Al Mulk : 2)


Jadi segala sesuatu yang ada di langit ataupun di bumi penciptanya tiada lain kecuali Allah Ta'ala.

Kita semua mengetahui dan meyakini bahwa apa yang terjadi dari hasil perbuatan Allah adalah ciptaanNya. Seperti langit, bumi, gunung, sungai, matahari, bulan, bintang, angin, manusia dan hewan kesemuanya adalah ciptaan Allah. Demikian pula apa yang terjadi untuk para makhluk ini , seperti : sifat, perubahan dan keadaan, itupun ciptaan Allah Ta'ala.

Akan tetapi mungkin saja ada orang yang merasa sulit memahami, bagaimana dapat dikatakan bahwa perbuatan dan perkataan yang kita lakukan dengan kehendak kita ini adalah ciptaan Allah Ta'ala. Jawabnya : Ya, memang demikian, sebab perbuatan dan perkataan kita ini timbul karena adanya dua faktor, yaitu kehendak dan kemampuan. Apa bila perbuatan manusia timbul karena kehendak dan kemampuannya, maka perlu diketahui bahwa yang menciptakan kehendak dan kemampuan manusia adalah Allah Ta'ala. Dan siapa yang menciptakan sebab dialah yang menciptakan akibatnya.

Jadi, sebagai argumentasi bahwa Allah-lah yang menciptakan perbuatan manusia maksudnya adalah bahwa apa yang diperbuat manusia itu timbul karena dua faktor, yaitu : kehendak dan kemampuan. Andaikata tidak ada kehendak dan kemampuan, tentu manusia tidak akan berbuat, karena andaikata dia menghendaki, tetapi tidak mampu, tidak akan dia berbuat, begitu pula andaikata dia mampu, tetapi tidak menghendaki, tidak akan terjadi suatu perbuatan.

Jika perbuatan manusia terjadi karena adanya kehendak yang mantap dan kemampuan yang sempurna, sedangkan yang menciptakan kehendak dan kemampuan tadi pada diri manusia adalah Allah Ta'ala, maka dengan ini dapat dikatakan bahwa yang menciptakan perbuatan manusia adalah Allah Ta'ala.
Akan tetapi, pada hakikatnya manusialah yang berbuat, manusialah yang bersuci, yang melakukan shalat, yang menunaikan zakat, yang berpuasa, yang melaksanakan ibadah haji dan umrah, yang berbuat kemaksiatan, yang berbuat ketaatan; hanya saja perbuatan ini ada dan terjadi dengan kehendak dan kemampuan yang diciptakan oleh Allah Ta'ala. Dan alhamdulillah hal ini sudah cukup jelas.

Keempat tingkatan yang disebutkan tadi wajib kita tetapkan untuk Allah Ta'ala. Dan hal ini tidak bertentangan apabila kita katakan bahwa manusia sebagai pelaku perbuatan.

Seperti halnya kita katakan : "Api membakar. Padahal yang menjadikan api dapat membakar adalah Allah Ta'ala. Api tidak dapat membakar dengan sendirinya, sebab seandainya api dapat membakar dengan sendirinya, tentu ketika nabi Ibrahim AS dilemparkan ke dalam api, akan terbakar hangus. Akan tetapi, ternyata beliau tidak mengalami cedera sedikitpun, karena Allah Ta'ala berfirman pada api itu :

يا نار كونى بردا وسلاما على إبراهيم

Artinya : "Hai api, jadilah dingin dan keselamatan bagi Ibrahim". (Al Anbiya?: 69)

Sehingga Nabi Ibrahim tidak terbakar, bahkan tetap dalam keadaan sehat walafiat.

Jadi api tidak dapat membakar dengan sendirinya, tetapi Allah-lah yang menjadikan api tersebut mempunyai kekuatan untuk membakar. Kekuatan api untuk membakar adalah sama dengan kehendak dan kemampuan pada diri manusia untuk berbuat, tidak ada perbedaanya. Hanya saja, Karena manusia mempunyai kehendak, perasaan, pilihan dan tindakan, maka secara hukum yang dinyatakan sebagai pelaku tindakan adalah manusia. Dia akan mendapat balasan sesuai dengan apa yang diperbuatnya, karena dia berbuat menurut kehendak dan kemauannya sendiri.

PENUTUP
Sebagai penutup, seorang mu'min harus redha kepada Allah Ta'ala sebagai Tuhannya, dan termasuk kesempurnaan redhaNya yaitu mengimani adanya Qadha' dan Qadar serta meyakini bahwa dalam masalah ini tidak ada perbedaan antara amal yang dikerjakan manusia, rezki yang dia usahakan dan ajal yang dia khawatirkan. Kesemuanya adalah sama, sudah tertulis dan ditentukan. Dan setiap manusia dimudahkan menurut takdir yang ditentukan baginya.

Petua Kulit Lebih Sihat

1. MINUM BANYAK AIR SEPANJANG HARI
Air menghasilkan penampilan kulit lebih jernih dan gebu. Ia juga melembap dan memberi tenaga apabila anda bersenam.

2. MAKAN MAKANAN SEIMBANG
Penting memastikan anda makan makanan seimbang berasaskan bijirin, sayur-sayuran dan buah-buahan serta protein rendah lemak. Semua ini menyumbang ke arah kulit lebih sihat.

3. BERSENAM SELALU
Melakukan kegiatan jasmani @ riadah

4. TIDUR SECUKUPNYA
Memastikan tidur cukup akan membantu anda mengendalikan tekanan. Selain itu anda dapat saksikan perbezaan ketara pada wajah apabila anda berehat dan santai.

5. BERHENTI MEROKOK
Merokok bukan saja berbahaya kepada kesihatan tetapi juga pada kulit anda. Tabiat merokok ketika usia 20-an dan 30-an boleh menuakan kulit sebanyak 10-15 tahun tetapi hanya ketara sewaktu usia 40-an. Kemutan bibir apabila merokok akan menyebabkan garis kekal pada sekeliling mulut. Kulit kurang menarik apabila kekuningan dan gelung hitam semakin ketara.

6. ELAK TERDEDAH PADA MATAHARI
Pendedahan kulit pada matahari meyebabkan garis dan kedut timbul lebih cepat dan mungkin juga kanser kulit. Hadkan pendedahan pada matahari dan guna tadbir suria dengan SPF lebih tinggi pada waktu siang.

7. PEMBERSIH KULIT LEMBUT
Kebanyakkan wanita menggunakan sabun buku untuk membersih muka yang tajam pada kulit dan menyebabkan kerosakannya. Pilih pembersih lembut yang mencuci kulit tanpa merosakkannya.

8. PUPUR 2 KALI SEMINGGU
Pupur amat bagus untuk kulit tidak bermaya. Ia menanggalkan kotoran dan sel kulit mati pada permukaan. Hasilnya kulit terasa bermaya dan segar. Pupur turut membantu kulit menghadapi tekanan alam sekitar dan tekanan jamani.

9. AMALAN PENJAGAAN KULIT SEMPURNA
Apa jua jenis kulit atau usia, amalan penjagaan penting bagi setap wajah adalah sama. Anda memerlukan pembersih, penyegar, pemulih dan penyubur dua kali sehari.

4 Babak Selepas Kematian

Ada orang menyangka mati itu senang
Apabila mati kita ditanam kemudian jadi tanah habis cerita
Yang susah hanya di dunia, apabila mati selesailah masalah
Orang ini tak pernah belajar,dia anggap mati itu mudah

Padahal kalau tidak ada iman, syariat diabaikan mati sangat menyakitkan
Dia akan menempuh 4 babak yang sangat menakutkan
Kesakitan mati macam pukulan tiga ratus pedang yang tajam
Di dalam kubur pula dipukul dan dibelasah oleh Mungkar Nakir sangat sakitnya

Makin lama Kiamat lamalah masa menerima azab kubur
Dia diazab tidak ada ringan-ringan
Dipukul dipalu oleh malaikat amat ganasnya
Terpekik terlolong tidak ada siapa yang menolongnya

Di padang Mahsyar diabaikan beratus-ratus tahun
Di dalam keadaan tidak berpakaian
Matahari di atas ubun amat panas
Terlontar terbiar macam cacing kepanasan
Tiada siapa yang menolongnya

Masing-masing tidak memperduli, masing-masing jaga diri.
Akhir sekali meniti Sirotul Mustaqim,
Kemudian berguguranlah ke dalam api
Di dalam Neraka yang panas dirantai dipukul dibelenggu
Makan buah zaqum yang panas

Dengan bau busuknya kalau terbau oleh makhluk dunia semuanya mati
Di dalam Neraka kekal abadi tidak diukur oleh masa lagi
Marilah kita insaf dengan cerita ini
Marilah kita menyiapkan diri
Agar kita selamat dengan penderitaan yang diceritakan tadi

Hasil Nukilan : Ustaz Ashaari Muhamad (Pengerusi Rufaqa)

4 Babak selepas kematian - sewaktu meninggal, azab kubur, padang mahsyar dan akhir sekali siratul mustqaim. Lepas tu baru penentuan pergi ke syurga atau ke neraka. Atau ke wildan (neraka tidak syurga pun tidak) tetapi akhirnya masuk syurga juga dengan Rahmat Illahi.

Sang Kancil dengan Buaya

Pada zaman dahulu dalam sebuah hutan belantara, ada seekor Sang Kancil yang pandai memutar alam. Pada suatu hari Sang kancil berjalan-jalan di tepi sungai. Dia ternampak di seberang sungai sana terdapat banyak pokok-pokok kayu yang daunnya kehijauan dan buahnya yang ranum. Jadi, timbullah hasrat Sang Kancil untuk berpindah ke sana.

Memandangkan sungai itu banyak buaya, Sang Kancil takut untuk berenang. Sang Kancil pun mula berfikir bagaimana dia boleh ke sana dengan muslihat. Akhirnya dia berjaya mendapat satu idea. Kata Sang Kancil sambil berteriak, "Hoi Sang Bedal semua!!!! Timbullah kemari!! Ini ada pesanan dan arahan daripada **Raja Sulaiman". Mendengarkan teriakan Sang Kancil, buaya-buaya yang ada dalam sungai itu pun timbul dan pergi ke arah Sang Kancil.

Kata Sang Kancil lagi, "Kamu diperintahkan untuk membuat satu barisan dari tebing ini hingga ke tebing sebelah sana, sebab aku nak kira berapa bilangan kamu semua dalam sungai ini, Raja Sulaiman
hendak tahu berapa bilangan kamu semua". Buaya-buaya pun berpaling kepada seekor buaya tua yang menjadi ketua mereka. Buaya tua itu pun memberikan isyarat supaya anak buahnya mengikut sahaja kata-kata Sang Kancil.

Lalu, satu barisan buaya pun dibentuk dalam sungai menghubungkan
dua tebing, manakala sibuaya tua mengambil kedudukan di bahagian tengah. Setelah satu barisan dibentuk, Sang Kancil pun gembira. Dalam hatinya dia pun berfikir, "Haaa!! Kenyanglah aku hari ini, dapat makan sepuas-puas hati" Dia pun terus melompat ke atas belakang dari seekor buaya ke sekor buaya yang lain sambil membilang, "Satu, dua, tiga, empat.... semua buaya aku lekuk". Bila tiba di tengah-tengah sungai, buaya tua tersenyum sambil menghalang Sang Kancil dengan mengangkat ekornya ke atas.

Tanya sibuaya tua, "Bila engkau berjumpa Raja Sulaiman Sang Kancil?". Sang Kancil pun menjawab dengan ketakutan. Sambil berbohong Sang Kancil pun menjawab, "Err!! Aku berjumpa dengannya kelmarin".

Tanya sibuaya tua lagi, "Apa buktinya?".. Sang Kancil terdiam dan tidak dapat menjawab soalan itu malah dia menjadi bertambah takut. Kata sibuaya tua, "Kalau kamu membawa apa-apa pesanan dari Raja
Sulaiman kamu kenalah tunjukkan apa-apa dokumen yang boleh dipercayai daripadanya, sekarang kami tak percaya".

Sang Kancil dalam ketakutan
itu sempat juga bertanya, "Dokumen yang macam mana, Sang Bedal, ada contoh tak?". Sibuaya tua pun mengeluarkan sekeping kulit kayu, "Ini contohnya, cuba baca".

Sang Kancil bertambah kecut apabila ayat yang tertulis pada kulit
kayu itu berbunyi, "Kepada kaum buaya yang menghuni alam.... Dengan titah perintah Duli Yang Mulia, setelah diperkenankan oleh duli-duli
yang mulia raja-raja dengan ini diisyhtiharkan bahawa mulai sekarang masyarakat kamu boleh memakan apa sahaja yang kamu suka, Sekian, tanda tangan: Penyimpan Mohor Besar Raja Sulaiman".

Apa lagi, Sang Kancil pun memohon maaf dan merayu supaya dia
dilepaskan. Tapi permohonannya ditolak. Lalu Sang kancil pun dimakan oleh buaya-buaya itu dengan lahapnya.


**Raja Sulaiman---Nabi Allah Sulaiman, Rasul ketika itu.

Moral:
Jangan menipu orang lain, nescaya hidup kita tidak akan selamat di dunia dan di akhirat. Kalau memerlukan pertolongan rakan, mintalah dengan secara baik dan ikhlas. Dan yang pentingnya, adalah berDOSA BESAR mereka-reka sesuatu kenyataan, atau apa sahaja pernyataan yang kemudiannya mengatakan bahawa ia daripada Rasul Allah untuk kepentingan dan faedah diri sendiri atau untuk kepentingan sesiapa sahaja. [atau secara ringkasnya jangan memalsukan hadis - Na'uzubillah]

Fasik sengaja tinggal solat Jumaat

Solat Jumaat adalah fardu ain, wajib ditunaikan oleh setiap yang mukalaf, melainkan orang yang uzur syarie seperti sakit, musafir, hujan lebat sehingga terputus jalan dan sebagainya. Namun meninggalkan solat Jumaat tanpa sebarang keuzuran adalah berdosa besar, kerana meninggalkan kefarduan yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. di dalam al-Quran, seperti firman-Nya yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan solat Jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli. (al-Jumuah: 9).

Daripada Malik bin Safwan berkata, telah bersabda Rasulullah SAW: “Barangsiapa yang meninggalkan solat jumaat tiga tanpa sebarang keuzuran dan tanpa sebarang alasan yang kukuh maka Allah memateri (menutup) pintu hatinya”. (Imam Malik,jld:1,hlm:334, no.hadis:227).

Dalam riwayat yang lain Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: “Barang siapa meninggalkan solat Jumaat tiga kali berturut-turut tiga dengan sengaja kerana malas menunaikannya lalu Allah akan menutup pintu hatinya.” (al-Tirmizi, jld:3, hlm:327, no.hadis:460, Ibn Majah, jld:3, hlm:440, no.hadis: 1115).

Berdasarkan kepada nas-nas di atas jelas bahawa Allah memfardukan solat jumaat ke atas setiap mukalaf supaya menunaikannya. Meninggalkan solat jumaat dengan sengaja tanpa sebarang sebab adalah berdosa besar. Sekiranya seseorang itu meninggalkannya dengan sengaja kerana malas maka dihukum sebagai fasik. Sekiranya dia mengingkari kefarduan Jumaat yang sudah dimaklumi umum maka dia dihukum terkeluar daripada Islam.

: Sayangi Diri : Sayangi Keluarga