Pengalaman saya berhadapan dengan sepasang tunang yang mengadu menghadapi masalah besar beberapa tahun lalu," beritahu Ustaz Abdullah Mahmud, penceramah bebas yang dikenali ramai. Tambahnya, beliau memang tidak hairan dengan pendedahan tersebut kerana sepanjang menjadi penceramah, kaunselor dan merawat orang, dia didatangi oleh golongan remaja yang mengadu menghadapi masalah akibat terlanjur terutamanya si wanita yang mengandung setelah berzina di merata tempat tak kira hutan, hotel, rumah kosong, dalam semak, kereta dan sebagainya.
"Adakalanya saya menitiskan air mata apabila mengingatkan pergaulan bebas anak muda kita yang makin menjadi-jadi. Mereka ini langsung sudah tidak takut bala Tuhan. Mereka sudah tidak dapat membezakan antara halal dan haram," tegas beliau dengan nada kesal.
Berbalik kepada pasangan tunang yang datang menemui beliau di pejabatnya di Batu Caves, Selangor ketika itu, Ustaz Abdullah menjelaskan pasangan itu yang berumur lingkungan pertengahan 20-an itu datang untuk meminta pertolongannya. "Apa yang boleh saya bantu encik?" Tanya Ustaz Abdullah kepada mereka. Si lelaki kelihatan malu-malu untuk menceritakan masalahnya manakala si perempuan mencubit paha lelaki itu mungkin meminta agar segera menceritakan masalah mereka. Ustaz Abdullah yakin masalah yang dihadapi oleh pasangan itu agak berat kerana berdasarkan pengalaman, lazimnya hanya mereka yang menghadapi masalah besar saja akan pergi menemui kaunselor atau ustaz bagi mencari jalan agar kekusutan yang dialami mereka terlerai.
"Ustaz... macam ini, saya dan tunang saya ada masalah sikit. Ketika tidur, saya selalu nampak ular dalam rumah. Begitu juga dengan tunang saya. Seringkali ketika tidur, tunang saya menjerit-jerit. Dia kata ular besar datang membelitnya. "Saya sendiri sudah takut hendak masuk di dalam semak kerana sering terbayang ada ular," beritahu lelaki itu ringkas. Mendengar masalah itu, Ustaz Abdullah termenung sejenak. Dia merenung memikirkan "penyakit" aneh yang dihadapi oleh pasangan itu. "Awak pernah pukul ular ke?" Ustaz Abdullah mengajukan soalan rambang . Bagaimanapun lelaki itu menggeleng kepala sambil memberitahu dia tidak pernah memukul ular. Lelaki itu turut memberitahu dia dan tunangnya jadi fobia kepada ular dan akibat itu badan mereka menjadi lemah tidak bermaya akibat sering terkejut.
Mereka juga menyatakan telah pergi menemui beberapa orang bomoh meminta air penawar agar kelibat ular tidak tergambar lagi dalam bayangan matanya tetapi semuanya tidak menjadi. "Selalunya kalau jadi macam ni, pasti ada sebabnya. Kalau tidak ada sebab tertentu, setahu saya perkara seperti ini tidak akan berlaku tambahan lagi berdasarkan pengamatan saya, awak berdua bukan terkena sihir," kata Ustaz Abdullah yang menyedari pasangan tunang itu cuba menyembunyikan cerita yang sebenar kepadanya.
Namun lelaki itu tetap berkeras menyatakan mereka tidak pernah melakukan sesuatu kesalahan seperti memukul ular dan sebagainya. "Tak perlu hendak malu. Saya hendak tahu ini pun, bukannya saya bermaksud hendak campur hal encik tapi dengan mengetahui puncanya, mudahlah sikit saya berikhtiar kalau-kalau ada serasi, Allah akan makbulkan permohonan kita," pujuk Ustaz Abdullah lagi. Sebaik saja mendengar kata-kata itu, wajah mereka tiba-tiba berubah. Si perempuan pula tiba-tiba menitiskan air mata manakala yang lelaki tunduk ke bawah memandang lantai. Dia kelihatan malu untuk bertentangan mata dengan Ustaz Abdullah.
"Macam ini Ustaz, sebenarnya saya kena belit ular sawa setahun yang lalu, sejak itu saya mengalami masalah ini, sering diganggu dengan bayangan ular. Tunang saya juga kena belit ular," akui lelaki itu agak mengejutkan Ustaz Abdullah. Ustaz Abdullah yang tidak begitu faham dengan penjelasan itu terus bertanya kepada mereka bagaimana cerita yang sebenarnya. Barangkali setelah yakin dengan keikhlasan Ustaz Abdullah untuk membantu, akhirnya pasangan itu menceritakan segala-galanya. Cerita lelaki itu, kejadian itu berlaku sebelum mereka bertunang.
Pada suatu hari, mereka yang mengaku bekerja di sebuah syarikat yang sama di Shah Alam, Selangor mengatur janji untuk pergi ke sebuah tempat perkelahan di Selangor. Mereka yang kebetulan bekerja syif malam telah mengambil keputusan untuk pergi pada hari biasa kerana pada hari tersebut orang tidak ramai maka mudahlah mereka bermadu asmara dan bercengkerama. Menurut lelaki itu lagi, sebelum itupun, mereka pernah pergi ke situ pada hujung minggu. Bagi mereka, pada hujung minggu tidak sesuai kerana, pengunjung terlalu ramai, maka menyukarkan mereka untuk bercumbu rayu. Itupun mereka memilih tempat terlindung tetapi tidak terlepas daripada gangguan pemuda-pemuda yang suka mengendap. "Hanya dua bulan perkenalan, kami sudah terlanjur. Ketika saya dibelit ular tempoh hari, saya berkenalan dengan tunang saya ini sudah enam bulan. Banyak kali sudah kami melakukan perbuatan terkutuk itu," nyata lelaki itu sambil menangis.
Sebaik saja sampai di kawasan perkelahan yang mempunyai sebatang anak sungai itu, dia menyorokkan motosikal di dalam semak. Manakala tempat mereka bersama terlindung di sebalik pokok balak berhampiran gigi air sungai. Pada tengahari itu memang sunyi. Seorang manusia pun tidak kelihatan. Bukan main seronoklah mereka berdua kerana dapat bermadu kasih tanpa gangguan, meskipun terbit rasa bimbang kalau ada yang mengintip di sebalik semak atau diserbu pihak berkuasa tapi perasan rindu dendam yang membara mengatasi segala-galanya. Di situ, pada mulanya mereka berbual-bual sambil berpegangan tangan. Kemudian melarat ke bahagian lain pula. Seterusnya nafsu mula menguasai diri masing-masing.
Berbekalkan kertas suratkhabar, ia dijadikan alas untuk mereka berbaring. Pakaian si perempuan dilucutkan satu demi satu, selepas itu yang lelaki pula menanggalkan pakaian. Mereka bercumbu rayu dan terus berzina tanpa menyedari di dalam rumpun semak di hujung kaki mereka berlengkar seekor ular sawa sebesar paha orang dewasa sedang mengeram. "Kami tak sedar ada ular. Tengah-tengah buat benda tu, kaki saya tertendang ular itu menyebabkan dengan pantas ia terus menyerang dan membelit kami berdua. Ia berlaku dengan pantas sekali, tidak sempat kami hendak melarikan diri," cerita lelaki itu dengan perasaan kesal.
Akibat belitan ular sawa itu, mereka berdua merasakan ajal mereka akan tiba pada bila-bila masa kerana setiap kali mereka meronta, semakin kuat ular itu menjerut tubuh mereka. "Saya menjerit sekuat hati meminta tolong. Perasaan malu sudah tidak ada lagi dalam diri saya pada masa itu. Yang penting, nyawa kami harus diselamatkan dan pada masa yang sama, saya semakin sesak nafas kerana belitan ular itu yang sungguh kuat dan mulutnya terngaga luas seperti tidak sabar-sabar hendak menelan saya," beritahunya tanpa segan silu lagi. Keadaan kekasihnya semakin lemah. Mukanya pucat lesi seperti sudah kehilangan darah. Lelaki itu tidak mampu berbuat apa-apa. Kudratnya tidak terdaya menandingi ular besar itu.
Dalam keadaan cemas, tiba-tiba muncul seorang pemuda dari sebalik semak sambil memegang sebatang kayu untuk memukul kepala ular itu yang hendak membaham kepala lelaki tersebut. Pemuda itu teragak-agak untuk memukul kepala ular sawa itu mungkin bimbang kalau terkena kepala lelaki itu. "Saya menjerit dan merayu agar ditolong dengan nada yang tersekat-sekat kerana sesak nafas. Kemudian pemuda itu dengan laju menghayun kayu sebesar betis itu beberapa kali mengenai kepala ular tersebut. "Akhirnya, ular itu terkulai dan belitannya terurai. Saya tidak mampu bergerak lagi manakala kekasih saya pengsan. Pemuda itu memakaikan semula baju kami. Kemudian dia pergi meminta bantuan orang untuk menghantar kami ke hospital. Dia hanya seorang diri. Saya tidak pasti siapa pemuda itu dan dari mana dia datang. Saya syak mungkin pada mulanya dia sedang mengintai saya buat "projek," cerita lelaki itu lagi. Akibat belitan ular tersebut, pasangan itu mengalami kecederaan agak teruk iaitu si lelaki patah satu tulang rusuknya manakala kekasihnya patah dua batang tulang rusuk.
Empat bulan selepas kejadian itu, mereka melangsungkan pertunangan dan merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat setelah didesak oleh keluarga yang mengetahui kejadian itu. Bagi mereka, masalah sering dihantui oleh bayangan ular lebih perit daripada menanggung kesakitan akibat patah tulang rusuk. Akibat "badi" itu, tidur malam mereka terganggu setiap malam dan walau kemana sekalipun berada, mereka terbayang berhampiran mereka ada banyak ular. Mendengar penjelasan lelaki itu, fahamlah Ustaz Abdullah apa sebenarnya yang terjadi. Namun sebelum merawat pasangan itu, beliau telah menasihatkan mereka agar bertaubat kerana telah melakukan perbuatan zina.
Ustaz Abdullah juga memberitahu mereka, berkemungkinan peristiwa dibelit ular itu adalah balasan Tuhan di dunia di atas perbuatan mereka itu. "Awak berdua patut bersyukur. Saya rasa Allah sayangkan awak berdua. Dia bagi azab kecil kepada awak berdua mungkin supaya awak insaf dan segera bertaubat. Kalau nak ikutkan, ramai orang berzina tetapi Allah tidak mahu menunjukkan balanya di dunia ini, maka kerana tidak pernah dijatuhkan bala itu, mereka ini berterusan melakukan zina," nasihat beliau membuatkan pasangan itu menangis tersedu-sedu sambil berjanji akan bertaubat serta berkahwin secepat mungkin. Ustaz Abdullah memberi sebotol air penawar. Air itu digunakan untuk mandi dan minum. Di samping itu, Ustaz Abdullah menasihatkan pasangan itu agar sering mengingati Tuhan semoga penyakit fobia mereka hilang. Mereka pulang dengan wajah riang dan tidak lama kemudian lelaki itu menghubungi Ustaz Abdullah memberitahu mereka berdua telah sembuh sepenuhnya dan menjemput beliau hadir ke majlis perkahwinan mereka.
Diriwayatkan Oleh Ibnul Jauzi Bahawa :
"SESUNGGUHNYA NERAKA JAHANAM MEMILIKI TUJUH BUAH PINTU. YANG PALING MENAKUTKAN, PALING PANAS DAN PALING BUSUK BAUNYA ADALAH PINTU YANG DIPERUNTUKKAN KEPADA PARA PENZINA YANG MELAKUKAN PERBUATAN TERSEBUT SETELAH MENGETAHUI HUKUMNYA."
Showing posts with label cerita motivasi. Show all posts

Thursday
Mailakat, Haiwan, Manusia
Renungan 1
Malaikat : diberi kepadanya akal, tidak diberi nafsu.
Haiwan : diberi nafsu, tidak diberi kepadanya akal.
Manusia : diberi kepadanya akal dan diberi kepadanya nafsu.
Kalau akal manusia dapat mengalahkan nafsunya, maka naiklah manusia ke darjat malaikat, bahkan melebihi malaikat jika dia kuat beramal ibadat kepada Allah. Tetapi jika dia tunduk kepada nafsunya, maka turunlah dia kepada darjat haiwan.
Untuk mengatasi nafsu:
Bersedekah
5 Di Dunia :
Mengapa Amal Ibadat Kita Ditolak?
Walaupun amalan yang dibuat begitu banyak dan tekun namun malaikat yang menjaga pintu-pintu langit akan menolak amalan kita atas arahan yang diberikan kepadanya.
5 perkara racun dan 5 perkara penawar :

- Hendaklah melawan nafsu dari bertindak semua-muanya.
- Hendaklah memberati dengan beban ibadat yang banyak.
- Hendaklah memohon bantuan Allah, minta diselamatkan dari bahaya nafsu angkara jahanam yang mencabar.
- Minta diteguhkan iman dan taqwa, supaya dapat melawan nafsu.
Bersedekah
- Bersedekah menutup 10 pintu kejahatan..
- Menolak bala dan memanjangkan umur...
- Harta yang halal akan diampunkan dosanya, dilepaskan dari neraka dan masuk ke syurga.
- Bersedekahlah dengan sebaik-baik barang yang ada pada kita.
- Jangan kamu menolak orang yang mula-mula meminta padamu itu kerana kadang-kadang datang kepadamu itu bukan manusia.
5 Di Dunia :
- Mencuci Harta.
- Mencucikan Badannya.
- Menolak Bala dan Penyakit.
- Menggembirakan Orang Miskin dan Menggembirakan Orang Mukmin (Amalan Yang Sangat Mulia).
- Berkat Hartanya dan Diluaskan ALLAH Rezekinya.
- Dinaungkan dia dari panas akhirat.
- Ringan hisabnya.
- Berat timbangan amalannya.
- Mudah melalui titian siratulmustakim.
- Bertambah darjatnya di dalam syurga.
Mengapa Amal Ibadat Kita Ditolak?
Walaupun amalan yang dibuat begitu banyak dan tekun namun malaikat yang menjaga pintu-pintu langit akan menolak amalan kita atas arahan yang diberikan kepadanya.
- Di langit pertama : Amalan orang yang suka mengumpat akan dihempaskan ke mukanya.
- Di langit kedua : Amalan orang yang bermegah dengan kebendaan akan dipukulkan semula ke mukanya.
- Di langit ketiga : Amalan orang yang takabbur akan dipukulkan ke mukanya.
- Di langit keempat : Amalan orang yang 'ujub (merasa bangga kerana banyak amalan hingga menghairankan dirinya) akan dipukulkan amalannya ke belakang dan perutnya.
- Di langit kelima : Amalan orang yang hasad dengki akan dipukulkan ke mukanya semula.
- Di langit keenam : Amalan orang yang tidak bersifat rahim (cth mentertawakan orang yang dalam kesusahan) akan dipalukan ke muka tuannya.
- Di langit ketujuh : Amalan orang yang ria' akan dipalukan amalannya ke muka dan segala anggota badannya dan…….
- Di langit kelapan : Amalan orang yang tidak benar-benar ikhlas akan dilaknati oleh Allah.
5 perkara racun dan 5 perkara penawar :
- Dunia itu racunnya dan zahid itu ubatnya.
- Harta itu racunnya dan zakat itu ubatnya.
- Perkataan yang sia-sia itu racunnya dan zikir Allah itu ubatnya.
- Seluruh umur itu racunnya dan taat itu ubatnya.
- Seluruh tahun itu racunnya dan Ramadan itu ubatnya.
- Kasih mereka kepada hidup – lupa mereka kepada mati.
- Kasih mereka kepada harta – lupa mereka kepada hisab.
- Kasih mereka kepada mahligai – lupa mereka kepada kubur.
- Kasih mereka kepada dunia – lupa mereka kepada akhirat.
- Kasih mereka kepada makhluk - lupa mereka kepada Allah.
- Hartanya untuk warisnya.
- Nyawanya untuk Malaikal Maut
- Dagingnya untuk ulat-ulat.
- Tulangnya untuk tanah.
- Amalan dan kebajikannya untuk orang yang dianiayainya.
Laa Taghdhab (Jangan Marah)
Kisah ini saya terima dari seorang kawan yang mungkin juga telah diterima dr seorang yg lain.. utk dikongsi bersama, moga boleh mengambil iktibar..
Allah Maha Pengasih
Sepasang suami isteri yang sudah menikah selama 7 tahun dan memiliki 3 orang anak, terlibat dalam sebuah pertengkaran hebat. Begitu hebatnya pertengkaran mereka, sampai akhirnya mereka memutuskan untuk bercerai, mengakhiri kehidupan rumah tangga mereka secepat mungkin. Mereka
menemui seorang peguam, untuk melangsungkan perundingan pembahagian harta diantara mereka, perundingan berlangsung lancar, namun akhirnya sebagian besar masalah terselesaikan, baik tanah, rumah, dan semua aset harta mereka dapat dibahagi dan mencapai kepuasan kedua belah pihak.
Hanya satu hal tidak ditemukan jalan keluarnya, yaitu mengenai pembagian anak [jangan lupa anak mereka tiga orang], baik si suami maupun si isteri sama-sama ingin mengasuh 2 anak, tidak ada yang mau mengalah dan anak tidak mungkin dibelah dua seperti pada Zaman Sulaiman dulu.
Akhirnya mereka menemui seorang tokoh agama, meminta nasihat bagaimana jalan keluar yang harus ditempuh. Sang Imam akhirnya memberikan jalan keluar yang bijak, iaitu mereka diminta menunda perceraiannya selama satu tahun, mereka harus menambah satu orang anak selama satu tahun, bila Tuhan mengizinkan perceraian mereka, Tuhan akan memberikan tambahan satu anak, total menjadi 4 anak, sehingga mudah untuk dibagi diantara mereka berdua.
Kerana si suami dan si istri sangat serius untuk bercerai, mereka berusaha keras untuk menambah anak dan akhirnya mereka berhasil. Setahun kemudian, ketika Sang Imam berjalan jalan, beliau bertemu
dengan pasangan suami istri ini, sedang bergandengan tangan dengan mesra, sehingga Sang Imam bertanya, : "Apakah Kalian tidak berhasil menambah anak sehingga kalian batal bercerai?".
Sang Suami lalu menjawab : "Tuhan maha pengasih, Dia memberikan kami tambahan anak, tapi sekaligus juga memberikan isyarat agar kami saling memaafkan dan saling mengasihi, kami memutuskan untuk tidak bercerai". "Bagaimana Tuhan memberikan isyaratNya?", tanya Sang Imam. "Tuhan memberikan kami tambahan anak, bukan satu anak, tapi dua anak, anak kembar!!".
Beberapa hikmah:
1. Menunda tindakan negatif sering bermanfaat, apalagi ketika seseorang sedang dikuasai emosi. Ada baiknya jika kita sedang marah kita menunda sesuatu yang ingin kita lakukan. Betapa banyak penghuni penjara yang menyesal : 'mengapa ketika marah memukuli istri/anak/dsb sampai tewas....'
2. Mampu mengendalikan marah [emosi] adalah kunci kebaikan, sehingga Nabi SAW menekankan laa taghdhab [jangan marah] kepada sahabatnya.
3. Kisah diatas menunjukkan kasih sayang Allah, tetapi ada yang lebih baik daripada kisah diatas yaitu pasangan suami isteri yang selalu berhasil meredam pertengkaran mereka. Mungkin keluar rumah meninggalkan isteri/suami yang marah untuk sebentar kemudian kembali membawa buah tangan/peralatan baru kesukaannya akan membuatnya tersenyum, meminta maaf dan berfikir betapa baiknya suaminya/isterinya.
4. Pertengkaran itu lumrah rumah tangga. Dengan pertengkaranlah keharmonisan semakin terasa nikmat. Orang bijaksana akan menikmati pertengkaran dan masa-masa setelahnya dengan tetap mengendalikan suasana agar tidak sampai keluar dari sunnah Nabi SAW. Karena pertengkaran itu seperti api: sedikitnya bermanfaat tetapi besar dan luasnya membinasakan.

oleh : zabedah@pnb.com.my
Wednesday
Lima Ganjaran Mereka Yang Taat Solat
Allah swt berfirman yang bermaksud :
"Sesiapa yang sentiasa menunaikan solat akan diberikan ganjaran dengan lima cara iaitu" :
Pertama - dimurahkan rezekinya.
Kedua - terlepas dari seksaan kubur.
Ketiga - di hari pembalasan kiraan amalan dosa dan pahalanya diberatkan ke sebelah kanan.
Keempat - mereka akan melintasi jambatan ke syurga dengan sekelip mata.
Kelima - terkecuali daripada kiraan amalan.
"Manakala sesiapa yang meninggalkan solat akan dikenakan seksaan dengan 14 cara iaitu" :
Seksaan di dunia;
- Tiga seksaan ketika hendak mati
- Tga seksaan di dalam kubur dan
- Tiga seksaan ketika di bangkitkan semula dari kubur.
Lima seksaan di dunia ialah :
Pertama - hidupnya tidak diberkati dan tidak dimurahkan rezeki.
Kedua - tidak ada cahaya keimanan di mukanya.
Ketiga - semua ganjaran bagi amalan baik dimansuhkan.
Keempat - permintaannya tidak dimakbulkan.
Kelima - tidak berhak untuk diingati oleh orang alim dalam doanya.
Tiga seksaan ketika hendak mati ialah :
Pertama - matinya dalam keadaan yang memalukan.
Kedua - mati dalam serba kekurangan.
Ketiga - menderita kerana tersangat dahaga sehinggakan air seluruh lautan tidak dapat menghilangkannya.
Tiga seksaan dalam kubur ialah :
Pertama - kubur menjadi sempit dan menghimpit tulang dadanya sehingga pecah dan berkecai.
Kedua - disediakan api dalam kuburnya.
Ketiga - ular dihantar bagi menyeksa simati. Bentuk ular itu sangat dahsyat. Matanya seperti bola api, kukunya diperbuat dari besi yang panjangnya memakan masa sehari untuk sampai kehujungnya. Suaranya bagaikan halilintar. Ular itu berkata : "Aku diperintahkan oleh Tuhan untuk menggigit kau sehingga matahari terbit kerana kau tertinggal solat Subuh, menggigit hingga tengahari kerana kau tidak solat Asar, menggigit kau hingga senja kerana kau tidak solat Maghrib, menggigit kau hingga malam kerana kau tidak solat Isyak dan berterusan hingga ke pagi esoknya". Seksaan itu berterusan hingga ke hari pembalasan.
Selepas di hidupkan kembali daripada kubur, simati akan menderita akibat tiga seksaan iaitu :
Pertama - segala amalannya akan dikira dengan teliti.
Kedua - kemurkaan ALLAH swt yang maha adil ke atasnya.
Ketiga - dicampakkan ke dalam neraka.
Seksaan lain ialah tiga potong ayat akan ditampal di mukanya iaitu :
Pertama - Wahai orang yang mencuaikan suruhan Tuhan Maha Kuasa.
Kedua - Wahai orang menjadi tumpuan kemurkaan ALLAH.
Ketiga - kerana kau melalaikan suruhan Tuhan ketika di dunia, jadi kau dilucutkan daripada menerima rahmat Tuhan.
Rasulullah saw bersabda : "Bagaimana pendapat kamu jika sekiranya ada sebatang sungai di pintu rumah salah seorang kamu, ia mandi daripada tiap-tiap hari sebanyak lima kali. Adakah tinggal daripada dakinya sesuatu?" Mereka berkata : "Tidak tinggal daripada dakinya sesuatu". Baginda bersabda : "Maka yang demikian itulah dibandingkan sembahyang lima waktu Allah menghapuskan dengan dia segala kesalahan."

Kisah pengemis & isteri cantik
Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan di ruang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka.
"Tolonglah encik, saya lapar, sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi." Dengan muka bengis, si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu. Dalam hatinya berkata : "Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain, tetapi untuk diri dan keluargaku."
Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya menderita sepertinya.
Setahun kemudian, isteri yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain. Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu, si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan.
Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis, si isteri menangkup muka sambil menangis. Si isteri mengadu si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulu pernah menengking seorang pengemis. Suami baru itu menjawab dengan tenang : "Demi Allah, sebenarnya akulah pengemis yang dihalau dan yang ditengking dulu!"
Cerita ini memberi pengajaran bahawa hidup kita seperti putaran roda dan tidak selalunya di atas. Ada masa dan ketikanya kita akan turun ke bawah dan naik semula atau sebaliknya. Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya : "Sedekah itu dapat menutup tujuh puluh ribu kejahatan."
Anas Malik pula meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. ada bersabda yang bermaksud : "Barangsiapa yang mempunyai harta, maka bersedekahlah dengan kekayaanmu, barang siapa yang mempunyai ilmu, maka bersedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga, bersedekahlah dengan tenaganya."
Firman Allah s.w.t. Surah Al-Taubah, Ayat 79 yang bermaksud : "Orang-orang (munafik) yang mencela sebahagian dari orang-orang beriman mengenai sedekah-sedekah yang mereka berikan dengan sukarela, dan (mencela) orang-orang yang tidak dapat (mengadakan apa-apa untuk disedekahkan) kecuali sekadar kemampuannya serta mereka mengejek-ngejeknya, Allah akan membalas ejekan-ejekan mereka, dan bagi mereka (disediakan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya."

oleh : Zaidatul Laili
Sang Kancil dengan Buaya
Pada zaman dahulu dalam sebuah hutan belantara, ada seekor Sang Kancil yang pandai memutar alam. Pada suatu hari Sang kancil berjalan-jalan di tepi sungai. Dia ternampak di seberang sungai sana terdapat banyak pokok-pokok kayu yang daunnya kehijauan dan buahnya yang ranum. Jadi, timbullah hasrat Sang Kancil untuk berpindah ke sana.
Memandangkan sungai itu banyak buaya, Sang Kancil takut untuk berenang. Sang Kancil pun mula berfikir bagaimana dia boleh ke sana dengan muslihat. Akhirnya dia berjaya mendapat satu idea. Kata Sang Kancil sambil berteriak, "Hoi Sang Bedal semua!!!! Timbullah kemari!! Ini ada pesanan dan arahan daripada **Raja Sulaiman". Mendengarkan teriakan Sang Kancil, buaya-buaya yang ada dalam sungai itu pun timbul dan pergi ke arah Sang Kancil.
Kata Sang Kancil lagi, "Kamu diperintahkan untuk membuat satu barisan dari tebing ini hingga ke tebing sebelah sana, sebab aku nak kira berapa bilangan kamu semua dalam sungai ini, Raja Sulaiman
hendak tahu berapa bilangan kamu semua". Buaya-buaya pun berpaling kepada seekor buaya tua yang menjadi ketua mereka. Buaya tua itu pun memberikan isyarat supaya anak buahnya mengikut sahaja kata-kata Sang Kancil.
Lalu, satu barisan buaya pun dibentuk dalam sungai menghubungkan dua tebing, manakala sibuaya tua mengambil kedudukan di bahagian tengah. Setelah satu barisan dibentuk, Sang Kancil pun gembira. Dalam hatinya dia pun berfikir, "Haaa!! Kenyanglah aku hari ini, dapat makan sepuas-puas hati" Dia pun terus melompat ke atas belakang dari seekor buaya ke sekor buaya yang lain sambil membilang, "Satu, dua, tiga, empat.... semua buaya aku lekuk". Bila tiba di tengah-tengah sungai, buaya tua tersenyum sambil menghalang Sang Kancil dengan mengangkat ekornya ke atas.
Tanya sibuaya tua, "Bila engkau berjumpa Raja Sulaiman Sang Kancil?". Sang Kancil pun menjawab dengan ketakutan. Sambil berbohong Sang Kancil pun menjawab, "Err!! Aku berjumpa dengannya kelmarin".
Tanya sibuaya tua lagi, "Apa buktinya?".. Sang Kancil terdiam dan tidak dapat menjawab soalan itu malah dia menjadi bertambah takut. Kata sibuaya tua, "Kalau kamu membawa apa-apa pesanan dari Raja
Sulaiman kamu kenalah tunjukkan apa-apa dokumen yang boleh dipercayai daripadanya, sekarang kami tak percaya".
Sang Kancil dalam ketakutan itu sempat juga bertanya, "Dokumen yang macam mana, Sang Bedal, ada contoh tak?". Sibuaya tua pun mengeluarkan sekeping kulit kayu, "Ini contohnya, cuba baca".
Sang Kancil bertambah kecut apabila ayat yang tertulis pada kulit kayu itu berbunyi, "Kepada kaum buaya yang menghuni alam.... Dengan titah perintah Duli Yang Mulia, setelah diperkenankan oleh duli-duli
yang mulia raja-raja dengan ini diisyhtiharkan bahawa mulai sekarang masyarakat kamu boleh memakan apa sahaja yang kamu suka, Sekian, tanda tangan: Penyimpan Mohor Besar Raja Sulaiman".
Apa lagi, Sang Kancil pun memohon maaf dan merayu supaya dia dilepaskan. Tapi permohonannya ditolak. Lalu Sang kancil pun dimakan oleh buaya-buaya itu dengan lahapnya.
**Raja Sulaiman---Nabi Allah Sulaiman, Rasul ketika itu.
Moral:
Jangan menipu orang lain, nescaya hidup kita tidak akan selamat di dunia dan di akhirat. Kalau memerlukan pertolongan rakan, mintalah dengan secara baik dan ikhlas. Dan yang pentingnya, adalah berDOSA BESAR mereka-reka sesuatu kenyataan, atau apa sahaja pernyataan yang kemudiannya mengatakan bahawa ia daripada Rasul Allah untuk kepentingan dan faedah diri sendiri atau untuk kepentingan sesiapa sahaja. [atau secara ringkasnya jangan memalsukan hadis - Na'uzubillah]

Pak Pandir Mandikan Anaknya
Pada zaman dahulu, ada sepasang suami-isteri iaitu Pak Pandir dan Mak Andeh. Mereka dikurniakan seorang bayi lelaki berumur 6 bulan. Pada suatu hari Mak Andeh nak ke pekan untuk membeli barang jadi anak mereka ditinggalkan di rumah bersama suaminya, Pak Pandir.
Sebelum pergi, Mak Andeh pun berpesan, "Abang Pandir! Nanti bila tengahari nanti mandikan anak kita dengan air suam ya!".
Pak Pandir pun bertanya, "Air suam tu apa Andeh?"
Jawab mak Andeh, "Air suam tu, air panas menggelegak dicampur dengan air sejuk".
"Ohhh!! gitu" jawab Pak Pandir tanda faham. "Baiklah!" jawab Pak Pandir lagi.
Mak Andeh pun teruslah ke pekan. Sepermergian Mak Andeh, tinggallah Pak Pandir mengasuh dan bermain dengan anaknya. Bila tiba waktu tengahari, tibalah masa anak mereka dimandikan. Jadi, Pak Pandir pergilah ke dapur menjerang air.
"Ouuuu! panasnya air nie, macam mana nak mandikan anak aku, tentu dia menangis" fikir Pak Pandir dalam hati. Pak Pandir pun menceduk secawan sahaja air panas itu lalu dicampurkan dengan sebaldi air sejuk. Lalu dimandikannya anak itu.. Setelah dimandikan, Pak Pandir pun mengelapnya, taruh bedak dan memakaikannya lampin.
Sejam kemudian Mak Andeh pun pulang. Apa lagi, anak mereka terus didukungnya. Kata Mak Andeh dengan menguntumkan senyuman, "Kalau macam ni, bolehlah saya tinggalkan lagi anak kita kat Abang Pandir, pandainya sibapak menjaga". Pak Pandir pun ketawa.
Moral daripada cerita tadi: Lelaki melayu dewasa yang digambarkan sebagai bendul dan tidak berpelajaran tidaklah terlalu bodoh sebenarnya. Kalau bodoh masakan mereka dapat berkahwin dan memiliki anak. Dalam keadaan-keadaan tertentu, mereka boleh mengambil tugas isteri mereka, dan dengan ini rumahtangga akan bahagia.

HIDUP DISEBALIK PERMAINAN INI.
Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"
Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka
katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti.
Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh-musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi
bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti
membalik dan menukar nilai dan ketika.
"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain. Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Paham cikgu..."
"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan. "Cikgu ada Qur'an, cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?" Murid-muridnya berpikir. Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat dan lain-lain. Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet.
"Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya. Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang. Kerana tentu anda akan menolaknya mentah-mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sadar".
"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau
dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan. Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan. Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita... "
"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya murid-murid.
"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi. Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan
sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sadar".
"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..." Matahari bersinar terik takala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan pikiran
masing-masing di kepalanya...
RENUNGILAH SAHABAT SEMUA..
TOLONG SEBARKAN PADA SAUDARA2 ISLAM KITA..MOGA ALLAH MEMBERI TAUFIQ DAN HIDAYAH PADA KITA DAN KELUARGA KITA... MARILAH KITA SAMA2 SEDAR BAHAWA AGAMA, BANGSA DAN TANAHAIR KITA SEMAKIN TERANCAM
UMAT ISLAM SEMAKIN MUDAH DIBELI DENGAN WANG RINGGIT, DILALAIKAN DENGAN KEINDAHAN DAN MEMUJA KESERONOKAN HIDUP, HINGGA HILANG MARUAH DAN HARGA DIRI
JUSTERU, MARILAH, KITA BETULKAN APA YG TERMAMPU BERSAMA2..USAH HANYA BILA SEGALANYA SUDAH TERJADI, SAMA SEPERTI SAUDARA KITA DINEGARA2 LAINNYA, BARU KESEDARAN ITU TIMBUL, MUNGKIN MASIH BELUM TERLAMBAT TAPI KITA SUDAH TERLEWAT UTK MERUBAH DAN MEMBAIKI KEROSAKAN YG DIALAMI.
YA ALLAH, SATUKANLAH UMAT ISLAM... AMIIINN

Tuesday
Punca Masalah
SEKUMPULAN bekas pelajar sebuah universiti berkumpul menziarahi bekas pensyarah mereka. Pensyarah itu amat gembira menerima kedatangan bekas pelajar yang berjaya dalam jurusan dan kehidupan masing-masing.
Mereka bertanya khabar dengan penuh mesra dan terus terang. Perbincangan berlanjutan sehingga menyangkut kepada permasalahan berbentuk peribadi. Ada yang mengeluh, mengadu dan meluahkan perasaan yang tertekan dengan pelbagai permasalahan, tekanan hidup berkeluarga, dengan rakan di tempat kerja serta masyarakat sekeliling.
Pensyarah itu hanya tersenyum dan terus menuju ke dapur untuk mengambil cawan pelbagai bentuk dan warna. Ada yang dibuat daripada tembikar, kaca dan plastik. Ada yang cantik, penuh hiasan, kelihatan mahal dan ada yang biasa saja dan murah. Pensyarah itu menjemput semua bekas anak murid itu minum menggunakan cawan pilihan mereka.
Apabila semua bekas pelajar itu mengambil cawan yang terisi air, dia pun berkata: "Jika kamu perhatikan, semua cawan yang cantik dan mahal itu diambil, yang tinggal hanya cawan yang biasa-biasa dan murah!
"Begitulah lumrahnya kita hanya akan memilih yang terbaik (menurut pandangan luaran), sebenarnya itulah punca masalah dan tekanan hidup yang kita semua hadapi!. Apa yang kita perlukan sebenarnya adalah air, bukan cawan itu, tetapi kita secara tidak sedar memilih cawan yang cantik saja!."
Demikianlah kehidupan ini - ibarat air. Kerjaya, wang ringgit dan kedudukan dalam masyarakat semuanya umpama cawan yang beraneka warna itu. Semua itu adalah alat atau pemudah cara untuk meneruskan hidup tetapi kualiti hidup tidak berubah. Jika kita hanya menumpukan perhatian kepada cawan, kita tidak ada masa untuk menghargai, merasakan dan menikmati air itu!
Apa yang pensyarah itu katakan bertepatan dengan apa yang al-Quran bentangkan mengenai jiwa manusia yang selalu berkeluh kesah dan tidak pernah rasa cukup. Pelbagai permasalahan kita berpunca daripada empat perkara:
Kita syukuri nikmat yang ada dan panjangkan nikmat ini kepada orang lain dengan memberikan khidmat menolong dan memudahkan kehidupan orang lain.
Pernah suatu ketika Saidina Ali ditanya oleh seorang lelaki: "Jika diberikan pilihan, mana satukah yang kamu pilih?, kehidupan di dunia atau mati?"
Jawapan baginda memeranjatkan lelaki itu: "Saya akan pilih kehidupan di dunia, melalui perjuangan
dalam kehidupan ini, saya mendapat bekalan untuk mencapai keredaan Allah di akhirat kelak".

- Kita hanya memandang dan menginginkan apa yang ada pada tangan orang lain. Kita tidak nampak atau lupakan nikmat di dalam genggaman kita. Walhal, Allah telah berikan kepada kita. Oleh itu kita tidak rasakan `keseronokan' atau terasa nikmat dengan pemberian itu.
- Kita terlalu banyak `komplen' dan komen (mengadu) dan mengeluh serta menyalahkan keadaan sehingga kepada permasalahan sekecil-kecilnya dalam kehidupan dunia ini. Tetapi, kita sering lupa kesusahan dan penderitaan sebenar yang bakal kita hadapi di akhirat kelak.
- Kita terlalu mengejar kemewahan, kemegahan dan glamor kehidupan sehingga melupakan tujuan hidup kita sebenarnya. Inilah sebenar ujian hidup yang kadang kala kita rasakan amat memeritkan untuk dihindari, pada hal kita tahu ganjarannya adalah syurga daripada Allah.
- Kita selalu menganggap kehidupan di dunia ini untuk hidup selama-lamanya. Oleh itu, kita menghabiskan seluruh sumber dalam diri semata-mata untuk membina pengaruh, mengumpul harta dan kemasyhuran diri seolah-olah `kematian' itu untuk orang lain, bukan untuk kita. Kita lupa semua kejadian akan mati dan walhal akhirat adalah kehidupan abadi.
Kita syukuri nikmat yang ada dan panjangkan nikmat ini kepada orang lain dengan memberikan khidmat menolong dan memudahkan kehidupan orang lain.
Pernah suatu ketika Saidina Ali ditanya oleh seorang lelaki: "Jika diberikan pilihan, mana satukah yang kamu pilih?, kehidupan di dunia atau mati?"
Jawapan baginda memeranjatkan lelaki itu: "Saya akan pilih kehidupan di dunia, melalui perjuangan
dalam kehidupan ini, saya mendapat bekalan untuk mencapai keredaan Allah di akhirat kelak".
Friday
10 Petua Membina Sikap Positif
Oleh: Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D
Petua 1 : Jangkakan Kejayaan
Hukum minda mengatakan apa yang dijangkakan berkemungkinan besar akan berlaku. Oleh itu, daripada membuang masa menjangkakan kegagalan kenapa tidak jangkakan kejayaan. Sekiranya anda jangkakan kejayaan, fokus anda pastinya hanya kepada cara untuk berjaya. Anda gambarkan hanya nikmat dan erti sebuah kejayaan, maka secara tidak langsung anda akan menggarap sikap positif. Malangnya dalam kehidupan ini kita sering takutkan kegagalan. Cara fikir kita menjurus ke arah itu. Oleh itu yang tergambar dipemikiran kita hanyalah halangan dan rintangan serta kepayahan. Dalam memburu kejayaan anda tidak boleh putus harapan. HARAPAN adalah satu anugerah yang cukup besar Allah berikan kepada manusia.
Manusia biasanya membangun ketahap yang mereka jangkakan atau yang orang lain jangkakan terhadap mereka. Oleh itu jangkakan kejayaan dalam setiap usaha yang anda lakukan. Kalau anda perlu ubah perancangan untuk mencapai sasaran, maka ubahlah. Pastikan juga anda bertindakbalas secara positif terhadap perkara-perkara yang mungkin membantutkan kejayaan tersebut. Lihat diri anda sebagai seseorang yang pasti merealisasikan harapan yang digenggam. Apabila kita rasakan yang kita tidak punya masa depan, tiada harapan untuk maju, tiada peluang untuk meningkatkan keupayaan maka ia akan menjurus kita kepada satu sikap negatif iaitu sikap malas.
Petua 2 : Lakunkan Watak Orang Cemerlang
Tidak dapat dinafikan setiap manusia mempunyai kelemahan dan kekuatannya tersendiri. Sebab itulah untuk berjaya kita mesti mempunyai model ikutan (role model) yang boleh ditauladani. Cuba lihat senario berikut, katakanlah anda sebagai seorang pelajar, telah dipilih untuk berlakun dalam sebuah filem tempatan. Kisahnya berkisar kehidupan pelajar-pelajar sekolah dan anda telah dipilih sebagai pelakun utama. Bayarannya cukup lumayan iaitu RM10,000 dan nama anda juga akan dikenali ramai setelah filem ini ditayangkan. Anda dikehendaki melakunkan watak pelajar cemerlang. Syarat untuk anda kekal sebagai pelakun cuma dua iaitu, yang pertama anda mestilah menjaga disiplin dan masa anda. Maknanya, apabila pergambaran bermula jam 5 petang maka anda mesti berada dilokasi sebelum masa tersebut. Yang keduanya pula, anda mesti menghayati watak pelajar cemerlang sepenuhnya. Sekiranya pengarah tidak berpuas hati dengan anda, dia akan gugurkan nama anda dari senarai pelakun pada bila-bila masa. Pengarah tidak risau sebab anda pelakun baru, satu ditolak berpuluh akan memohon untuk berlakun.
Kalau anda berada dalam situasi di atas, apa tindakan anda? Saya yakin anda akan mula meneliti dan memahami plot filem tersebut bersungguh-sungguh. Anda mula menghafal skrip yang diberikan ayat demi ayat biarpun ketebalannya mencecah ratusan muka surat. Anda akan mula menjiwai dan menghayati watak pelajar cemerlang yang diberikan kepada anda. Anda akan tiru gaya, percakapan dan cara hidup mereka. Pendek kata anda mahu penonton lihat betapa realistiknya lakunan anda. Anda mahu dikenali selepas usaha anda ini. Anda mahukan ganjaran wang RM10,000 yang dijanjikan kepada anda.
Tidakkah anda terfikir betapa beruntungnya kalau anda lakunkan perkara yang serupa setiap hari dalam hidup anda. Kenapa mesti anda bersungguh-sungguh dalam lakunan filem? Tidakkah anda sedar bahawa kita semuanya pelakun di pentas dunia atau di pentas kehidupan. Kenapa tidak lakunkan watak orang cemerlang itu hari ini. Anggapkan seolah-olah anda berhadapan dengan kamera. Kalau anda seorang pelajar, maka bertindaklah seperti pelajar cemerlang di sekolah anda sekarang! Sekiranya anda seorang pekerja, bertindaklah seolah-olah anda pekerja cemerlang sekarang!
Mula mengurus masa secara berkesan, menglibatkan diri secara aktif, berperibadi mulia seolah-olah anda sememangnya cemerlang. Lakukannya setiap hari dan hasilnya nanti anda akan perolehi apa yang diperolehi oleh pelajar cemerlang lainnya. Lebih malang lagi kalau anda tidak mahu menjadi pelakun itu hari ini maka Allah akan pilih orang lain untuk menggantikan tempat anda. Orang lainlah nanti yang akan berjaya. Mereka akan jadi pemimpin, jurutera, ulamak, peguam dan sebagainya. Orang lain yang akan dikenali dan nama mereka disebut-sebut sebagai orang yang membawa perubahan dalam masyarakat.. Orang lain yang akan memperolehi pendapatan bukan sekadar RM10,000 tetapi mungkin lebih tiap-tiap bulan.
Anda tidak punya pilihan lain. Untuk berjaya anda mesti mula berlakun hari ini.. Hayati watak orang cemerlang. Berfikirlah, bercakaplah dan bertindaklah seperti mereka yang cemerlang. Lama kelamaan tabiat cemerlang akan sebati dengan kehidupan harian anda. Ia akan menjadi sikap baru anda. Anda akan dapati mereka disekeliling anda menyedari yang anda kini bersikap positif. Setiap kebaikan yang bakal anda perolehi hasil lakunan positif anda ini membuatkan anda tidak mahu lagi kembali kepada sikap negatif anda sebelum ini. Anda mula memikirkan untuk hidup dalam kelompok dan persekitaran baru. Apa anda tunggu lagi? Lakunkanlah watak orang cemerlang itu sekarang dengan memerhatikan model ikutan anda.
Petua 3 : Ubah Penampilan Diri
Sikap positif terserlah melalui penampilan diri yang positif. Kita mudah mengenali mereka yang bersikap positif melalui percakapannya, pakaiannya, rambutnya, kasutnya, gayanya dan sebagainya. tetapi kita lupa, sebenarnya kita mampu melakukan sebaliknya iaitu membina sikap positif melalui penampilan yang positif. Ambil contoh yang paling mudah, anda telah dijemput ke satu majlis pelancaran oleh seorang rakan. Anda mengenakan baju biasa sahaja dengan berbaju kemeja lengan pendek dan berseluar kasual. Sampai sahaja di sana, anda lihat hampir kesemua mereka yang hadir lengkap berbaju batik atau berkot dan bertali leher. Apa perasaan anda?
Saya yakin walau bagaimana positif pun sikap anda, anda pasti rasa bersalah dan rendah diri. Berbeza pula bentuk perasaan anda sekiranya anda hadir dengan pakaian yang rapi, segak, kemas dan bergaya. Anda pasti rasa penuh yakin dan positif. Begitulah besarnya pengaruh penampilan diri dalam membentuk sikap positif dan emosi anda. Cuba fikirkan sejenak bagaimana perasaan anda apabila anda mengenakan baju baru ke pejabat. Anda rasa lebih bersemangat dan yakin.
Kemas, bersih dan rapi tidak semestinya berjenama. Tidak salah mempunyai pakaian dan aksesori yang berjenama sekiranya anda mampu tetapi ia bukannya suatu kemestian. Jangan pula seperti kata pepatah 'biar papa asal bergaya'. Anda perlu ingat bahawa pelaburan yang telah anda buat dalam membentuk penampilan diri atau imej yang positif mestilah membawa pulangan yang setimpal atau berbaloi. Kalau anda melaburkan wang ringgit untuk membentuk imej diri semata-mata untuk bergaya dan menunjuk-nunjuk, maka pelaburan itu merugikan anda. Pelaburan yang dibuat mestilah mampu menjadikan anda lebih positif dan produktif. Sebab itu ramai jurujual profesional mempunyai penampilan diri yang positif. Mereka dilatih untuk berkeadaan sedemikian. Mereka meraih keuntungan dan pendapatan dengan mempunyai penampilan positif. Mereka mempengaruhi pelanggan dengan penampilan diri begitu.
Beberapa perkara yang mesti diperhatikan dalam membentuk penampilan diri:
Walau siapa anda, sama ada sedar atau tidak anda tetap dinilai oleh manusia lain melalui penampilan diri. Sebab itu permohonan untuk ke satu-satu pekerjaan perlu melalui proses temuduga. Mereka mahu melihat calon-calon secara terus bukan sekadar untuk menguji kebijaksanaan seseorang pemohon tetapi juga untuk melihat penampilan diri yang melambangkan sikap dan peribadi seseorang. Penampilan diri positif perlu dipatuhi oleh semua golongan masyarakat termasuk pelajar, ibu bapa, pekerja, eksekutif, pemimpin dan sebagainya.
Petua 4 : Berkawan Dengan Orang Berjaya
Rasulullah s.a..w sendiri pernah bersabda, "kalau mahu kenal seseorang itu maka kenallah kawan-kawannya". Oleh itu sekiranya anda memilih kawan yang positif, bergaul dengan mereka yang berjaya, banyak berbincang tentang apa yang mahu dicapai dimasa hadapan; pastinya ia akan mempengaruhi pemikiran dan tindakan harian anda. Pastinya anda turut terdorong untuk mencapai kejayaan dalam hidup anda pula. Mereka yang gagal hanya akan mampu menceritakan kisah-kisah kegagalan mereka sedang mereka yang berjaya pula akan menceritakan kisah-kisah kejayaan mereka.
Untuk berjaya anda perlu berkawan dengan mereka yang telah berjaya. Belajar dari pengalaman dan pengetahuan mereka. Belajar tentang cara mereka membentuk personaliti dikalangan masyarakat. Orang yang berjaya selalunya mempunyai personaliti dan karisma yang mengkagumkan. Personaliti dan karisma ini bukannya semula jadi sebaliknya mereka berusaha membinanya. Kalau mereka boleh, anda juga boleh melakukannya.
Petua 5 : Dalami Ilmu Kecemerlangan
Semangat ada ketikanya naik dan ada ketikanya luntur. Ada ketikanya kita terlupa tentang matlamat yang dikejar disebabkan oleh pelbagai urusan dan aktiviti lain. Ada ketikanya juga diri terasa malas dan bosan. Semuanya ini adalah lumrah hidup seorang manusia. Untuk mengekalkan semangat dan membina sikap positif maka anda perlulah sentiasa mendalami ilmu kecemerlangan diri. Anda boleh mendalaminya dengan banyak membaca buku-buku motivasi, berbincang dengan rakan-rakan tentang perancangan anda, menghadiri program dan ceramah motivasi. Anda juga perlu mendengar kaset-kaset motivasi dan mendapatkan bahan-bahan daripada internet. Semakin bertambahnya ilmu kecemerlangan diri didada maka semakin positif dan matang fikiran anda.
Petua 6 : Fokus Kepada Apa Yang Anda Mahukan
Anda sering mendengar bahawa sikap positif lahir dari pemikiran yang positif. Namun begitu fahamkah anda apa yang dikatakan fikir positif itu? Dalam hidup kita, kita hanya akan bertindak dan berusaha mengejar apa yang ada dalam fikiran kita. Iaitu apa yang terlintas, ternampak dan tergambar di fikiran.
Sebagai contoh mari kita lakukan aktiviti yang cukup mudah. Keluarkan sehelai kertas sekarang dan lakarkan suasana di sebuah pantai yang indah permai. Ambillah masa lebih kurang 5 minit untuk anda menyiapkan lukisan ini. Jangan pedulikan sama ada lakaran itu cantik atau tidak, lakarkan sahaja apa yang tergambar di fikiran anda tentang suasana di pantai.
Baik sekarang saya tanya anda, ada atau tidak lakaran kapalterbang di dalam lukisan itu? Ada atau tidak jeti dari tepi pantai sampai ke tengah laut? Ada atau tidak budak menjual air? Kalau tiada maka kenapa begitu? Jawapannya sebab anda tidak terfikir tentangnya. Atau lebih tepat lagi anda tidak langsung tergambar tentangnya. Oleh itu bolehlah dibuat kesimpulan bahawa kalau kita tidak tergambar akan sesuatu maka kita tidak mungkin dapat menghasilkannya.
Begitulah dari aspek kecemerlangan diri, untuk anda menjadi orang berjaya anda mesti gambarkan diri anda seorang yang berjaya. Anda mesti mampu melihat apa yang mahu dilakukan mulai hari ini untuk menjadi orang berjaya.
Fikirkan pula, positifkah anda apabila anda berkata:
Oleh sebab itu anda perlu ubah gambaran minda anda kepada gambaran yang positif dengan mengubah ucapan anda seperti berikut:
Petua 7 : Kejayaan Silam Membarai Diri
Dalam hidup kita ini pasti ada sekali dua kita mencipta kejayaan sama ada kecil atau besar. Waktu kecil dulu mungkin kita pernah tewaskan rakan-rakan dalam suatu permainan dan kita berbangga dengannya. Mungkin juga kita pernah dulunya dipuji atas pencapaiaan, kualiti kerja atau kerajinan kita. Mungkin kita pernah menerima anugerah sebagai pemenang dalam apa jua pertandingan. Mulai hari ini cuba ingatkan kembali sebanyak mungkin kenangan manis ini dan senaraikan dalam diari anda. Setiap kali anda rasa tertekan, negatif, malas, bosan dan sebagainya maka bacalah diari anda ini dan hayati semula saat-saat tersebut. Gambarkan dengan jelas apa yang berlaku ketika itu. Rasakan apa yang anda rasakan ketika itu. Semangat anda akan membara sekiranya anda lakukannya bersungguh-sungguh. Semangat untuk kekal cemerlang ini akan menjana sikap yang positif.
Tidak kira betapa gagalnya anda rasa hidup ini namun pasti pernah sekurang-kuangnya sekali anda pernah dipuji atas kebaikan dan kejayaan silam. Lakukan perkara berikut, sediakan satu buku kecil dan senaraikan semua kejayaan anda sejak dari dahulu hingga ke hari ini, sama ada kecil atau besar. Kemudian baca dan hayati apa yang anda tulis itu satu persatu, gambarkan keadaan ketika itu, rasakan perasaan anda ketika itu dan dengar apa yang anda dengar ketika itu. Lakukannya dengan penuh kesungguhan dan rasakan satu getaran perasaan yang positif yang mengalir dalam setiap urat nadi anda. Sentiasa kemas kini buku kecil anda ini dengan kejayaan-kejayaan baru. Ia adalah sumber tenaga dan kekuatan anda.
Anda mungkin tidak mengingati kesemuanya, tidak mengapa, ambil masa anda. Anda boleh tambah senarai kejayaan anda pada bila-bila masa sahaja. Satu tabiat yang baik, mulai hari ini rakamkan setiap peristiwa penting dalam hidup anda sama ada melalui gambar atau rakaman video. Setiap kali anda rasa tertekan, anda rasa tidak dihargai, anda rasa putus asa – lihat kembali buku kecil dan rakaman anda ini.
Petua 8 : Saranan Diri Positif
Untuk kekal dalam sikap positif anda perlu saran diri anda dengan katajaya yang merangsang jiwa dan fikiran. Anda juga boleh gunakan petikan mutiara kata daripada ahli ilmu, petikan al-quran serta hadith. Dengan melazimkan hidup anda berpandukan katajaya dan petikan-petikan ini maka ia memberi anda kekuatan untuk menyahut cabaran dan mengatasi segala masalah.
Anda juga boleh cipta sendiri katajaya itu, misalnya:
Petua 9 : Soal Diri Dengan Soalan Positif
Dalam sehari anda menyoal beribu-ribu soalan kepada diri anda, daripada soalan yang mudah-mudah hinggalah kepada soalan-soalan yang membentuk masa depan anda. Anda mungkin bertanya soalan-soalan mudah seperti hari ini nak pakai baju apa? Nak makan di mana? Nak keluar dgn siapa? Nak balik pukul berapa? Dan sebagainya. Soalan-soalan ini tidak menjejaskan kehidupan dan peribadi anda. Tetapi ada ketikanya anda menyoal diri dengan soalan-soalan yang boleh memberikan kesan terhadap hidup anda seperti, Nak ambil kursus apa? Nak belajar lama mana? Nak rebut peluang atau tidak? Dan sebagainya.
Orang berjaya menyoal diri dengan soalan-soalan yang boleh memajukan dirinya seperti:
Model ikutan adalah seseorang yang anda kagum dengan pencapaiannya dan mahu mengikuti jejak langkahnya. Dapatkan beberapa model ikutan terutamanya mereka yang telah berjaya dalam bidang yang anda mahu ceburi. Namun begitu sebagai orang Islam, model ikutan kita yang pertama pastilah Nabi Muhammad S.A.W. Selain daripada Nabi s.a.w yang lain semuanya ada kelemahan. Malahan kita tidak boleh nafikan bahawa ulamak juga ada kelemahan sebab itu pendapat ulamak secara ijmak lebih diterima pakai dalam Islam berbanding pendapat hanya seorang ulamak sahaja.
Setelah anda kenal pasti model ikutan anda, cuba dapatkan gambar mereka. Baca juga kisah hidup mereka. Pelajari bagaimana mereka merancang dan bertindak. Cari potongan kata-kata ucapan mereka yang boleh dijadikan panduan hidup. Selami falsafah hidup mereka dan lihat bagaimana mereka mengatasi setiap masalah yang datang dalam hidupnya.. Sebab semakin besar kejayaan seseorang itu maka semakin besarlah cabaran serta masalah yang telah mereka hadapi. Kejayaan dan pengorbanan adalah dua perkara yang sering berada ditempat yang sama. Kejayaan bukanlah apa yang kita miliki tetapi apa yang kita pelajari. Siapa kita dipenghujung kehidupan ini jauh lebih penting berbanding apa yang kita perolehi ketika itu.

- Potongan rambut - Potongan yang sesuai dengan peranan, kemas dan menarik.
- Pilihan warna dan corak - Pilihan warna yang kena pada tempat dan masa serta 'matching'.
- Jenis pakaian - Sama ada batik, kasual, sukan, kot dan sebagainya.
- Kemas dan rapi - Sentiasa digosok rapi.
- Kasut - Kasut yang sesuai dengan tujuan kehadiran kita di satu-satu tempat.
- Aksesori - Jam tangan, beg, gelang dan rantai (bagi wanita), haruman dan lain-lain.
- Jenama - Bukan perkara utama tetapi digalakkan bagi yang mampu.
- Kesihatan diri - Keceriaan wajah, kelihatan sihat, kuku, kulit dan sebagainya.
- Gaya - Cara berjalan, bercakap, ketawa dan mimik muka.
- Senyum - Rahsia utama penampilan diri ialah senyuman yang terukir.
Walau siapa anda, sama ada sedar atau tidak anda tetap dinilai oleh manusia lain melalui penampilan diri. Sebab itu permohonan untuk ke satu-satu pekerjaan perlu melalui proses temuduga. Mereka mahu melihat calon-calon secara terus bukan sekadar untuk menguji kebijaksanaan seseorang pemohon tetapi juga untuk melihat penampilan diri yang melambangkan sikap dan peribadi seseorang. Penampilan diri positif perlu dipatuhi oleh semua golongan masyarakat termasuk pelajar, ibu bapa, pekerja, eksekutif, pemimpin dan sebagainya.
Petua 4 : Berkawan Dengan Orang Berjaya
Rasulullah s.a..w sendiri pernah bersabda, "kalau mahu kenal seseorang itu maka kenallah kawan-kawannya". Oleh itu sekiranya anda memilih kawan yang positif, bergaul dengan mereka yang berjaya, banyak berbincang tentang apa yang mahu dicapai dimasa hadapan; pastinya ia akan mempengaruhi pemikiran dan tindakan harian anda. Pastinya anda turut terdorong untuk mencapai kejayaan dalam hidup anda pula. Mereka yang gagal hanya akan mampu menceritakan kisah-kisah kegagalan mereka sedang mereka yang berjaya pula akan menceritakan kisah-kisah kejayaan mereka.
Untuk berjaya anda perlu berkawan dengan mereka yang telah berjaya. Belajar dari pengalaman dan pengetahuan mereka. Belajar tentang cara mereka membentuk personaliti dikalangan masyarakat. Orang yang berjaya selalunya mempunyai personaliti dan karisma yang mengkagumkan. Personaliti dan karisma ini bukannya semula jadi sebaliknya mereka berusaha membinanya. Kalau mereka boleh, anda juga boleh melakukannya.
Petua 5 : Dalami Ilmu Kecemerlangan
Semangat ada ketikanya naik dan ada ketikanya luntur. Ada ketikanya kita terlupa tentang matlamat yang dikejar disebabkan oleh pelbagai urusan dan aktiviti lain. Ada ketikanya juga diri terasa malas dan bosan. Semuanya ini adalah lumrah hidup seorang manusia. Untuk mengekalkan semangat dan membina sikap positif maka anda perlulah sentiasa mendalami ilmu kecemerlangan diri. Anda boleh mendalaminya dengan banyak membaca buku-buku motivasi, berbincang dengan rakan-rakan tentang perancangan anda, menghadiri program dan ceramah motivasi. Anda juga perlu mendengar kaset-kaset motivasi dan mendapatkan bahan-bahan daripada internet. Semakin bertambahnya ilmu kecemerlangan diri didada maka semakin positif dan matang fikiran anda.
Petua 6 : Fokus Kepada Apa Yang Anda Mahukan
Anda sering mendengar bahawa sikap positif lahir dari pemikiran yang positif. Namun begitu fahamkah anda apa yang dikatakan fikir positif itu? Dalam hidup kita, kita hanya akan bertindak dan berusaha mengejar apa yang ada dalam fikiran kita. Iaitu apa yang terlintas, ternampak dan tergambar di fikiran.
Sebagai contoh mari kita lakukan aktiviti yang cukup mudah. Keluarkan sehelai kertas sekarang dan lakarkan suasana di sebuah pantai yang indah permai. Ambillah masa lebih kurang 5 minit untuk anda menyiapkan lukisan ini. Jangan pedulikan sama ada lakaran itu cantik atau tidak, lakarkan sahaja apa yang tergambar di fikiran anda tentang suasana di pantai.
Baik sekarang saya tanya anda, ada atau tidak lakaran kapalterbang di dalam lukisan itu? Ada atau tidak jeti dari tepi pantai sampai ke tengah laut? Ada atau tidak budak menjual air? Kalau tiada maka kenapa begitu? Jawapannya sebab anda tidak terfikir tentangnya. Atau lebih tepat lagi anda tidak langsung tergambar tentangnya. Oleh itu bolehlah dibuat kesimpulan bahawa kalau kita tidak tergambar akan sesuatu maka kita tidak mungkin dapat menghasilkannya.
Begitulah dari aspek kecemerlangan diri, untuk anda menjadi orang berjaya anda mesti gambarkan diri anda seorang yang berjaya. Anda mesti mampu melihat apa yang mahu dilakukan mulai hari ini untuk menjadi orang berjaya.
Fikirkan pula, positifkah anda apabila anda berkata:
- Mulai hari ini aku tidak malas lagi.
- Mulai hari ini aku tidak mahu tinggal solat lagi.
- Aku tidak mahu main-main dalam kelas lagi.
- Aku tidak mahu lawan cakap ibu bapa lagi.
Oleh sebab itu anda perlu ubah gambaran minda anda kepada gambaran yang positif dengan mengubah ucapan anda seperti berikut:
- Mulai hari ini aku seorang yang rajin.
- Mulai hari ini aku solat lima waktu.
- Aku akan tumpu pada guru dalam kelas.
- Aku ikut cakap ibu bapa.
Petua 7 : Kejayaan Silam Membarai Diri
Dalam hidup kita ini pasti ada sekali dua kita mencipta kejayaan sama ada kecil atau besar. Waktu kecil dulu mungkin kita pernah tewaskan rakan-rakan dalam suatu permainan dan kita berbangga dengannya. Mungkin juga kita pernah dulunya dipuji atas pencapaiaan, kualiti kerja atau kerajinan kita. Mungkin kita pernah menerima anugerah sebagai pemenang dalam apa jua pertandingan. Mulai hari ini cuba ingatkan kembali sebanyak mungkin kenangan manis ini dan senaraikan dalam diari anda. Setiap kali anda rasa tertekan, negatif, malas, bosan dan sebagainya maka bacalah diari anda ini dan hayati semula saat-saat tersebut. Gambarkan dengan jelas apa yang berlaku ketika itu. Rasakan apa yang anda rasakan ketika itu. Semangat anda akan membara sekiranya anda lakukannya bersungguh-sungguh. Semangat untuk kekal cemerlang ini akan menjana sikap yang positif.
Tidak kira betapa gagalnya anda rasa hidup ini namun pasti pernah sekurang-kuangnya sekali anda pernah dipuji atas kebaikan dan kejayaan silam. Lakukan perkara berikut, sediakan satu buku kecil dan senaraikan semua kejayaan anda sejak dari dahulu hingga ke hari ini, sama ada kecil atau besar. Kemudian baca dan hayati apa yang anda tulis itu satu persatu, gambarkan keadaan ketika itu, rasakan perasaan anda ketika itu dan dengar apa yang anda dengar ketika itu. Lakukannya dengan penuh kesungguhan dan rasakan satu getaran perasaan yang positif yang mengalir dalam setiap urat nadi anda. Sentiasa kemas kini buku kecil anda ini dengan kejayaan-kejayaan baru. Ia adalah sumber tenaga dan kekuatan anda.
Anda mungkin tidak mengingati kesemuanya, tidak mengapa, ambil masa anda. Anda boleh tambah senarai kejayaan anda pada bila-bila masa sahaja. Satu tabiat yang baik, mulai hari ini rakamkan setiap peristiwa penting dalam hidup anda sama ada melalui gambar atau rakaman video. Setiap kali anda rasa tertekan, anda rasa tidak dihargai, anda rasa putus asa – lihat kembali buku kecil dan rakaman anda ini.
Petua 8 : Saranan Diri Positif
Untuk kekal dalam sikap positif anda perlu saran diri anda dengan katajaya yang merangsang jiwa dan fikiran. Anda juga boleh gunakan petikan mutiara kata daripada ahli ilmu, petikan al-quran serta hadith. Dengan melazimkan hidup anda berpandukan katajaya dan petikan-petikan ini maka ia memberi anda kekuatan untuk menyahut cabaran dan mengatasi segala masalah.
Anda juga boleh cipta sendiri katajaya itu, misalnya:
- “Kalau orang lain boleh.. Aku juga BOLEH!”
- “Setiap kata-kata pasti akan dikota!”
- “I’m the best!”
- “I can do it!”
Petua 9 : Soal Diri Dengan Soalan Positif
Dalam sehari anda menyoal beribu-ribu soalan kepada diri anda, daripada soalan yang mudah-mudah hinggalah kepada soalan-soalan yang membentuk masa depan anda. Anda mungkin bertanya soalan-soalan mudah seperti hari ini nak pakai baju apa? Nak makan di mana? Nak keluar dgn siapa? Nak balik pukul berapa? Dan sebagainya. Soalan-soalan ini tidak menjejaskan kehidupan dan peribadi anda. Tetapi ada ketikanya anda menyoal diri dengan soalan-soalan yang boleh memberikan kesan terhadap hidup anda seperti, Nak ambil kursus apa? Nak belajar lama mana? Nak rebut peluang atau tidak? Dan sebagainya.
Orang berjaya menyoal diri dengan soalan-soalan yang boleh memajukan dirinya seperti:
- Apa hikmah disebalik ujian Allah ini?
- Apa lagi yang boleh aku buat untuk jadi lebih baik?
- Apa yang belum aku selesaikan lagi?
- Apakah setakat ini sahaja kemampuan diri yang dianugerahkan oleh Allah kepada aku?
- Apakah aku mahu menyerah hanya dengan kegagalan sementara ini?
- Nak buat macam mana aku ni lemah.
- Engkau lain aku lain.
- Engkau bolehlah aku ni siapa.
- Dah memang nasib aku begini, terima ajer lah..
- Buat berkali-kali pun gagal juga baik tak payah..
- Dah tahu diri tu bodoh buat apa tunjuk pandai.
- Mengubah persepsi dan cara fikir kita
- Mengubah fokus kita
- Memberikan sumber kekuatan baru kepada kita
Model ikutan adalah seseorang yang anda kagum dengan pencapaiannya dan mahu mengikuti jejak langkahnya. Dapatkan beberapa model ikutan terutamanya mereka yang telah berjaya dalam bidang yang anda mahu ceburi. Namun begitu sebagai orang Islam, model ikutan kita yang pertama pastilah Nabi Muhammad S.A.W. Selain daripada Nabi s.a.w yang lain semuanya ada kelemahan. Malahan kita tidak boleh nafikan bahawa ulamak juga ada kelemahan sebab itu pendapat ulamak secara ijmak lebih diterima pakai dalam Islam berbanding pendapat hanya seorang ulamak sahaja.
Setelah anda kenal pasti model ikutan anda, cuba dapatkan gambar mereka. Baca juga kisah hidup mereka. Pelajari bagaimana mereka merancang dan bertindak. Cari potongan kata-kata ucapan mereka yang boleh dijadikan panduan hidup. Selami falsafah hidup mereka dan lihat bagaimana mereka mengatasi setiap masalah yang datang dalam hidupnya.. Sebab semakin besar kejayaan seseorang itu maka semakin besarlah cabaran serta masalah yang telah mereka hadapi. Kejayaan dan pengorbanan adalah dua perkara yang sering berada ditempat yang sama. Kejayaan bukanlah apa yang kita miliki tetapi apa yang kita pelajari. Siapa kita dipenghujung kehidupan ini jauh lebih penting berbanding apa yang kita perolehi ketika itu.
Thursday
KEBAHAGIAAN SEORANG SUAMI
Seorang lelaki telah berumah-tangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan, kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera.
Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, ia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anak-anaknya.
Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan ta'ziah. Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.
Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah berkata: "Semoga tidak ada sesiapapun dari kamu yang mengucapkan ta'ziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kata ku ini."
Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu..
Si suami meneruskan kata-katanya: "Demi Allah yang tiada AIlah yang berhak disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu.
Maha Suci Allah Ta'ala, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana ia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga ia telah mendidik anak-anakku dengan sempurna. Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukannya kepada diriku. Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi s.a.w. :
"Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redho kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga."
Tatkala akan meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata: "Wahai Allah, Aku sesungguhnya redho kepadanya, maka redhoilah ia." Ku ulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku..
Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat ku gambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang ku rasakan ini.
Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan ta'ziah kepada ku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteriku telah meninggal dunia dalam keadaan aku redho kepadanya.. Semoga Allah Ta'ala menerima isteriku dengan keredhoan-Nya."
Masyaallah… Alangkah bahagianya mendapat keredhaan suami mcm nie… Adakah kita mampu lakukan seperti yg dilakukan terhadap suaminya sehingga pemergiannya diredhai dan membahgiakan suaminya…. Kebanyakkan sekarang nie ramai gak suami2 yg redha dan bahagia jika isteri mereka meninggal dunia, tetapi bahagia kerana boleh kawin lagi…

22 Perkara Untuk Renungan
- Berikan mereka lebih dari yang mereka harapkan dan lakukan itu dengan senang hati.
- Berkahwinlah dengan lelaki/wanita yang anda cintai. Ketika anda beransur tua, keahlian percakapan mereka akan mejadi sepenting seperti hal lain.
- Jangan percaya dengan apa yang anda dengar, Habiskan apa anda miliki atau tidur semahu anda.
- Ketika anda ucapkan, "Aku mencintaimu", Seriuslah.
- Ketika anda ucapkan, "Maafkan saya", pandang mata orang itu.
- Bertunanglah tidak kurang daripada enam bulan sebelum anda berkahwin.
- Percayalah pada cinta pandangan pertama.
- Jangan tertawakan/remehkan impian orang. Orang yang tidak punya impian adalah miskin.
- Cintailah dengan mendalam dan bersungguh-sungguh. Anda mungkin akan terluka, tapi ini satu-satunya cara untuk menjalani hidup sebenarnya.
- Saat terjadi pergolakan/pertengkaran, Janganlah menyebut nama.
- Jangan menilai orang karena dengan siapa mereka berteman.
- Berbicaralah perlahan-lahan, tetapi berfikirlah cepat.
- Ketika seseorang mengajukan pertanyaan, yang anda tidak ingin menjawabnya, senyumlah dan tanya, "Kenapa anda ingin tahu?".
- Ingat bahawa cinta dan kejayaan besar memerlukan pengorbanan.
- Ucapkan "berkat bagimu" ketika anda mendengar orang bersin.
- Ketika anda kalah, jangan lupakan pelajaran yang didapat.
- Hargai diri sendiri; Hargai orang lain; Bertanggung jawab pada semua yang anda lakukan.
- Jangan biarkan pertengkaran kecil merosakkan persahabatan yang besar.
- Ketika anda sadar telah berbuat kesalahan. Ambil langkah segera untuk memperbaikinya.
- Tersenyumlah saat menerima panggilan telefon. Pemanggil akan mendengarnya dari suara anda.
- Habiskan waktu sendirian.
- Kembalilah kepada ALLAH apabila anda tersesat.
Friday
Mayat Berhantu
HATI saya mula rungsing. Mayat yang sedang saya mandikan menyebabkan bulu roma saya tegak, seram, seluruh badan berasa hangat serta tidak tenteram. Bukanlah keadaan mayat yang cuma separuh sahaja itu yang sebabkan saya rasa seram, tapi ada sesuatu yang lain yang saya rasakan ada bersama-sama kami, yang mengganggu kami. Keadaan mayat tersebut memang mengerikan sebab cuma bahagian pinggang kebawah saja yang saya dan kawan-kawan saya uruskan. Mayat yang dalam lingkungan umur 30-an itu dijumpai terapung di dalam laut selepas beberapa hari dicampak ke situ. Baunya memang busuk.
Walaupun demikian sekali rupa mayat tersebut, namun ia tidak menyeramkan saya. Sudah bermacam-macam mayat yang pernah saya uruskan yang lebih dahsyat dan lebih ngeri daripada itu. Tapi mayat yang ini lain macam sedikit.
Semasa memandikan jenazah itu bulu roma saya terus tegak. Tapi saya uruskan juga sambil membaca ayat-ayat suci al-Quran, khususnya ayat kursi, terus saya baca. Berdasarkan pengalaman lepas-lepas, jika begitu perasaan yang saya alami, maknanya jenazah yang saya uruskan bukanlah dari kalangan mereka yang dicintai Allah.
Apabila sudah selesai menguruskannya, kami hantar jenazah tersebut ke kawasan perkuburan.
"Encik, jangan kebumikan dulu jenazah ini, sehingga saya datang ke sini semula," pesan saya kepada penggali kubur. Saya tidak dapat turut serta kerana saya perlu menghantar dahulu juruurus jenazah wanita yang dipanggil satu jenazah.
"Insya-Allah," jawab penggali kubur tersebut. Saya tinggalkan dia tanpa memberitahu kepadanya bahawa mayat tersebut bermasalah. Bagi saya ini perkara aib, tak perlulah saya jelaskan kepadanya.
Selepas menghantar juruurus jenazah wanita, saya balik ke kawasan perkuburan tersebut. Hajatnya untuk sama-sama mengebumikan jenazah berkenaan, namun apaliba tiba di kuburnya, saya tengok ia sudah dikebumikan.
"Tak apalah ustaz. Saya dah kebumikan. Dah selesai," kata penggali kubur tersebut.
"Alhamdulillah. Tak apalah, saya balik dulu."
Namun apabila masuk sahaja ke dalam kereta, saya rasa seperti ada sesuatu yang mengekori. Seolah-olahnya mayat itu ada dalam kereta untuk mengikut saya pulang ke rumah. Perasaan seram kembali semula. Dengan serba sedikit ilmu yang saya tahu, saya cuba halau ‘benda’ itu. Namun saya tahu saya gagal dan ia mengekori hingga ke rumah kerana pada malam itu saya berperang dengannya.
Kira-kira pukul 11 malam, ketika kami sekeluarga hendak tidur, saya mula rasa lain macam. Isteri dan anak saya juga gelisah seperti ada sesuatu yang menggangguperasaan mereka. Perasaan seram kembali datang. Bulu roma saya meremang.
Satu demi satu ayat saya baca dan kemudian hembuskan hingga syaitan itu pergi meninggalkan saya. Biasanya saya gunakan surah al-Fatihah, tiga Qul, ayat Qursi, amanarrasul dan satu ayat lain yang terakhir. Alhamdulillah saya berjaya, tapi tidak lama kemudian, gangguan itu datang kembali. Sekali lagi saya bacakan ayat-ayat tertentu dan hembuskan ke arahnya. Untuk sementara waktu, ia lari meninggalkan saya.
Rupa-rupanya gangguan itu cumalah permulaan. Semakin larut malam, tindakannya semakin agresif. Apabila saya mula hendak melelapkan mata, ia kembali semula dan mencucuk tubuh saya. Saya tersentak dan tidak jadi tidur. Saya lihat sekeliling, tapi tiada apa yang saya nampak kecuali gelap. Saya baca ayat-ayat tertentu dan gangguan itu berhenti seketika.
Memikirkan gangguan itu sudah berakhir, saya cuba melelapkan mata. Namun apabila saya hampir terlena, ia datang semula dan mencucuk pusat saya. Sekali lagi tersentak. Begitulah yang berlaku seterusnya. Punggung dan badan saya dicucuk apabila hendak melelapkan mata. Setelah hampir sejam diganggu, akhirnya gangguan itu terus berhenti. Saya tidur tanpa sebarang gangguan lagi.
Alhamdulillah, itulah sekali saya diganggu oleh syaitan daripada mayat berkenaan. Telahan saya bahawa gangguan tersebut berpunca daripada mayat yang saya uruskan pada siang harinya memang berasas. Sebabnya ialah tidak berapa lama kemudian saya mendapat berita bahawa penggali kubur itu telah sakit selama sebulan. Sejak mengebumikan mayat tersebut, hidup penggali kubur itu mula tidak tenteram kerana diekori oleh ‘mayat’ berkenaan. Apabila dia masuk saja ke pejabat, dilihatnya mayat itu berada di dalam pejabatnya. Apabila dia masuk bilik mandi, di situ juga ada mayat.
Pendeknya ke mana sahaja dia pergi, di bilik tidur, di ruang tamu, di bawah pokok atau di mana sekalipun, pasti dia akan ternampak mayat itu. Akibatnya dia sakit selama sebulan dan meracau yang bukan-bukan. Selepas puas berubat, akhirnya dia sembuh seperti sedia kala. Mungkin ada yang mengatakan cerita saya ini karut, atau sengaja direka, tapi percayalah, ia memang benar-benar terjadi. Bagaimanapun, alhamdulillah, kejadian itu memberi iktibar yang besar kepada saya.
Dari segi syarak, gangguan yang kami alami itu dilakukan oleh iblis menyerupai mayat untuk menakutkan kita supaya kita berhenti daripada menguruskan jenazah. Gangguan seperti ini jangan dilayan kerana menguruskan jenazah adalah ibadah. Saya yakin gangguan yang kami lalui berpunca daripada ilmu hitam yang diamalkan oleh lelaki tersebut. Menurut pendapat sesetengah orang, gangguan seperti itu berlaku kerana lelaki berkenaan membela jin dan syaitan untuk dijadikan khadam melindunginya.
Bagi yang menuntut ilmu kebal, salah satu cara untuk membunuhnya ialah dengan membuang separuh mayatnya ke dalam sungai atau laut dan separuh lagi dibuang di darat. Itulah syaratnya kerana kalau kedua-dua bahagian tubuh itu dibuang di darat, atau kedua-duanya dibuang ke dalam air, ia akan bercantum dan mayat tersebut akan hidup semula. Itulah cerita yang saya dengar, betul atau tidak wallahuaklam.
Nasihat saya, janganlah dituntut ilmu yang bukan-bukan, yang bersahabat dengan syaitan. Dalam syarak, apa ilmu kita tuntut pun kita tak boleh kebal. Malah nabi yang hafaz al-Quran, rasul, tapi dia juga cedera semasa perang. Sebenarnya kita bukannya kebal, tapi dilindungi oleh jin.
Ingatlah, jika kita berkehendakkan sesuatu, bermohonlah kepada Allah. Janganlah salah guna ayat al-Quran. Dan apabila berdoa, jangan berwasilahkan kepada yang lain daripada nabi.

Cerita asal : Ustaz Haron Ibrahim
Tuesday
Cerita di Malam Jumaat
Suatu Cerita di Malam Jumaat sebagai iktibar dan peringatan bersama...
Mata liarku memandang setiap manusia yang berjalan di hadapanku tanpa putus-putus ibarat tali air. Tiba-tiba mataku tertumpu pada sekujur badan, badannya agak luar biasa sehingga aku lupakan manusia-manusia lain disekelilingku dan terus menumpukan perhatian pada orang tersebut. Alangkah terkejutnya memandang orang tersebut kerana rupa-rupanya Allah sedang mengujinya dengan suatu penyakit luar biasa. Aku dapati tangan, kaki dan sebahagian mukanya sembam (bengkak).
Ya Allah betapa besarnya nikmat(kecantikan/kesihatan) yang telah Engkau kurniakan kepadaku serta kepada keluargaku, Engkau kekalkanlah nikmat yang telah Engkau kurniakan kepadaku dan kepada keluargaku sehingga bila-bila itulah doa kesyukuran yang terlintas di dalam hatiku.
Pada masa yang sama aku rasa terharu dan hairan melihat kekuatan (iman) orang itu menghadirkan diri ke masjid untuk sembahyang berjemaah dalam keadaan sakit. Betapa kuatnya iman manusia tersebut dan betapa kasihnya Allah sehingga Dia memilih orang itu untuk datang ke rumahNya walaupun di luar masih ramai yang gagah sihat tidak datang sembahyang berjemaah dan masing-masing menjadikan rumah sebagai surau dan masjid .
Aku diberitahu oleh orang tua-tua bahawa bukan semua orang dapat datang ke masjid melainkan mereka-mereka yang Allah pilih sahaja. Ini dapat ditamsilkan dengan contoh begini bukan semua orang dapat pergi ke istana menghadiri sesuatu majlis melainkan mereka -mereka yang dipilih khas oleh pemilik istana tersebut begitulah keadaan pergi ke masjid bertemu dengan Al-Malikul Mulk. Mengapa Allah membawa orang tersebut di hadapanku? Pada mulanya aku anggap ia sebagai suatu peristiwa yang biasa sahaja tetapi kini aku mendapati bahawa Allah mahu menegurku (Tarbiah) supaya aku beroleh
hidayat.
Bila perutku terasa lapar aku berjalan hulu ke hilir mencari rezeki di luar masjid, tetapi tidak ditemui dan aku balik ke masjid kerana masjid ini ada kantin lalu aku masuk dan menjamu selera. Bila sudah habis ! makan aku bangun hendak meninggalkan ruang tersebut tetapi tiba-tiba tanganku ditarik oleh seseorang dan bila aku menoleh, aku mendapati kawan lamaku, masya Allah tidak sangka aku akan berjumpa dengannya kerana sejak mula aku masuk masjid itu aku teringin sangat hendak jumpanya, puas mataku mencari, bila mataku penat tiba-tiba Allah munculkan dia di hadapanku.
Kami dua duduk berbincang pasal berbagai perkara. Pada masa yang sama tiga orang yang aku tidak kenali juga datang duduk bersama kami dan mula mengambil bahagian dalam apa yang kami bincangkan. Walaupun baru satu minit berkenalan tetapi langsung tidak terasa janggal atau jauh hati seolah-olah kami sudah lama berkenalan. Itulah Allah yang memegang hati-hati manusia dalam sekelip mata Dia boleh membalikkan hati sesiapa yang Dia suka dan dalam sekelip mata juga Dia berkuasa mendekatkan hati sesiapa yang Dia kedendaki. Maha berkuasa Dia ke atas segala sesuatu. Bila rancak berbincang, kawanku dan salah seorang dari tiga orang itu meminta diri meninggalkan kami bertiga kerana pada waktu itu jarum jam telah melebihi pukul 11 malam.
Oleh kerana kami bertiga tiada apa-apa urusan maka kami duduk berbincang juga. Tiba-tiba salah seorang dari saudara yang baru aku jumpa mula ceritakan mengenai pengalaman seorang manusia yang luar biasa. Menurutnya orang ini telah lebih dua bulan terlantar di hospital dalam keadaan koma. Pada masa ini rohnya telah dibawa jalan ke alam akhirat. Dia telah di bawa ke Padang Masyar dan ditunjukkan kaedah penghisaban.
Menurutnya lagi di Padang Masyar ada televisyen serba canggih lebih canggih dari apa yang ada
sekarang (kerana hari kiamat adalah future) dan segala lakonan hidup yang kita lakonkan sepanjang hayat akan ditontonkan kepada semua manusia sejak awal sehingga akhir; tidak kira baik atau buruk, sama ada yang dilakukan di khalayak ramai atau secara sembunyi, tidak kira sama ada di dalam kegelapan atau dalam cahaya; pendek kata tiada suatupun yang akan terlepas dari skrin televisyen tersebut.
Bila aku dengar sahaja tentang skrin televisyen ini dalam hatiku kembali mengingati maksiat, kedurjanaan, kianat dan macam-macam amalan jahat yang telah aku lakukan. Pada masa itu terasa teramat malu pada diri sendiri seolah-olah aku berada di khalayak ramai tanpa seutas benang pun pada badanku, begitulah rasa malu aku ketika aku dengar tentang skrin televisyen itu.
Masya Allah apakah akan jadi kalau hal ehwal aku ketika aku hidup di dunia ini ditontonkan kepada penduduk Masyar, apakah yang mereka akan fikirkan, kalaulah ibubapaku yang menyangka anaknya ini seorang yang baik melihat lakonanku apa yang mereka akan fikirkan tentang diriku ini, kalaulah saudara-saudariku melihatnya bagaimanakah penerimaan mereka terhadapku, kalaulah kawan-kawanku melihat maksiat yang aku lakukan dibelakang mereka dan berlakon sebagai seorang baik di hadapan mereka apakah yang mereka akan fikirkan tentang diriku, apakah yang akan difikirkan oleh orang-orang yang aku pernah tegur dan menyuruh berbuat baik tetapi aku sendiri tidak melakukan kebaikan ................. ya Allah, tolonglah tutup keaiban ku......... janganlah engkau membuka keaibanku di hadapan manusia lain. Inilah doa dan penyesalanku ketika itu.
Kawanku yang seorang lagi seolah-olah mengetahui perasaan kesalku dia memberi kata-kata semangat, dia kata kalau kita tidak membuka keaiban manusia lain dengan memalukan di khalayak ramai di dunia ini, dipadang Masyar nanti insya Allah, Allah akan menutupkan keaiban kita dan Dia akan menghisab kita di belakang tabir tanpa diketahui oleh sesiapapun dan bertaubatlah kata kawanku itu. Menurutnya lagi bukan sahaja orang itu di bawa ke Padang Masyar sahaja malah telah dibawa ke neraka juga untuk menunjukkan betapa azabnya siksa neraka yang telah dilupai oleh kebanyakan manusia dan tenggelam dalam mencari nikmat dunia yang tidak seberapa dengan melupakan Allah.
Dalam hatiku tertanya siapakah orang yang dikatakannya yang berada dalam koma dan diberi peluang oleh Allah untuk melihat kebesaranNya ............ maka sampailah masanya dia memberitahu siapa orang tersebut, dia berkata itulah orang yang bengkak kaki dan tangan yang kami jumpa di dalam masjid.
Soalan aku kini siapakah dua orang yang aku jumpa yang menceritakan akan hal ini kepadaku adakah mereka sama sepertiku atau.....?
Subahanallah. Dalam setiap penciptaan makhluk, Allah telah meletakkan suatu pengajaran kepada manusia seperti saya, tetapi saya yang tidak faham dan tidak mengerti. Kini setiap kali saya teringin melakukan maksiat SKRIN TELEVISYEN PADANG MASYAR yang saya teringat. Ini bukan cerita ciptaan atau khayalan ini adalah cerita benar, sama ada tuan-puan percaya atau tidak terserah pada diri masing-masing............. dan saya masih hairan melihat manusia yang ketawa terbahak-bahak........ sudah lupakah mereka mengenai hisab Yaumal Zalzalah?
Sumbangan : Itaarissa

Subscribe to:
Posts (Atom)