skip to main |
skip to sidebar

Masyarakat Cina di negara ini terdiri daripada pelbagai etnik antaranya ialah Kantonis, Hakka, Hainan dan Hokkien. Setiap etnik ini mempunyai cara masakan yang berbeza. Masakan Cina di negara ini mempunyai rasa yang sedikit pedas kesan daripada pengaruh rakyat berbilang kaum. Antara makanan yang popular di gerai-gerai makanan adalah Char Kway Teow, Mi Wantan , Mi Udang dan Dim Sum.Restoran Masakan Cina:1. Bee Bee Hiong Famous Yong Tau Foo Jalan Bunga Raya, 75000 Melaka2. Restoran Bei Zhan No. 16 & 18 Jalan Melaka Raya 23, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka
Tel: 06-281 26843.Lim Tian Puan No. 251, Jalan Tun Sri Lanang, 75100 Melaka
Tel: 06-282 27374. Restoran Hi Keng No. 110, 111 & 112, Taman Melaka Raya 75000 Melaka 5. Restoran Kengdom No. 147, 148 & 149 Taman Melaka Raya, 75000 Melaka
Tel: 06-282 64096. Restoran Lee No.28&30 Jalan Rama-3, Air Keroh, 765450 Melaka
Tel: 06-231 66027. Restoran Pei Zing No. 655 - 658 G & A, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka
Tel: 06-282 82188. Dragon Inn Food Court PT 817, Jalan Taman Melaka Raya 10, 75000 Melaka9. Newton Food Court 10. Restoran A' Famosa Chicken Rice Ball 11. Restoran Noodle World 12. Restoran Shi Wei Tian

Makanan India terkenal kerana ianya kaya dengan rempah ratus seperti cili, cengkih, kayu manis, jintan putih dan sebagainya. Pelbagai jenis roti yang diperbuat daripada tepung gandum seperti thosai, chapati, naan, roti canai dan idli.
Hidangan daun pisang pasti akan menarik selera ramai orang kerana makanannya dihidangkan di atas daun pisang menggantikan pinggan biasa. Ia memberikan satu pengalaman baru kepada mereka yang ingin mencubanya untuk pertama kali.
Masyarakat India-Muslim terkenal dengan Nasi Briyani dan Mee Goreng. Hidangan lain termasuk kurma, ayam tandoori dan kari kepala ikan.Restoran Yang Menyajikan Masakan India
1. Restoran D’Tandoori House
2. Restoran Chelvi's Curry House
3. Restoran Subaidah
4. Restoran Habeeb Sultan
5. Raja’s Curry House6Restoran Samas
Masyarakat Portugis menggunakan gabungan rempah ratus dalam makanan mereka. Sebagai penambah perisa, jus lemon, asam jawa dan buah masam digunakan untuk memberi rasa yang sungguh nikmat dalam makanan.
Di antara hidangan yang popular ialah Devil’s Curry (kari yang kaya dengan 12 perasa bersama isi ayam atau daging), Garing-garing (snek lazat yang diperbuat daripada ikan dan disajikan bersama sayuran yang dimakan mentah) dan Ikan Bakar Portugis (ikan yang dibakar dan dibalut dengan daun pisang).Restoran Yang Menyajikan Makanan PortugisRestoran Papa Joe No. 18/B, Lot 2, Medan Portugis, Ujong Pasir, 75050 MelakaTel: 06-284 3276Restoran De LisbonNo. 18, Medan Portugis, Ujong Pasir, 75050 MelakaTel: 06-284 8067Celine’s Cafe No. 18A, Medan Portugis, Ujong Pasir, 75050 MelakaTel: 06-292 1384Restaurant Straits Settlement No. 18C, Medan Portugis, Ujong Pasir, 75050 MelakaRestoran Dan Pedro

Kekayaan sejarah dan warisan Melaka tidak hanya menunjukkan keunikan budaya dan kumpulan etniknya tetapi juga turut menunjukkan kepelbagaian makanannya. Kepelbagaian budaya dan latarbelakang sejarah turut menghasilkan antara makanan yang paling diminati di rantau ini. Disebabkan keunikan dan kepelbagaian makanan yang terdapat di Melaka, sudah pasti Melaka merupakan Syurga Makan Sedap dan Enak.
Salah satu makanan yang telah menjadi identiti Melaka adalah ikan bakar yang mudah diperolehi di hampir kesemua tempat di Melaka, terutamanya di kawasan pantai sekitar Pernu, Umbai, Serkam, Anjung Batu, Merlimau dan Linggi. Satu lagi masakan Melayu yang sudah sinonim dengan Melaka ialah Asam Pedas Melaka.
Selain masakan Melayu, makanan Melaka lain yang terkenal adalah Kari Devil dan Ikan Bakar Berempah yang diperkenalkan oleh kaum Portugis. Masyarakat Cina, India, Baba-Nyonya juga terkenal dengan masakan mereka yang penuh keunikan. Walaupun dikenali sebagai sebuah negeri bersejarah, Melaka masih boleh berbangga dengan keunikan dan kepelbagaian masakannya. Kesemua makanan ini boleh dinikmati di pelbagai jenis restoren, gerai-gerai makan dan kedai kopi di seluruh negeri Melaka. Makanan Melayu memang terkenal dengan pedas, yang menggunakan pelbagai kandungan dari bahan-bahan semula jadi seperti cili, serai, halia, santan kelapa dan sebagainya. Masakan tradisional Melayu di Melaka adalah sambal yang diperbuat daripada cili, perisa udang dan perasa lain. Masakan yang paling popular bagi orang Melayu adalah nasi lemak iaitu sajian untuk sarapan pagi.
Nasi Lemak dimasak dengan menggunakan ayam atau daging, kacang tanah, telur rebus dan sambal. Masakan lain yang popular adalah seperti asam pedas (ikan dan sayuran dimasak di dalam kuah asam pedas), rendang, nasi padang dan nasi goreng.
Restoran Yang Menyajikan Masakan Melayu
Restoran Mahligai,
Tingkat Bawah, Bangunan Pusat Penerangan Pelancong, Jalan Kota, 75000 Melaka
Restoran Alihar
19, Jalan Melaka Raya 13, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka
Restoran Amin23, Jalan Melaka Raya 11, Taman Melaka Raya, 75000 MelakaRestoran Ole Rasa 264, Jalan Melaka Raya 3, Taman Melaka Raya, 75000 MelakaRestoran Budi Jaya308, Jalan Tun Ali, 75300 Melaka
Restoran Cahaya Mawar334, Jalan Melaka Raya, Taman Melaka Raya, 75000 MelakaPerkampungan Ikan Bakar Terapung
Umbai Baru, Umbai, 77000 Jasin, Melaka
Medan Ikan Bakar Umbai
Pengkalan Pernu, Umbai, 75600 Melaka
Restoran SubaidahRestoran Lot 35
Restoran Lot 85
Restoran Selera Pandan
Restoran Pelantar Gemilang
Restoran Anjung Muara
Medan Ikan Bakar Pengkalan Balak
Medan Ikan Bakar Anjung Batu
Medan Ikan Bakar Serkam
Medan Ikan Bakar Persatuan Nelayan

Sekiranya anda tiba di Melaka, masakan Nyonya akan membuatkan anda berselera sekali. Ia merupakan gabungan makanan Cina tetapi menggunakan rempah ratus masyarakat India dan herba-herba yang sering digunakan oleh masyarakat Melayu.Rasailah sendiri, barulah anda tahu kehebatannya. Antara hidangan yang boleh dicuba ialah otak-otak (isi ikan), sup itik, laksa lemak (mi dan udang bersama kuah laksa bersantan), jantung pisang, mi siam dan nasi kunyit. Sebagai pembuka selera, anda boleh mencuba sagu Melaka (sagu biji bersama air gula) dan kuih koci (tepung pulut berinti kelapa parut).
Senarai Restoran Yang Menyajikan Makanan Nyonya.
Restoran Ole Sayang
No. 198 - 199 Taman Melaka Raya, 75000 Melaka
Tel: 06-283 1966 / 06 283 3315
Restoran Nyonya MakkoNo. 123, Jalan Melaka Raya,
Taman Melaka Raya, 75000 Melaka
Tel: 06-284 0737
Restoran Seroni Restoran BanyonyaNo. 164, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka
Tel: 06-292 2192
Restoran Bibik NeoNo. 6, Jalan Merdeka, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka
The Peranakan DelightNo. 5, Jalan Laksamana, 75000 Melaka
Restoran Seafarer No. 1516, Batang Tiga, Tanjung Kling, 76400 Melaka
Tel/Faks: 06-315 2693
Restoran Banya Restoran Nyonya SuanNo. 12 & 14, Jalan PM3,
Plaza Mahkota, Bandar Hilir, 75000 Melaka
Tel/Faks: 06-286 4252
Restoran Indah SayangNo. 138, Jalan Melaka Raya, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka
Tel: 06-282 0285
Restoran Manis SayangNo. 618 & 617, Jalan Melaka Raya 10,
Taman Melaka Raya, 75000 Melaka
Tel: 06-281 3393
Restoran Double OceanNo. 73, Jalan Melaka Raya 24, 75000
Melaka Nancy’s KitchenNo. 6, Jalan Hang Jebat, 75200 Melaka