skip to main |
skip to sidebar

Setem merupakan aset yang sangat berharga dari segi kesenian, kewangan dan sejarah kepada yang menghargainya. Penggemarnya akan membelanjakan banyak wang, tenaga dan masa bagi memastikan setem-setem yang jarang ditemui, kerana telah lama tidak diterbitkan, berada dalam simpanan mereka.
Mengikut sejarah, setem dicipta bagi memudahkan bayaran bagi surat dan bungkusan yang dihantar melalui sistem pos milik kerajaan. Oleh yang demikian, ia mempunyai sejarah yang panjang dan berwarna-warni, seindah reka bentuk yang pelbagai. Setem adalah satu wadah yang terbaik dan agak murah bagi merakam peristiwa, alam semulajadi dan tokoh penting dalam sejarah dalam sesebuah negara. Tidak hairanlah, semakin tua usia sekeping setem, nilainya juga bertambah tinggi.
Adalah diharapkan Muzium Setem Melaka ini secara tidak langsung dapat mendedahkan dan menyebarkan pengetahuan mengenai pembangunan, kebudayaan, pelajaran, sukan, flora dan fauna serta pencapaian negara dalam segal bidang kepada orang ramai melalui setem. Selain daripada itu, pengisian yang terdapat di muzium ini diharap dapat menjadi pendorong kepada rakyat di segenap lapisan untuk menghayati dan menghargai warisan sejarah melalui bacaan dan pemahaman terhadap bahan-bahan yang dipamerkan.
Antara objektifnya adalah:
- Memberi kesedaran kepada orang ramai terutama sekali kanak-kanak, mengenai sejarah perkembangan setem di Malaysia dan seluruh dunia.
- Menggalak dan mengembangkan kegemaran mengumpul setem di kalangan rakyat Malaysia.
- Menyebarkan maklumat kepada orang ramai mengenai pelbagai peristiwa bersejarah serta orang-orang yang menempanya sama ada di Malaysia atau di tempat-tempat lain di dunia, yang kesemuanya diabadikan dalam bentuk setem.
Muzium setem bertempat di dataran pahlawan, Bandar Hilir bersebelahan dengan Muzium Rakyat.

Muzium Warisan Baba dan Nyonya Jalan Tun Tan Cheong Lock, Melaka Muzium Warisan Baba dan Nyonya ini terletak di Jalan Tun Tan Cheng Lock atau lebih dikenali sebagai Millionaire’s Row. Bangunan Muzium ini merupakan kediaman keluarga untuk tiga generasi seorang Baba. Reka bentuk rumah lama ini menunjukkan gabungan budaya timur dan barat. Ia dibina pada tahun 1896 dan mempunyai laman dalam terbuka di tengah-tengah rumah tersebut. Perabotnya dibuat daripada rosewood mengikut reka bentuk Cina, British dan Belanda. Rumah ini memaparkan cara kehidupan masyarakat Baba dan Nyonya di Melaka pada penghujung abad ke-19.
Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi:
Muzium Warisan Baba-Nyonya
No. 48 & 50, Jalan Tun Tan Cheng Lock
75000 Melaka
Tel: 06-283 1273
Penubuhan Muzium Islam Melaka adalah bertujuan menjadikannya sebagai pusat pengumpulan, penyelidikan, pemuliharaan dan pameran koleksi bahan yang berorientasikan Islam sejajar dengan peranan Melaka sebagai Pusat Penyebaran Islam di Nusantara suatu ketika dulu dan perkembangan Islam di Malaysia dewasa ini.
Muzium Islam Melaka ditempatkan di bangunan lama Pejabat Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Jalan Kota, Melaka. Rekabentuk dalaman muzium ini berkonsepkan imbasan suasana kegemilangan Islam di Melaka dan Nusantara dengan memaparkan gabungan identiti kesenian Islam secara global dan kesenian Islam di Nusantara khususnya Melaka.
Kaedah pameran dan penyampaian maklumat pula diolah melalui lapan ruang pameran utama yang jelas turutannya dengan tema-tema tertentu. Ini untuk memudahkan para pelawat memahami mesej, perjalanan sejarah dan pengalaman yang ingin disampaikan.
Antara objektifnya adalah:
- Menggambarkan keagungan Islam sebagal Ad-Din dan kecemerlangan ketamadunannya.
- Menggalakkan perkembangan ilmu pengetahuan berteraskan Islam bagi pelawat dan pengkaji serta mereka yang berminat untuk mendalami sejarah dan warisan peninggalan Melaka.
- Memberi gambaran sebenar peranan Melaka sebagai pusat penyebaran dan perkembangan Islam sejak Zaman Kesultanan Melaka serta hubungannya dengan pusat tamadun Islam di Asia Tenggara juga dengan negara India, Parsi, China dan Arab.

Muzium Sastera terletak di bangunan lama Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) iaitu berhampiran dengan Bangunan Stadthuys.
Muzium terulung di Malaysia yang memberikan penekanan kepada sejarah penulisan dan pengkaryaan bermula dari era awal penulisan, Cerita-cerita Rakyat, Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, Hukum Kanun Melaka, Munsyi Abdullah sehingga ke tahap perkembangan Kesusasteraan Melayu Moden.
Bahan-bahan pameran utama terdiri dari lukisan yang menggambarkan peristiwa-peristiwa penting berdasarkan petikan Sejarah Melayu dan bentuk-bentuk hukuman yang dilaksanakan menurut Hukum Kanun Melaka serta koleksi naskah manuskrip asal tulisan tangan dan seluruh pelusuk dunia.
Penghormatan turut diberikan kepada penulisan berbentuk tradisional merangkumi pantun, gurindam, nazam dan puisi. Galeri Sasterawan Negara dan Penulis-penulis Melaka turut merupakan sebahagian tarikan utama untuk pelawat.
Antara objektifnya adalah untuk mempamer dan menggalakkan penghayatan masyarakat terhadap perkembangan dunia sastera dari dahulu sehingga sekarang serta kelahiran tokoh-tokoh kesusasteraan Melayu dengan karya yang bermutu.

Bangunan ini merupakan bangunan Majlis Perbandaran Melaka Bandaraya Bersejarah (MPMBB) sebelum diambil alih oleh PERZIM. Muzium Rakyat yang terletak di aras 1 bangunan ini telah dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 15 April 1992.
Pameran utama muzium meliputi aspek pentadbiran, perumahan, sosial, perindustrian, pelancongan, infrastruktur dan pertanian. Ianya digarap sebegitu rupa untuk menunjukkan penglibatan rakyat dan kerajaan dalam memajukan Negeri Melaka. Kecemerlangan Melaka turut diabadikan dalam 'Pameran Melaka Sedekad' yang dikenali sebagai Muzium Rakyat.
Antara objektifnya adalah untuk mempamerkan pencapaian dan kemajuan Negeri Melaka dalam berbagai bidang ekonomi, politik, sosial, pendidikan, pelancongan, perindustrian dan sebagainya serta hubungan antara kerajaan dan rakyat.
Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi:
Muzium Rakyat
Kompleks Pelancongan, Bukit St. Paul
Banda Hilir, 75000 Melaka
Tel: 06-282 6526
Faks: 06-282 6745
atau
Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM)
Kompleks Warisan
Jalan Kota, 75000 Melaka
Tel: 06-286 6526 / 06-281 1289
Faks: 06-2826745
Melaka History:
> http://www.geocities.com/Heartland/Forest/1891/Melaka/Melaka.htm
> http://www.melaka.net/history1.htm
> http://www.journeymalaysia.com/MHIS_malacca.htm
> http://www.melaka-hotels.com/history.htm
> http://www.malaysia.sawadee.com/malacca/history.htm
> http://www.malaysiasite.nl/malaccaeng.htm
> http://www.sabrizain.org/malaya/melaka.htm
> http://ezinearticles.com/?History-of-Melaka,-Malaysia&id=1295782
Jonker Street:
> http://goseasia.about.com/od/malaysiastopattractions/ig/Images-of-Melaka/Jonker-Street.htm
> http://www.malaysiavacationguide.com/jonker
Melaka Food:
> http://www.shutterspeaks.com/2007/08/07/ikan-bakar-pangkalan-balak-melaka/
> http://eriboy.wordpress.com/2008/02/02/ikan-bakar-muara-sungai-duyong/
> http://www.rasarasa.net/articlePrint.cfm?id=5725
> http://food.malaysiamostwanted.com/venues/bibik-neo-nyonya-restaurant-taman-melaka-raya-melaka
> http://www.malacca.ws/info/dining-restaurant.htm
> http://j-travel.blogspot.com/2008/02/ole-sayang-nyonya-food-restaurant.html
> http://goodfood.fotopages.com/?entry=1018243
> http://www.virtualtourist.com/travel/Asia/Malaysia/Negeri_Melaka/Melaka-1281809/Restaurants-Melaka-BR-1.html
> http://www.tourism-melaka.com/MelakaFoodGuide.pdf
Kampung Buku Malaysia Melaka telah ditubuhkan bermula pada 9 April 2007. Objektif penubuhannya adalah untuk menggalakan masyarakat membaca di samping sebagai salah satu daya tarikan pelancongan ke Negeri Melaka ini.
Lokasi Kampung Buku Malaysia Melaka ini terletak di Taman Botanikal Melaka (dahulunya dikenali sebagai Hutan Rekreasi, Ayer Keroh, Melaka). Dengan kedudukan Melaka yang strategik iaitu di tengah laluan Kuala Lumpur ke Johor Bahru dan mempunyai pintu masuk melalui darat, udara dan laut. Kampung Buku ini mampu menjadi "One Stop Book Centre" yang bertaraf antabangsa.
Kampung Buku Malaysia Melaka ini adalah merupakan yang ke 2 di Malaysia dan ke 5 di Asia serta ke 33 di dunia. Konsep Kampung Buku Malaysia Melaka ini adalah mengambil contoh daripada Kampung Buku Dunia yang terdapat di Berlin, Norway dan Langkawi. Selain itu, penubuhan Kampung Buku ini dapat mengumpul segala buku-buku yang terdapat di serata tempat untuk tujuan pembacaan, rujukan, pengumpulan maklumat serta panduan kepada masyarakat.
Waktu operasi Kampung Buku Malaysia, Melaka
Isnin hingga Jumaat 9.00 pagi - 5.00 petangSabtu dan Ahad 9.00 pagi - 2.00 petang
Sila hubungi:
Kampung Buku Malaysia Melaka Taman Botanikal Melaka Hang Tuah Jaya Lebuh Ayer Keroh, 75450 Melaka Tel : +06- 251 9181 Faks : +06 - 251 9182 Laman Web: www.bookvillage.com.my
Masuk adalah Percuma
Kampung Buku Malaysia, Melaka, ini di uruskan oleh Perbadanan Hang Tuah Jaya. Bagi sebarang kemusykilan, sila gunakan alamat dan no yang tertera seperti berikut :
Perbadanan Hang Tuah Jaya Aras 5,Wisma Negeri, Bandar MITC, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh, Melaka Tel. : 06-232 3653 Faks : 06- 232 4764

Ditubuhkan pada 1 Jun 2006, ia tercetus daripada idea YAB Datuk Seri Hj Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka. Dahulunya Taman Botanikal terkenal sebagai Hutan Rekreasi Ayer Keroh yang mempunyai keluasan 92.5 hektar.
Antara keistimewaan yang terdapat untuk pengunjung ialah :
- Penyediaan kompleks tempat letak kereta
- Pembangunan taman-taman bunga dan kemudahan-kemudahan lain untuk tatapan pengunjung.
- Taman ini merupakan salah satu destinasi pelancongan yang menawarkan kedamaian dan ketenangan.
- Kaya dengan pelbagai spesis tumbuhan.
- Menawarkan pelbagai aktiviti untuk berekreasi dan beriadah sambil menikmati udara segar taman
- 300 spesis flora dan fauna.
Taman - Taman
- Taman Keladi
- Taman Orkid
- Taman Helicornia
- Taman Buluh
- Taman Herba
Taman Mini MALAYSIA
Taman Mini Malaysia, yang boleh dianggap sebagai sebuah taman tema, adalah sebuah tempat yang paling sesuai untuk menyaksikan dan mempelajari tentang keunikan budaya masyarakat dari kesemua negeri di Malaysia.
Tarikan utama taman ini adalah replika rumah-rumah tradisional, yang setiap satunya telah dibina berasaskan senireka dan keunikan setiap rumah tradisional di kesemua 13 negeri di Malaysia.
Di dalam setiap rumah, pelawat akan berpeluang menyaksikan sendiri keindahan kraftangan negeri berkenaan yang digunakan sebagai bahan hiasan di dalam setiap rumah yang dipamerkan. Selain menjadi bahan pameran, kraftangan ini turut menjadi bahan untuk membolehkan pelawat mengenali setiap negeri di Malaysia dengan lebih dekat lagi. Pakaian tradisional turut dipamerkan di dalam beberapa buah rumah untuk tontonan umum.
Walaupun dari pandangan umum semua rumah ini nampak seakan-akan sama, mereka sebenarnya tidaklah serupa kerana setiap satu mempunyai identiti dan keunikan yang tersendiri.
Selain rumah-rumah tradisional ini, pelawat juga boleh menyaksikan pelbagai pertunjukan kebudayaan selain permainan tradisional.
Bayaran Masuk:
Dewasa RM10.00
Kanak-kanak RM5.00
Waktu Operasi:
Setiap Hari 9.00 pagi – 5.00 petang
Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi:
Taman Mini Malaysia/ASEAN,
Lebuh Ayer Keroh, 75450 Melaka
Tel: 06-232 1334
Faks: 06-232 1335
Taman Mini ASEAN
Pengunjung akan dapat mempelajari dan mengetahui dengan lebih terperinci lagi mengenai sejarah dan kebudayaan negara-negara ini dengan melawat setiap replika rumah yang dibina di taman ini.
Pengunjung juga dapat menyaksikan pertunjukan kebudayaan negara-negara Asean yang dipertontonkan kepada pengunjung pada setiap hujung minggu.
Bayaran Masuk:
Dewasa RM4.00
Kanak-kanak RM2.00
Waktu Operasi:
Setiap Hari 9.00 pagi – 5.00 petang
Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi:
Taman Mini Malaysia/ASEAN,
Lebuh Ayer Keroh, 75450 Melaka
Tel: 06-232 1334
Faks: 06-232 1335
Pulau Besar ialah sebuah pulau di luar pantai Melaka. Banyak lagenda dikaitkan dengan pulau ini. Pulau Besar dari jauh kelihatan seperti seorang wanita hamil yang sedang berbaring.
Pulau Besar dikatakan penuh dengan keramat dan mitos yang menjadi daya tarikan pelancong tempatan dan luar negara khususnya bagi mereka daripada keturunan India Muslim Malaysia dan Singapura. Ramai di antaranya datang untuk melawat keramat yang dikatakan kepunyaan Sultan Ariffin Syeikh Ismail. Di sini juga terdapat beberapa kubur lain seperti Makam Tujuh Beradik dan Makam Nenek Kebayan.
Di puncak tertinggi di pulau ini terdapat sebuah Batu Belah yang selalu dikunjungi oleh pelancong. Pulau ini dianggap agak suci oleh orang-orang tempatan dan pelancong dinasihatkan untuk berkelakuan baik apabila berada di pulau ini.
Terdapat hotel dan gerai-gerai yang disediakan bagi pelancong agar mereka dapat menikmati pantai yang cantik dan pemandangan yang indah.




http://www.malacca.ws/puteraisland/
LOKASI :
Terletak di Pulau Besar dengan keluasan 168 hektar dengan keunikan dan keaslian pulau yang masih terpelihara keindahannya. Tempat yang amat sesuai untuk bersantai dan berehat bagi melepaskan kepenatan.
Terdapat juga aktiviti menyelam ke dasar laut dengan kedalaman 10 hingga 20 meter untuk melihat keindahan dasar laut seperti batu karang dan ikan yang berwarna-warni. Pada yang minat aktiviti 'snorkeling', boleh juga menjalankan aktiviti ini untuk melihat karang dan hidupan laut, tetapi penglaman menyelam lebih menyeronokkan dan menakjubkan.
Untuk yang minat bersukan dan aktiviti lasak, anda boleh melakukan aktiviti tersebut di sini seperti 'jungle trekking, island tour, canoeing, beach volleyball' dan sebagainya.
Hanya 20 minit ke Bandar Melaka dengan menggunakan khidmat feri bagi yang ingin membeli belah dan melawati tempat-tempat bersejarah lain di Melaka.
Tempat Meletak Kenderaan Yang Selamat : Anjung Batu, terletak di tanah besar berhampiran pekan Umbai menyediakan kawasan meletak kenderaan yang selamat dan dijaga. Di sini juga letaknya jeti feri untuk ke Pulau Besar (Putera Island).
SATU-SATUNYA :
Bermalam di Putera Island Resort dan alami pengalaman kehidupan tersendiri dengan kesan sejarah. Di Putera Island Resort anda akan merasai kehidupan yang berlainan kerana 'chalet' yang dibina mengikut bentuk tradisional.
Sewaktu santai sambil minum teh di waktu pagi atau petang, dapat dilihat penjaja yang berbasikal atau berjalan kaki melewati kawasan 'chalet' dengan bakul yang penuh dengan nasi lemak dan kuih muih tempatan sambil melaungkan "nasi lemak, nasi lemak" atau "karipap, karipap" untuk memberitahu barangan jajaan mereka kepada anda. Anda boleh memanggil mereka untuk meminta pesanan.
Di Putera Island Resort, bukan sukan atau permainan tradisional sahaja yang disediakan untuk tetamu. Pihak resort juga menyediakan dan akan memberi panduan terhadap setiap sukan atau permainan yang anda gemari.
Datanglah ke Putera Island Resort dan Nikmati Kelebihannya... Dengan layanan Nasi Lemak istimewa dihantar terus ke depan pintu 'chalet' anda di waktu kelesuan tengahari.
Kolam Air Panas Gadek terletak di bandar Alor Gajah, kira-kira 30km dari bandaraya Melaka. Ia merupakan satu destinasi pilihan untuk pengunjung dari dalam dan luar negara.
Dipercayai kolam air panas ini telah ditemui oleh orang kampung di kawasan berkenaan apabila mereka mendapati ramai tentera British mendiami kawasan berhampiran kolam tersebut. Adalah dipercayai bahawa air dari kolam ini mempunyai kuasa menyembuh.
Mereka yang mengidap penyakit kulit adalah disarankan berendam di dalam kolam air panas ini. Dengan adanya kemudahan lain seperti sebuah restoran dan padang permainan kanak-kanak dan sebagainya, Kolam Air Panas Gadek adalah tempat yang sesuai untuk keluarga, samada untuk berekreasi atau untuk mengubati penyakit kulit dan sebagainya.
Taman Rekreasi Air Panas Jasin atau 'Jasin Hot Springs Recreational Park' merupakan satu destinasi istirehat yang perlu dikunjungi sekiranya berada di Kampung Ayer Panas. Kolam yang menyediakan air mineral semula jadi iaitu Air Mineral Suam Tinggi Sulfur Putih Beralkali atau 'alkaline white-sulphur warm springs' menyihatkan seisi keluarga kerana khasiat air mineral boleh mencantikkan kulit, menyembuhkan penyakit kulit dan menghilangkan tekanan.


Berkonsepkan “Perkelahan Keluarga,” pengunjung yang datang boleh membawa bekalan makanan mereka sendiri.
Antara perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan ialah terapi ikan kiss-kiss, menara tinjau, taman permainan kanak-kanak, surau, shower fountains, kolam renang air mineral panas untuk dewasa dan kanak-kanak, kolam aktiviti kanak-kanak, wakaf serta laluan refleksologi.

Bayaran Masuk:Isnin - Sabtu (Dewasa RM5.00 / Kanak-kanak RM2.00)Monday - Saturday (Adults RM5.00 Children RM2.00)
Ahad & Cuti Umum (Dewasa RM6.00 / Kanak-kanak RM3.00)Weekend & Public Holiday (Adults RM6.00 Children RM3.00)
RM1 discount is given to regular customers.
Waktu Operasi (Opening hours):
9.00a.m - 12.00 midnight
Open on Tuesday to Sunday Closed on Monday (except for public holiday)
Taman Rekreasi Air Panas Jasin
Kampung Air Panas,
Mukim Bemban,
77200 Jasin, Melaka, Malaysia
Tun Abdul Ghaffar ialah Ketua Menteri Melaka yang kedua dan yang pertama dipilih oleh rakyat dan mula berkhidmat pada 1 Jun 1959 sehingga 5 Oktober 1967. Tun Abdul Ghafar juga ialah Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 5 Mei 1986, di samping pernah menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar Malaysia pada tahun 1986. Beliau juga merupakan pemimpin yang paling lama berkhidmat dalam kerajaan semenjak terpilih memenangi pilihanraya yang pertama pada tahun 1955.
Tun Abdul Ghafar telah dilahirkan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 18 Februari 1925. Bapanya bernama Baba bin Abdullah, berasal dari Sungai Udang, Melaka dan ibunya bernama Saodah binti Saleh, berasal dari Kampong Bemban, Melaka.
Tun Abdul Ghafar berasal daripada sebuah keluarga yang miskin. Bapanya pernah bekerja sebagai pemandu teksi, penarik beca, pemandu kereta lembu dan penoreh getah. Tun Abdul Ghafar adalah anak yang keenam daripada sembilan orang adik-beradik. Beliau menjadi anak yatim piatu ketika berumur 8 tahun. Semenjak itu, Tun Abdul Ghafar tinggal bersama bapa saudaranya. Tun Abdul Ghafar terpaksa berdikari bagi menampung perbelanjaan hariannya dengan menjadi ‘caddy’, pemungut bola tenis dan penjual kayu api.
Tun Abdul Ghafar sedar bahawa pendidikan amat penting untuk mengubah kehidupannya yang miskin. Beliau mula mendapat pendidikan di Sekolah Melayu, Kuala Pilah, Negeri Sembilan ketika berumur 6 tahun. Ketika berumur 13 tahun, beliau menyambung pelajarannya di Sekolah Melayu Tangga Batu, Melaka.
Tun Abdul Ghafar mula melibatkan diri di dalam UMNO Melaka pada tahun 1951 sebagai anggota biasa. Beliau kemudian dilantik sebagai Setiausaha UMNO Melaka sehingga tahun 1955. Tugasnya sebagai seorang guru tidak menghalang beliau untuk menyumbangkan tenaga bagi menghidupkan UMNO Melaka yang telah lemah akibat penarikan diri Jasmi Abdul Hamid dan pengasas-pengasas UMNO Melaka yang lain. Tun Abdul Ghafar bersama-sama anggota-anggota UMNO Melaka yang lain seperti Hasnol A. Hadi, Haji A. Wahab Hassan, Borhan Md. Yaman dan Abu Samah A. Aziz telah mengadakan ceramah-ceramah penerangan untuk menarik minat orang ramai terhadap UMNO.
Beliau terus menjadi wakil rakyat dengan memenangi beberapa pilihanraya berikutnya iaitu pada tahun 1959, 1964 dan 1969. Dalam tahun 1962, beliau dipilih menjadi Naib Presiden UMNO Persekutuan Tanah Melayu. Pada tahun 1967, beliau telah menjadi ahli Kabinet dan pada bulan Mac 1968 dilantik sebagai Senator merangkap Menteri tanpa portfolio dan Pengerusi FAMA. Walau bagaimanapun beliau meletakkan jawatan pada bulan Mac 1969, sebelum bertanding kerusi Parlimen Kawasan Melaka Luar.
Pada tahun 1976, beliau keluar dari Kabinet apabila Tun Hussein Onn menjadi Perdana Menteri. Namun, beliau aktif semula dan bertanding bagi kerusi Parlimen Jasin pada tahun 1978 dan berjaya mengekalkan kerusi tersebut selama 4 penggal hingga tahun 1995. Pada bulan April 1987, beliau telah berjaya mengalahkan Dato’ Musa Hitam bagi merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO.
Tun Abdul Ghafar bukan sahaja aktif di era politik, malah beliau juga aktif di dalam kegiatan sukarela dan sukan. Beliau pernah menjadi Pengerusi PGA dan ‘Lawn Tennis Association’ mulai Disember 1984, Presiden ‘Asian Tennis Circuit Council’, Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Melaka, Pengerusi ‘Merdeka Scholarship Fun Committee’ dan Bekas Presiden Bulan Sabit Merah Melaka.
Tun Abdul Ghafar telah berkahwin dengan Toh Puan Hajah Asmah bte Alang dan dikurniakan dengan sepuluh orang cahayamata. Kemudian beliau bertemu jodoh dengan Toh Puan Haryati bte A. Rahim dan dikurniakan dengan seorang cahayamata.
Pingat darjah kebesaran yang pernah diterima oleh Tun Abdul Ghafar adalah anugerah kehormat Doktor Undang-Undang oleh Universiti Sains Malaysia pada 27 Julai 1985, anugerah ‘Bapa Perpaduan’ oleh Pemuda UMNO Kota Melaka pada tahun 1987, ‘Malaysian Institute of Management Honorary Fellowship Award’ pada tahun 1988, anugerah ‘Bapa Yang Disayangi’ oleh Persatuan Telegu Malaysia pada tahun 1990, pingat kebesaran S.S.M. yang membawa gelaran ‘Tun’ pada tahun 1995 dan anugerah ‘Tun Abdul Razak Foundation National Award’ pada 19 Mac 1998.
Atas hasrat untuk mengembalikan ingatan dan sebagai mengenang jasa sumbangan Allahyarham, Kerajaan Negeri Melaka melalui Perbadanan Muzium Melaka telah menjadikan kediaman beliau di Bukit Peringgit sebagai Galeri tun Abdul Ghafar bin Baba dan mula dibuka kepada orang ramai pada 2006.
Negeri Melaka sememangnya dikenali sebagai salah sebuah destinasi pelancongan yang terunggul di Malaysia. Negeri Melaka begitu kaya dengan warisan budayanya yang tersendiri, tempat-tempat bersejarah untuk dilawati dan pastinya untuk makanannya yang begitu enak dan unik yang disumbangkan oleh kepelbagaian budaya yang menetap di sini.
Slogan Melaka “Melawat Melaka Bersejarah Bererti Melawat Malaysia” secara ringkas sudah dapat memberi gambaran apa yang dapat disajikan kepada pelancong oleh penduduk berbilang kaum di sini. Kelainan ini meletakkan Negeri Melaka sebagai salah sebuah destinasi pelancong yang terbilang di rantau Asia.
Cara yang terbaik untuk bersukaria dan menghayati bandar Melaka ialah dengan berjalan perlahan-lahan sambil duduk berehat. Walaubagaimanapun, sekiranya anda inginkan sedikit kelainan, anda boleh menyewa beca yang akan membawa anda melalui jalan-jalan dan lorong-lorong di pusat bandar bersejarah ini yang selalunya akan tertinggal sekiranya anda mengambil keputusan untuk berjalan sendiri. Beca ini boleh disewa mengikut jam ataupun mengikut jarak perjalanan dan ia berpengkalan di The Stadthuys.
Kadar tambang yang biasanya dikenakan oleh pengusaha beca untuk perjalan pergi-balik dari The Stadthuys ke Kota A’Famosa adalah RM10 untuk sebuah beca.
Menaiki Kereta Lembu Menaiki kereta lembu tradisional Melaka adalah satu aktiviti yang tidak sepatutnya ditinggalkan oleh pengunjung ke Melaka kerana ia dapat memberikan satu kepuasan yang amat berbeza.
Kereta lembu yang merupakan kenderaan pengangkutan utama di Melaka suatu ketika dahulu, adalah lain dari kereta lembu yang ada di negeri lain. Kereta lembu tradisional Melaka dihiasi dengan perhiasan yang beraneka warna dan mempunyai bumbung yang sama bentuknya seperti tanduk lembu.
Perkhidmatan kereta lembu ini seringkali menjadi tumpuan orang ramai dan ini terbukti dengan kehadiran pengunjung yang ramai, yang sabar menanti giliran untuk menaikinya.
Walaupun jarak perjalanan adalah pendek, pengalaman yang diperolehi adalah sesuatu yang amat berharga.

Zoo Melaka, yang terletak di Ayer Keroh, adalah salah satu tempat tarikan utama pengunjung berikutan kedudukannya yang strategik, iaitu di Lebuh Ayer Keroh, jalan utama yang menghubungkan Melaka dengan Lebuhraya Utara-Selatan.
Zoo ini dianggap sebagai salah sebuah zoo yang tertua di Malaysia dan ianya menjadi kediaman pelbagai spesies binatang yang kini diancam kepupusan.
Antara binatang yang boleh didapati di zoo ini termasuklah Panda Merah, binatang dari keluarga panda tetapi berlainan dari panda yang sering dikaitan dengan simbol negara China.
Selain dari menyaksikan binatang yang dikurung di dalam kandang, pengunjung juga boleh menikmati keseronokan menaiki gajah atau kuda, yang mana sering menjadi kegemaran pengunjung muda zoo.
Tarikan lain di Zoo Melaka adalah taman mini safarinya di mana pengunjung boleh berjalan di sepanjang titian kayu untuk menyaksikan binatang dari jarak dekat. Buat masa ini, terdapat kira-kira 80 binatang dari 16 spesies yang dibiarkan bebas dalam kawasan safari seluas 1.5 hektar ini.
Persembahan Pelbagai Haiwan:
- Isnin - Khamis (11 pagi - 2 petang)
- Sabtu , Ahad dan Cuti umum ( 10 pagi - 11 pagi) (2 petang - 3 petang)
Interaksi Bersama Gajah:
- Bergambar bersama gajah menggunakan kamera individu : RM 2.00
- Memberi gajah makan : RM 2.00 (11.00 pagi - 12.00 tengahari dan 4 petang - 5 petang sahaja)
Menaiki Kuda/Gajah:
- Dewasa RM2.00
- Kanak-kanak RM1.00
10.00 pagi hingga 12.00 tengahari dan 2.00 petang hingga 4.00 petang
(Sabtu, Ahad dan Cuti Umum Sahaja)
"Free-Ranging" Orang Utan
- Isnin hingga Ahad (kecuali Jumaat)
- 9.00 pagi - 5.00 petang
Waktu Operasi:
Setiap Hari 9.00 pagi – 6.00 petang
Zoo Malam
Bagi pengunjung yang tidak mempunyai aktiviti pada waktu malam, bolehlah berkunjung ke Zoo Malam pada waktu berikut:-
- dibuka pada : setiap Jumaat dan Sabtu, sehari sebelum cuti umum dan cuti sekolah
- masa operasi : 8.00 malam hingga 11.00 malam
Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi:
Zoo Melaka
Ayer Keroh, 75450 Melaka
Tel : 06-232 4053/ 4054
Faks: 06-232 5859
Taman Buaya Melaka mempunyai kira-kira 100 spesies buaya dari serata dunia yang dipelihara dalam suasana yang hampir menyamai habitat semulajadi mereka.
Pengunjung juga boleh menyaksikan persembahan dan pertunjukan yang dipersembahkan oleh penjaga buaya ini pada setiap hari Sabtu. Pertunjukan yang mendebarkan ini pasti akan membuatkan anda tidak senang duduk.
Terdapat juga satu bahagian di taman ini yang dikhaskan untuk pemeliharaan lebah madu. Walaupun lebah secara amnya tidak akan mengganggu manusia, pengunjung di nasihatkan supaya berhati-hati apabila melintasi kawasan tersebut.
Tarikan lain di taman ini termasuklah rumah hantu dan pelbagai kemudahan rekreasi yang lain.
Waktu Operasi:
Setiap Hari 9.00 pagi - 6.00 petang
Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi:
Taman Buaya Melaka
Pusat Pelancongan Ayer Keroh
Ayer Keroh 75450, Melaka
Tel: 06-232 2349 / 232 2350
Faks: 06-231 9136
Muzium Pemerintahan Demokrasi ini terletak bersebelahan Bukit St Paul adalah salah satu dari lima buah muzium yang membentuk Kompleks Muzium Stadthuys.
Muzium ini adalah satu tempat yang paling sesuai untuk mempelajari tentang sistem pemerintahan Malaysia dari zaman Kesultanan Melayu Melaka sehinggalah kini.
Ia juga turut memberi fokus kepada beberapa orang pejuang kemerdekaan ternama negara seperti Syarif Masahor, Yamtuan Antah Seri Menanti, Rentap, Dato’ Bahaman, Tok Janggut dan sebagainya.
Untuk mereka yang berminat tentang sejarah negara, muzium ini turut memaparkan sejarah penentangan penjajah dan Malayan Union pada tahun 1946, perjuangan menentang insurgensi komunis semasa zaman Darurat (1948 - 1960) dan kemerdekaan negara dari penjajahan British.
Salah satu bahan pameran yang boleh dianggap menarik adalah keputusan lengkap semua pilihanraya umum yang pernah diadakan semenjak dari pilihanraya pertama pada tahun 1955.
Pengunjung ke Melaka tidak harus melepaskan peluang melawat muzium ini kerana ia bakal memberikan maklumat dan pengetahuan berguna tentang Malaysia, tentang bagaimana ia mencapai kemerdekaan dan tentang bagaimana ia ditadbir hari ini. Muzium ini dibahagikan kepada dua tingkat yang mempamerkan pelbagai artifak dan maklumat berguna.
Antara tema pameran termasuklah:
- ciri demokrasi dalam pemerintahan Kesultanan Melayu
- sistem politik dunia
- gerakan anti-penjajah
- sistem pentadbiran British
- pendudukan Jepun di Tanah Melayu
- Malayan Union
- menguatkan bidangkuasa kerajaan tempatan
- parlimen sebagai simbol demokrasi
- pembentukan Malaysia pada tahun 1963
- pilihanraya - asas demokrasi
- pencapaian demokrasi di Malaysia
Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi:
Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM),
Kompleks Warisan Melaka,
Jalan Kota, 75000 Melaka.
Tel: 06-282 6070 / 282 6526 / 281 1289 / 281 4872
Fax: 06-282 6745
Muzium Orang Asli terletak bersebelahan Taman Buaya, Air Keroh Melaka. Muzium ini telah dibuka kepada orang ramai pada 3 Februari 1997. Muzium ini mengkhusus kepada memperagakan bahan dan peralatan harian suku kaum asli seperti Senoi, Jah Hut dan Mah Meri.
Terdapat lebih 5 buah galeri dan tema dipaparkan di Muzium ini seperti kaedah-kaedah menangkap ikan, peralatan pertanian, ruang dapur dan bilik tidur serta senjata-senjata yang digunakan. Antara bahan tarikan ialah peralatan di rumah, alat pemburuan, upacara sewang dan sebagainya. Muzium terbaik untuk memperkenalkan corak hidup dan kepercayaan masyarakat yang menyimpan seribu satu misteri.
Muzium Orang Asli pada awalnya terletak di dalam Hutan Rekreasi Ayer Keroh di bawah pengawasan jabatan Perhutanan sebelum dipindahkan ke sebuah tapak baru bersebelahan Taman Buaya oleh Perbadanan Muzium Melaka pada Disember 1996 bagi meningkatkan sambutan orang ramai. Muzium ini diadaptasikan dari replika rumah orang asli yang terdapat di negara ini.
Antara objektifnya adalah:
Untuk mempamerkan warisan serta sosio-budaya masyarakat orang asli khususnya di negeri Melaka dan Malaysia amnya.
Mempamerkan cara hidup serta alat-alat yang digunakan sebagai keperluan harian antaranya ukiran patung, pakaian, alat memasak dan sebagainya.
Memelihara dan menjaga warisan budaya serta pusaka orang asli yang kian pupus ditelan arus pembangunan.