Tapai Pulut
1 kg pulut (rendam semalaman)
1 biji ragi tapai
2 sudu gula
Pulut di kukus sampai lembut dan sejukkan. 1 sudu gula taburkan atas pulut, kemudian parutkan ragi di pulut (1/2 sahaja). Terbalikkan pulut, taburkan baki gula dan parutkan baki ragi tadi. Masukkan dalam periuk dan bungkus dengan kain biasa. Tapai akan menjadi dalam 3 hari.
Sekadar Petua : Untuk mengelak tapai menjadi kuning atau tak menjadi (masak), masa meragi elok buat di tempat tak ramai orang lalu lalang. Mesti bersih luar dan dalam (org perempuan). Jangan marah-marah, senyap dan sentiasa senyum. Buat dalam bilik lagi elok dan jauhkan dari segala bentuk asam.