Wednesday

CERPEN : Kau Pergi Jua

KAU PERGI JUA

"Man…baju ni cantik tak?" suara Ida dengan lembut. Dia menanti jawapan dari Azman. Tiada suara yang membalas pertanyaan nya. Dia menoleh dan mengerut kan dahi nya.

"Man! Dengar tak Ida cakap ni?" sergah Ida.

"Sayang…baju ni cantik.. Man dengar la.. jangan la nak sergah orang macam tu.."

"Habis kenapa diam je?pandang Ida macam tu ada apa yang tak kena ke?" Kata Ida sambil membelek wajah nya di cermin.

"Salah ke kalau Man nak tengok buah hati Man?" Mata nya tajam melihat keayuan wajah kekasih yang dicintai. Ida menunduk malu dan terus berlalu pergi. Azman yang menyedari Ida tiada lagi di depan nya, hanya mengekori Ida dari belakang. Tangan Ida di pegang dengan erat seolah-olah tidak mahu dilepas kan, Ida terkedu dan hanya mampu mebalas genggaman itu tanpa bersuara. Sikap Azman begitu berbeza semenjak dia mengetahui akan penyakit yang Ida alami. Memang dari dulu Azman seorang yang mengambil berat, tetapi kini sikapnya cukup berlainan…

"Ida.. kita pergi makan kat sana nak? Perut Man lapar lah.. dah bergendang dah ni.." kata Azman sambil tersenyum.. Ida hanya mengangguk kan kepala nya tanda setuju. Sampai sahaja di tempat makan, Azman mengeluarkan keluhan yang berat. Ida hairan.. 'dia letih agak nya'.. bisik hati Ida. Azman memesan makanan untuk mereka berdua. Sambil menunggu Ida sempat menatap wajah kekasih nya. Dia tersenyum.

"Kenapa senyum sorang-sorang ni? Ida senyum kat Man ye?"

"Hmmm tak lah, Cuma Ida rasa lucu bila tengok Man lapar… Man, terima kasih"

"Hm... untuk apa?" tanya Azman penuh persoalan. Ida terus tersenyum tanpa jawapan sehinggalah Azman menghantar nya pulang.

"Ida.. Man masih tak faham tentang ungkapan terima kasih yang Ida lafazkan tadi."

"Tak ada apa lah Man…" cuaca sejuk menggigit tubuh kecil Ida. Ida meminta izin untuk masuk ke dalam rumah. Baju sejuk tebal nya tidak mampu menahan kesejukan yang melanda. Sejuk jugak dekat Jepun ni bentak hati Ida. Azman mendekati Ida dengan pandangan yang penuh makna. Tanpa disedari Ida sudah pun berada dalam dakapan tubuh sasa itu.

"Ida.. jangan tinggalkan Man.. Man akan menemani Ida sehingga nafas mu yang terakhir" bisikan itu cukup menyentuh hati Ida. Ida meleraikan dakapan nya.

"Man, Ida sayang kan Man.." hanya itu ungkapan yang terlafaz di bibir nya.. Dia melangkah kan kaki nya masuk ke dalam rumah dan melemparkan pandangan yang cukup bermakna buat insan yang di kasihi. Terlerai sahaja genggaman itu, Azman melabuh kan punggung nya ke dalam perut kereta. Azman tersenyum melihat gelagat kekasih nya yang kesejukan. Kereta itu berlalu dan waktu itu terasa sunyi dan sepi.. Tak sampai lima minit sudah terasa rindu untuk melihat kekasih nya.. dia tersenyum sendirian dan berlalu pergi…

"Azman menhembas kan diri di katil empuk nya.. hanya keluhan kecil yang terkeluar. Dia mendongak ke atas sambil memikirkan masa akan datang. Berbagai persoalan yang timbul dalam benak fikiran nya. Masih teringat akan peristiwa semasa kali pertama dia bertemu dengan kekasih nya itu…

" Excuse me, I think you got the wrong book" Azman menoleh lantas membelek buku yang di beli nya. Sah, memang salah buku…dia mengeluar kan buku itu.. Komik. Kening nya berkerut.

"Ermm this is your book?" Dia menunjukkan buku itu ke arah gadis di depan nya. Gadis itu mengangguk dan tersenyum.

"Terima kasih…nasib baik sempat saya kejar awak.. kalau tak melepas saya nak baca komik tu." Dia mengambil sambil tersenyum.

"Erk…awak baca komik ke?" terketar suara Azman.

"Salah ke saya nak menghibur kan hati saya… lagi pun ni salah satu hobi saya.. anyway, thanks sebab pulangkan buku ni pada saya.. and ini buku awak…ok.." riang sungguh suara nya.. Azman terkedu melihat wajahnya yang ayu dan sedikit nakal. Dia hanya mampu tersenyum dan membiarkan gadis itu terlepas begitu sahaja. Tidak di sangka langsung pertemuan mereka kali pertama bukan berakhir di situ, mereka bertemu untuk kali ke dua. Azman memandangnya tanpa berkelip. Ekoran matanya kali ni tidak akan terlepas. Dia mengekori tubuh kecil gadis itu di celah-celah orang yang ramai.

"Erk… maafkan saya." Azman cuba bersuara.

"Ye saya.. eh awak! Awak buat apa kat sini? Shopping ke? Banyak beli barang?"

"Sebenarnya saya ikut awak dari tadi lagi.."

"Hm... Awak ikut saya? kenapa? ada tertukar barang ke?" bertubi-tubi soalan itu.

"Eh tak.. saya cuma nak tahu komik apa yang awak baca hari tu ye?" kata Azman. Ish kenapa susah sangat nak tanya nama? Apa kena kau ni Man? Sekarang lah masanya. Azman memarahi diri nya.. hati nya bentak.

"Oh.. itu ke.. erm nama komik tu Naruto. Eh..! saya dah lambat ni…ada hal lah.. anyway this is my card.. kalau apa-apa call je…" Dengan mesranya dia mengeluarkan kad itu dan berlalu pergi. Azman melihat kad itu.. Nur Iman Hidayah, Accounting rupanya dia ni.. bisik hati kecil Azman.

Semenjak perkenalan mereka kali kedua itu Azman cuba berani kan diri untuk mengenalinya dengan lebih rapat lagi.. Sehinggalah mereka berdua diputuskan menjadi sepasang kekasih. Disaat itu Azman merasakan diri nya begitu bahagia…Begitu juga dengan Ida. Walaupun penyakit ida menjadi halangan untuk mereka berdua terus bersama, Azman tetap menemani Ida di sisi walau dalam keadaan apa sekali pun. Semangat untuk kekasihnya diberikan tidak putus-putus. Memang pada mula nya Ida hampir putus asa, tetapi ketabahan menjadi benteng untuk nya menerus kan kehidupan. Kasih sayang yang erat antara Azman dan Ida meberi semangat untuknya berjuang.

"Telefon berdering mematikan lamunan nya. Azman terus bangun dan melihat di skrin telefon bimbit nya. Doktor Fikri bisik hati nya.

"Assalamualaikum Doktor…"

"Waalaikumusalam. . Man, minta maaf lah kalau saya menganggu. Saya nak minta awak nasihatkan Ida.. tolong lah jalani pemeriksaan untuk mengetahui tahap kritikal penyakit dia…saya call dia tapi dia membantah…"

"Bantah? takpe la Doktor nanti saya cuba nasihat dekat dia… ermm macam mana dengan laporan hari tu?"

"Laporan hari tu menunjukkan kesan yang negatif… penyakit dia makin melarat… hanya awak sahaja yang boleh beri semangat untuk dia…" Kata Doktor Fikri.Azman terkedu dan terasa diri nya tidak berpijak di bumi yang nyata.

"Baiklah… apa-apa pun saya cuba nasihat kan dia… Assalamualaikum."Salam Azman di jawab.

Azman termenung seketika. Apa yang perlu dia buat kini hanya berdoa kepada Allah supaya diberi kan ketabahan kepada kekasih nya. Dia terus bangun membuka jendela menghirup udara malam di Jepun… rindu nya pada keluarga di Malaysia semakin menebal. Semenjak kehilangan kedua orang tuanya, Azman semakin tabah tambahan lagi kekasihnya sendiri akan pergi untuk meninggalkannya… Ya Tuhan ku, ringankanlah dugaan Mu kepada hamba Mu yang lemah ini, berikanlah aku ketabahan dalam menghadapi onak dan duri dalam hidup ku…. Rintih hati kecil nya.

Tugasnya di Jepun akan selesai dalam 2 minggu dari sekarang. Ida pula terpaksa menunggu lebih lama kerana tugasnya memakan masa lebih darinya. Tiba-tiba lamunannya mati begitu sahaja setelah telefon bimbit nya berdering.

"Assalamualaikum… Man tengah buat apa tu? mengelamun yeee"

"Waalaikumusalam… tak buat apa, Cuma tengah fikirkan Ida yang keras kepala ni.."

"Eh, apasal pulak ni.. Ida ada buat apa-apa ke.."

"Sayang… minggu depan kita ke hospital ye." lembut suaranya cuba memujuk. Namun tiada suara di hujung telefon.

"Man… minggu depan Ida sibuk la.. client dari Perancis nak datang…. kita pergi lain kali la ye."

"Tapi bila? Ida kena pergi… Man tak nak Ida buat beribu alasan semata-mata nak elak dari melihat kenyataan… Man sayangkan Ida"

"Man.. bukan itu maksud Ida… Ida tau Man sayangkan Ida, tapi Ida terpaksa Man… Ida janji, bila Ida free kita pergi ok." Katanya seakan memujuk

"Kalau itu keputusan Ida, Man ikut.. tapi ini janji… jangan nak mungkir janji pulak… Ok, Man nak masuk tidur ni… esok Man ada important meeting… Ida jangan lupa makan ubat ye.."

"Ok… Assalamualaikum…" salamnya di jawab dengan manja…Man melepaskan keluhan yang berat. Tanpa memikirkan apa-apa mata nya terus terlelap…. Suria yang bersinar di Negara matahari terbit itu menyedarkan Azman yang sedang lena diulit mimpi. Perkara pertama yang di fikirkannya hanyalah Ida. Janji Ida masih bermain di dalam fikirannya. Bukan memaksa tetapi inilah kebaikan untuk dia supaya melihat sendiri laporan itu. Langkahnya di percepatkan setelah selesai berdandan.

Jam di tangan dilihat nya. Masih terlalu awal untuk ke Universiti. Barangkali pensyarah yang lain masih belum sampai. Azman menghidupkan enjin kereta yang entah ke mana hala tuju.... seperti biasa selepas enjin kereta di hidupkan Azman akan memasang kaset yang di rekodnya melalui beberapa lagu… setiap lagu yang di rekod adalah dari penyanyi yang berbeza… Azman memang sukakan lagu-lagu yang slow dan romantik.. baginya lagu-lagu begitu dapat menenagkan hatinya jika dalam keresahan atau kebingungan…

Bagaimana harus aku menjalani hidup ini Ya Allah, mengapa semua ini berlaku pada aku yang sememangnya tidak layak untuk menerima ujian Mu yang seberat ini. Hati seorang kekasih merintih pada Mu agar Kau mengambilnya dalam keadaan orang yang beriman. Berikanlah aku ketabahan, kesabaran dan kekuatan…. Hatinya merintih sedih. Sepi terasa… Azman bersandar di kerusi keretanya, berbagai persoalan bermain di dalam kepala. Deringan telefon bimbit memecah segalanya.

"Hello, Assalamualaikum."

"Man... you ada kat mana? please… Ida sedang tenat you must come right now!" telefon bimbit dimatikan.. keretanya memecut laju. Dadanya berdebar-debar, terasa ingin terbang semahu-mahunya. Azman semakin hilang kawalan, dalam kepalanya hanya memikirkan keadaan Ida. Sebaik sahaja sampai, langkah kakinya semakin laju. Jantungnya semakin berdegup kencang.

"Ida, mana Ida? saya nak jumpa dia doktor…" manik jernihnya tidak dapat di tahan lagi. Akhirnya tumpah jua, mengalir dipipi. Sebak dan sedih… semua perasaan bercampur baur…

"Ya Allah Man… bawa bersabar, jangan kau terburu-buru macam ni… bawak bersabar.." tegah Doktor Fikri.

"Excuse me sir, this is for you…" manis suara gadis Jepun di depannya. Azman melihat sebuah diari biru di genggam erat. Dairi itu, Ya.. inilah diari yang dia hadiahkan untuk Ida buat pertama kali hari lahirnya. Azman terduduk dan menangis tersedu-sedu seperti kanak-kanak yang kehilangan ibunya. Diari biru itu di genggam erat. Hati nya terasa sebak dan mengharapka agar Ida sempat berjumpa dengannya sebelum menghembuskan nafas yang terakhir. Azman menyelak satu per satu diari itu dan mengamatinya dengan teliti. Semuanya berkenaan dengan penyakitnya dan juga pertemuan antara mereka berdua. Tarikh pertemuan yang pertama juga di nyatakan.

8.00 pm 20 May 2001
Seronok, entah apa yang nak di katakan lagi. Azman, itu lah lelaki pertama yang berani menegur ku. Orangnya sederhana dan tak berlagak. Caring and loving… Kali kedua kami keluar bersama. Buat pertama kali lelaki yang aku kenal suka pada teddy bear… lucu juga.. tapi he is very nice.

2.35 pm 28 May 2001
Hari ni aku pergi ke hospital untuk checkup… Ahhh, semua nya berlaku dengan pantas.. aku tidak menyedari apa yang telah berlaku. Laporan tentang penyakit aku semakin teruk.

Azman meneruskan pembacaannya satu per satu. Daripada satu muka surat sehingga satu muka surat yang lain. Air mata nya masih lagi mengalir perlahan. Menunggu dan terus menunggu.. keadaan Ida masih lagi sama. Tiada perubahan. Untuk sementara tiada sesiapa yang boleh melihat Ida. Matanya dialih kembali ke muka surat seterusnya. Tiba-tiba matanya terpaku di situ, di mana tarikh pembedahan yang akan di jalankan.

"Man, Ida dah sedar…awak boleh lihat dia sekarang.." Kata doktor Fikri. Azman menggenggam erat jemari kekasih yang disayangi. Memberi semangat dan ketabahan untuk melawan penyakit itu.

"Ida… Man minta maaf.." bergetar suaranya. Ida hanya tersenyum.

"Man.. man tak buat apa-apa salah…. sepatutnya Ida yang minta maaf dari Man… di sebabkan Ida, Man tak pergi kelas… kesian budak-budak tu.. tak pasal-pasal kelas di batalkan… Ermmm Man, kenapa kita ditemukan ye? Ida tak sanggup tengok Man macam ni.. Man terlalu baik…"kata-kata nya terhenti di situ.

"Ida… Man tak pernah menyesal ditemukan dengan Ida. Malah Man bersyukur kerana Man mempunyai seorang kekasih yang tabah dan juga berani…"

"Tapi Man… Ida akan pergi tinggalkan Man… Kita tak dapat bersama seperti orang lain… Man… esok dia orang akan cek tulang sumsum Ida… Ida takut."

"Apa yang Ida nak takutkan, kalau Ida berpegang pada ketabahan dari Allah… Ida tak kan rasa semua tu. Man tau benda tu sakit.. tapi sabar lah ya, hanya itu cara nya. Takpelah, Ida rehat dulu ya, Man nak jumpa doktor Fikri.." Kata-kata nya terhenti di situ dan melangkah kakinya keluar. Dibiarkan Ida rehat secukupnya. Laju sahaja langkah kakinya menuju ke bilik Doktor Fikri. Matanya terintai-intai kalau-kalau kelibat Doktor Fikri ada di situ. Belum sahaja sempat dia mengetuk pintu, Doktor Fikri sudah terjembak di depan mata nya.

"Saya ada hal nak cakap dengan doktor."

"Ok.. kenapa Man.. berkenaan dengan Ida ke?" Azman menganggukkan kepalanya.

"Doktor, macam mana barah tu boleh merebak dengan cepat?"

"Begini Man, Bila kasusnya parah, transplantasi sumsum tulang kadangkala dibutuhkan. Tulang marrow yang sihat bila di transplantasi di badan membantu membangun jaringan yang rosak oleh perawatan. Kesuksesan dari transplantasi sumsum tulang membutuhkan pemasangan tepat dari karakteristik darah.

"Kemudian?" soalnya lagi

"Sebuah alternatif dari transplantasi sumsum tulang adalah transplantasi darah tali pusat dengan menggunakan sel dari tali pusat untuk menggantikan sel yang rosak oleh terapi leukemia. Proses darah tali pusat mempunyai kelebihan dibandingkan dengan transplantasi sumsum tulang kerana sel-sel darah tali pusat belum diprogram untuk menyerang jaringan asing. Proses ini telah berhasil digunakan .Potensi keberhasilan di antara orang dewasa tidak begitu pasti kerana sebuah tali pusat hanya mengandungi satu per sepuluh jumlah sel yang biasanya dipasok oleh transplantasi sumsum yang biasa."

Azman mengeluh berat… hatinya merintih sedih mendengar penjelasan yang begitu lengkap oleh doktor Fikri… Apa yang patut di lakukan hanya lah berdoa dan bertawakal kepada nya agar di beri penawar untuk penyakit Ida. Azman bangun lalu beredar. Telefon bimbit nya berdering mematikan lamunan nya seketika.

"Hello…"

"Assalamualaikum…Tengku apa khabar?" Azman terkejut mendengar suara Bondanya sudah lama dirindui.

"Tengku sihat alhamdulillah… Bonda sihat?"

"Alhamdulillah sihat… ermmm macam mana dengan Ida? Dia sihat ke? Bonda rindu kan dia.. bila Tengku nak bawa balik Ida jumpa Bonda?"

"Maafkan Tengku Bonda kerana tak bagi tahu pada Bonda akan hal ni.. sebenarnya Tengku ada di Hospital sekarang… Ida sakit lagi Bonda.. Tengku tak tahu nak buat macam mana… Bingung..."

"Apa Ida masuk hospital? Kenapa tak bagi tahu pada Bonda? Macam ni lah Tengku... Bonda akan ambil penerbangan ke Tokyo sekarang, jumpa Bonda di lapangan terbang ya…"

"Baiklah... Kalau Tengku tak sempat, Tengku akan hantarkan wakil di sana.. Assalamualaikum..." Tanpa berlengah lagi Tengku Zaharah terus mengambil tiket untuk penerbangan ke Tokyo bersama-sama dengan anak sulong nya Tengku Shahril Azlan. Mereka berdua bergegas ke sana kerana bimbang jika berlaku sesuatu yang lebih berat kepada kedua orang yang mereka sayangi.

Azman duduk termenung sambil mendongak kan kepala nya ke langit... Manik-manik jernih bertamu di pipi. Ya Allah, Bantu lah hamba Mu ini... berikan lah ketabahan buat Ida dan juga dir ku... Sesungguhnya ujian yang menimpa kami berdua adalah talbiah dari Mu Ya Allah... Kurniakanlah Innayah Mu…tempatkan kami berdua di bawah rimbunan rahmat Mu Ya Allah.. Sesungguhnya memang inilah lumrah kehidupan di mana setiap yang datang akan pergi jua… tetapi Ya Allah, turunkanlah mukjizat Mu untuk selamatkan Ida yang berada dalam keadaan tidak menentu...

Merayu hati seorang hamba yang sungguh kerdil ini… Azman cuba menelefon bondanya namun tidak berjawab... barangkali bonda sudah berangkat. Mungkin akan ambil masa yang sungguh lama. Azman seolah-olah keseorangan dan tidak berteman. Ke hulu ke hilir langkah kakinya entah ke mana arah tujuan. Fikirannya hanya memikirkan Ida. Hanya Ida seorang yang bermain di fikiran Tengku Shahril Azman. Beberapa jam kemudian, Azman terima panggilan dari bondanya yang kini sudah berada di lampangan terbang Tokyo. Azman memberitahu bondanya bahawa dia tidak dapat menjemput mereka berdua kerana ingin menemani Ida sepanjang masa. Bondanya mengerti dan terus pergi ke hospital di mana alamat yang Azman ujarkan.

"Doktor… tiada cara lain ke yang boleh merawat Ida?"

"Begini Azman, kemoterapi adalah rawatan yang akan kami lakukan terhadapnya dengan menggunakan sitotoksik. Tujuannya ialah untuk membunuh sel-sel kanser. Jika leukemia meiloid kronik berubah menjadi fasa yang lebih aktif, kemoterapi yang lebih kuat mungkin di berikan." Azman mendengar dengan penuh teliti dan hanya mampu menundukan kepalanya ke lantai… apa yang patut dia lakukan. Azman memegang kepalaya dan tiba-tiba dia terdengar suara Bonda dan abangnya menghala ke arahnya.

"Tengku… apa yang dah jadi? doktor?"

"Doktor boleh kita ke dalam sekejap…" pinta Azlan, abang nya. " Doktor… boleh saya tahu kemoterapi yang bagaimana Ida harus terima"

"Begini Azlan, Ida ni sebanarnya akan menjalani kemoterapi yang terakhir iaitu terapi sambungan. Terapi sambungan ni adalah peringkat akhir rawatan bagi leukemia ini. Tetapi matlamat nya adalah sama iaitu membinasakan sel-sel kanser yang masih tinggal."

"Bagaimana pula dengan kesan nya?" sambung Azlan lagi.

"Kesan tu…. yang paling biasa ialah rasa loya, rambut gugur, pucat, dan seumpamanya lah…"

"Doktor… harapan untuk dia meneruskan hidupnya macam mana?"

"Maafkan saya Azlan, itu saya tak dapat nak jangkakan sebabnya dia hanya ada dua bulan tetapi itu pun bergantung atas sel-sel yang ada dalam badan nya. Sama-samalah kita berdoa kepada Allah moga Ida cepat disembuhkan… saya akan cuba buat yang terbaik untuk diri nya. Maafkan saya sekali lagi, tetapi Ida seolah-olah tiada harapan untuk terus hidup." Azlan terkejut seolah-olah tidak percaya bahawa orang yang di kasihi keluarganya akan pergi meninggalkan mereka buat selamanya.

Azlan melangkan kakinya keluar dan terus mendapat Azman dan Bondanya. Azlan hanya mampu memeluk adiknya dan tanpa di sedari air matanya berlinangan dengan laju… apa jenis dugaan yang kau berikan kepada adikku ini Ya Allah. Erat sungguh pelukan Azlan seolah-olah meberi semangat dan ketabahan untuk adiknya meneruskan kehidupan. Bondanya dari tadi memujuk Azman supaya sabar akan ujian dari Nya kerana setiap dugaan yang di berikan itu ada hikmah yang terselindung.

Azlan kini sudah berada di sisi Ida. Dia memandang Ida dengan penuh erti. Hatinya berkata … Ida, janganlah kau bimbang kerana aku dan Azman sentiasa di sisi.. pemergian arwah kakakmu yang amat aku cintai cukup memedihkan. Akan aku usaha untuk merawati penyakit mu walaupun sanggup membahayakan nyawaku asalkan kau bahagia bersama adikku. Azlan meneliti sesungguhnya wajah Ida… mengingatkan kembali wajah kekasih yang dicintainya dulu. Ini lah penyakit yang telah memisahkan mereka berdua.

Begitu hebat perjuangan mu melawan penyakit ini, akhirnya Dia lebih menyayangi mu dan kini kau pergi tak akan kembali. Pada saat terkahir aku melihat paras wajah mu apa yang kau bisik kan hanyalah kalimah Allah dan bisikan yang tak akan aku lupakan iaitu hanya aku yang kau cintai. Lamunan Azlan terhenti apabila mendengar pintu dibuka. Azman berdiri disisinya. Kelu tanpa kata… Air mata yang berlinangan masih basah dipipinya.

"Man… kau balik lah dulu… biarlah Ida di sini. Esok kita tengok dia lagi ye." Azlan seakan tahu adiknya berada di sisi.

"Tapi…Man nak teman kan Ida. Dia perlukan Man…Man ingin menemaninya sehingga saat terakhir seperti Abang menemani arwah Kak Ima." Terpacul kata-kata yang amat menyeksakan. Azlan menoleh ke arah adik bongsunya.

"Man…. kenapa…." belum sempat Azlan meneruskan kata-kata, Azman sudah memeluknya. Azlan membalaskan pelukan adiknya seakan memahami perasaan yang tersirat di dalam hati milik jejaka di hadapannya. Azlan membiarkan Azman menemani Ida seperti yang dikehendaki. Bonda dan Azlan akan menjenguk Ida pada hari esoknya.

Azman membetulkan punggungnya dan mencari tempat untuk dia melelapkan mata. Pandangannya masih tertumpu pada sekujur tubuh yang pucat lesi, tidak bermaya. Wajah arwah kak Ima menerjah ingatan nya. Wajah itu masih lagi di ingatan, saat Kak Ima mengahdapi sakaratul maut. Tenang dan suram… mulutnya terkumat-kamit menyebut nama-nama Allah. Akhirnya arwah pergi dengan tenang dan meninggalkan Abang Azlan. Sebenar nya hari terakhir Kak Ima pergi adalah hari pernikahan mereka, tetapi susungguh nya Allah itu Maha mengetahui akan kehendak hamba nya supaya pernikahan itu di batalkan agar ia tidak akan meninggalkan kesan yang lagi mendalam buat Abang Azlan. Kini tahu lah dia bagaimana perit nya rasa jika seseorang yang amat dicintai akan pergi meninggalkan kita buat selamanya.

Bagi Azman, dia ingin membina rumah tangga dan mengharapkan zuriat. Sekurang- kurang nya anak itu adalah lambang cinta mereka berdua dan juga kenangan buat Ida dan Azman. Tetapi kehendak itu di tolak. Bagi Ida dia tidak mahu Azman terasa kekurangan dalam keluarga mereka apabila Ida akan pergi nanti… sesungguh nya kasih sayang seorang ibu tak akan sama seperti kasih sayang seorang ayah.

"Man… man buat apa tu?" Azman tersentak apabila mendengar suara Ida. Lamunan nya terhenti di situ.

"Eh… kenapa Ida bangun? Baring ye, Ida nak apa-apa ke? Man ambil kan." Kata Azman sambil mengusap rambut seperti anak kecil. Ida tertunduk, tanpa disedari air mata nya melimpah juga keluar mengalir di pipi.

"Hei.. kenapa ni sayang, kenapa menangis ni.. Shhhh jangan nangis ye. Man ada di sini."

"Man.. kenapa semua ni harus terjadi pada Man dan Abang Azlan. Belum habis derita Abang Azlan disebabkan pemergian arwah Kak Ima, kini Azman pula yang……"

"Sudah la tu, jangan difikirkan pada yang telah pergi, apa yang penting sekarang ni, Ida mesti janji dengan Man supaya sembuh cepat. Man ingin mengambil Ida sebagai isteri Man walau apa pun sekali."

"Man… jangan diharapkan pada sesuatu yang tak pasti. Ida tak mahu semua tu terjadi pada Man…. Man ingat Ida tak mahu ke kita akhirkan perhubungan kita ni dengan ikatan yang sah? Sebenar nya itu lah harapan Ida setelah Ida mengenali Man sepenuh hati. Ida selalu mendoakan agar kita sempat ke jinjang pelamin, tapi semua ni adalah kuasa Allah… kita yang merancang dan Dia lah yang menentukan. Man jika di takdirkan Ida pergi, Man cari lah pengganti untuk mengisi kekosongan Man"

"Ida… apa yang Ida cakap kan ni? Man tak suka la. Pada Man, Ida adalah cinta pertama Man dan mungkin juga cinta terakhir Man."

"Habis, Man nak membujang sampai bila? Man tak teringin ke mempunyai seorang anak yang bakal menyeri hidup Man?"

"Man hanya ingin kan seorang anak hasil daripada kasih sayang kita berdua."

"Man… dengar ni, Cinta kedua tak semestinya tak seindah cinta pertama. Memang cinta pertama itu sukar dilupakan, tetapi jika Man pandai membajai cinta kedua Man itu dengan penuh keikhlasan, kejujuran di dalam wadah ketakwaan, InsyaAlla h Man akan bahagia seperti apa yang Man inginkan." Azman mendiamkan diri. Dia tidak dapat lagi berkata apa-apa. Azman meletak kan kepala nya di sisi Ida.

Malam itu mereka berdua habis kan masa bersama. Ida dan Azman berbual-bual hingga ke pagi... Azman menemani Ida walaupun diri nya terasa letih. Kata nya dia ingin menemani Ida sehingga Ida sendiri melelapkan mata. Azman masih merenung wajah kekasih nya... tanpa di sedari Azman turut melelapkan mata sehingga fajar menyinsing.

Matahari terbit menyinari kamar Ida, menyedar kan Azman yang terlena di sisi Ida. Mata nya di palingkan kea rah Ida, Ida hanya tersenyum... . Azman melangkah masuk ke bilik air untuk membersihkan diri... Beberapa minit kemudian Azman melihat Ida tiada di katil nya... mata nya cuba mencari Ida di sekeliling bilik, tetapi gagal. Belum sempat Azman membuka pintu dia terdengar satu tangisan... Azman cuba mengekori suara tangisan itu...

"Sayang buat apa kat sini??"

"Eh Man... maaf kan Ida sebab hilang kan diri..."

"Kenapa sayang menangis ni... cuba cerita pada Man.." Azman menarik lembut lengan Ida meletak kan Ida di sebelah nya.

"Ida nak habiskan masa dengan Man..." hanya itu kata-kata yang terungkap... Ida seolah-olah ingin sentiasa berada di sisi Azman dan tidak mahu melepaskan saat terakhir mereka berdua... Azman kehairanan namun dibiarkan Ida meletak kan kepala nya di dada milik jejaka ini.. Mereka berbual-bual. Pada mulanya adalah tindak balas dari Ida tetapi makin lama suara itu tenggelam timbul dan terus senyap sepi... hati nya berdegup kencang, tindak balas dari Ida masih tiada.. dia cuba memberanikan diri nya menolak Ida mengadap ke arah nya...

Tanpa di sedari air mata bercucuran laju di pipi Azman.. Innalillahiw ainnalillahHiroj iun.... Ida. .. Man akan sentiasa menyayangi mu... ku relakan pemergian mu... damai lah dirimu dalam pengabdian.. . Azman memeluk erat seakan tidak mahu dilepas kan nya.... Azlan menerima mesej ringkas Azman pula terus melangkah kan kaki nya laju menuju ke arah Azman... air mata yang laju mengalir dibiarkan nya... Ida pergi meningglkan kekasih yang dicintai... memang pahit untuk menjalani kehidupan tanpa insan yang bertahun lama nya di sayangi... Azman kini meneruskan kehidupan nya di Negara Matahari Terbit.. biarlah segala kenangan antara mereka berdua kekal abadi dalam ingatan...


Wajah mu seindah serinya pelangi yang indah
Seharum mawar putih segar berkembang
Wajah mu mengapa sering terbayang di mata ku
Sehingga terbawa di dalam mimpi ku
Sayang ku tahukah kau di dalam hati ku ini
Tersimpan perasaan cinta yang suci
Kau bunga ingin ku sunting mu menjadi milik ku
Lantas ku abadikan dalam jiwaku

Sayang nya harapan yang selama ini ku bawa
Hancur berkecai musnah jua akhir nya
Semuanya bagaikan sebuah mimpi
Kau pergi jua
Setelah cinta ku ini membara
Belum sempat ku curah kan kasih ku
Kau pergi tak kembali
Sayang ku tahu kah di dalam hati ku ini
Tersimpan perasaan cinta yang suci
Kau bunga ingin ku sunting mu menjadi milik ku
Lantas ku abadikan dalam jiwa ku......

: Sayangi Diri : Sayangi Keluarga