Wednesday

RESEPI : Pulut Kuning

PULUT KUNING

Bahan-bahan:
Beras pulut,
Santan kelapa,
Kunyit,
Bawang merah,
Halia,
Lada hitam.
(kalau sekilo pulut, santan pekat dalam 2 cawan.)

-cara & kaedah 1-
Rendam pulut semalaman. Letakkan kunyit sekali. P
astu sediakan bawang merah yang dihiris halus2 dan nipis2, halia pun dihiris halis2 dan nipis2 memanjang macam bilah mancis. Esoknya tos beras yg dah kuning tadi... taburkan hirisan bawang, halia dan lada hitam atas beras tadi.... Pastu kukus sehingga lembut... Masa kukus ambik senduk balik balikkan pulut tadi bagi masak rata.

Pastu dah betul2 lembut tuangkan ke dalam besen... Santan tadi masak sekejap atas api dicampur sedikit gram... Masak bukan smpi mendidih cuma bgi rasa panas je santan tu... (nak elakkan pulut supaya tidak cepat basi)... Pastu masa pulut tu masih panas2 dalam besen, cepat2 tuangkan santan sedikit demi sedikit.. sambil gaulkan bagi sebati... nanti otomatik santan akan diserap ke dalam pulut tadi dan pulut akan jadi lemak.

-cara & kaedah 2-
Bahan-bahannya:
1 kilo beras pulut
1 mangkuk santan pekat
daun pandan
pewarna kuning/serbuk kunyit
sedikit garam

Cara membuatnya:
1) Beras pulut dicuci bersih dan kemudian direndam dengan pewarna kuning/serbuk kunyit. (lebih kurang dlm 1/2 jam atau 1jam)
2) Panaskan air untuk mengukus
3) Alaskan dengan daun pandan bekas kukusan supaya pulut berbau wangi.
4) Kukuskan pulut sehingga masak.
5) Sediakan santan pekat dlm 1 mangkuk. Santan dicampur dengan garam.
6) Angkat pulut yang dikukus tadi & dicampur dengan garam. Kalau nak rasa lemak campur gula sikit.(Jangan banyak)
7) Gaul pulut dan santan tadi sehingga sebati kemudian dikukus sekali lagi sehingga keluar wap (masak)
8) Bila masak boleh diangkat & dihidangkan dengan rendang, serunding, kari daging ikut selera masing2.

-kaedah 3-
Rendam pulut dengan kunyit hidup semalaman dengan asam keping. Kemudian toskan pulut itu... Jerangkan kukus dengan air yang secukupnya.. masukkan sudu ( buat tutup lubang kukus ) tunggu hingga air melegak... Kemudian angkat kukus yang ader sudu masukkan pulut tersebut... jerangkanlah pulut sampai naik asap.. Tuangkan dalam besin ( sebarang bekas ) untuk di gaulkan dengan santan pekat sahaja yang telah di kacau ngan GARAM... Jerangkan semula buat hingga 3 kali santan... pastikan air yang di tambah melegak kemudian baru jerangkan kukus tersebut...

-kaedah 4-
Pulut hendaklah direndam semalaman. Tak kiralah berapa kilo. Rendam bersama serbuk kunyit atau pewarna kuning (seeloknya kunyit hidup yang ditumbuk). Kukuslah dalam pengukus dan alas dengan daun pisang supaya pulut tidak jatuh ke dalam air dan berbau wangi. Kalih-kalihkan pulut dengan disirami sedikit air supaya pulut cepat masak. Ulangi beberapa kali hingga pulut betul-betul masak.

Sediakan pati santan yang dicampur sedikit garam (secukup rasa) dan tambah sedikit gula (kalau nak manis). Angkat pulut dan masukkan ke dalam bekas (besen). Kemudian gaulkan dengan santan sedikit demi sedikit. Sukatan santan bergantung pada pulut. Kalau nak tahan lama kukus sekejap pulut tadi selepas digaul dengan santan.

-kaedah 5-
Pulut direndam dengan serbut kunyit dan 1keping asam keping semalaman. Keesokkan paginya toskan pulut itu,,, jerangkan kukusan dengan air yang secukupnya. Tunggu hingga air mendidih sebelum pulut dimasukkan dalam kukusan. Alaskan dengan daun pandan atau daun pisang supaya pulut berbau wangi. Kukus pulut selama 10minit... angkat dan masukkan pulut kedalam bekas. Setelah itu masukkan santan cair kedalam pulut itu dan gaul seingga sebati. Kukus semula pulut tersebut selama 10 minit. Setelah itu angkat pulut tersebut, masukkan pulut itu kedalam bekas dan masukkan santan sederhana pekat gaul sehingga sebati. Kukuskan pulut selama 15minit... angkat pulut kedalam bekas dan masukkan santan pekat beserta sedikit garam gaul hingga sebati .... Kukus kembali pulut selama 30minit.....dengan cara begini pulut kukus boleh bertahan selama 2hari.

: Sayangi Diri : Sayangi Keluarga