Tuesday

Tanda-tanda dan Penyakit

1. MATA : Bertindak balas dengan keadaan hati.
  1. Mata menjadi merah: Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
  2. Mata menjadi kabur: Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
  3. Keluar tahi mata: Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
  4. Keluar air mata: Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja.
  5. Ketegangan mata dan kelopak. Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2. HIDUNG : Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.

  • Selsema.
  1. Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong.
  2. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
  • Hidung sebu.
  1. Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
  2. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
  • Bersin.
  1. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
  2. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
  • Batuk.
  1. Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
  2. Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar setepas beberapa hari memakan RG.
  3. Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.
3. KERONGKONG :
  1. Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
  2. Sakit kerongkong . Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.
4. BIBIR :
Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman.
  • Bibir pucat.
  1. Sistem penghadaman yang lemah.
  2. Perut mengandungi angin.
  3. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
  • Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.
5. MULUT DAN LIDAH:
Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.
  • Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
  • Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser) : Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
  • Mulut berbau busuk. Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.
6. TELINGA :
Berkaitan dengan buah pinggang.
  • Telinga terasa tersumbat: Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
  • Telinga berdengung: Sedang merawat buah pinggang yang lemah. Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

B. KULIT

1. PELUH
  • Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
  • Peluh berbau: Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.
2. RUAM DAN BISUL
Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

3. KULIT GATAL DENGAN RUAM
Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

4. KULIT PECAH DAN BERAIR
Proses pembuangan toksin yang larut dalam air. Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

5. RAMBUT GUGUR
Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.


C. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
1. SENDI SAKIT
  • Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
  • Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
  • Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
2. KEBAS TANGAN
Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.

3. KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN
Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

4. KEBAS KAKI
Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.

5. SAKIT TAPAK KAKI
Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

6. SAKIT TUMIT KAKI
Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

7. RASA PANAS DI TAPAK KAKI
Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

8. GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI
Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).


TANDA-TANDA DALAMAN
A. KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

1. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA : Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

2. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA :
i) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
ii) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah

3. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA : Menandakan penyakit migrain.

4. BISUL TERJADI DI KEPALA : Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

5. RASA PENING YANG MEMUSING : Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.


B. MULUT/KERONGKONG
1. LOYA/MUNTAH : Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.

2. MUNTAH DARAH :
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong.
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut;misalnya penyakit ulser.

3. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.

4. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT : Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibatjangkitan kuman


C. KENCING
1. KENCING KERAP : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yang

2. AIR KENCING BERKAPUR : Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.

3. AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.

4. AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.

5. AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.


D. BUANG AIR BESAR
1. CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/ keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.

2. SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.

3. NAJIS BERDARAH
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.

4. NAJIS BERWARNA HITAM: Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang


E. TINDAK BALAS BADAN
1. BADAN RASA SAKIT: Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ- organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.

2. BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan

3. BADAN TERASA PANAS. Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

4. BADAN TERASA RINGAN: Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.


F. TINDAK BALAS EMOSI
1. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

2. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

3. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.

4. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
i) Sistem jantung yang lemah.
ii) Sistem saraf otak yang lemah.
iii) Masalah pengaliran darah.

5. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL: Sistem penghadaman yang lemah.

Larangan bersetubuh pada siang Ramadan

Hadis Rasulullah s.a.w. daripada Abu Hurairah r.a. yang bermaksud: " Telah mengadu seorang lelaki kepada Rasulullah s.a.w. dengan berkata: "Aku telah memusnahkan diriku wahai Rasulullah".
Baginda bertanya: "Apa yang menyebabkan kamu musnah?".
Lelaki itu menjawab: "Aku telah melakukan persetubuhan di siang hari pada bulan Ramadan".
Baginda bertanya kepada lelaki itu: "Adakah engkau memiliki hamba untuk dibebaskan?".
Lelaki itu menjawab: "Tiada wahai Rasulullah.
Baginda bertanya lagi: "Adakah kamu mampu berpuasa selama dua bulan berturut-turut?".
Lelaki itu menjawab: "Tidak mampu wahai Rasulullah".
Kemudian baginda bertanya lagi: "Adakah kamu memiliki makanan yang cukup untuk diberi makan kepada 10 orang?". Masih lagi dia menjawab tidak mampu. Kemudian Nabi s.a.w. duduk.

Dalam pada itu Nabi s.a.w. telah diberikan satu karung yang berisi tamar. Baginda meminta dia menyedekahkan tamar tersebut sebagai kaffarah terhadap perbuatannya itu. Lantaran lelaki itu menjawab kepada Rasulullah dengan berkata: "Adakah perlu saya berikan tamar ini kepada orang yang lebih fakir daripada kami, kerana tiada rumah yang lebih berhajat kepada tamar ini melainkan rumah kami". (lelaki itu menggambarkan kemiskinan keluarganya). "Pergilah kamu dengan bekalan ini dan berilah ahli keluarga kamu makan daripadanya". (riwayat al-Bukhari: 2600 dan Muslim: 1111).

Hadis di atas menjelaskan perihal kaffarah, sekali gus menjelaskan pensyariatan kaffarah serta perkara yang membatalkan puasa dan menuntut kaffarah.

Persoalannya, adakah kaffarah di wajibkan bagi orang yang membuka puasanya dengan makan kemudian bersetubuh. Pertamanya setiap orang yang beriman yang dituntut ke atasnya berpuasa jika berbuka di siang hari, sepakat ulama wajib keatasnya mengqada.

Ada pun sekiranya dia berbuka puasa dengan tujuan mengadakan hubungan kelamin, ulama memberi dua pandangan yang tersohor seperti berikut:
Pertama: wajib ke atasnya kaffarah. Pendapat ini merupakan pandangan ulama dari mazhab Malik, Ahmad dan Abu Hanifah. Hujah mereka puasa adalah amalan yang difardukan ke atas setiap mukallaf yang cukup syarat-syaratnya. Menahan nafsu Puasa itu sendiri bermaksud menahan diri daripada makan dan minum. Maksudnya adalah haram ke atasnya makan minum tanpa sebarang keuzuran. Sekiranya dia makan mahu membatalkan puasa dia berkewajipan memelihara perkara-perkara yang ditegah melakukannya di siang Ramadan.

Justeru itu, perbuatannya membatalkan puasa sudah menjadi suatu perbuatan yang berdosa malah ditambah dengan suatu yang ditegah melakukannya di siang Ramadan. Jadi dua kesalahan, kesalahan pertama kerana membatalkan puasa dengan makan wajib diganti dengan hari yang lain. Kesalahan kedua ialah melakukan persetubuhan di siang hari di bulan Ramadan.

Kumpulan ulama ini juga berpendapat sekiranya tidak dikenakan kaffarah bersetubuh di siang hari, bulan Ramadan akan dilihat suatu yang biasa. Kaffarah dielakkan dengan memakan terlebih dahulu. Ini merupakan satu helah dalam memandang ringan terhadap amalan yang menjadi rukun dalam Islam.

Kedua: Tidak wajib kaffarah, ini menurut mazhab as-Syafie. Hujah bagi mazhab as-Syafie ialah puasa itu terbatal dengan makan. Maka keadaan orang yang telah batal puasanya adalah seperti orang yang tidak berpuasa, dan tidak terikat dengan perkara-perkara yang membatalkan puasa. Orang yang melakukan persetubuhan di siang hari bulan Ramadan didahului dengan membatalkan dengan memakan, maka tidak wajib ke atasnya kaffarah.

Namun demikian setiap kita maklum bahawa bulan Ramadan bukan sahaja menuntut kita menahan diri daripada makan dan minum tetapi melatih kita menahan nafsu. Justeru kita dituntut memelihara kemuliannya. Allah s.w.t. menghalalkan dan mengharuskan suami mendatangi isterinya di malam-malam Ramadan.

Ini dijelaskan melalui firman Allah s.w.t: "Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu ia menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), Iaitu waktu fajar, kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib); dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid. Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. Demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukum-Nya kepada sekalian manusia supaya mereka bertakwa". (al-Baqarah: 187).

Bulan ini adalah bulan didik nafsu dan menundukkannya pada perkara-perkara yang perlu ditahan. Jika helah dicari untuk memuaskan nafsu dengan mengorbankan didikan rabbani, sebenarnya kita kalah dan tersungkur dengan kehendak nafsu dan terkuburlah kehendak tuhan. Sebab itulah Allah menjanjikan pahala puasa dibayar oleh-Nya, kerana orang yang berpuasa itu meninggalkan makannya, minumnya dan syahwatnya kerana Allah s.w.t.

Semuanya itu ditinggalkan kerana Allah? Takkanlah satu permintaan dan harapan itu dihampakan di bulan al-Mubarak ini?. Ikut nafsu tanpa dikawal kita akan kecundang, ikut bicara hati nurani yang beriman pasti bertemu cinta maha pencipta.

MALAM TERAKHIR RAMADHAN DAN MENJELANGNYA SYAWAL

Adalah sungguh bijak bagi kita merebut segala peluang yang Allah sediakan pada hari-hari terakhir Ramadan daripada kita mensia-siakan baki sepuluh akhir Ramadhan. Ini kerana kita tidak pasti lagi sama ada kita berpeluang atau tidak menyambut Ramadan pada tahun hadapan. Kerana sesungguhnya Allah telah menyediakan satu malam yang nilai keberkatan dan ganjaran pahala pada malam tersebut lebih baik daripada seribu bulan.

Firman Allah dalam surah al-Qadar :
Maksudnya : " Sesungguhnya kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadar. Apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul Qadar? malam Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara ( yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikut ) . Sejahteralah malam ( yang barakah ) itu hingga terbit fajar ". (Surat al-Qadar ayat :1-5 )

Kita akan merasa kesal jika mensia-siakan peluang keemasan yang Allah sediakan kepada kita iaitu malam Lailatul Qadar. Kerana segala amal ibadah yang dilakukan pada malam tersebut, ganjaran berlipat kali ganda. Janganlah kita seolah-olah merasakan amal ibadah kita telah banyak sehingga mengabaikan malam tersebut. Malam Lailatul Qadar adalah malam untuk kita melipatgandakan amal ibadah dan mengumpul sebanyak-banyaknya pahala sebagai bekalan ketika bertemu Allah di akhirat kelak. Sedangkan Rasulullah s.a.w. . Sendiri menanti-nanti malam tersebut dan melipat gandakan amalan Baginda, inikan lagi kita sebagai hamba yang banyak melakukan dosa dan sedikit amal.

Dalam sebuah Hadis ada menyatakan bahawa Saidatina Aisyah r.a. berkata :
Maksudnya : " Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. apabila masuk sepuluh hari terakhir Ramadan, Baginda akan mempertingkatkan amal ibadah, menghidupkan malam dan mengejutkan ahli keluarga ". ( Hadis riwayat bukhari )

Lailatul Qadar adalah malam yang dianugerahkan kepada ummat Nabi Muhammad s.a.w. dan tiada siapa yang tahu bila berlakunya malam tersebut walau diri Baginda sendiri. Sungguhpun demikian, Baginda menasihatkan umatnya supaya sentiasa memperbanyak dan mempertingkatkan amal ibadah khususnya pada malam-malam ganjil pada akhir Ramadan.

Sabda Baginda dalam sebuah hadis riwayat Bukhari :
Maksudnya : " carilah malam Lailatul Qadar pada malam ganjil sepuluh terakhir Ramadan ". ( Hadis riwayat bukhari )

Pada waktu dan saat begini, kemeriahan menyambut awal Syawal atau hari raya semakin dirasai. Masing-masing sudah berkira-kira dan merancang perjalanan untuk pulang ke kampong atau membuat persiapan menyambut hari lebaran. Sememangnya agama Islam tidak melarang kita membuat persediaan bagi memeriahkan sambutan hari raya. Ini kerana hari raya adalah hari kemenangan kita ummat Islam melaksanakan rukun Islam ketiga dan berjaya menumpaskan hawa nafsu dan godaan syaitan.

Cuma kita diberi peringatan agar jangan mengabaikan nilai dan roh Ramadan sehingga seolah-olah ibadah puasa yang kita kerjakan langsung tiada memberi kesan yang baik kepada diri kita. Sawajarnya sembahyang terawih yang dikerjakan setiap malam Ramadan dapat membiasakan kita mengamalkan sembahyang-sembahyang sunat yang lain. Kesabaran menahan lapar dan dahaga sepanjang siang Ramadan juga sawajarnya menjadikan diri kita lebih sabar menjalani liku-liku kehidupan. Latihan kesabaran tersebut dapat membuang sikap panas baran, gopoh-gapah dan mementingkan diri sendiri yang mungkin menjadi kebiasaan kita sebelum ini . Begitu juga, berpuasa dapat mengembalikan kesihatan tubuh badan yang mungkin sebelum ini kita tidak berkesempatan mengamalkan pemakanan yang seimbang.

Minggu hadapan sekiranya dipanjangkan usia, maka dapatlah kita semua menyambut Hari Raya Aidilfitri. Islam telah mensyariatkan kepada kita semua, agar menyambut hari raya mengikut peraturan sebagaimana yang ditetapkan semoga hari raya yang kita sambut menjadi ibadah yang mendapat ganjaran pahala dari Allah s.w.t. Selain itu, Islam juga menganjurkan umatnya agar mengambil kesempatan di hari raya ini untuk memupuk perasaan kasih mesra antara satu sama lain, lebih-lebih lagi kepada ibu bapa, kaum keluarga, jiran tetangga, sahabat handai dan masyarakat yang ada di sekeliling kita tanpa mengira kedudukan, fahaman dan usia. Disamping mengambil kesempatan di hari yang mulia ini untuk bermaaf-maafan, mengucapkan selamat sejahtera antara satu sama lain dan sebagainya yang mungkin jarang sekali dapat kita lakukan di masa-masa yang lain di luar musim perayaan seumpama ini.

Selain itu, etika berhari raya seperti yang dianjurkan dalam Islam hendaklah dipatuhi, diantaranya:
  1. Sentiasa menghidupkan amalan bertakbir, bertasbih dan bertahmid kepada Allah pada malam dan pagi hari raya.
  2. Mengamalkan budaya ziarah menziarahi bagi mengerat hubungan silaturahim dan bermaf-maafan antara satu sama lain.
  3. Menggalakkan amalan bersedekah kepada golongan yang memerlukan bagi mengembirakan mereka.
  4. Memakai pakaian yang baru, cantik dan bersih.
  5. Mengelakkan diri dari melakukan perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh agama.
Oleh yang demikian, alangkah rugi serta amat dukacita sekiranya terdapat di kalangan umat Islam pada hari ini yang meraikan hari raya tanpa mengikut panduan yang digariskan oleh Islam. Di antaranya ialah seperti lalai dengan hiburan sehingga lupa untuk bertakbir dan bertasbih kepada Allah s.w.t, melakukan pembaziran dalam berbelanja sehingga menyebabkan terpaksa menanggung hutang dan sebagainya. Lebih malang lagi, jika Hari Raya disambut dengan aktiviti maksiat dan mungkar.

Maksudnya : " dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepada-mu mengenai aku, maka ( beritahu kepada mereka ) sesungguhnya aku ( Allah ) sentiasa hampir ( kepada Mereka ), aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaku. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku ( dengan mematuhi perintahku ), dan hendaklah mereka beriman kepada aku supaya mereka menjadi baik serta betul ". ( Surah al-Baqarah ayat: 186 )

Marilah sama-sama kita sentiasa berdoa dan bertawakal kepada Allah memohon keselamatan dan keberkatan sepanjang perjalanan kita di muka bumi ini dan akhirat kelak. INSYA ALLAH . " Selamat Menyambut Hari Raya Aidul Fitri Maaf Zahir dan Batin ".

Dipetik dari Khutbah Jumaat oleh JAKIM

Melihat orang yang kita sayang pada saat dia tidur.....

Renungkan/lihatlah betapa sayangnya kita pada mereka.....

Pernahkah anda menatap orang-orang yang anda sayang saat mereka sedang tidur? Kalau belum, cubalah sekali saja menatap mereka saat sedang tidur. Saat itu yang tampak adalah ekspresi paling wajar dan paling jujur dari seseorang.

Seorang artis yang ketika di panggung begitu cantik dan gemerlap pun akan tampak polos dan jauh berbeza jika ia sedang tidur.

Orang paling kejam di dunia pun jika ia sudah tidur tak akan tampak wajah bengisnya.

Perhatikanlah ayah anda saat beliau sedang tidur.
Sedarilah, betapa badan yang dulu kuat dan gagah itu kini semakin tua dan lemah, betapa rambut-rambut putih mulai menghiasi kepalanya, betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya.
Orang inilah yang tiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya. Orang inilah, rela melakukan apa saja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.

Sekarang, beralihlah. ... Lihatlah ibu anda....
Hmm... kulitnya mulai keriput dan tangan yang dulu halus membelai- belai tubuh bayi kita itu kini kasar kerana menempuhi kehidupan yang mencabar demi kita. Orang inilah yang tiap hari menguruskan keperluan kita. Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan membebeli kita semata-mata kerana rasa kasih dan sayang, dan sayangnya, itu sering kita salah ertikan.

Cubalah menatap wajah orang-orang yang kita cintai.. sayangi itu...
Ayah, Ibu, Suami, Isteri, Kakak, Adik, Anak, Sahabat, Semuanya...

Rasakanlah sensasi yang timbul sesudahnya. Rasakanlah energi cinta yang mengalir perlahan-lahan saat menatap wajah mereka yang terlelap itu. Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat betapabanyaknya pengorbanan yang telah dilakukan orang-orang itu untuk kebahagiaan anda. Pengorbanan yang kadang-kadang tertutupi oleh salah faham kecil yang entah kenapa selalu saja nampak besar.

Secara ajaib Tuhan mengatur agar pengorbanan itu akan tampak lagi melalui wajah-wajah jujur mereka saat sedang tidur. Pengorbanan yang kadang melelahkan serta memenatkan mereka namun enggan mereka ungkapkan. Dan ekspresi wajah ketika tidur punmembantu untuk mengungkap segalanya. Tanpa kata, tanpa suara dia berkata... "betapa lelahnya..penatnya aku hari ini". Dan penyebab lelah dan penat itu? Untuk siapa dia berpenat lelah, Tak lain adalah untuk KITA.....

Suami yang bekerja keras mencari nafkah, isteri yang bekerja keras mengurus dan mendidik anak, juga rumah. Kakak, adik, anak dan sahabat yang telah menemani hari-hari suka dan duka bersama kita.

Resapilah kenangan-kenangan manis dan pahit yang pernah terjadi dengan menatap wajah-wajah mereka. Rasakanlah betapa kebahagiaan danrasa terharu seketika menerpa jika mengingat itu semua.

Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika esok mereka "orang-orang terkasih itu" tak lagi membuka matanya, untuk selamanya ... "

dari NYA kita datang, kepada NYA kita kembali

Wednesday

HUKUM MENINGGALKAN / MENGINGKARI SOLAT

Orang yang meninggalkan solat fardhu adalah amat buruk dan sangat keji sekali, malahan ianya terlebih keji daripada iblis. Ini kerana si iblis hanya enggan sujud kepada nabi Adam a.s. yang merupakan makhluk, tetapi orang yang meninggalkan solat adalah seorang yang enggan bersujud kepada Allah s.w.t yang merupakan Khaliq (pencipta). Justeru itu, dosa meninggalkan solat itu amat besar sekali. Di Akhirat nanti seseorang yang meninggalkan solat itu akan dimasukkan ke dalam neraka.

Allah s.w.t telah menceritakan di dalam al-Quran, bahawa ahli syurga (Ashabul Yamiin) telah bertanya kepada penghuni neraka, yang bermaksud: Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam neraka? Mereka menjawab, kami dahulu bukan daripada golongan orang-orang yang bersolat.

Daripada Abdullah bin Umar r.a. daripada Nabi s.a.w. bahawa pada suatu hari baginda menyebut tentang solat lalu baginda bersabda, yang bermaksud: Sesiapa yang memelihara solat, nescaya solatnya menjadi nur untuknya, ketandaan (iman) dan kelepasan (dari neraka) pada hari kiamat. Sebaliknya sesiapa yang tidak memeliharanya nescaya tiada nur baginya, ketandaan dan kelepasan. Malahan dia adalah (dikumpulkan dalam neraka yang paling panas sekali) bersama Qarun, Fir’aun, Haman dan Ubai bin Khalaf. (Hadis riwayat Ahmad, at-Tabrani dan Ibnu Hibban).

Daripada Jabir r.a. meriwayatkan beliau telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, yang bermaksud: Sesungguhnya meninggalkan solat ialah (perkara yang menghubungkan) seseorang dengan kufur. (Hadis riwayat Ahmad dan lain-lainnya).

Ijma’ para ulama mengatakan bahawa hukum orang yang meninggalkan solat kerana ingkar terhadap kewajipannya, adalah jatuh kafir. Namun, sekiranya seseorang itu meninggalkan solat atas sebab malas, tetapi dia tahu dia wajib solat, maka terdapat tiga pendapat ulama tentang hukumnya, iaitu:

1. Orang itu tidak menjadi kafir, tetapi dia menjadi fasik. Maka wajib atas pihak yang berkuasa bertindak menyuruhnya bertaubat kembali mengerjakan solat. Sekiranya dia enggan bertaubat maka dijalankan ke atasnya hukuman hudud, iaitu dibunuh dengan pedang. Ini pendapat Imam Malik, Syafi’e dan jumhur ulama salaf dan khalaf.

2. Orang itu menjadi kafir. Hukumnya sama seperti orang yang ingkar terhadap kewajipannya tadi.
Ini adalah pendapat satu jemaah daripada para salaf yang diambil riwayatnya daripada Saidina Ali bin Abu Talib dan salah satu pandangan Imam Ahmad bin Hambal serta pendapat Abdullah bin al-Mubarak dan Ishak bin Rahawaih.

3. Orang itu tidak menjadi kafir dan tidak pula dibunuh, sebaliknya ditakzirkan dengan dipenjarakan sehingga dia mengerjakan solat. Ini pula adalah pendapat Imam Abu Hanifah dan satu jemaah daripada para fuqahak Kufah dan juga pendapat al-Muzani seorang pendokong dan pengikut Imam asy-Syafi’e.
Lihat betapa besarnya solat, dan betapa besar hukum bagi seseorang meninggalkan solat.

HUKUM MENINGGALKAN SOLAT KERANA MENGINGKARI HUKUM WAJIB SOLAT
Para ulama' telah sepakat mengatakan bahawa sesiapa yang ingkar kepada hukum wajib sembahyang, maka dia akan menjadi kafir dan dihukum murtad. Ini kerana kewajipanya telah disabitkan kepada dalil Al-Quran, Sunnah serta Ijma' Ulama'. Hukum menunaikan sembahyang adalah wajib ke atas setiap muslim yang telah berakal, baligh dan berada dalam keadaan suci. Pengertian suci ialah tidak ketika datang haid atau nifas, tidak berada dalam keadaan gila atau pitam. Bagi sesiapa yang meninggalkannya kerana malas dan menganggapnya satu perkara remeh dan mudah serta sering meninggalkannya, maka dia akan digelar sebagai seorang yang fasik dan penderhaka. Bersabda Rasulullah: 'Yang membezakan seseorang dengan kekufuran ialah meninggalkan sembahyang'.

Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda: 'Lima waktu sembahyang yang Allah wajibkan ke atas hamba-Nya. Sesiapa yang melakukannya dengan baik dengan tidak meringankan hak-Nya, maka Allah menjanjikan dia dimasukkan ke dalam syurga dan bagi sesiapa yang tidak melakukannya, maka Allah tidak mempunyai janji dengannya. Jika Dia (Allah) mahu Dia akan menghukumnya dan jika Dia mahu, Dia akan mengampuninya'. (H.R. Ahmad, Abu Daud & Al-Nasaei)

Firman Allah: 'Apakah yang menyebabkan kamu masuk neraka? Jawab orang-orang yang bersalah, 'Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang yang mengerjakan sembahyang'. (Al-Mudassir : 42-43)

Bersabda Rasulullah: 'Sesiapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, maka Allah dan Rasul-Nya tidak akan bertanggungjawab terhadapnya'. (H.R. Ahmad)

Orang yang mahu agamanya selamat dan dirinya bahagia di dunia dan akhirat, sudah tentu dia wajib menghindarkan dirinya dari terletak di antara hukum menjadi murtad dan berdosa besar.

Wallahu a’lam.

Penyembelihan Nabi Ismail

NABI Ismail cukup terkenal dengan kisah penyembelihan agung. Pada Hari Raya Aidiladha, peristiwa ini pasti meresap kembali dalam ingatan seluruh umat Islam di seluruh dunia. Bagi umat Islam yang berkemampuan mereka akan menyembelih haiwan ternakan sebagai korban bersempena dengan peristiwa penyembelihan Nabi Ismail.

Peristiwa penyembelihan ini bermula apabila Nabi Ibrahim bermimpi bahawa Allah memerintahkan baginda untuk menyembelih anaknya. Nabi Ibrahim sungguh sedih dan terkejut. Sebelum ini pun Allah telah mengujinya dengan berbagai-bagai ujian dan cabaran. Ujian pertama yang diterimanya adalah setelah berkahwin dengan Sarah. Isterinya itu didapati tidak dapat melahirkan anak sedangkan usia Nabi Ibrahim pada waktu itu telah lanjut. Kemudian baginda berkahwin dengan Hajar dan mendapat seorang anak lelaki yang diberi nama Ismail. Baginda sungguh gembira dan amat menyayangi anaknya itu. Tiba-tiba ujian kedua menimpanya. Allah menurunkan wahyu supaya baginda meninggalkan Hajar dan anak kesayangannya di satu kawasan ketika itu Ismail masih kecil. Akhir sekali dugaan yang paling mencabar diterimanya dalam mimpi baginda. Allah memerintahkan baginda supaya menyembelih Ismail.

Pada masa itu Ismail telah remaja. Nabi Ibrahim berasa sedih kerana itulah satu-satunya anak yang dimilikinya bersama Hajar. Nabi Ibrahim juga telah tua ketika menerima wahyu tersebut. Namun, baginda tetap taat kepada perintah Allah. Lalu baginda bertemu dengan Ismail. "Wahai anakku, sesungguhnya aku telah bermimpi seolah-olah aku menyembelihmu. Apakah pendapatmu tentang perkara ini?," tanya Nabi Ibrahim. Sebagaimana yang diterjemahkan di dalam al-Quran, Ismail pun menjawab, "Wahai bapaku, kamu laksanakanlah apa yang telah diperintahkan kepadamu.. Insya-Allah kamu mendapatiku termasuk dalam golongan orang-orang yang sabar".

Nabi Ibrahim sungguh terharu mendengar kata-kata anaknya itu. Baginda tahu anaknya seorang yang tabah dan taat kepada Allah. Kemudian, baginda bersiap sedia menyembelih Ismail. Sebelum disembelih, Ismail berpesan kepada bapanya: "Wahai ayahku, ikatlah badanku dengan kuat agar aku tidak meronta-ronta. Kemudian tanggalkanlah pakaianku agar tidak terkena darahku. Aku tidak mahu ibu bersedih apabila melihat pakaianku nanti. Tajamkanlah pisaumu dan percepatkanlah penyembelihanku agar dapat meringankan kesakitanku. Kemudian sampaikanlah salamku kepada ibu dan berikannya pakaianku sebagai tanda kenang-kenangan".

Nabi Ibrahim terus memeluk dan mencium anaknya. "Aku sungguh bahagia mempunyai anak sepertimu yang taat kepada perintah Allah, berbakti kepada orang Allah, berbakti kepada orang tua dan ikhlas hatinya," kata Nabi Ibrahim dalam nada sedih. Selepas itu, Nabi Ibrahim pun menjalankan perintah tersebut. Baginda melakukannya seperti yang diminta oleh Ismail, tetapi pisau yang digerakkan di leher Ismail tidak berfungsi dan menjadi tumpul. Beberapa kali dicubanya tetapi gagal. Nabi Ibrahim berasa hairan lalu berdoa kepada Allah dan Allah terus berseru kepadanya: "Wahai Ibrahim, sesungguhnya engkau telah melaksanakan mimpimu itu, demikianlah Kami membalas orang-orang yang berbuat kebaikan". Nabi Ibrahim amat bersyukur kerana Ismail telah terselamat daripada disembelih. Tempat Ismail telah diganti dengan seekor kibas. (Petikan daripada buku Untaian 366 kisah daripada Al-Quranterbitan Edusystem Sdn. Bhd).

Penangan Ilmu Lubang Jarum

Buat renungan bersama.......

ULAT KELUAR DARI KEMALUAN
Kira-kira 10 tahun lalu, Pak Lah datang ke rumah Pak Cu Rani untuk memintanya mengubati penyakit anaknya yang terkena ilmu hitam. Ita (bukan nama sebenar) merupakah anak Pak Lah yang sulung. Pada mulanya Pak Cu Rani agak keberatan kerana inilah kali pertama dia berhadapan dengan situasi yang sedemikian. Penyakit yang terkena Ita sememangnya sukar untuk diubati.

Bagi Pak Cu, dia bukanlah seorang bomoh handal kerana kebolehannya hanya bergantung kepada jenis ilmu yang ditujukan. Setelah mendengar serba sedikit daripada Pak Lah, Pak Cu berasa simpati dan mengambil keputusan untuk pergi melihat sendiri keadaan anak Pak Lah itu.

"Begini sajalah Pak Lah, saya bukanlah pandai sangat, setakat nak tengok-tengok tu bolehlah. Segala ikhtiar dan usaha itu segala-galanya bergantung kepada kehendak dan izin Allah. Saya sekadar berusaha.." kata Pak Cu merendah diri. Pak Cu mencapai bajunya yang tersangkut di tiang dan terus pergi ke rumah Pak Lah yang terletak kira-kira 500 meter dari rumahnya. Ketika Pak Cu menjejaki halaman rumah Pak Lah, kelihatan ramai sanak saudara yang datang menziarahi Ita. Kebanyakkan daripada mereka kelihatan muram dan sedih. Kesayuan dan kesedihan jelas terukir pada wajah mereka.

Apabila Pak Cu memasuki rumah Pak Lah, matanya terus terpandang kepada sekujur tubuh yang terletak di tengah-tengah ruang tamu. "MasyaAllah…" rasa sayu dan terkejutnya bukan kepalang. Ita yang terkenal dengan kecantikannya boleh berubah dengan sebegitu rupa. Kecantikannya telah berubah menjadi wajah yang pucat lesi. Matanya menjadi bulat, lengannya menjadi terlalu kecil sebesar buluh runcing. Beliau hanya mampu mengaduh dan mengerang kesakitan.

Namun apa yang lebih menyedihkan lagi apabila Pak Cu menyaksikan perut Ita yang sebar sebesar tempayan. Perutnya itu semakin membesar sehingga tidak mampu lagi ditampung oleh badan Ita yang sekecil itu. Cubalah kita renungkan perasaan ibu dan bapanya. Siapa yang sanggup melihat anak kesayangan menjadi sebegitu rupa. Siang dan malam hanya mendengar rintihan kesakitan. Bagi Pak Lah dan isterinya, mereka sudah kering air mata dan tidak mampu lagi untuk berbuat apa-apa. Bukannya tidak mahu berikhtiar tetapi sudah beribu-ribu duit habis dibelanjakan untuk mengubati anaknya itu.

Namun bagi Pak Cu yang tinggi ilmunya, dari kali pertama dia memandang tubuh Ita, dia sudah tahu sememangnya Ita telah terkena ilmu hitam. "Memang sah Ita terkena ilmu 'Lubang Jarum'. Ilmu ini selalunya datang dari bomoh-bomoh Siam bagi mereka yang ingin melaksanakan niat jahat. Ianya terlalu jijik dan dialknati agama", kata Pak Cu kepada Pak Lah yang duduk disisi anak kesayangannya itu.

Menurut Pak Cu, mereka yang mengamalkan ilmu 'Lubang Jarum' ini telah melakukan perkara yang paling terkutuk iaitu mengambil surah Yassin dan mengelap najis padanya setiap kali membuang air besar selama 7 hari berturut-turut. Satu lagi benda yang digunakan ialah mendapatkan tuala wanita yang masih terdapat darah haid. Surah Yassin yang disapu dengan najis tadi dibakar dan disapukan pada tuala wanita tersebut. Kemudian kedua bahan tadi diberikan kepada bomoh untuk dijampi dan dipuja.

Betapa kejam dan terkutuknya perbuatan manusia sehingga sanggup melakukan kerja yang dilaknati agama. Mereka ini sememangnya telah terpesong jauh dari ajaran Islam kerana sanggup melakukan perkara sedemikian. Setelah dijampi dan dipuja, pengamal ilmu ini hendaklah pergi mencari satu mata air yang sedang mengalir kemudian bahan tadi hendaklah digunakan bagi menutup lubang bagi menyekat aliran air supaya tidak mengalir. Selagi lubang itu tertutup selagi itulah darah haid tidak akan keluar dari kemaluan wanita yang dituju itu dengan ilmu hitam tersebut.

Kepada para wanita, berhati-hatilah semasa membuang tuala wanita kerana khuatir boleh dijadikan bahan untuk melaksanakan niat jahat seseorang. Berdasarkan cerita dan pengamatan Pak Cu, dia sedar bahawa Ita telah terkena ilmu hitam oleh seorang pemuda yang sangat tergila-gilakannya.

Memang benar, Ita pernah menolak cinta seorang pemuda kerana pemuda itu khabarnya seorang pengedar dadah. Pemuda itu merasa kelakiannya tercabar lalu menyimpan dendam apatah lagi bila mendengar Ita telah bertunang dengan Lokman seorang pemuda yang selama ini menjadi musuhnya. Keadaan ini menyebabkan pemuda itu hilang pertimbangan sehingga sanggup melakukan perbuatan sedemikian bagi melaksanakan dendamnya.

Pada peringkat awal, pemuda tersebut telah melemparkan fitnah kepada Ita dan Lokman dengan mengatakan mereka telah membuat hubungan sulit sehingga Ita mengandung. Ramai penduduk kampung terpengaruh dengan kata-kata pemuda itu sehingga Pak Lah dan isterinya juga turut percaya. Masakan tidak percaya kerana perut Ita semakin hari semakin membesar.

Lalu Ita dipukul dan dihalau oleh Pak Lah kerana dia beranggapan Ita telah mencemarkan nama baiknya. Namun begitu Ita dan Lokman masih tetap mempertahankan kesucian cinta mereka. Ita telah keluar dari rumah setelah dihalau oleh kedua ibubapanya sendiri dan menumpang di rumah ibu saudaranya di kampung seberang untuk beberapa bulan sehinggalah keadaannya benar-benar tenat barulah Pak Lah datang mengambilnya semula.

Ketika Pak Lah datang, keadaan Ita sudah teruk. Rasa menyesal tidak terhingga di hati Pak Lah kerana telah menuduh Ita tanpa usul periksa. Mujurlah adik iparnya telah menjaga Ita dengan baik. Pernah beberapa kali iparnya datang memujuk agar menerima Ita kembali kerana iparnya tidak percaya Ita melakukan perbuatan terkutuk itu dan dirasakan Ita telah terkena ilmu sihir.

Apa yang lebih mengharukan, Ita turut dikeji dan dihina oleh penduduk kampung. Bagi Pak Cu sendiri itulah pengalaman yang paling tragis dan dia juga merasa sedih dan terharu. Begitu kejamnya manusia sehingga sanggup melakukan perbuatan yang sedemikian rupa.

Pak Cu berpendapat, penyakit Ita itu bukan sembarangan kerana daripada wajahnya yang pucat dan badannya yang kurus kering itu terjadi akibat daripada semua darah telah berkumpul di bahagian perut. Jika tidak berhati-hati boleh mengancam nyawa. Atas dasar simpati dan perikemanusiaan, Pak Cu terpaksa berkorban masa dan tenaga untuk mengubati Ita kerana ia memerlukan proses yang agak rumit. Usaha Pak Cu yang pertama ialah perlu membaca surah Yassin sebanyak 3 kali setiap malam selama 3 malam berturut-turut.

Dalam proses Pak Cu membaca ayat-ayat tersebut, banyak kejadian aneh telah berlaku pada Ita. Ita meracau-racau mengatakan Pak Cu ingin membunuhnya namun Pak Cu tidak menghiraukan kata-kata Ita itu. Setelah membaca Yassin selesai, ia dihembuskan ke dalam air dan kemudian air Yassin itu disapukan pada celah ibu jari Ita. Pada masa itu Ita meraung sekuat hati.

Untuk malam berikutnya, Pak Cu membaca ayat Kursi sebanyak 170 kali iaitu sebanyak bilangannya selama 3 malam berturut-turut. Ayat-ayat tersebut dibaca dengan tertib mengikut tajwid yang betul. Dalam proses itu, Ita meraung-raung, matanya bertukar menjadi merah dengan urat-urat kelihatan merekah. Ketika air surah Yassin disapukan dikepalanya, rambut kelihatan gugur sehingga kulit kepalanya jelas kelihatan. Sukar untuk dibayangkan betapa dahsyatnya penderitaan yang dialami oleh Ita. Pak Cu masih meneruskan usahanya selama 3 malam. Pak Cu berserah dan bertawakal kepada Allah s.w.t.

Setelah sampai di rumah Pak Lah, dia mendapati keadaan Ita semakin serius dan teruk. Pada malam itu, usahanya agak berlainan sedikit di mana dia terpaksa menggunakan kemenyan, kapas dan buluh runcing yang dikerat bukunya. Ketika ayat Kursi dibaca sebanyak 120 kali, Ita bangun dan meronta-ronta mengamuk dan ingin mencekik semua orang yang ada pada malam itu. Keadaan rumah menjadi kelam-kabut. Masing-masing lari bertempiaran untuk menyelamatkan diri, Pak Cu segera mengambil air surah Yassin lalu disimbah kepada Ita, barulah dia rebah kembali kepada asalnya. Namun selepas itu, Ita kembali mengamuk dan mengigit lengannya sehingga beberapa bahagian lengan terkoyak.

Boleh dikatakan jika sesiapa yang ada pada malam itu pasti akan menitiskan air mata termasuklah Lokman yang sudah tidak tahan lagi meratapi penderitaan yang dialami oleh Ita yang begitu dahsyat. Setelah selesai membaca ayat Kursi sebanyak 170 kali, Pak Cu melakukan ikhtiarnya yang terakhir.

Pak Cu mengambil kapas yang dibasahkan dengan air surah Yassin dan dikepal sambil membaca ayat-ayat penyembuh. Kapas tersebut digumpal sehingga menjadi bulat dan kemudian disumbat pada hujung pangkal buluh. Pak Cu mencurahkan air surah Yassin perlahan-lahan ke dalam buluh tersebut sehingga penuh. Dia membakar kemenyan dan mengasap buluh tadi sambil membaca ayat penyembuh. Ita semakin kuat meronta-ronta dan ketika itu atap rumah yang terletak setentang dengan tempat pembaringan Ita tercabut dan terpelanting tiba-tiba. Seluruh tetamu terkejut dan terpaku serta tidak berkata apa-apa.

Pak Cu tahu yang merempuh atap tersebut ialah sejenis makhluk halus yang digunakan bagi melaksanakan niat jahat tersebut. Pak Cu nampak seekor beruk besar dan bertaring panjang sedang merempuh atap sehingga tercabut. Wajah Ita kelihatan berubah dan dia sudah mampu menyebut dan memanggil ayah dan ibunya.

Segera Pak Cu memanggil Pak Lah untuk menyatakan sesuatu. Bagi Pak Cu, apa yang perlu sekarang ini ialah berserah dan berdoa sahaja kepada Allah agar Ita dipanjangkan umur. Ini memandangkan penyakit Ita sudah amat kritikal. Setelah mendapat keizinan Pak Lah, Pak Cu meneruskan ikhtiarnya. Dia mengambil buluh runcing tadi lalu ditiup sambil membaca ayat-ayat suci. Seketika kemudian kapas yang ada pada hujung buluh runcing tadi tercabut dan terjatuh bersama air surah Yassin.

Di saat itu, Ita meraung kesakitan dan darah mengalir keluar dari kemaluannya. Darah hitam pekat busuk itu bercampur dengan ulat-ulat yang cukup meloyakan. Ia terlalu banyak sehingga memenuhi ruang tamu. Pak Lah mengajar Ita supaya mengucap dan ingat kepada Allah.

Seketika kemudian, Ita menghembuskan nafasnya yang terakhir. Seluruh isi rumah ketika itu meratap hiba dengan pemergian Ita yang sungguh menyedihkan itu. Ayam dan itik di bawah rumah habis mati bergelimpangan pada keesokkan harinya disebabkan termakan ulat beracun yang keluar bersama darah Ita malam itu.

Ita telah selamat dikebumikan dan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Ita. Sesungguhnya beliau benar-benar telah terseksa sepanjang hidupnya akibat sifat dengki manusia yang tidak berhati perut.
Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima atau membuat sesuatu dengan baik berlandaskan kenyataan.
sumber dari respeksgroup

Sampainya Hadiah Bacaan Al-qur’an untuk mayyit (Orang Mati)

A. Dalil-dalil Hadiah Pahala Bacaan
1. Hadits tentang wasiat ibnu umar tersebut dalam syarah aqidah ThahawiyahHal :458 : “ Dari ibnu umar Ra. : “Bahwasanya Beliau berwasiat agar diatas kuburnya nanti sesudah pemakaman dibacakan awa-awal surat albaqarah dan akhirnya. Dan dari sebagian muhajirin dinukil juga adanya pembacaan surat albaqarah”

Hadits ini menjadi pegangan Imam Ahmad, padaha imam Ahmad ini sebelumnya termasuk orang yang mengingkari sampainya pahala dari orang hidup kepada orang yang sudah mati, namun setelah mendengar dari orang-orang kepercayaan tentang wasiat ibnu umar tersebut, beliau mencabut pengingkarannya itu. (mukhtasar tadzkirah qurtubi halaman 25).

Oleh karena itulah, maka ada riwayat dari imam Ahmad bin Hnbal bahwa beliau berkata : “ Sampai kepada mayyit (pahala) tiap-tiap kebajikan karena ada nash-nash yang dating padanya dan juga karena kaum muslimin (zaman tabi’in dan tabiuttabi’in) pada berkumpul disetiap negeri, mereka membaca al-qur’an dan menghadiahkan (pahalanya) kepada mereka yang sudah meninggal, maka jadialah ia ijma . (Yasaluunaka fid din wal hayat oleh syaikh DR Ahmad syarbasy Jilid III/423).

2. Hadits dalam sunan Baihaqi danan isnad Hasan. “Bahwasanya Ibnu umar menyukai agar dibaca keatas pekuburan sesudah emakaman awal surat albaqarah dan akhirnya”. Hadits ini agak semakna dengan hadits pertama, hanya yang pertama itu adalah wasiat seadangkan ini adalah pernyataan bahwa beliau menyukai hal tersebut.

3. Hadits Riwayat darulqutni. “Barangsiapa masuk kepekuburan lalu membaca qulhuwallahu ahad (surat al ikhlash) 11 kali, kemudian menghadiahkan pahalanya kepada orang-orang yang telah mati (dipekuburan itu), maka ia akan diberi pahala sebanyak orang yang mati disitu”.

4. Hadits marfu’ Riwayat Hafidz as-salafi. “Barangsiapa melewati pekuburan lalu membaca qulhuwallahu ahad (surat al ikhlash) 11 kali, kemudian menghadiahkan pahalanya kepada orang-orang yang telah mati (dipekuburan itu), maka ia akan diberi pahala sebanyak orang yang mati disitu”. (Mukhtasar Al-qurtubi hal. 26).

5. Hadits Riwayat Thabrani dan Baihaqi.
“Dari Ibnu Umar ra. Bahwa Rasulullah SAW bersabda: “Jika mati salah seorang dari kamu, maka janganlah menahannya dan segeralah membawanya ke kubur dan bacakanlah Fatihatul kitab disamping kepalanya”.

6. Hadits riwayat Abu dawud, Nasa’I, Ahmad dan ibnu Hibban. “Dari ma’qil bin yasar dari Nabi SAW., Beliau bersabda: “Bacakanlah surat yaasin untuk orang yang telah mati diantara kamu”.

B. Fatwa Ulama Tentang Sampainya Hadiah Pahala Bacaan kepada Mayyit
1. Berkata Muhammad bin ahmad al-marwazi: “Saya mendengar Imam Ahmad bin Hanbal berkata : “Jika kamu masuk ke pekuburan, maka bacalah Fatihatul kitab, al-ikhlas, al falaq dan an-nas dan jadikanlah pahalanya untuk para penghuni kubur, maka sesungguhnya pahala itu sampai kepada mereka. Tapi yang lebih baik adalah agar sipembaca itu berdoa sesudah selesai dengan: “Ya Allah, sampaikanlah pahala ayat yang telah aku baca ini kepada si fulan…” (Hujjatu Ahlis sunnah waljamaah hal. 15)

2. Berkata Syaikh aIi bin Muhammad Bin abil lz: “Adapun Membaca Al-qur’an dan menghadiahkan pahalanya kepada orang yang mati secara sukarela dan tanpa upah, maka pahalanya akan sampai kepadanya sebagaimana sampainya pahala puasa dan haji”. (Syarah aqidah Thahawiyah hal. 457).

3. Berkata Ibnu taymiyah:
“sesungguhnya mayyit itu dapat beroleh manfaat dengan ibadah-ibadah kebendaan seperti sedekah dan seumpamanya”. (yas alunka fiddin wal hayat jilid I/442).

Di atas adalah kitab ibnu taimiah berjudul majmuk fatawa jilid 24 pada mukasurat 324. Ibnu taimiah ditanya mengenai seseorang yang bertahlil, bertasbih,bertahmid, bertakbir dan menyampaikan pahala tersebut kepada simayat muslim lantas ibnu taimiah menjawab amalan tersebut sampai kepada si mayat dan juga tasbih,takbir dan lain-lain zikir sekiranya disampaikan pahalanya kepada si mayat maka ianya sampai dan bagus serta baik. Manakala Wahhabi menolak dan menkafirkan amalan ini.

Di atas pula adalah kitab ibnu tamiah berjudul majmuk fatawa juzuk 24 pada mukasurat 324.ibnu taimiah di tanya mengenai seorang yang bertahlil 70000 kali dan menghadiahkan kepada si mayat muslim lantas ibnu taimiah mengatakan amalan itu adalah amat memberi manafaat dan amat baik serta mulia.

4. Berkata Ibnu qayyim al-jauziyah: “sesuatu yang paling utama dihadiahkan kepada mayyit adalah sedekah, istighfar, berdoa untuknya dan berhaji atas nama dia. Adapun membaca al-qur’an dan menghadiahkan pahalanya kepada mayyit secara sukarela dan tanpa imbalan, maka akan sampai kepadanya sebagaimana pahala puasa dan haji juga sampai kepadanya (yasaaluunaka fiddin wal hayat jilid I/442)

Berkata Ibnu qayyim al-jauziyah dalam kitabnya Ar-ruh : “Al Khallal dalam kitabnya Al-Jami’ sewaktu membahas bacaan al-qur’an disamping kubur” berkata : Menceritakan kepada kami Abbas bin Muhammad ad-dauri, menceritakan kepada kami yahya bin mu’in, menceritakan kepada kami Mubassyar al-halabi, menceritakan kepada kami Abdurrahman bin Ala’ bin al-lajlaj dari bapaku : “ Jika aku telah mati, maka letakanlah aku di liang lahad dan ucapkanlah bismillah dan baca permulaan surat al-baqarah disamping kepalaku karena seungguhnya aku mendengar Abdullah bin Umar berkata demikian.

Ibnu qayyim dalam kitab ini pada halaman yang sama : “Mengabarkan kepadaku Hasan bin Ahmad bin al-warraq, menceritakan kepadaku Ali-Musa Al-Haddad dan dia adalah seorang yang sangat jujur, dia berkata : “Pernah aku bersama Ahmad bin Hanbal, dan Muhammad bin Qudamah al-juhairi menghadiri jenazah, maka tatkala mayyit dimakamkan, seorang lelaki kurus duduk disamping kubur (sambil membaca al-qur’an). Melihat ini berkatalah imam Ahmad kepadanya: “Hai sesungguhnya membaca al-qur’an disamping kubur adalah bid’ah!”. Maka tatkala kami keluar dari kubur berkatalah imam Muhammad bin qudamah kepada imam ahmad bin Hanbal : “Wahai abu abdillah, bagaimana pendapatmu tentang Mubassyar al-halabi?. Imam Ahmad menjawab : “Beliau adalah orang yang tsiqah (terpercaya) , apakah engkau meriwayatkan sesuatu darinya?. Muhammad bin qodamah berkata : Ya, mengabarkan kepadaku Mubasyar dari Abdurahman bin a’la bin al-laj-laj dari bapaknya bahwa dia berwasiat
apabila telah dikuburkan agar dibacakan disamping kepalanya permulaan surat al-baqarah dan akhirnya dan dia berkata : “aku telah mendengar Ibnu Umar berwasiat yang demikian itu”. Mendengar riwayat tersebut Imam ahmad berkata : “Kembalilah dan katakan kepada lelaki itu agar bacaannya diteruskan (Kitab ar-ruh, ibnul qayyim al jauziyah).

5. Berkata Sayaikh Hasanain Muhammad makhluf, Mantan Mufti negeri mesir : “Tokoh-tokoh madzab hanafi berpendapat bahwa tiap-tiap orang yang melakukan ibadah baik sedekah atau membaca al-qur’an atau selain demikian daripada macam-macam kebaikan, boleh baginya menghadiahkan pahalanya kepada orang lain dan pahalanya itu akan sampai kepadanya.

6. Imam sya’bi ; “Orang-orang anshar jika ada diantara mereka yang meninggal,maka mereka berbondong-bondong ke kuburnya sambil membaca al-qur’an disampingnaya”. (ucapan imam sya’bi ini juga dikutip oleh ibnu qayyim al jauziyah dalam kitab ar-ruh hal. 13).

7. Begitu banyaknya Imam-imam dan ulama ahlusunnah yang menyatakansampainya pahala bacaan alqur’an yang dihadiahkan untuk mayyit (muslim), maka tidak lah kami bisa menuliskan semuanya dalam risalah ini karena khawatir akan terlalu panjang. Tapi saya akan sebutkan sebagaian rujukan yang penting : Allamah muhammad al-arobi dalam kitab majmu tsalatsi rosail, Imam qurtubi dalam tadzkirah al-qurtubi hal. 26, Syaikh ali ma’sum dalam Hujjtu ahlisunnah wal jamaah hal. 13).

C. Dalam Madzab Imam syafei
Untuk menjelaskan hal ini marilah kita lihat penuturan imam Nawawi dalam Al-adzkar halaman 140 : “Dalam hal sampainya bacaan al-qur’an para ulama berbeda pendapat. Pendapat yang masyhur dari madzab Syafei dan sekelompok ulama adalah tidak sampai. Namun menurut Imam ahmad bin Hanbal dan juga Ashab Syafei berpendapat bahwa pahalanya sampai. Maka lebih baik adalah si pembaca menghaturkan doa : “Ya Allah sampaikanlah bacaan yat ini untuk si fulan…….”

Tersebut dalam al-majmu jilid 15/522 : “Berkata Ibnu Nahwi dalam syarah Minhaj: “Dalam Madzab syafei menurut qaul yang masyhur, pahala bacaan tidak sampai. Tapi menurut qaul yang Mukhtar, adalah sampai apabila dimohonkan kepada Allah agar disampaikan pahala bacaan terbut. Dan seyogyanya memantapkan pendapat ini karena dia adalah doa. Maka jika boleh berdoa untuk mayyit dengan sesuatu yang tidak dimiliki oleh si pendoa, maka kebolehan berdoa denagn sesuatu yang dimiliki oleh si pendoa adalah lebih utama”.

Dengan demikian dapat disimpulkan bahwa dalam madzab syafei terdapat dua qaul dalam hal pahala bacaan :
1. Qaul yang masyhur yakni pahala bacaan tidak sampai.
2. Qaul yang mukhtar yakni pahala bacaan sampai.
Dalam menanggapai qaul masyhur tersebut pengarang kitab Fathul wahhab yakni Syaikh Zakaria Al-anshari mengatakan dalam kitabnya Jilid II/19 : “Apa yang dikatakan sebagai qaul yang masyhur dalam madzab syafii itu dibawa atas pengertian : “Jika alqur’an itu tidak dibaca dihadapan mayyit dan tidak pula meniatkan pahala bacaan untuknya”. Dan mengenai syarat-syarat sampainya pahala bacaan itu Syaikh Sulaiman al-jamal mengatakan dalam kitabnya Hasiyatul Jamal Jilid IV/67 :

“Berkata syaikh Muhammad Ramli : Sampai pahala bacaan jika terdapat salah satu dari tiga perkara yaitu:
1. Pembacaan dilakukan disamping kuburnya.
2. Berdoa untuk mayyit sesudah bacaan Al-qur’an yakni memohonkan agar pahalanya disampaikan kepadanya.
3. Meniatkan samapainya pahala bacaan itu kepadanya”.


Hal senada juga diungkapkan oleh Syaikh ahmad bin qasim al-ubadi dalam hasyiah Tuhfatul Muhtaj Jilid VII/74 :
“Kesimpulan Bahwa jika seseorang meniatkan pahala bacaan kepada mayyit atau dia mendoakan sampainya pahala bacaan itu kepada mayyit sesudah membaca Al-qur’an atau dia membaca disamping kuburnya, maka hasilah bagi mayyit itu seumpama pahala bacaannya dan hasil pula pahala bagi orang yang membacanya”.

Namun Demikian akan menjadi lebih baik dan lebih terjamin jika ;

1. Pembacaan yang dilakukan dihadapan mayyit diiringi pula dengan meniatkan pahala bacaan itu kepadanya.
2. Pembacaan yang dilakukan bukan dihadapan mayyit agar disampingmeniatkan untuk simayyit juga disertai dengan doa penyampaian pahala sesudah selesai membaca.
Langkah seperti ini dijadikan syarat oleh sebagian ulama seperti dalam kitab tuhfah dan syarah Minhaj (lihat kitab I’anatut Tahlibin Jilid III/24).

(ringkasan dari Buku argumentasi Ulama syafi’iyah terhadap tuduhan bid’ah,Al ustadz haji Mujiburahman, halaman 142-150, mutiara ilmu). Semoga menjadi asbab hidayah bagi Ummat

25 NASIHAT LUQMAN AL HAKIM

01 - Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

02 - Orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari ALLAH juga.

03 - Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawaduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

04 - Hai anakku; seandainya ibu bapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibu bapamu adalah bagaikan baja bagi tanam-tanaman.

05 - Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

06 - Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar-benar takut (taqwa), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

07 - Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.

08 - Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.

09 - Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

10 - Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.

11 - Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

12 - Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.

13 - Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14 - Makanlah makananmu bersama-sama dengan orang-orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulama dengan cara meminta nasihat dari mereka.

15 - Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

16 - Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu, maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.

17 - Selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.

18 - Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.

19 - Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya yang akan mendatangkan cela pada dirimu.

20 - Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

21 - Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

22 - Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia-siakan hartamu.

23 - Barangsiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.

24 - Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.

25 - Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu

Kewajipan mencintai Nabi SAW

Oleh Panel Penyelidikan Yayasan Sofa, Negeri Sembilan.
Berbekalkan keyakinan bahawa manhaj risalah dan dakwah Islamiah yang sebenar adalah berteraskan perasaan cinta dan kasih yang mendalam kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW, ruangan ini telah mengimbau mengenai hakikat kasihnya Rasulullah SAW terhadap umatnya dan pengorbanan yang telah Baginda SAW sembahkan sebagai tanda cinta dan kasih kepada umatnya. Maka wajarlah kita bicara tentang kewajipan kita sebagai Umat Nabi Muhammad SAW membalas kasih Rasulullah SAW terhadap kita serta mencintai Baginda SAW seperti yang selayaknya.

Hakikat bahawa Rasulullah SAW wajib dikasihi dengan sebenar-benarnya sangat jelas di sisi syarak. Ia sebagaimana yang termaktub dalam ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis, yang merupakan sumber agama yang wajib dipatuhi oleh setiap orang yang bergelar Muslim. Di samping perintah yang terang nyata dalam nas-nas wahyu, akal dan fitrah yang sihat juga sangat kuat mendukung keperluan dan kepentingan kita mencintai dan mengasihi Rasulullah SAW.

Oleh itu, mencintai Nabi SAW adalah suatu yang wajib baik dari sudut naqli (wahyu) mahupun aqli (logik). Dalil Naqli Bagi seorang Muslim yang taat, setiap nas wahyu sama ada daripada al-Quran mahupun sunnah yang sahih adalah perintah dan arahan dari Tuhan yang dengan segera dan bersemangat dijunjung dan dipatuhi. Apatah lagi jika perintah itu datang dalam nada yang tegas dan diiringi amaran. Nada inilah yang jelas dapat kita rasakan pada ayat yang memerintahkan kita mencintai dan mengutamakan Nabi SAW dalam surah al-Taubah, ayat 9 yang bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq (derhaka).

Dalam ayat ini, Allah SWT memberi ancaman dan menjanjikan balasan azab-Nya bagi orang yang mengasihi keluarga dan harta bendanya melebihi kecintaannya terhadap Allah SWT dan Rasul-Nya SAW. Mereka juga ditakutkan dengan gelaran fasiq yang memang sangat dibenci oleh setiap jiwa yang beriman. Ancaman dan balasan azab dalam ayat sepatutnya sudah mencukupi sebagai motivasi, peringatan, dalil yang jelas dan hujah yang kuat bagi menunjukkan thabitnya kewajipan mengasihi Nabi SAW, membesarkan kedudukan Baginda SAW, dan tuntutan melaksanakan hak mengasihinya dengan sempurna.

Jika kita merujuk kepada nas-nas Sunnah pula, walaupun kita mengenali Rasulullah SAW sebagai insan yang paling tawaduk dan paling tidak mementingkan diri, baginda SAW tiada pilihan melainkan menyampaikan dengan jelas dan tegas kewajipan kita menyintai dirinya dan mengutamakannya kerana ia adalah antara inti, rahsia dan pokok ajaran agama ini. Di antara pesanan dan perintah yang sangat jelas daripada Rasulullah SAW dalam hal ini ialah: Tidak dianggap sempurna Iman seseorang daripada kamu sehinggalah aku lebih dicintainya daripada anaknya, bapanya dan sekalian manusia. (riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis ini penanda aras kesempurnaan Iman itu sendiri turut diukur berdasarkan tahap kecintaan dan kasih terhadap baginda SAW. Sudah tentu kita tidak reda keimanan kita cacat dan tidak sempurna apatah lagi jika sebabnya adalah kegagalan kita melakukan sesuatu yang seindah dan semulia menyintai insan teristimewa, Nabi kita Muhammad SAW.

Di ketika yang lain, sunnah merakamkan dialog penuh makna antara Rasulullah SAW dan Saidina Umar al-Khattab r.a. Saidina Umar diriwayatkan berkata, “Wahai Rasulullah! Engkau lebih aku cintai daripada mana-mana manusia yang ada di dunia ini melainkan jiwaku yang berada di dalam jasadku”.

Kata-kata Umar RA ini disambut oleh Rasulullah SAW dengan tegas: “Tiada sesiapapun yang benar-benar menjadi Mukmin sejati sehinggalah aku lebih dicintainya walaupun daripada dirinya sendiri”.

Mendengarkan sabda yang mulia ini, Umar r.a lantas berkata: “Demi Tuhan yang menurunkan Kitab kepadamu, sekarang ini engkau lebih aku cintai daripada diriku yang berada di dalam jasadku”.

Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Sekarang (barulah kamu mempunyai iman yang sempurna) wahai Umar!” (riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Selain hadis-hadis yang mengikat iman dengan kecintaan terhadap Nabi SAW, kita juga menemukan hadis-hadis yang menjadikan cintakan Nabi SAW sebagai pra-syarat bagi mendapatkan matlamat-matlamat sehebat kemanisan iman dan seagung dapat bersama dengan Nabi SAW dalam syurga Allah SWT.

Rasulullah SAW diriwayatkan bersabda, Sesiapa yang terdapat di dalam dirinya tiga perkara ini, akan merasai kemanisan iman; Allah dan RasulNya lebih dikasihi daripada selain keduanya, dia mengasihi seseorang yang tidak dikasihinya melainkan kerana Allah dan dia berasa benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana dia berasa benci sekiranya dicampakkan ke dalam neraka. (riwayat Ahmad, al-Bukhari, Muslim, Tirmizi dan Nasa’i di dalam Bab Iman)

Diketika yang lain seorang sahabat telah menanyakan baginda SAW, “Bilakah akan berlaku hari kiamat, wahai Rasulullah?” (Dia bertanya sedemikian seolah-olah berasa rindu kepadanya). Jawab baginda SAW, “Apakah yang telah kamu sediakan untuk menghadapi hari kiamat?” Jawabnya, “Aku tidak bersedia menghadapinya dengan banyak melakukan solat, puasa (sunat) atau pun bersedekah tetapi aku amat kasih kepada Allah dan Rasul-Nya”. Sabda Baginda SAW, “Kamu akan bersama dengan orang yang kamu kasihi”. (riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Tirmizi)

Melihat nas-nas yang jelas di atas, apakah patut kita masih ragu-ragu atau lemah dalam berusaha membalas cinta kekasih yang unggul ini? Bijakkah kita jika masih menjulang cinta dunia melebihi cinta kita terhadap Nabi SAW? Dalil Akal dan FitrahSelain kalam wahyu Qurani dan Nabawi, kewajipan dan keutamaan mencintai Nabi Muhammad SAW juga sangat selari dengan setiap akal yang salim dan segala fitrah yang sejahtera. Lazimnya perasaan kasih adalah kecenderungan hati terhadap apa yang disamai atau disepakati sesama manusia sama ada persamaan atau kesesuaian pada fitrah semulajadi manusia ataupun hukum syarak.

Di antara persamaan yang menyebabkan terhasilnya kecenderungan dan kasih ini ialah:
  1. Kelazatan atau tarikan yang dirasai dan ditanggapi oleh pancaindera yang zahir terhadap sifat-sifat luaran orang yang dikasihinya seperti tarikan kepada rupa paras atau gambaran yang cantik, suara yang lunak, makanan dan minuman yang lazat. Semuanya ini, adalah kecenderungan semulajadi pada fitrah yang sejahtera.
  2. Kecenderungan atau tarikan yang dipandu dan dilahirkan oleh akal dan hati yang sejahtera terhadap sifat-sifat dalaman yang mulia dan baik yang dimiliki oleh seseorang yang dikasihi seperti suka atau kasih kepada orang-orang soleh, para ulama, ahli kebajikan yang dikhabarkan tentang perjalanan hidup mereka yang indah dan akhlak mereka yang baik.
  3. Fitrah manusia yang cenderung untuk mengasihi golongan ini mampu menghasilkan rasa keterikatan dan komitmen yang tinggi yang jika disalurkan dengan betul boleh menghasilkan kerja-kerja besar dan hebat.
  4. Perasaan suka dan kecenderungan yang lahir disebabkan oleh rasa terima kasih terhadap kebaikan seseorang dan nikmat-nikmat yang telah diterima daripadanya.Sesungguhnya menjadi tabiat jiwa manusia, suka dan kasih kepada orang yang berbuat baik terhadapnya.
Jika kita meninjau faktor-faktor timbulnya cinta di atas pada diri Rasulullah SAW yang mulia, ternyata pada diri Baginda SAW terhimpun ketiga-tiga faktor tersebut sehingga mewajibkan secara aqli dan fitri Baginda SAW dikasihi dan dicintai oleh kita semua.Adapun kecantikan rupa paras dan lahiriah Nabi SAW, kesempurnaan akhlak dan batin baginda SAW, telah dicatatkan dengan tinta emas dalam sejarah dan khazanah ilmu dan tidak dipertikaikan sama sekali.

Sekiranya kita cenderung mengasihi seseorang yang melakukan kebaikan kepada kita di dunia walau cuma sekali-dua pun serta sangat terhutang budi kepada orang yang telah menyelamatkan kita daripada kebinasaan dan kemudaratan semasa kita mengalami kesusahan duniawi barang seketika. Maka sudah tentu insan istimewa yang telah membuka kepada kita segala pintu nikmat dan kebaikan yang berkekalan serta menyelamatkan kita daripada azab api neraka yang dahsyat adalah lebih patut, lebih utama dan lebih layak mendapat kasih dan cinta kita.

Semoga Allah SWT dengan limpahan rahmat-Nya, berkenan menganugerahkan kita dengan cinta-Nya, cinta Rasul-Nya, dan menyubur-mekar dalam sanubari kita cinta tulus terhadap Rasulullah SAW sebagaimana yang selayak dan sewajarnya cinta suatu umat yang mulia kepada Nabinya yang agung, SAW. Wallahu a’lam.

FADHILAT BULAN REJAB

Bulan Rejab kembali lagi. Ia merupakan bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam. Rejab bermaksud ta'azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya dan Ruangan Bimbingan Rohani kali ini menyorot fadhilat bulan Rejab dan beberapa hadis Rasulullah S.A.W. berkenaan dengannya.

Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa. Maksud hadis Rasulullah S.A.W. tentang kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab adalah seperti berikut:

  • Puasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi.
  • Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya.
  • Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka,
  • Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal.
  • Puasa 5 hari - aman dari azab kubur.
  • Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.
  • Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya.
  • Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya.
  • Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.
  • Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.
  • Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.
  • Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.
  • Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.
  • Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
  • Puasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.
  • Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.
Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.

Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun. Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin dari salji. Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.

Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api neraka. Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti.

Kelebihan lain bulan Rejab:
  1. Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.
  2. Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.
  3. Rejab bulan Allah, Sya'aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W.
  4. Rejab adalah bulan menabur benih, Sya'aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai.
  5. Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya'aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh.
  6. Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya'aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.
  7. Rejab adalah bulan taubat, Sya'aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.
  8. Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya'aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala.
Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab:
  1. Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun.
  2. Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir.
  3. Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat.
  4. Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya.
  5. Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain.
Peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulan Rejab:
  1. Israk dan Mikraj (27 Rejab).
  2. Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj).
  3. Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah.
Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj adalah sebuah peristiwa di mana Nabi Muhammad S.A.W telah di"israk"kan (dibawa berjalan) dari Kota Mekah ke Baitul Muqaddis serta di"mikraj"kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah S.W.T di mana Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah S.A.W. Semuanya berlaku di dalam satu malam sahaja.

Firman Allah SWT: "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada satu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Surah Al Israa': 1)

DOA BULAN REJAB:
"Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulanSya'aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya. Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hamba-Mu dan aku dalam genggaman-Mu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepada-Mu sekadar kemampuan yang ada padaku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah."

Kesimpulannya, bulan Rejab merupakan sebuah bulan yang banyak keistimewaannya yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada umat-Nya, kerana Rejab adalah bulan Allah. Pintu rahmat terbuka luas kepada umat-Nya untuk bertaubat dan memohon ampun di atas dosa-dosa yang lepas. Namun begitu, suka diingatkan bahawa kita perlu mengerjakan segala amalan yang dituntut ini dengan sifat ikhlas, rendah diri dan tawwaduk agar ganjaran yang akan diperolehi itu ada keberkatannya.

Namrud Hancur Kerana Nyamuk

“Dan tidak ada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia sendiri.” (Surah al-Muddatsir: 31)

Suatu ketika Kota Babylon (kini Iraq) yang diperintah Raja Namrud megah dengan ketinggian tamadunnya. Namun masyarakat purba itu begitu naif dalam beragama. Sekian lama mereka menjadikan patung-patung sebagai Tuhan. Di saat Namrud dan orang-orang Babylon tenggelam dalam kesyirikan, Allah mengutuskan Nabi Ibrahim Al-Khalil bagi menyeru mereka kembali menyembah Tuhan yang Esa.
Malangnya dakwah Nabi Ibrahim disambut kata-kata nista dan digelar orang gila. Namrud bukan sahaja ingkar malah sanggup mengerah rakyatnya menyalakan unggun api unruk membakar Nabi Ibrahim. Baginda dlikat pada manjanik (lastik besar) lalu dilontar-kan ke dalam api yang sedang marak.

Bagaimanapun Allah menyelamatkan pesuruh-Nya itu dengan memerintahkan api agar tidak menyambar tubuh baginda. Namun kejadian itu langsung tidak menginsafkan Namrud. (Surah Al-Anbiya: 69-70)
Namrud yang mempunyai ratusan bala tentera mencabar Nabi Ibrahim dengan penuh angkuh.
"Sekiranya Tuhanmu mempunyai malaikat, maka kirimkanlah mereka supaya berperang dengan aku," kata-nya kepada Nabi Ibrahim. Justeru Nabi Ibrahim bermunajat memohon bantuan Allah. Sampailah satu kerika, Namrud dan tenteranya berkumpul di padang yang luas, Allah memerintahkan nyamuk agar menyerang mereka.

Tentera Namrud ketakutan apabila ruang angkasa berubah menjadi gelap. Jutaan nyamuk menuju ke arah mereka dengan dengungan yang membingitkan. Tentera Namrud kebingungan. Mereka bertempiaran cuba menyelamatkan diri. Namun seorang demi seorang rebah menyembah bumi menjadi 'ratahan' nyamuk yang rakus menghisap darah. Namun Allah menunda kematian Namrud agar dia dapat menyaksikan sendiri kehancuran tenteranya kerana berani mencabar Tuhan. Namrud dibiarkan pulang ke mahligainya dalam keadaan penuh terseksa akibat gigitan nyamuk di seluruh tubuhnya.

Selama tiga hari nyamuk menghurung pekarangan mahligai Namrud. Bagaimanapun selama tempoh itu ternyata dia tetap enggan bertaubat. Lantas serangga kecil itu menyelinap masuk ke lubang hidung serta seluruh rongga raja yang angkuh itu. Dia menggelupur dan menjerit menanggung kesakitan yang amat sangat. Beberapa ketika kemudian Namrud menemui ajalnya.

"Kisah Namrud perlu dijadikan pedoman bagi seluruh umat Islam kerana ia menceritakan pembalasan Allah terhadap manusia yang ingkar dengan ajaran Allah," kata Pengarah Hal Ehwal Pelajar Institut Teknologi Ibnu Sina (INTIS), Ustaz Idris Ahmad.

Bagaimanapun jelasnya, umat Nabi Muhammad lebih bernasib baik kerana ujian yang diturunkan lebih ringan. Walaupun wujud penentangan terhadap dakwah Rasulullah namun Allah tidak meranapkan umat akhir zaman ini sekali gus.

"Pun begitu, Allah tetap menguji kita seperti bencana alam, kesempitan hidup atau wabak penyakit yang masih mampu kita tangani setelah berlaku kemungkaran secara terdedah dan tanpa segan silu," ujarnya.
Tambahnya lagi, Allah ada berfirman, "Telah timbul pelbagai kerosakan (bala bencana) di darat dan laut akibat tangan-tangan manusia sendiri kerana Allah hendak mereka merasakan sebahagian dari balasan perbuatan burukitu agar mereka kembali insaf." Surah Al-Rum: 41

"Kebenaran ayat suci itu terbukti kerana memang benar manusia melakukan kemusnahan dan menyimpang dari ajaran-Nya. Justeru kita sering diduga dalam pelbagai bentuk. Inilah amaran Allah," tegas Ustaz Idris.

Namun pesannya, segala ujian yang menimpa sebenarnya mengajak umat kembali ke landasan yang benar. Ini kerana Islam mempunyai konsep taubat bagi sesiapa yang sudah terlajak. Meskipun Allah tunjukkan tanda-tanda kecil kemurkaan-Nya namun masih ramai yang tidak insaf. Dibimbangi jika manusia terus menerus ingkar, Allah akan turunkan dugaan yang lebih berat. Akuinya, memang benar rakyat negara ini banyak menikmati keselesaan hidup. Pun begitu, umat Islam harus sedar segala kesenangan akan terhakis apabila berlaku kepincangan dalam kehidupan manusia.

Ujarnya, jika Namrud dihancurkan dengan nyamuk kerana keangkuhannya kepada Allah, kini serangga pembawa virus berbahaya itu turut mengorbankan puluhan nyawa akibat kelalaian manusia. Jelasnya, ini juga akibat dari kegiatan secara tidak terkawal dan rakus terhadap alam yang bukan sahaja mendatangkan mudarat kepada manusia malah menjejas hidupan haiwan dan tumbuhan.

"Mengelak dugaan Allah datang bertimpa-timpa umat Islam perlu kembali pada agama yang menuntut kita meletakkan asas kukuh dalam menguruskan kehidupan," nasihat Ustaz Idris.Â

Tuesday

Al-Quran (Surah Al-Fajr) Janganlah Kamu Tamak Haloba

إِنَّ رَبَّكَ لَبِالْمِرْصَادِ
Sesungguhnya Tuhanmu tetap mengawas dan membalas, (terutama balasan akhirat) ...ayat 14

فَأَمَّا الْإِنسَانُ إِذَا مَا ابْتَلَاهُ رَبُّهُ فَأَكْرَمَهُ وَنَعَّمَهُ فَيَقُولُ رَبِّي أَكْرَمَنِ
(Dalam pada itu manusia tidak menghiraukan balasan akhirat), oleh yang demikian, maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (dia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya: Tuhanku telah memuliakan daku! ...ayat 15

وَأَمَّا إِذَا مَا ابْتَلَاهُ فَقَدَرَ عَلَيْهِ رِزْقَهُ فَيَقُولُ رَبِّي أَهَانَنِ
Dan sebaliknya apabila dia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (dia tidak bersabar bahkan dia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: Tuhanku telah menghinakan daku! ...ayat 16

كَلَّا ۖ بَل لَّا تُكْرِمُونَ الْيَتِيمَ
Jangan demikian, (sebenarnya kata-kata kamu itu salah). Bahkan (perbuatan kamu wahai orang-orang yang hidup mewah, lebih salah lagi kerana) kamu tidak memuliakan anak yatim, (malah kamu menahan apa yang Dia berhak menerimanya); ...ayat 17

وَلَا تَحَاضُّونَ عَلَىٰ طَعَامِ الْمِسْكِينِ
Dan kamu tidak menggalakkan untuk memberi makanan (yang berhak diterima oleh) orang miskin; ...ayat 18

وَتَأْكُلُونَ التُّرَاثَ أَكْلًا لَّمًّا
Dan kamu sentiasa makan harta pusaka secara rakus (dengan tidak membezakan halal haramnya), ...ayat 19

وَتُحِبُّونَ الْمَالَ حُبًّا جَمًّا
Serta kamu pula sayangkan harta secara tamak haloba! ...ayat 20

كَلَّا إِذَا دُكَّتِ الْأَرْضُ دَكًّا دَكًّا
Jangan sekali-kali bersikap demikian! (Sebenarnya) apabila bumi (dihancurkan segala yang ada di atasnya dan) diratakan serata-ratanya, ...ayat 21


: Sayangi Diri : Sayangi Keluarga