Thursday

Yahudi dan Propagandanya

Protokol Yahudi
Sebenarnya tulisan mengenainya boleh dikatakan banyak di pasaran. Cuma kita kurang memberi perhatian dan membacanya, dan bertindak mengikut kemampuan kita. Allah SWT telah meletakkan satu garis pemisah yang jelas antara orang Islam dengan orang kafir.

Firman ALLAH dalam Surah Al Kafirun, maksudnya: “Katakanlah: Wahai orang-orang kafir! Aku tidak menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah. Dan aku tidak pemah menjadi penyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak pemah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah. Untukmulah agamamu dan untukkulah agamaku.”

Garis pemisah ini adalah lebih jelas dan lebih keras lagi terhadap pemimpin-pemimpin orang kafir, mereka yang secara terang-terangan mernerangi orang Islam dan cuba merosakkan Agama ALLAH. Kalau kita benar-benar meneliti akan keadaan musuh-musuh Islam ini, kita akan dapati bahawa pemimpin-pemimpin sebenar mereka, yang merupakan perancang atau ‘master planner’ mereka, cukup menjaga rahsia dan sentiasa bersembunyi di sebalik tabir (very low profile).

Pemimpin Pak Turut

Pemimpin-pemimpin mereka yang biasa kita lihat itu adalah hanya sebagai pak turut atau ‘puppet’ yang hanya menurut perintah. Pemimpin-pemimpin yang tersembunyi atau master planner inilah yang sebenarnya memerintah dan memberi arahan dan mereka iniah yang perlu kita siasat dan fahami akan kerja-kerja dan perancangan jahat mereka.

Kebanyakan orang membuat silap dengan menyangka bahawa pemerintah yang ada sekarang inilah yang berkuasa. Contohnya Presiden Amerika Syarikat dikatakan sebagai jawatan yang paling berkuasa di dunia. Tetapi sebenamya presiden-presiden mereka hanyalah pak turut yang menurut perintah. Kita lihat telah banyak presiden yang bersilih ganti namun dasar dan sikap kerajaan mereka tidak banyak berubah. Ini adalah kerana pemimpin sebenar mereka yang tidak berubah. Sesiapapun yang menjadi presiden akan mematuhi arahan yang diberikan oleh master planner itu tadi. Jadi adalah cukup penting bagi kita untuk menyelidik akan pergerakan mereka ini.

Sumber Panduan Yahudi

Perancang-perancang ini mempunyai kitab-kitab mereka sendiri yang mereka jadikan sebagai panduan. Kitab-kitab mereka mengikut susunan dari yang kurang kejam kepada yang paling kejam adalah seperti berikut:

1) ‘Perjanjian Lama’ (Old Testament atau Taurat).

Walaupun kitab ini mereka panggil Taurat, tetapi kita tahu ia bukanlah Taurat yang diturunkan oleh ALLAH kepada Nabi Musa as, kerana di dalamnya terdapat cukup banyak perubahan yang mereka lakukan yang sama sekali bertentangan dengan Kitab ALLAH SWT. Antara isinya ialah mereka mengatakan bahawa ALLAH itu pelupa, menghukum manusia dengan tidak adil, cuba mengekalkan manusia di dalam kejahilan dan macam-macam lagi kekejaman yang mereka tuduhkan kepada ALLAH SWT.

2) Talmud.

Talmud adalah kumpulan tulisan pendita-pendita Yahudi. Mereka mendakwa bahawa tulisan-tulisan itu adalah kata-kata Nabi Musa (as). Talmud pula terbahagi kepada dua iaitu:

a. Talmud Babylon – ditulis oleh yahudi-yahudi yang berada di Babylon yang ditindas oleh kerajaan Babylonia. Dahulunya, ramai yahudi tinggal di Babil, Iraq. Mereka ditawan dari Palestin dan dibawa ke Babil untuk dijadikan hamba. Jadi kebanyakan kerja-kerja mereka dimulakan di Babil (Babylon).

b. Talmud Jerusalem – ditulis oleh yahudi-yahudi yang berada di Jerusalem.Talmud Babylon adalah Talmud yang lebih besar dan lebih penting (40 Vol.). Kitab Talmud ini adalah jauh lebih kejam daripada Taurat tadi. Kitab ini memandang manusia sebagai haiwan dan ia membenarkan segala kekejaman yang dilakukan terhadap manusia, kecuali terhadap orang Yahudi. Mereka juga mengaitkan segala perkara buruk yang mereka boleh kaitkan terhadap ALLAH SWT.

3) Kabala.

Kabala dipercayai sebagai sebahagian daripada Talmud tetapi isi-isinya adalah jauh lebih buruk dari isi Talmud.

4) Protocols
Protocols adalah yang paling kejam antara kitab-kitab yahudi. Antara isi-isi Protocols ialah garis kasar mengenai perancangan mereka atau apa yang ingin mereka capai, cara-cara (wasail) yang akan digunakan untuk mencapai matlamat mereka, dan juga analisa mengenai psikologi manusia.

Asal Usul Protocols
Protocols ini merupakan satu dokumen yang dibentangkan dalam satu perjumpaan orang-orang yahudi pada tahun 1897 di Switzerland. Dokumen itu bagaimanapun, jatuh ke tangan pihak Rusia. Seorang Rusia kemudian menterjemahkannya ke dalam bahasa Rusia dan pada tahun 1905, mencetak buku itu di bawah nama ‘The Jewish Peril’ atau “Bahaya dari Kaum Yahudi”. Kemudian, pada tahun 1921, seorang wartawan British menterjemahkan pula buku itu ke dalam bahasa Inggeris.

Buku yang ada pada kita hari ini sekurang-kurangnya telah dua kali diterjemahkan, iaitu ke dalam bahasa Rusia dan kemudian ke dalam bahasa Inggeris. Jadi telah banyak makna-maknanya yang lari dari maksudnya yang asal. Apa yang disampaikan ini adalah gabungan daripada 2 terjemahan dalam bahasa Arab dan disemak pula dengan terjemahan dalam bahasa Inggeris.

Sebelum pada itu, telah ada beberapa dokumen yang seumpama itu yang dijumpai pada tahun akhir 1770an (kurang pasti tarikh sebenar). Orang yang bertanggungjawab membawa dokumen itu ke Frankfurt telah mati dalam perjalanan. Dokumen itu dijumpai oleh polis Jerman yang kemudiannya telah menyerbu kuil-kuil yang digunakan sebagai tempat perjumpaan orang-orang yahudi itu. Di sana mereka menjumpai beberapa lagi dokumen yang seperti itu. Kuil-kuil itu kemudiannya ditutup dan sebarang perjumpaan di situ telah diharamkan.

Dokumen yang didapati pada tahun 1897 ini adalah lebih ‘detail’ daripada dokumen yang didapati pada tahun 1770an itu (kurang pasti tarikh sebenar). Pada tahun 1921, seorang wartawan British, Marsden, menterjemahkan pula buku itu ke dalam bahasa Inggeris. Tiada Perubahan pada Plan Asal


Sejak daripada itu, pihak yahudi dan media-massa (yang juga dikuasai oleh yahudi) telah cuba menafikan kebenaran buku itu dan mengatakan ia hanyalah ciptaan orang Kristian untuk memburukkan nama orang yahudi.

Walau apapun dakwaan mereka, kalau kita perhatikan betul-betul apa yang berlaku di dunia hari ini, kita akan dapati banyak persamaan dengan dokumen tersebut. Nampak jelas bahawa mereka sedang mengikuti perancangan dalam dokumen itu selangkah demi selangkah. Sebab itulah Protocols ini cukup penting kerana ia memberikan kita rancangan-rancangan musuh untuk masa hadapan.

Ada beberapa sebab mengapa mereka tidak menukar perancangan mereka walaupun ia telah diketahui orang:
1). Sekarang ini adalah telah lewat bagi mereka untuk membuat apa-apa perubahan kepada perancangan mereka.
2). Sasaran utama mereka iaitu orang ramai sama ada Islam atau Kristian, masih belum sedar dan sentiasa sibuk dengan kerja-kerja mereka seharian. Mereka sama ada tidak tahu tentang perancangan jahat yahudi itu atau mereka tahu tetapi tidak menganggapnya sebagai sesuatu yang serius.
3). Kumpulan yahudi ini menganggap bahawa apa yang mereka buat itu adalah berpatutan kerana mereka adalah golongan minoriti dan sentiasa ditindas.
4). Sukar bagi mereka sekarang untuk membuat perancangan baru yang lebih baik dari yang telah ada sekarang. Jadi mereka akan terus menggunakan perancangan yang sedia ada.

Matlamat Menghalalkan Cara

Lebih kurang satu pertiga daripada Protocols itu menyentuh tentang psikologi manusia, satu pertiga lagi tentang apa yang mereka akan lakukan untuk mencapai matlamat mereka dan sebahagian Iagi ialah bagaimana mereka akan menubuhkan kerajaan mereka untuk memerintah dunia. Isi-isinya adalah lebih kurang sama dengan risalah-risalah Freemason. Freemason mempunyai kitab mereka sendiri iaitu “Morals And Dogmas”. Freemason ada 33 ‘degree’ dan bagi tiap-tiap degree itu, ketua mereka akan mengkaji sesuatu topik itu dan memberikan penyampaian kepada pengikut-pengikutnya.

Jadi ini menguatkan Iagi hujah bahawa Protocols itu memang dirancang oleh kaum yahudi dan mereka akan menggunakan apa saja tipu-helah dan kekejaman yang boleh mereka gunakan untuk mencapai tujuan mereka iaitu untuk menguasai dunia. Bagi mereka, mereka adalah satu kumpulan minoriti, jadi apa saja kekotoran atau kejahatan yang mereka gunakan adalah dibolehkan demi untuk mencapai tujuan mereka tersebut. Slogan mereka ialah ‘matlamat menghalalkan cara’.

Objektif Yahudi
Tujuan kaum yahudi itu ialah untuk menubuhkan satu kerajaan yang akan menguasai seluruh dunia dan mereka sendiri menguasai kerajaan tersebut. Kerajaan itu akan diketuai oleh seorang ‘dictator’ atau pemimpin kuku besi, dan doa akan dibantu oleh dua orang penolong.

Mereka akan menukar sistem cukai daripada cukai pendapatan (income tax) kepada cukai harta atau simpanan (property tax). Sistem cukai ini adalah bersamaan dengan sistem zakat kita tetapi mungkin kadar yang akan mereka gunakan adalah jauh lebih tinggi daripada kadar zakat. Mereka akan gunakan sistem cukai itu kerana mereka tahu sistem zakat Islamlah yang paling baik dan sistem yang ada sekarang ini hanya akan membawa kepada kemusnahan dan kehancuran. Jadi apabila mereka memerintah kelak, walaupun penuh dengan kekejaman dan pemerasan, orang akan berkata bahawa sekurang-kurangnya sistem yang ada sekarang ini adalah lebih baik daripada sistem yang ada dahulu.

Pandangan Terhadap Manusia Lain

Mereka cukup memandang rendah dan hina kepada manusia-manusia lain. Mereka memandang manusia sebagai haiwan yang hanya mengikut hawa nafsu mereka. Melalui analisa psikologi yang mereka lakukan, Protocols itu mengatakan bahawa manusia lebih cenderung untuk melakukan kejahatan daripada kebaikan.. Ini adalah bertentangan dengan ajaran Islam.

Mengikut Islam, manusia adalah lebih cenderung untuk melakukan kebaikan daripada kejahatan. Hanya apabila dipaksa, baru mereka akan terpesong dari jalan yang benar. Protocols itu juga menyebut bahawa manusia bila berada dalam satu kumpulan, kelakuan mereka akan berubah mengikut kumpulan itu. Kuasa dari satu kumpulan itu adalah satu kuasa yang cukup kuat dan boleh memusnahkan apa saja jika kita pandai menguasainya.

Kandungan Risalah Freemason

Jika dibandingkan dengan Protocols, risalah-risalah Freemason adalah lebih umum dan tidak sejelas seperti Protocols. Ini adalah kerana Protocols itu hanya untuk bahagian atasan sahaja, manakala risalah Freemason pula adalah untuk mereka-mereka yang masih di peringkat bawah. Mereka tidak mahu mendedahkan tujuan jahat mereka kepada ahli-ahli yang masih baru. Jadi, risalah-risalah Freemason ditulis dengan lebih berhati-hati, ditulis seolah-olah mereka bertujuan baik dan sebagainya.

Contohnya: Mungkin dalam risalah Freemason, ditulis bahawa manusia akan jadi lemah dan tidak dapat bekerja selepas daripada peperangan demi peperangan, dan tamaddun akan musnah melalui peperangan. Dari sudut ini kita akan nampak seolah-olah mereka bersimpati dengan nasib manusia, tetapi hanya bahagian atasan sahaja yang memahami akan maksud sebenar tulisan itu; iaitu peperangan ialah cara yang boleh mereka gunakan untuk mencapai tujuan mereka untuk menguasai dunia, negeri yang sedang berperang akan terlalu sibuk untuk memikirkan masalah lain dan selepas perang pula mereka akan jadi lemah. Jadi peperangan akan memudahkan lagi mereka mencapai tujuan jahat mereka.

Menyembunyikan Manusia dan Sejarah Kegemilangannya.
Satu lagi cara ialah mereka menyembunyikan manusia dari sejarah manusia itu sendiri, dari sejarah mengenai kejayaan dan pencapaian manusia di zaman silam. Ini adalah kerana sebuah negeri yang tahu bahawa mereka dahulu adalah sebuah negeri yang kuat akan tebih yakin dengan diri mereka dan dengan sendirinya akan menjadi lebih kuat dan sukar dikalahkan.

Begitulah sebaliknya dengan negeri yang tidak tahu akan sejarah kekuatan mereka. Apabila kita tidak tahu sejarah kita, kita juga tidak akan tahu tentang pencapaian atau kekuatan kita di masa dahulu. Contohnya dari segi penulisan buku. Kita tidak akan tahu bahawa orang-orang Malaysia dahulu ada menulis buku-buku seperti seerah, fiqah dan Iain-lain. Bila kita membaca buku-buku seperti itu, kita akan merasakan bahawa ia datang dari luar. Perkara seperti ini akan membuatkan kita merasa rendah berbanding dengan kalau kita tahu bahawa kita mempunyai sejarah yang gilang-gemilang.

PBB sebagai Wasilah.
Jadi bagaimanakah mereka akan sampai kepada tujuan mereka untuk menguasai dunia itu?. Caranya ialah melalui Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) atau United Nations. Kuasa PBB akan semakin bertambah dan mereka akan memerintah dunia melalui PBB. Semua kerja-kerja mereka akan dilakukan atas nama PBB dan tidak ada negeri lain yang akan dapat menghalang mereka.

Ada banyak tanda-tanda yang menunjukkan bahawa mereka akan memulakan ini pada tahun 2000 dan pemimpin pertama mereka akan naik selepas Boutros Ghali atau selepas orang yang naik selepas Boutros Ghali. Pemimpin mereka yang akan naik pada masa itu ialah orang yahudi.


Salah satu dari tanda-tanda yang menunjukkan bahawa mereka ingin menjadikan PBB semakin kuat ialah baru-baru ini Boutros Ghali meminta tiap-tiap negeri di dunia ini menghantarkan 1,000 orang tentera kepada PBB (Jumlahnya ialah 160,000) dan semua tentera ini akan diletakkan di bawah kuasanya. Ini akan menjadikan beliau salah seorang dari orang yang paling kuat di dunia dan ditambah pula dengan kekuatan moral yang ada di belakang PBB kerana semua tindakannya akan dilakukan atas nama PBB, bukan atas nama sesebuah negeri. Dan ini hanyalah sebagai permulaannya sahaja. Ada banyak lagi tindakan-tindakan lain di dalam perancangan mereka untuk menguasai dunia.

Janji Allah Pasti Berlaku

Tetapi, apa yang harus kita ingat ialah janji kemenangan dari ALLAH untuk orang-orang yang beriman. Sama ada kita akan mengalahkan mereka sebelum mereka membina kerajaan mereka atau mereka akan dapat menubuhkan kerajaan mereka dahulu dan kita akan mengalahkan mereka selepas daripada itu hanya ALLAH sahajalah yang Maha Mengetahui.

Ada banyak ayat-ayat ALLAH di dalam Al Quran yang menceritakan tentang kerja-kerja jahat orang yahudi. Kerja-kerja jahat mereka itu adalah besar dan bercorak antarabangsa, bukan untuk merosakkan tempat-tempat tertentu sahaja.

Firman ALLAH, maksudnya:
“Dan telah Kami tetapkan terhadap Bani Israil dalam Kitab itu (Lauh Mahfudz) ‘Sesungguhnya kamu akan membuat kerusakan di muka bumi ini dua kali dan pasti kamu akan menyombongkan diri dengan kesombongan yang besar.’ Maka apabila datang saat hukuman bagi (kejahatan) pertama dari kedua (kejahatan) itu. Kami datangkan kepadamu hamba-hamba Kami yang mempunyai kekuatan yang besar, lalu mereka bermaharajalela di kampung-kampung dan itulah ketetapan yang pasti tertaksana. Kemudian Kami berikan kepadamu giliran untuk mengalahkan mereka kembali dan Kami membantumu dengan harta kekayaan dan anak-anak dan Kami jadikan kamu kelompok yang lebih besar. Jika kamu berbuat baik (berarti) kamu berbuat baik bagi dirimu sendiri dan jika kamu berbuat jahat, maka (kejahatan) itu bagi dirimu sendiri, dan apabila datang saat hukuman bagi (kejahatan) yang kedua, (Kami datangkan orang-orang lain) untuk menyuramkan muka-muka kamu dan mereka masuk ke dalam masjid, sebagaimana musuh-musuh kamu memasukinya pada kali pertama dan untuk membinasakan sehabis-habisnya apa saja yang mereka kuasai. Mudah-mudahan Tuhanmu akan melimpahkan rahmat(Nya) kepadamu dan sekiranya kamu kembali kepada (kedurhakaan), nescaya Kami kembali (mengazabmu) dan Kami jadikan neraka Jahannam penjara bagi orang-orang yang tidak beriman." (Al Israa’: 4-8)

Dalam bahagian yang lain pula, ALLAH berfirman, maksudnya:
“Dan sesungguhnya Kami telah memberikan kepada Musa sembilan buah mu’jizat yang nyata, maka tanyakanlah kepada Bani Israil, tatkala Musa datang kepada mereka, lalu Fir’aun berkata kepadanya: ‘Sesungguhnya aku sangka kamu, hai Musa, seorang yang kena sihir’. Musa menjawab: ‘Sesungguhnya kamu telah mengetahui, bahawa tiada yang menurunkan mu’jizat-mu’jizat itu kecuali Tuhan Yang memelihara langit dan bumi sebagai bukti-bukti yang nyata dan sesungguhnya aku mengira kamu, hai Fir’aun, seorang yang akan binasa’.
Kemudian (Fir’aun) hendak mengusir mereka (Musa dan pengikut-pengikutnya) dari bumi (Mesir) itu, maka Kami tenggelamkan dia (Fir’aun) serta orang-orang yang bersama dia seluruhnya, dan Kami berfirman sesudah itu kepada Bani Israil: ‘Diamlah di negeri ini, maka apabila datang masa berbangkit, nescaya kami datangkan kamu dalam keadaan bercampur baur (dengan musuhmu).” (Al Israa’: 101-104)

Manakala hadith pula, ada satu sabda Rasulullah (saw), yang maksudnya: “Hari Qiamat tidak akan datang sebelum umatku berperang dengan orang-orang yahudi. Orang-orang Islam akan membunuh orang-orang yahudi. Bahkan pada masa itu, batu-batu dan pokok-pokok pun akan memberitahu orang-orang Islam, “Wahai Muslim, wahai hamba ALLAH, ada yahudi bersembunyi di belakangku, datang dan bunuhlah dia,” kecuali ‘Al Gharkat’. Sesungguhnya Al Gharkat itu adalah pokok yahudi.” (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Sekarang ini kita boleh dapati banyak sekali pokok-pokok gharkat ditanam di Israel. Jadi kita dapat lihat bahawa yahudi pun percaya kepada hadith-hadith Rasulullah (saw). Ada satu kejadian yang berlaku di Israel pada tahun 1967, setelah mereka berjaya menawan Al Aqsa. Menteri pertahanan Israel pada masa itu, Monshe Dayan, pergi melawat salah satu tempat yang baru mereka tawan. Ada seorang budak muda di situ yang melaungkan kepada Moshe Dayan bahawa mereka akan melawan dan mengalahkan Israel. Lalu dijawab oleh Moshe Dayan, “Bukanlah kami tidak mempercayai Nabi kamu, tetapi bukan kamu yang akan kalahkan kami.”
Maksudnya, orang-orang Palestin sahaja tidak akan dapat mengalahkan Israel, tetapi orang-orang Islamlah yang akan dapat mengalahkan mereka kelak, Insha ALLAH.

Para mufassirin dahulu tidak ada yang meramalkan bahawa yahudi akan naik kembali setelah mereka dikalahkan oleh orang-orang Islam. Mereka menafsirkan ayat yang mengatakan yahudi akan berkuasa dua kali dan kemudian dikalahkan itu sebagai, yang pertamanya, ketika Babylon menyerang orang-orang yahudi dan menawan tiga puak yahudi (daripada 12 puak) dan membawa mereka ke Babylon. Kali kedua pula menurut mereka adalah ketika Babylon atau Rom memusnahkan Palestin. Tidak pernah terfikir oleh mereka bahawa Islam akan dijatuhkan setelah ia naik untuk kali pertamanya dan yahudi akan dapat menguasai Palestin kembali.

Tetapi para mufassirin sekarang berpendapat bahawa kali pertama yahudi berkuasa itu adalah ketika sebelum kenaikan Islam di Madinah dahulu dan kali keduanya ialah sekarang dan InsyaAllah kitalah yang akan memusnahkan mereka pada kali ini seperti yang telah disebut di dalam hadith Rasulullah (saw) itu tadi.


Yahudi, Babylon dan Palestin
Tentera Babylon menyerang Palestin pertama kalinya pada 1600 BC. Mereka menawan tiga daripada dua belas puak yahudi yang ada dan membawa mereka balik ke Babylon untuk dijadikan sebagai hamba. Tiga puak ini telah lenyap dan tidak diketahui ke mana hilangnya mereka.

Kemudian, pada 600 BC, seorang lagi pemimpin Babylon menyerang Palestin dan menawan sembilan puak lagi yang ada. Mereka juga dibawa ke Babylon untuk dijadikan hamba. Tetapi pada kali ini mereka cuba menjaga diri mereka agar mereka tidak lenyap seperti tiga puak yang terdahulu itu. Lalu mereka pun menubuhkan kumpulan rahsia mereka dan rabbi-rabbi mereka mula menulis Talmud dan sebagainya.


Tidak lama kemudian, Babylon ditawan oleh Parsi. Raja Parsi yang memerintah telah memberikan kebebasan kepada puak-puak yahudi itu dan mereka dibenarkan untuk pulang ke Palestin. Kebanyakan dari mereka telah enggan dan memilih untuk menetap di Babylon. Hanya sebahagian yang kecil sahaja telah pulang ke Palestin. Oleh kerana itulah sebahagian besar dari orang-orang yahudi menganggap Babylon sebagai salah satu dari bandar suci mereka.

Pada permulaan abad ini ketika mereka hendak memilih satu negeri untuk dikumpulkan semua yahudi yang ada, ramai yahudi yang mahukan supaya Babylon (Iraq) dipilih sebagai negeri mereka. Dan US melantik seorang yahudi sebagai dutanya di Istanbul yang mana tugasnya ialah untuk memastikan bahawa Babylon diberikan kepada yahudi. Bahkan mereka juga ada beberapa orang yahudi (Freemason) di dalam parlimen Turki (’Othmaniah) yang ditugaskan untuk memujuk khalifah agar memberikan Babylon kepada yahudi. Tetapi permintaan mereka itu telah ditolak oleh kerajaan ‘Othmaniah.
Bagaimanapun, mereka kemudiannya mendapati adalah lebih senang untuk mendapatkan Palestin berbanding dengan Babylon. Tetapi sebahagian mereka masih lagi berhasrat untuk mendapatkan Babylon sebagai negeri mereka.


Apakah cara-cara yang mereka gunakan untuk mencapai matlamat jahat mereka itu? Antara cara-cara yang boleh disimpulkan dari Protocols itu ialah:

1) Mengubah pemikiran orangramai (Brain washing)

Antara alat-alat yang mereka gunakan untuk brainwashing ialah sekolah, jururawat, ‘babysitter’ dan orang gaji.

Antara propaganda yang mereka ingin tanamkan kepada orang ramai ialah:
  • Liberalism (Liberal Thinking)
  • Kebebasan berpolitik
  • Membuat orang ramai percaya bahawa demokrasi ialah penglibatan semua orang dalam pilihanraya dan juga untuk mengubah kerajaan
  • Menyebarkan faham sosialisma, darwinisma, perkauman, kapitalisma (meletakkan duit lebih tinggi dari segala-galanya), komunisma, dan Iain-lain lagi
  • Menyebarkan konsep kebebasan beragama ke tahap di mana manusia boleh mempercayai apa-apa saja yang mereka sukai walaupun perkara itu terang-terang salah dan bertentangan dengan peraturan Islam dan pemikiran sihat manusia
  • Dan kebebasan bercakap di mana manusia boleh mengatakan apa saja yang mereka sukai.
Semua fahaman ini mereka sebarkan melalui pendidikan (sekolah), televisyen, radio, surat khabar dan Iain-lain lagi media yang boleh mereka gunakan untuk menyebarkan fahaman sesat mereka itu.

Mengubah pemikiran dan kefahaman umum adalah sebahagian daripada matlamat kita tetapi cara kita adalah berlainan sama sekali dengan cara mereka. Kita mahu mendidik dan menyedarkan masyarakat, menunjukkan kepada mereka jalan yang benar dan yang diredhai ALLAH, menyelamatkan mereka dari kehancuran dan membawa mereka kepada kejayaan dan kemurnian Islam, bukan dengan tipu muslihat, kekejaman dan Iain-lain cara yang membawa kepada kerosakan akhlaq dan jiwa seperti dadah, seks dan muzik-muzik rock.

2) Menggunakan orang lain untuk melakukan kerja-kerja jahat untuk mereka (sama ada secara disedari atau tidak)

Ini dilakukan dengan menampakkan diri mereka sebagai pejuang hak-hak pekerja dan penentang orang-orang yang menindas pekerja. Juga dengan cara menyebarkan pergerakan-pergerakan mereka dan menggunakan ini sebagai asas bagi mereka untuk mendapatkan ahli-ahli baru seperti sosialisma, ‘anarchism’, komunisma dan Freemason. Freemason adalah asas mereka yang paling kuat kerana mereka menguasainya dengan penuh.

3) Cuba menggunakan semangat yang ada di kalangan orangramai

Umpamanya semangat cintakan negara atau ingin selamatkan negara. Kumpulan yahudi ini tidak akan cuba untuk menghapuskan semangat ini. Sebaliknya, mereka akan cuba untuk menyalurkannya ke arah yang boleh memanfaatkan mereka.

Mereka juga akan cuba untuk menguasai segala ‘trend’ yang ada dalam masyarakat. Ini maksudnya mereka ingin menguasai segala pertubuhan yang ada dengan cara menyusup masuk dan menguasainya dari dalam. Ini adalah salah satu dari bahaya mereka iaitu mereka boleh menyusup masuk ke dalam sesuatu pertubuhan dan menguasainya dari dalam.Telah banyak masjid-masjid atau pertubuhan Islam yang mereka dapat kuasai dengan cara ini. Segitiga adalah salah satu dari lambang Freemason dan kita dapati ada banyak pertubuhan Islam yang menggunakan ini sebagai lambang mereka. Bahkan nama-nama yang digunakan oleh setengahnya menunjukkan bahawa mereka telah dikuasai oleh Freemason.

Selain dari segitiga, bintang-bintang sama ada lima segi, enam segi atau tujuh segi, dan bulan sabit, semuanya adalah lambang Freemason. Jadi mana-mana pertubuhan atau negara yang kita lihat menggunakan lambang ini adalah menunjukkan bahawa ianya telah dikuasai oleh Freemason. Lambang negara Turki contohnya, yang dipilih oleh Kamal Ataturk yang merupakan seorang Freemason, adalah bintang dengan bulan sabit. Bulan dan bintang bentuknya adalah bulat, bukan bersegi-segi.

Contoh pertubuhan-pertubuhan mereka adalah seperti pertubuhan-pertubuhan sosialisma, komunisma, Rotary Clubs, Lions Club dan Freemason. Mereka tidak menentang pertubuhan-pertubuhan lain yang telah sedia ada. Sebaliknya, mereka akan cuba menguasai pertubuhan-pertubuhan tersebut dari dalam, iaitu dengan cara menyusup masuk (infiltration). Telah banyak pertubuhan-pertubuhan yang telah mereka kuasai dengan cara ini termasuklah beberapa pertubuhan-pertubuhan Islam.

Mereka akan cuba untuk menguasai ‘trend’ yang ada dalam masyarakat atau mereka sendiri yang akan memulakan ‘trend’ yang baru agar mereka akan dapat menguasainya.

Contohnya: Di US, kerajaan memberi lebih dari $5 Billion setahun kepada Israel. Memandangkan keadaan ekonomi US yang semakin teruk, pengangguran meningkat, cukai semakin tinggi dan sebagainya; mungkin rakyat nanti akan menentang kerajaan dan mengatakan duit itu adalah lebih elok dibelanjakan dalam negeri daripada diberikan kepada Israel. Jadi, sebelum orang lain menubuhkan suatu pertubuhan untuk tugas ini, mereka akan menubuhkannya terlebih dahulu dan berpura-pura berjuang untuk menyuarakan kehendak rakyat.

Dengan cara ini bukan saja mereka boleh menguasai penentang-penentang mereka, bahkan mereka juga boleh mengenali siapakah penentang-penentang mereka (from membership list). Jadi daripada bantuan US kepada Israel itu dihentikan terus, mungkin mereka hanya akan mengurangkannya kepada $3 atau 4 Billion setahun.

Contoh lain adalah pertubuhan-pertubuhan yang anti yahudi seperti KKK. KKK ini sebenarnya ditubuhkan oleh Freemason. Bahkan lagu kebangsaan KKK ditulis oleh Albert Pike, ketua Freemason bahagian selatan US. Begitu juga dengan pertubuhan-pertubuhan Islam. Memandangkan kesedaran Islam sekarang ini semakin meningkat dan mereka tahu bahawa mereka tidak boleh menghentikannya sama sekali, mereka akan cuba untuk merosakkannya. Samada mereka menyusup masuk dan cuba untuk menguasainya, atau mereka sendiri yang akan menubuhkan pertubuhan-pertubuhan Islam dan dengan cara itu mereka akan dapat menguasai ke mana haluan pertubuhan-pertubuhan tersebut.

Cara yang mereka gunakan ini adalah cukup merbahaya kerana mereka memerangi kita secara sembunyi-sembunyi dan tidak terang-terangan. Jadi ramai yang akan leka dan tidak sedar bahawa yahudi sedang bekerja keras untuk menghancurkan mereka.

4) Merahsiakan kekuasaan yang dimiliki oleh orang-orang Yahudi

Sehinggalah mereka sampai kepada satu tahap di mana tidak ada siapapun yang boleh menentang mereka. Pada masa itu barulah mereka akan mendedahkan diri masing-masing.

5) Melemahkan semua kerajaan dan negara-negara yang ada sekarang sehingga mereka tidak mampu lagi untuk mempertahankan negara mereka dari musuh-musuh.
Mereka juga akan cuba untuk memecahkan negara-negara yang besar kepada negara-negara kecil seperti yang telah bertaku kepada Soviet Union, sehingga nanti tidak akan ada lagi negara yang kuat melainkan PBB.

Proses melemahkan negara-negara ini boleh dilakukan dengan banyak cara:

i). Melumpuhkan kekuatan ekonomi negara-negara tersebut dengan cara menggalakkan mereka berhutang dengan Bank Dunia yang dikuasai oleh yahudi. Penglibatan dalam peperangan atau berbelanja lebih daripada yang mereka mampu akan menyebabkan negara-negara tersebut terpaksa berhutang dengan Bank Dunia. Negara-negara yang berhutang itu kemudiannya akan terpaksa membayar balik hutang mereka dengan kadar faedah yang amat tinggi dan ini akan metemarikan kedudukan kewangan mereka. Kebanyakan negara-negara yang berhutang dengan Bank Dunia ini tidak akan mampu untuk membayar balik hutang-hutang mereka. Yang boleh mereka bayar hanyalah duit faedah tiap-tiap tahun agar hutang mereka tidak meningkat sepertimana yang dilakukan oleh US sekarang. Telah diramalkan untuk tahun 1994, perbelanjaan US untuk membayar hutangnya akan melebihi perbelanjaan-perbelanjaan lain. Bahkan banyak negara-negara dunia sekarang seperti Pakistan, tidak mampu lagi untuk membayar bunga untuk hutang-hutang mereka.

ii). Mengadakan cubaan-cubaan untuk membunuh pemimpin-pemimpin negara yang ada. Ini bukan sahaja akan menimbulkan huru-hara dalam negara bahkan juga akan membuatkan rakyat tidak hormat lagi kepada kerajaan dan menyangka bahawa kerajaan sudah lemah.

iii). Menimbulkan kekecohan di dalam negara melalui media massa dengan cara menghebohkan kelemahan-kelemahan kerajaan seperti rasuah, skandal, penipuan dan sebagainya yang akan membuatkan rakyat hilang kepercayaan kepada kerajaan.

iv). Menjadikan kemiskinan dan kebuluran berleluasa dengan mengadakan kadar pengangguran yang tinggi, sistem gaji yang rendah, kadar inflasi atau harga barang-barang yang cukup tinggi dan Iain-lain lagi.

v). Mengenakan cukai yang tinggi kepada orang-orang miskin. Sistem cukai yang mereka gunakan untuk tujuan ini ialah cukai pendapatan. Cukai pendapatan ini akan dikenakan kepada semua rakyat dan akan menyebabkan orang-orang miskin bertambah sengsara. Orang-orang kaya pula tidak akan terjejas kerana cukai pendapatan itu tidak akan menyentuh harta-harta mereka yang banyak dan mereka pula berkemampuan untuk mengupah orang lain agar mereka tidak perlu membayar cukai atau hanya membayar sedikit sahaja. Sistem tidak adil seperti ini akan menimbulkan rasa benci dalam hati rakyat kepada pemimpin dan kerajaan mereka.

vi). Melibatkan negara-negara dengan perlumbaan mengumpul senjata. Jika melihat negara jiran mereka membeli senjata yang banyak, mereka akan rasa terancam dan akan membelanjakan banyak duit untuk membeli senjata-senjata yang lebih canggih dan lebih mahal.

vii). Merosakkan atau mengurangkan produktiviti negara. Meletakkan harga yang cukup rendah kepada barang-barang mentah, contohnya minyak, sehingga duit yang didapati dari hasil jualan tidak mampu untuk membiayai belanja pengeluaran. Akibatnya negara akan rugi dan kilang-kilang terpaksa ditutup.

viii). Melibatkan negara-negara tersebut dalam peperangan demi peperangan, sama ada dengan negara luar atau melalui rakyat mereka sendiri yang menentang kerajaan, sehinggalah negara-negara itu menjadi lemah dan tidak boleh berperang lagi atau mempertahankan diri mereka dari musuh. Mereka juga akan memastikan tiada pihak yang menang dalam peperangan-peperangan ini. Apabila peperangan tamat, kedua-dua belah pihak akan menjadi lemah. Contoh yang paling baik sekali adalah peperangan antara Iran dengan Iraq. Bukan sahaja ramai yang akan mati akibat peperangan tersebut, tetapi ianya akan melemahkan ekonomi semua negara-negara yang terlibat. Cara ini juga akan menyebabkan negara-negara itu menghabiskan banyak duit untuk membeli senjata-senjata mahal untuk pertahanan negara.

ix). Mengadakan tunjuk perasaan, mogok dan demonstrasi untuk menentang kerajaan sehingga kerajaan akan terpaksa bertindak dengan keras untuk menghentikan tunjuk perasaan dan demonstrasi tersebut seperti yang berlaku di Beijing tidak lama dahulu.

x). Menaikkan orang-orang yang bodoh dan jahil untuk menjadi pemimpin negara, dan orang-orang bijak pandai hanya sebagai pembantu atau penasihat sahaja. Memecahbelahkan negara-negara yang ada untuk melemahkannya memang menjadi tujuan mereka sebagaimana yang telah mereka cuba lakukan kepada US pada abad ke 19. Malah Jeneral Albert Pike (ketua Freemason masa itu dan pengarang buku “Morals And Dogmas”) telah menulis ‘Declaration of Independence’ untuk Arkansas, menjadikan ia sebuah negeri yang merdeka dari US. Tetapi mereka gagal kerana pihak utara di bawah Lincoln telah berjaya mengalahkan pihak selatan yang dikuasai oleh Freemason. Lincoln yang bukan seorang Freemason telah menggagalkan rancangan mereka untuk memecahkan US.
Sejak dari itu mereka telah memastikan bahawa sesiapa sahaja yang akan naik menjadi presiden US mestilah seorang Freemason. Dan sejak 1948 hinggalah sekarang, semua presiden US adalah Freemason dengan degree yang tertinggi.

6) Menghapuskan orang-orang yang bijak
Menghapuskan orang-orang yang bijak dengan cara menyibukkan mereka dan merosakkan mereka dengan arak dan wanita. Ini adalah kerana orang-orang yang bijak pandai adalah cukup merbahaya bagi mereka dan boleh merosakkan rancangan jahat mereka.

7) Mengadakan kecacatan (defect) di dalam perlembagaan negara.
Mengadakan kecacatan (defect) di dalam perlembagaan negara agar ianya boleh digunakan pada masa akan datang untuk menimbulkan kekacauan di dalam negara tersebut. Contohnya adalah seperti di AS di mana sesuatu undang-undang yang akan diluluskan perlu mendapat dua pertiga (2/3) majoriti undi dari kongres. Presiden pula diberi kuasa veto. Jadi, jika presiden ingin mengadakan satu undang-undang yang baru, beiiau perlu mendapat majoriti undi daripada kongres terlebih dahulu. Manakala kalau kongres pula yang ingin meluluskan sesuatu dan ianya telah mendapat majoriti undi dari kongres, ianya boleh dibatalkan oleh presiden dengan menggunakan kuasa vetonya. Jadi, keadaan seperti ini jika berlaku (telahpun berlaku pada masa George Bush menjadi presiden) akan menyebabkan tidak ada apa-apa yang boleh diluluskan dan ini akan melumpuhkan negara.

Kecacatan lain yang terdapat di dalam perlembagaan US ialah sekiranya presiden membubarkan kongres dan kemudian meletakkan jawatan. Sekiranya presiden meletakkan jawatan dahulu, maka Congress boleh melantik presiden baru. Tetapi jika presiden membubarkan kongres dahulu dan kemudian meletakkan jawatan, maka tidak ada jawaban/ketetapan di dalam perlembagaan. Begitu juga sekiranya kedua-dua presiden dan naib presiden meletakkan jawatan atau dibunuh, tidak ada penyelesaian di dalam perlembagaan. Kalau presiden tidak ada, naib presiden akan naik menjadi presiden, tetapi kalau kedua-duanya tidak ada, perlembagaan tidak ada memberikan apa-apa penyelesaian.

8) Memecahbelahkan masvarakat.

Menjadikan masyarakat suka berpecahbelah, berselisih pendapat dan menyokong perkara seperti ini di dalam perlembagaan negara. Perlembagaan negara akan membenarkan atau memudahkan rakyat untuk menubuhkan apa-apa persatuan yang mereka sukai. Mereka juga akan menggalakkan rakyat agar berani menyuarakan pendapat mereka walaupun ianya jelas salah dan bertentangan dengan pendapat orangramai. Ini akan menimbulkan perpecahan di kalangan rakyat dan inilah yang mereka kehendaki.

9) Mengawal atau menguasai rakyat dan pergerakan-pergerakan yang ada di dalam sesebuah negara.
Salah satu cara untuk menguasai rakyat adalah dengan mengharamkan senjata kepada mereka. Kita lihat sekarang dalam banyak negara-negara Islam di dunia ini, termasuklah negara kita sendiri, senjata api diharamkan kepada rakyat. Barangsiapa yang memiliki senjata akan dijatuhkan hukuman yang berat. Perkara seperti ini berlaku di negara-negara Islam sedangkan mengikut Islam membawa senjata itu adalah sunat. Di US sekarang ini satu kempen yang kuat sedang dijalankan untuk menukar pemikiran masyarakat agar mereka bersetuju untuk mengharamkan senjata. Sebarang kejadian atau keganasan yang berlaku yang boleh menyokong pendapat untuk mengharamkan senjata itu akan dibesar-besarkan dalam televisyen dan akhbar.

10) Merosakkan kedudukan atau imej pemimpin-pemimpin agama dan mengurangkan pengaruh mereka.

Ini boleh dilakukan dengan mudah kerana kebanyakan pertubuhan-pertubahan agama adalah cukup terbuka. Pemimpin-pemimpin agama yang hendak dijatuhkan akan dihebohkan keburukan atau kelemahan mereka, melibatkan mereka dalam skandal dan Iain-lain lagi yang boleh merosakkan kedudukan mereka sebagai seorang pemimpin. Di US misalnya cukup banyak keburukan-keburukan mengenai pemimpin-pemimpin agama kristian mereka yang dihebohkan dalam media massa seperti Jimmy Swaggart dan James Bakker. Perkara seperti ini akan membuatkan masyarakat hilang kepercayaan kepada pemimpin-pemimpin agama mereka, dan seterusnya hilang kepercayaan kepada agama mereka.

11) Elakkan orangramai daripada mengetahui atau menyedari rancangan jahat master planner itu.

Dengan menipu mereka dan menyibukkan mereka dengan urusan dunia dan kerja-kerja mereka. Juga mereka akan cuba untuk halakan rasa marah, rasa tak puas hati dan tentangan orang ramai itu ke arah yang salah, bukan ke arah master planner itu tadi.

12) Meletakkan kerajaan dan negara-negara di dunia ini di bawah kuasa orang yahudi.
Ini boleh dilakukan dengan cara paksa iaitu dengan menggunakan kekuatan tentera atau dengan tekanan kewangan atau ekonomi. Jadikan mereka rasa bahawa menentang kekuatan yahudi hanya akan merosakkan dan melemahkan negara mereka. Jika ada negara yang menentang yahudi ini, negara itu akan disibukkan dengan negara-negara jiran mereka. Jika ini tidak berjaya mereka akan adakan perang secara besar-besaran dengan menggunakan kekuatan ketenteraan dari Amerika, Jepun dan Cina untuk menghancurkan negara tersebut. Dan jika ada lebih dari satu negara yang cuba menentang mereka, maka mereka akan adakan perang antarabangsa atau perang Dunia. Kita lihat bahawa perkara ini telahpun berlaku terhadap Iraq di mana perang besar-besaran dikenakan ke atas Iraq.

13) Menukar perlembagaan dan struktur negara.
Di mana hanya orang-orang yang tidak amanah atau jujur dan penuh dengan skandal sahaja yang boleh naik untuk menjadi pemimpin negara dan kuasanya akan ditambah seperti kuasa untuk membubarkan parlimen, mengisytiharkan perang dan sebagainya, sehingga semua negara d dunia ini diperintah oleh diktator. Mereka juga akan cuba menukar pemikiran masyarakat agar mereka percaya bahawa sistem pemerintahan bercorak diktator adalah yang paling baik dan paling cekap.

14) Menyebarkan kuman dan penyakit dengan sengaja.

Tidak banyak penjelasan diberikan mengenai perkara ini di dalam Protocols tetapi antara langkah-langkah mereka adalah dengan menyembunyikan angka sebenar orang yang mengidap sesuatu penyakit itu contohnya AIDS, mengurangkan rasa waspada masyarakat terhadap penyakit tersebut dengan memberikan angka yang jauh lebih rendah dari angka sebenar, mengatakan ia tidak mudah berjangkit dan Iain-lain perkara lagi yang akan membolehkan penyakit itu merebak lebih cepat lagi. Negara-negara yang menjadi mangsa teruk penyakit AIDS sekarang ini adalah negara-negara Islam seperti Nigeria, Indonesia dan Mesir, iaitu negara-negara yang mempunyai ramai orang Islam.

15) Menyebarkan bahan-bahan yang kotor dan hina di kalangan masvarakat.

Seperti majalah-majalah lucah dan sebagainya. Ini akan merosakkan pemikiran masyarakat, menguasai mereka dan membuatkan mereka hanyut dan tidak berfikir. Apabila yahudi itu telah mendapat kerajaan mereka, mereka akan mengharamkan perkara-perkara ini.

16) Mengintip pergerakan masyarakat melalui ahli-ahli Freemason mereka.

Mereka akan cuba menyusup masuk ke dalam segenap pergerakan atau kelab-kelab yang ada agar mereka dapat mengetahui semua pergerakan kumpulan-kumpulan lain.Daripada perkara-perkara ini jelas menunjukkan kepada kita tentang perancangan jahat kaum yahudi ini, bagaimana mereka ingin menguasai dunia dan mereka langsung tidak menghormati manusia-manusia lain dan mereka akan menggunakan apa saja cara yang boleh untuk sampai kepada matlamat jahat mereka itu.

Sekian. Semoga bermanfaat.

dipetik dari email AMEER ABDULLAH

Tuesday

DOA SEWAKTU BERSUJUD

"Ya Allah..Berikanlah daku kekuatan untuk mengharungi, menahan cubaan dan dugaan dari Mu dengan penuh kesabaran..."

DOA SEWAKTU BERSUJUD DAN KEISTIMEWAANNYA
Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s. a. w. yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa didalamnya.

Sabda Rasulullah s.a.w :- "Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya."

Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.

"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, iman yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar."

Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat. Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya.

Rasulullah s. a. w biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda bersujud. Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud:- "Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat"

Mendengar itu para sahabat bertanya: "Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?"

Jawab baginda: "Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat sekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?"

Sahabat Menjawab: "Bahkan!" Rasulullah menyambung: "Kerana sesungguhnya pada hari itu kiamat) muka umatku akan putih (berser-seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka (terutama anggota wudu') putih berseri-seri oleh cahaya wudhu' !!!"

KEISTIMEWAANNYA
Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:- "Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah swt menegah neraka memakan (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud"

Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud. Orang yang sujud mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat.

"Tunjangkanlah resah mu di dada SOLAT, Himpunkan perit mu di genggaman DOA, Tutupi kekecewaan mu dgn keTAQWAan dan Nilaikan kesucian hati mu dengan keIKHLASAN hati."


KEBESARAN SOLAT 2 RAKAAT

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata: "Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syura Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail a.s dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail a.s selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meski! p! un aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan....."

Marilah sama-sama kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :
  • Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
  • Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
  • Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
  • Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
  • Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
  • Allah S.W.T telah menyembunyikan hari kiamat (hari kejadiannya) di dalam semua hari.
Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam

"Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila ia mengkehendaki sesuatu, hanyalah ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: "Jadilah Engkau!", maka ia terus menjadi" (ayat 82, surah Yassin)

Maut datang menjemput tak pernah bersahut
Malaikat datang menuntut untuk merenggut

Manusia tak kuasa untuk berkata-kata
Allah Maha Kuasa atas syurga dan Neraka
Terimalah habuanmu seadanya

dipetik dari email

Kisah Nyata (7x naik Haji tak dapat lihat Ka'bah)

Bacalah....sbg peringatan kita bersama...

Sebagai seorang anak yang berbakti kepada orang tuanya, Hasan (bukan nama sebenarnya), mengajak ibunya untuk menunaikan rukun Islam yang kelima. Sarah (juga bukan nama sebenarnya), sang Ibu, tentu senang dengan ajakan anaknya itu. Sebagai muslim yang mampu secara material, mereka memang berkewajiban menunaikan ibadah Haji. Segala kelengkapan sudah disiapkan.

Ibu anak-anak ini akhirnya berangkat ke tanah suci. Keadaan keduanya sihat walafiat, tak kurang satu apapun. Tiba harinya mereka melakukan thawaf dengan hati dan niat ikhlas menyeru panggilan Allah, Tuhan Semesta Alam. "Labaik Allahuma labaik, aku datang memenuhi seruanMu ya Allah". Hasan menggandeng ibunya dan berbisik, "Ummi undzur ila Ka'bah (Bu, lihatlah Ka'bah)." Hasan menunjuk kepada bangunan empat persegi berwarna hitam itu. Ibunya yang berjalan di sisi anaknya tak beraksi dia terdiam. Perempuan itu sama sekali tidak melihat apa yang ditunjukkan oleh anaknya. Hasan kembali membisiki ibunya. Ia tampak bingung melihat raut wajah ibunya. Di wajah ibunya tampak kebingungan. Ibunya sendiri tak mengerti mengapa ia tak bisa melihat apapun selain kegelapan. Beberapa kali ia mengusap-usap matanya, tetapi kembali yang tampak hanyalah kegelapan.

Padahal, tak ada masalah dengan kesihatan matanya. Beberapa minit yang lalu dia masih melihat segalanya dengan jelas, tapi mengapa memasuki Masjidil Haram segalanya menjadi gelap gulita. Tujuh kali Haji Anak yang sholeh itu bersimpuh di hadapan Allah. Ia shalat memohon ampunan-Nya. Hati Hasan begitu sedih. Siapapun yang datang ke Baitulah, mengharap rahmatNYA. Terasa hampa menjadi tamu Allah, tanpa menyaksikan segala kebesaran-Nya, tanpa merasakan kuasa-Nya dan juga rahmat-Nya.

Hasan tidak berkecil hati,
mungkin dengan ibadah dan taubatnya yang sungguh-sungguh, Ibundanya akan dapat merasakan anugerah-Nya, dengan menatap Ka'bah, kelak. Anak yang soleh itu berniat akan kembali membawa ibunya berhaji tahun depan. Ternyata nasib baik belum berpihak kepadanya. Tahun berikutnya kejadian serupa terulang lagi. Ibunya kembali dibutakan di dekat Ka'bah, sehingga tak dapat menyaksikan bangunan yang merupakan symbol persatuan umat Islam itu. Wanita itu tidak dapat melihat Ka'bah.

Hasan tidak patah arang. Ia kembali membawa ibunya ke tanah suci tahun berikutnya. Anehnya, ibunya tetap saja tak dapat melihat Ka'bah. Setiap berada di Masjidil Haram, yang tampak di matanya hanyalah gelap dan gelap. Begitulah keganjilan yang terjadi pada diri Sarah. hingga kejadian itu berulang sampai tujuh kali menunaikan ibadah haji. Hasan tak habis fikir, dia tak mengerti, apa yang menyebabkan ibunya menjadi buta di depan Ka'bah. Padahal, setiap kali berada jauh dari Ka'bah, penglihatannya selalu normal. Dia bertanya-tanya, apakah ibunya punya kesalahan sehingga mendapat azab dari Allah SWT?. Apa yang telah diperlakukan ibunya, sehingga mendapat musibah seperti itu? Segala pertanyaan berkecamuk dalam dirinya. Akhirnya diputuskannya untuk mencari seorang alim ulama, yang dapat membantu permasalahannya.

Beberapa saat kemudian ia mendengar ada seorang ulama yang terkenal kerana kesohlehannya dan kebaikannya di Abu Dhabi (Uni Emirat). Tanpa kesulitan bererti, Hasan dapat bertemu dengan ulama yang dimaksud. Ia pun mengutarakan masalah kepada ulama yang soleh ini. Ulama itu mendengarkan dengan saksama, kemudian meminta agar Ibu Hasan perlu menelefonnya. Anak yang berbakti ini pun pulang. Setibanya di tanah kelahirannya, dia meminta ibunya untuk menghubungi ulama di Abu Dhabi tersebut.

Beruntung, sang Ibu mau memenuhi permintaan anaknya. Ia pun menelefon ulama itu, dan menceritakan kembali peristiwa yang dialaminya di tanah suci. Ulama itu kemudian meminta Sarah introspeksi, mengingat kembali, mungkin ada perbuatan atau peristiwa yang terjadi padanya di masa lalu, sehingga ia tidak mendapat rahmat Allah. Sarah diminta untuk bersikap terbuka, mengatakan dengan jujur, apa yang telah dilakukannya. "Anda harus berterus-terang kepada saya, kerana masalah anda bukan masalah senang," kata ulama itu pada Sarah. Sarah terdiam sejenak. Kemudian dia meminta waktu untuk memikirkannya. Tujuh hari berlalu, akan tetapi ulama itu tidak mendapat sebarang khabar dari Sarah.

Pada minggu kedua setelah percakapan pertama mereka, akhirnya Sarah menelefon. "Ustaz, waktu masih muda, saya bekerja sebagai jururawat di rumah sakit," cerita Sarah akhirnya. "Oh, bagus..... Pekerjaan jururawat adalah pekerjaan mulia," potong ulama itu. "Tapi saya mencari wang sebanyak-banyaknya dengan berbagai cara, tidak peduli, apakah cara saya itu halal atau haram," ungkapnya terus terang. Ulama itu terkejut. Ia tidak menyangka wanita itu akan berkata demikian. "Disana...." sambung Sarah, "Saya sering kali menukar bayi, kerana tidak semua ibu senang dengan bayi yang telah dilahirkan. Kalau ada yang menginginkan anak laki-laki, padahal bayi yang dilahirkannya perempuan, dengan imbuhan wang, saya tukar bayi-bayi itu sesuai dengan keinginan mereka."

Ulama tersebut amat terkejut mendengar penjelasan Sarah. "Astagfirullah......" betapa tega wanita itu menyakiti hati para ibu yang diberi amanah Allah untuk melahirkan anak. bayangkan, betapa banyak keluarga yang telah dirosaknya, sehingga tidak jelas nasabnya. Apakah Sarah tidak tahu, bahawa dalam Islam menjaga nasab atau keturunan sangat penting. Jika seorang bayi ditukar, tentu nasabnya menjadi tidak jelas. Padahal, nasab ini sangat menentukan dalam perkawinan, terutama dalam masalah mahram atau muhrim, iaitu orang-orang yang tidak boleh dinikahi."Cuma itu yang saya lakukan," ucap Sarah. "Cuma itu?" tanya ulama terperanjat.

"Tahukah anda bahawa perbuatan anda itu dosa yang luar biasa, betapa banyak keluarga yang sudah anda hancurkan!". ucap ulama dengan nada tinggi. "Lalu apa lagi yang Anda kerjakan?" tanya ulama itu lagi sedikit kesal.
"Di rumah sakit, saya juga melakukan tugas memandikan orang mati."

"Oh bagus, itu juga pekerjaan mulia," kata ulama.
"Ya, tapi saya
memandikan orang mati kerana ada kerjasama dengan tukang sihir."
"Maksudnya?" tanya ulama tidak mengerti.
"Setiap saya bermaksud
menyengsarakan orang, baik membuatnya mati atau sakit, segala perkakas sihir itu sesuai dengan syaratnya, harus dipendam di dalam tanah. Akan tetapi saya tidak menguburnya di dalam tanah, melainkan saya masukkan benda-benda itu ke dalam mulut orang yang mati."

"Suatu kali, pernah seorang alim meninggal dunia. Seperti biasa, saya memasukkan berbagai barang-barang tenun seperti jarum, benang dan lain-lain ke dalam mulutnya. Entah mengapa benda-benda itu seperti terpental, tidak hendak masuk, walaupun saya sudah menekannya dalam-dalam. Benda-benda itu selalu kembali keluar. Saya cuba lagi begitu seterusnya berulang-ulang. Akhirnya, emosi saya memuncak, saya masukkan benda itu dan saya jahit mulutnya. Cuma itu dosa yang saya lakukan." Mendengar pertuturan Sarah yang datar dan tanpa rasa dosa, ulama itu berteriak marah. "Cuma itu yang kamu lakukan?. Masya Allah....!!! Saya tidak dapat bantu anda. Saya angkat tangan". Ulama itu amat sangat terkejutnya mengetahui perbuatan Sarah. Tidak pernah terbayang dalam hidupnya ada seorang manusia, apalagi dia adalah wanita, yang memiliki nurani begitu tega, begitu keji. Tidak pernah terjadi dalam hidupnya, ada wanita yang melakukan perbuatan sekeji itu. Akhirnya ulama itu berkata, "Anda harus memohon ampun kepada Allah, kerana hanya Dialah yang dapat mengampuni dosa Anda."

Bumi menolaknya. Setelah beberapa lama, sekitar tujuh hari kemudian ulama tidak mendengar khabar selanjutnya dari Sarah. Akhirnya ia mendapat tahu dengan menghubunginya melalui telefon. Ia berharap Sarah telah bertaubat atas segala yang telah diperbuatnya. Ia berharap Allah akan mengampuni dosa Sarah, sehingga Rahmat Allah datang kepadanya. Kerana tak juga memperoleh khabar, ulama itu menghubungi keluarga Hasan di Mesir. Kebetulan yang menerima telefon adalah Hasan sendiri. Ulama menanyakan khabar Sarah, ternyata khabar duka yang diterima ulama itu. "Ummi sudah meninggal dua hari setelah menelefon ustad," ujar Hasan. Ulama itu terkejut mendengar khabar tersebut. "Bagaimana ibumu meninggal, Hasan?" tanya ulama itu.

Hasan pun akhirnya bercerita. Setelah menelefon ulama, dua hari kemudian ibunya jatuh sakit dan meninggal dunia. Yang mengejutkan adalah peristiwa penguburan Sarah. Ketika tanah sudah digali, untuk kemudian dimasukkan jenazah atas izin Allah, tanah itu rapat kembali, tertutup dan mengeras. Para penggali mencari lokasi lain untuk digali. Peristiwa itu berulang kembali. Tanah yang sudah digali kembali menyempit dan tertutup rapat. Peristiwa itu berlangsung begitu cepat, sehingga tidak seorang pun penghantar jenazah yang menyedari bahawa tanah itu kembali rapat.

Peristiwa itu terjadi berulang-ulang. Para penghantar yang menyaksikan peristiwa itu merasa ngeri dan merasakan sesuatu yang aneh terjadi. Mereka yakin, kejadian tersebut pastilah berkaitan dengan perbuatan si mayat. Waktu terus berlalu, para penggali kubur putus-asa kerana pekerjaan mereka tak juga selesai. Siang pun berlalu, petang menjelang, bahkan sampai hampir maghrib, tidak ada satu pun lubang yang berhasil digali. Mereka akhirnya pasrah, dan beranjak pulang. Jenazah itu dibiarkan saja tergeletak di hamparan tanah kering kerontang.

Sebagai anak yang begitu sayang dan hormat kepada ibunya, Hasan tidak tega
meninggalkan jenazah orang tuanya ditempat itu tanpa dikubur. Kalaupun dibawa pulang, rasanya tidak mungkin. Hasan termenung di tanah perkuburan seorang diri. Dengan izin Allah, tiba-tiba berdiri seorang laki-laki yang berpakaian hitam panjang, seperti pakaian khusus orang Mesir. Lelaki itu tidak tampak wajahnya, kerana terhalang tutup kepalanya yang menjorok ke depan. Laki-laki itu mendekati Hasan kemudian berkata padanya," Biar aku tangani jenazah ibumu, pulanglah!". kata orang itu.

Hasan lega mendengar bantuan orang tersebut, ia berharap laki-laki itu akan menunggu jenazah ibunya. Syukur-syukur menggali lubang dan kemudian mengebumikan ibunya. "Aku minta supaya kau jangan menengok ke belakang, sampai tiba di rumahmu," pesan lelaki itu. Hasan mengangguk, kemudian ia meninggalkan pemakaman. Belum sempat ia di luar lokasi pemakaman, terselit keinginannya untuk mengetahui apa yang terjadi dengan jenazah ibunya. Sedetik kemudian ia menengok ke belakang. Betapa pucat wajah Hasan, melihat jenazah ibunya sudah dililit api, kemudian api itu menyelimuti seluruh tubuh ibunya. Belum habis rasa herannya, sedetik kemudian dari arah yang berlawanan, api menerpa wajah Hasan. Hasan ketakutan. Dengan langkah seribu, dia pun bergegas meninggalkan tempat itu. Demikian yang diceritakan Hasan kepada ulama itu. Hasan juga mengaku, bahwa separuh wajahnya yang tertampar api itu kini berbekas kehitaman kerana terbakar.

Ulama itu mendengarkan dengan saksama semua cerita yang diungkapkan Hasan. Dia menyarankan, agar Hasan segera beribadah dengan khusyuk dan meminta ampun atas segala perbuatan atau dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh ibunya. Akan tetapi, ulama itu tidak menceritakan kepada Hasan, apa yang telah diceritakan oleh ibunya kepada ulama itu. Ulama itu meyakinkan Hasan, bahwa apabila anak yang soleh itu memohon ampun dengan sungguh-sungguh, maka bekas luka di pipinya dengan izin Allah akan hilang. Benar saja, tak berapa lama kemudian Hasan kembali memberitahu ulama itu, bahawa lukanya yang dulu amat terasa sakit dan panas luar biasa, semakin hari bekas kehitamannya hilang. Tanpa tahu apa yang telah dilakukan ibunya selama hidup, Hasan tetap mendoakan ibunya. Ia berharap, apapun perbuatan dosa yang telah dilakukan oleh ibunya, akan diampuni oleh Allah SWT.

Semoga kisah nyata dari Mesir ini bisa menjadi pelajaran bagi kita semua. Wang RM50,000 atau RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya. Kita mengirimkan ribuan 'jokes' dan 'surat berantai' melalui e-mail tetapi bila mengirimkan yang berkaitan dengan ibadah seringkali berfikir 2 atau 3 kali.

OLEH ITU JANGAN BIARKAN DIRI KITA INI MENJADI SEBAHAGIAN DARI KELUCUAN TERSEBUT, INSYA'ALLAH.
dipetik dari email

12 Barisan di Akhirat

Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya:
"Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT: "Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris" (Surah an-Naba':18)

Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air
mata. Lalu menjawab:
"Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri...."

Maka dinyatakan
apakah 12 barisan tersebut :-

BARISAN PERTAMA

Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:
"Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:
"Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KETIGA

Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking.
"Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEEMPAT
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka.
"Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."

BARISAN KELIMA
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.
"Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEENAM
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan.
"Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KETUJUH
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah.
"Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KELAPAN
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.
"Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEMBILAN
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh.
"Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEPULUH
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta.
"Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEBELAS
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran.
"Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA BELAS
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan:
"Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih..."
dipetik dari email

Kisah arwah ibu lawat mayat anak.

Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital. Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening.

Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih,badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa.

Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu,wajah jenazah semakin hitam.

Selepas lima minit berlalu, barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya, tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya; apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.

Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 pagi. Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung. "Ustaz," kata wanita itu. "Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut. Jadi saya nak tengok jenazahnya." kata wanita berkenaan dengan lembut.

Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya, namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya. "Betulkah ini mayat anak mak cik?" tanya saya. "Mak cik rasa betul... tapi kulitnya putih." "Makcik lihatlah betul-betul." kata saya. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan, wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat.

Tiba di luar saya bertanya kepadanya. "Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?" tanya saya. Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak. Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab. Dia seperti menyembunyikan sesuatu."Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu, saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini." kata saya untuk menggertaknya.

Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya. Sambil mengesat airmata, dia berkata, "Ustaz, anak saya ni memang baik, patuh dan taat kepada saya. Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja, dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun. Dia memang anak yang baik. Tapi..." tambah wanita itu lagi "apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang, Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik. Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai, dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang, anak makcik ini akan terus naik angin. Itulah yang mak cik kesalkan." kata wanita tersebut. Jawapannya itu memeranjatkan saya.

Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang, maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya. Mungkin itulah yang berlaku. Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya, malah diaibkan dengan warna yang hitam. Selepas menceritakan perangai anaknya, wanita tersebut meminta diri untuk pulang. Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap. Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya.

Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula. Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah, saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya. Selepas memperkenalkan diri, saya berkata, "Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari. Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang."

Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut, "Orang tua mana pula?" katanya. Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya, wajahnya, tuturannya serta pakaiannya. "Kalau wanita itu yang ustaz katakan, perempuan itu adalah emaknya, tapi.... emaknya dah meninggal lima tahun lalu!" Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi. Jadi 'apakah' yang datang menemui saya pagi itu? Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya, saya yakin ia adalah 'sesuatu' yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam. Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.

Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi, yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja,dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun. Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia. Kalau 80,000 tahun?.
dipetik dari email

Tanda-tanda Kematian

Tanda 100 hari sebelum hari mati.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.


Tanda 40 hari sebelum hari mati.
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari.
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari.

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.


Tanda 1 hari.
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir.
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Sesengguhnya mengingati mati itu adalah bijak
diceduk dari email

Rukun Solat

1 - Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 - Ruqu' : Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7 - Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

10 - Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 - Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Memberi Salam : Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

: Sayangi Diri : Sayangi Keluarga